AIRIS duduk sambil menongkat dagu. Sekali
lagi belakang tangan dibawa menahan kuap. Ni dah kali
ke-berapa-entah-dia-malas-nak-kira dia menguap.
Dah
sejam dia duduk di kubikel tepi dinding ni. Dah naik kematu pun ada duduk tak
bergerak macam ni. Ini semua gara-gara dia tak perasan ada BBM dari Tasha yang
mengatakan kelas petang ni dibatalkan. Nak balik rumah macam malas sebab pukul
empat petang nanti dia ada kelas lagi.
Ada
la jugak Tasha ajak ke biliknya di
kolej kediaman, tapi budak Airis ni memang malas nak berjalan dalam panas macam
ni. Daripada dia berpanas nak menapak
ke kolej kediaman, ada baiknya dia duduk aje dalam perpustakaan yang berhawa
dingin ni, kan?
“Aiyooo..” Dagu didaratkan di atas
permukaan meja. Bosan betul dah ni. Kalau dia bawak laptop, boleh la jugak
nak tengok movie ke apa.
Nak
menghadap nota yang baru belajar pagi tadi macam malas. Lagi-lagi pagi tadi tu
subjek Operating System, memang bertambah-tambah tahap kemalasan seorang Airis
Zaquan.
Tangan
kiri didaratkan di atas permukaan meja, dia masih dalam posisi menongkat dagu
pada permukaan meja. Sedang dia sibuk mengusyar
papan pengadang kubikel ni, LED di hujung kanan BlackBerry berkelip-kelip.
Syafiyya Zaquan
Got
class ha?
Berkerut
sekejap dahi Airis membaca mesej pendek kiriman Syafiyya tadi. Sejak bila pulak kakak aku ni jadi sangat
bersopan-santun ni? Haa.. mesti ada
apa-apa ni.
Airis Zaquan
Ilek.
Whaddap?
Syafiyya Zaquan
Nak
call.
Nak nangis.
Airis
memandang ke atas. Aiyo.. kakak aku
sorang ni la. Semalam elok aje sembang-gelak-gelak dengan aku. Ni nak menangis pulak apahal? Belum sempat dia nak membalas, BlackBerry di tangan
bergetar. Jelas tertera nama Syafiyya sebagai pemanggil.
“Kejap.”
Bisik Airis perlahan. Kakak aku sorang ni la tak menyempat nak telefon.
“Eh,
kenapa slow sangat suara ni?”
“Library.”
“Ohhh.. okay, okay.”
Airis
melajukan langkah keluar dari perpustakaan. Mana taknya, masa dia jawab telefon
tadi dah banyak mata yang menoleh pandang.
“Haa.. kenapa ni?” Dia bersandar pada
dinding di belakang. Sempat lagi dia melemparkan segaris senyuman buat pelajar
yang lalu-lalang di hadapan perpustakaan tu.
“Saje. Tak boleh nak tidur.”
Automatik,
dia terus menoleh melihat Fossil di pergelangan kiri. “Dah malam sangat ni. Tak
de kelas ke esok ni?”
“Ada...”
Terjongket
sedikit kening kiri Airis. Haa..
kalau suara dah sayu macam ni, memang ada apa-apa la ni. “Eh, pagi tadi kan
kita baru perasan awak dah upload
gambar pergi Florida tu.”
“Aiyo.. dah sebulan la upload.”
Airis
menahan daripada tergelak. Memang pun dah sebulan Syafiyya upload gambar trip ke Florida tu tapi nak ubah topik punya fasal,
kita redah aje la.
“Rasa
macam nak pergi lagi je.”
“Haa.. ajak la kawan awak.” Airis layankan
aje. Syafiyya tu tengah mood mellow
ni tak boleh nak berkeras sangat. Kang menangis pulak kakak tersayang sorang ni ha.
“Masalahnyaaaa..
yang planned trip hari tu bukan kita,
orang lain.”
“Makanya?”
“Tak
de maka pun. Malas sebenarnya nak plan.”
Airis
memandang ke atas. Sabar aje la aku dengan kakak sorang ni ha. “Buat-buat la
fokus dekat studi tu, Fie. Sikit lagi je
nak habis dah.”
“Hmm..” Perlahan je suara Syafiyya. “Awak, awak..”
“Haa..”
“Awak
ada jumpa Firhan?”
“Firhan?”
“Haa la Firhan.”
Pelipis
kiri digaru. “Kenapa dengan Firhan?”
“Awak
ada jumpa dia tak?” Fie ulang lagi soalan tadi.
“Tak
de.” Malas-malas Airis menjawab. Dah
kenapa pulak dia nak kena jumpa mamat nama Firhan? Firhan dengan dia
bukannya apa-apa. Yang ada apa-apa dengan Firhan tu, Syafiyya bukan dia.
Fie
di sebelah sana mengeluh perlahan. “Firhan tu macam dah lama je tak call kita. Tetiba je
senyap. Dia tak suka ke kita pergi trip jalan-jalan?”
