Thursday, 23 January 2014

Cooper-K (Prolog): RodieR

“OH, damn, shit, jerk, stupid!” mulutnya laju menyumpah kertas-kertas yang berterabur. Dia turun, tercongok mengutip balik buku nota, kertas kajang, kertas nota yang jatuh semasa dia cuba nak menutup zip begnya yang tersekat. “Damn stupid!”

“Aduhai, cik adik. Muka lawa tapi mulut... masya Allah...” tiba-tiba satu suara garau mencelah.

Tajam matanya mengerling ke atas. Seorang lelaki sederhana tinggi, tough-built, dengan mata hitam redup sedang merenungnya dengan senyum nipis nakal.

Did I offend your sensibility? So sorry.” Sinis dia membalas, kembali tunduk mengutip saki baki penghuni begnya. Pen-pen Pilot dicekup dan dibaling ke dalam beg yang hanya terbuka separuh. Kertas dan buku dicempung di lengan dan serentak itu dia bangun.

Lelaki itu masih lagi tercegat di situ, merenungnya tak berkelip.

What’s your problem, mister?” kasar dia bertanya.

Lelaki itu mengangkat kedua-dua belah tangan, mengundur dua tapak. “Don’t have problem with you.”

Dia dah mengangkat kedua-dua kening, menunggu lelaki itu memulakan langkah. Iye la, aku nak jalan ni, bilanya dia ni nak ke tepi?

“Farmasi, kan?”

Huh?

Student farmasi kan?” lelaki itu mengulang lagi.

Yeah, so?” aduhai, apalah masalahnya mamat ni? Petang dah nak berlalu menjadi malam dah ni, aku tak Asar lagi. Terlalu khusyuk membaca di perpustakaan, sampai tak sedar dia di luar dah makin gelap. Beg pulak buat perangai, tak boleh nak ditutup. Melambatkan aje.

“Mesti terer farmakologi ni.” Lelaki itu masih lagi terus tersenyum.

“Hah? Apa tu? Biologi, Radiologi saya tau lah.” Nadanya makin tajam. Saja buat bodoh. “Can you please make way? I’m late.”

Lelaki itu sungguh la degil rupanya. Tak pun memang ada gam gajah yang lekatkan kasut dia kat lantai betul-betul di depan aku. Tak nak berganjak lagi!

Late for what? Date dengan boyfriend?”

Mind your own business la, aiyo!! “Ha’ah!” Betul la tu. Beribadah kepada Allah macam date la tu kiranya. Date dengan kekasih yang paling Agung sekali. Tuhan pencipta sekalian alam. No one can beat that. Cepat la weh!!

“Dah nak Maghrib ni nak keluar date jugak? A piece of advice, tak payah la you keep seeing this guy, nampak sangat asas tak kuat. Tak ingat waktu dah tu. Waktu macam ni banyak syaitan yang berkeliaran, nak menyesatkan orang yang duk...”

Yo, mister! Kalau ye pun nak bagi ceramah agama, awak tu dah tersilap waktu. Tunggu la azan Maghrib dulu, jawab azan, baca doa azan, iqamah, lepas tu sembahyang Maghrib berjemaah, lepas tu baca doa, lepas tu sembahyang sunat Maghrib, lepas tu doa lagi, then, sekarang, lepas semua tu baru session ceramah agama, okey? In between nak tunggu Isyak pulak. Faham? Boleh ingat?” cakap lagi aku tak de asas agama. Ambik kau, step by step aku bagi.

Diam. Perlahan-lahan dia menapak ke tepi. Senyum yang tadi dah hilang dan mukanya dah serius dengan mata yang masih tak berkelip merenung.

By the way, kat Pusat Islam UiTM tu ada masjid, selalu jugak buat ceramah agama, in case you tak tau.” Sinis lagi dia menambah, laju tapak kakinya menghala ke tangga, nak turun.

Of course I know.” Perlahan jawapan itu diberi.

Dia berpaling kembali. “A piece of advice. Jangan ingat date tu hanya dengan manusia yang berlainan jantina. Tak de istilah itu dalam kamus hidup saya. To make it clear, I only have dates with Allah, and that’s the date I’m late for, Asar. Next, I’ll have a date with my books, then when I’m bored, I’ll have a date with my music. Clear enough to you? Nak tuduh orang jangan main redah je. Asas agama jangan dibuat main. Just because I don’t wear tudung labuh dengan baju kurung, dan suka menyumpah tak tentu kala, jangan ingat saya tak tau nak solat.”

Lelaki itu diam lagi.

“Maaf kalau kata-kata saya kasar. Just to make things clear. Assalamualaikum.” Dan laju langkahnya menuruni tangga, tak berpaling lagi.

Lama Khairul Fairuz terdiam, matanya masih merenung tangga itu. Wa’alaikumussalam... hatinya melafazkan salam dengan senyum kecil di bibir. Interesting girl. Baru dia nak berpusing, matanya terpandang sesuatu di lantai.

Kad matrik. Betul-betul di tempat barang-barang gadis itu jatuh tadi. Dia tunduk mengambilnya.

Amilia Aisya Abdul Aziz. Ijazah Sarjanamuda Farmasi. 2007345678.

Amilia Aisya...

Senyum nipis nakal itu bertamu lagi di bibirnya.

Nampaknya kita akan berjumpa lagi.

 

***

 
“COOPER. Kau apasal?” Udin menyikunya dengan kening terangkat sebelah.

“Hm?”

“Senyum termewek je dari tadi aku tengok. Kau mimpi jumpa bidadari ke masa ceramah agama tadi? Mahsyuk lena je aku tengok.” Udin sengih. Laju kakinya melangkah menuruni tangga Pusat Islam UiTM itu, mengikut sahabat baiknya.

Ceramah agama...

“Mana ada aku tidur. Aku pejam mata menghayati ceramah tu lah.” Dengan senyum dia membalas. Ye la, dah dapat ceramah free kat depan-depan library petang tadi, takkan aku nak balun tidur pulak masa ceramah agama selepas Maghrib tadi? Dah diingatkan sebegitu rupa oleh Cik Amilia Aisya, step by step lagi. Senyumnya bertambah lebar.

“Tengok, tengok. Kau bagi aku senyum pelik tu lagi. Apasal?”

“Tak de apa-apa.” Kunci kereta dicapai dari poket seluar. Tersentuh benda keras empat segi. Kad matrik si Amilia Aisya. Senyum lagi. “Nak lepak mana-mana dulu ke nak pulun belajar terus?”

Udin merengus perlahan. “Aku nak kena pergi hospital. Ada lagi kes nak kena clerk. Pergi pekena Nescafe tarik dulu la, macam nak kena stay up je malam ni.”

Cooper angguk. “Aku ikut kau la pergi hospital. Boleh tambah aku punya kes.”

3 comments:

  1. X sbr nk tunggu next entry....mmg best...

    ReplyDelete
  2. Haha nama Cooper tu...criter ni mest ada kaitan dgn Nyanyian Hati, kan? Best3 ;)

    ReplyDelete