Bibir
bawah digigit. Apa aku nak jawab ni? “Alaaa..
dah nama pun budak final year mesti
la busy, ye dak?”
“Takkan
la busy sampai satu mesej pun susah?”
Telefon
dialih ke telinga sebelah kiri pulak.
Dalam kepala sibuk mencari jawapan yang paling sesuai. “Mungkin masa awak text tu dia tengah busy, then bila dah tak busy dia terlupa pulak nak reply.”
“Hmm..” Jeda. “Cuba awak usyar dia sikit,
kut ada girlpren lain ke kan...”
“Eh,
awak ni!” Airis dah keluar aura naga. “Cuba la jangan mintak benda yang
bukan-bukan. Karang jadi betul-betul baru tau!”
“Bukan
laa ki..”
“Bukan-bukan.”
Potong Airis laju. “Selalu tak nak mengaku salah sendiri.”
“Tapi
Aii...”
“Tak
de tapi-tapi..” Sekali lagi Airis
lebih pantas memotong. “Awak letak telefon lepas tu pergi tidur. Jangan nak
serabutkan kepala dengan benda-benda macam ni.”
“Okaaayyy..”
Airis
mencebik. Tengok tu, kita cakap sikit mula la nak merajuk. “Dah, pergi tidur
sana.”
“Haa la..”
“Good night, assalamualaikum.”
“Wa’alaikumsalam.
Kirim salam dekat mama dengan ayah nanti. Muah!
Muah!” Panggilan ditamatkan.
Airis
dah geleng-geleng kepala. Sabar aje la dengan kakak sorang ni la. Dia
mengangkat kepala menengadah kepala memandang langit. Ya Allah Ya Tuhanku,
sampaikan salam rinduku kepada Syafiyya Zaquan serta Kau permudahkanlah segala
urusan hariannya. Amin.
Tanpa
Airis sedar, ada sepasang mata nakal yang curi-curi memandangnya dari meja di
sebelah kanan luar perpustakaan. Lambat-lambat bibirnya mengulum senyum.
Nampaknya, misi pertama bakal dilaksanakan secepat mungkin!
SEBATANG lagi rokok ditarik keluar dari
kotak warna hijau tu. Dikepit dengan pinggir bibir. Ibu jari menjalankan tugas
memetik pemetik api.
“Kau
apa cer?”
“Apa?”
Rokok di pinggir bibir dialih di antara jari telunjuk dengan jari tengah. Asap
busuk berkepul-kepul dihembus keluar.
“Cindy
hari tu apa cer?”
Terjongket
sedikit bibirnya. “Lauk dah.”
“Pehh.. cepat betul.”
Akid
angkat bahu. “Kalau stok macam dia tu, bukan susah pun. Cakap sebaris dua,
gedebuk terus dapat.” Bangga betul Si Akid ni.
“So, sekarang ni awek mana pulak?” Ameng dengan Akid ni kawan memang
dah lama, jadi segala rutin harian Akid memang dia tau sangat. Akid ni mana
boleh kalau sehari tak de awek baru.
“Aku
tengah usyar ada sorang budak ni..” Serta-merta figura gadis berselendang
kelabu tadi terlayar di ruang mata.
“Budak
mana?”
“Budak
kolej aku jugak.”
“Pehh.. sejak bila kau layan budak kolej
kau ni?”
Akid
angkat bahu. “Saje nak tukar angin.”
Rokok
di tangan kiri ditonyoh ke dalam bekas abu rokok. “Body macam siapa? Ada macam Scarlett Johanson? Ke Jessica Alba ke?”
“Tak
ah..” Monotoni sahaja suara Akid. “Ni stok muslimah sejati.”
“Hah!”
Terus terkedepan badan Ameng yang duduk menyandar tadi. “Kau biar betul, bro? Jangan buat lawak tengah hari
dengan aku.”
“Betul
ah.”
“Kau
tak takut terbakar ke nanti?” Sinis
betul soalan Ameng. Alaa.. perangai
Akid memang dah ada dalam poket ni. Ni mesti ada apa-apa yang dia tak tau.
“Terbakar ke tak, tu belakang kira.”
Selamba je Akid menjawab. Apa yang
penting sekarang ni, dia nak tawan hati gadis bernama Airis tu.
“Kut
kau dah bersedia nak jadi Pak Ustaz, kau bagi tau aku.” Ameng kembali duduk
bersandar. Kaki kanan ditongkatkan pada kaki kiri. “Boleh aku panggil orang
masjid buat kenduri kesyukuran.”
Akid
buat dengar-tak dengar. Kau nak cakap apa pun cakap la, Ameng. Yang aku tau,
budak Airis tu tak macam budak perempuan lain yang aku kenal. Dan aku nak kenal dengan budak Airis tu.
Jangan panggil aku Akid la kalau tak boleh mencairkan hati perempuan.
“KIESHA.”
Kiesha
yang tengah tengok TV menoleh pandang. “Ibu...” Dia berganjak sedikit ke kiri
memberi ruang kepada ibu untuk duduk.
“Tak
de kelas ke hari ni?”
“Hari
ni memang tak de kelas.” Dia menarik
sila ke atas kerusi. Bantal di hujung sofa ditarik ke dalam pelukan.
“Tak
keluar?”
“Malas.
Tak de mood.” Kiesha dah pelik. Sejak
bila ibu sangat prihatin dia keluar ke tak ni?
“Tak
de mood ke sebab Iyyad yang tak de?”
Refleks,
Kiesha terus menoleh ke sebelah kiri. “Ibu cakap apa tadi?”
“Iyyad?”
“Iyyad?”
“Ha
ah. Kenapa dengan Iyyad?”
“Macam
mana ibu boleh tau fasal Iyyad?” Amagadzz..
habis la aku, habis la aku.
Ibu
angkat bahu. “Iyyad called petang
semalam.”
“Iyyad
called!” Okey, sekarang ni dia rasa
macam nak pergi tumbuk muka Si Iyyad tu. Yang gatal sangat call masa orang tak de
dekat rumah tu apahal?
“Jangan
la terkejut sangat.”
“Dah
kenapa pulak dia called?” Haa.. mula la
dia nak keluar aura naga ni. Kalau dia tau macam ni, dia tak bagi nombor
telefon rumah dekat Iyyad. Urgh!
“Sopan
aje ibu tengok budaknya. Bila lagi nak bawak
jumpa dengan ibu-abah?”
“Mana
ibu tau dia sopan?” Eh, eh ibu ni belum jumpa lagi dah kata sopan. Tapi, bak
kata Tasha sebelum ni la Iyyad tu memang stok sejuk-mata-mak-pak-mentua tengok
pun. “Ibu belum tengok lagi, kan?”
“Kalau
tak sopan, takkan la kakak nak kawan dengan dia.” Ibu dah keluar aura nak
memancing.
Kiesha
menelan liur. Alahai, ibu jangan la keluar statement
pencair hati tu. “Nanti la bila-bila free
kakak ajak dia datang rumah.” Dia menampal senyum segaris.
“Iyyad
ada cakap nak datang sini tapi dia kata tunggu kakak la yang bawak.”
Amagadzzz!! Iyyad ni memang mintak pelempang bisu ke apa ni? “Nak kena
bawak la ni?”
“Eh,
mesti la!” Paha sebelah kanan Kiesha ditepuk perlahan. “Ada ke dah ada kawan
tak bawak jumpa ibu. Nasib baik ibu tak carikan calon pakwe untuk kakak.”
Kiesha
rasa macam nak jatuh rahang dengar statement
ibu tadi. Ibu nak carikan calon pakwe untuk dia? Seriouly? “Nanti la eyh
kakak bawak jumpa ibu dengan abah.”
“Orang
mana Iyyad tu?”
“Sini-sini
jugak.”
“Ohhh.. senang la nak masuk meminang ni.”
Kiesha
tergelak kecil. “Ada-ada je ibu ni.”
Dia berdeham kecil. “Ibu tak marah ke kakak kawan dengan Iyyad tu?”
“Laaa.. nak marah apanya?”
Kiesha
angkat bahu. “Mana la tau, kut-kut ibu tak suka ke kakak berkawan dengan
Iyyad.”
“Ibu
tau anak ibu ni dah besar, dah boleh fikir mana baik mana tak, kan?” Paha
Kiesha ditepuk-tepuk.
“Sikit
pun ibu tak marah?”
Ibu
tergelak kecil. “Kakak berkawan aje kan dengan Iyyad? Tak salah pun kalau nak
berkawan.” Jeda. “Asalkan kakak tau jaga batas, ibu okey je.”
“Abah
tau tak?”
“Mestilah
abah tau.”
Kiesha
rasa macam nak pengsan. Tapi.. kalau ibu tau mesti la abah pun tau kan. “Abah
marah?”
“Abah
tanya bila nak bawak menantu datang rumah?”
Membulat
terus mata Kiesha. “Biar betul?”
“Betul
laaa..” Jeda. “Abah pesan nanti kakak jaga diri elok-elok. Jaga maruah
keluarga, maruah awak tu pun jangan lupa. Jangan buat yang tidak-tidak.”
Lambat-lambat
Kiesha menarik senyum. Tiba-tiba dada ni semacam lapang je bila ibu cakap macam tu. “Insya-Allah, terima kasih ibu.” Terus
saja dia peluk ibu di sebelah, satu kecupan singgah di pipi kiri ibu.
“Eh,
terlupa pulak ibu.”
“Lupa
apa ibu? Ibu tengah goreng ikan ke tadi?” Nak kata ada bau hangit, macam tak de je.
Ibu
tergelak kecil. “Tak de la. Tadi..
Iyyad ada telefon, dia mintak kakak telefon dia balik.” Jeda. “Iyyad kata dari
malam semalam dia called tapi kakak
tak angkat.”
Kiesha
menarik sengih. Padahal dalam hati ni dah membara
tak payah cakap. Hamboii.. dah pandai
mengadu sekarang! “Haa.. nanti la kakak return
call.”
“Elok
la macam tu.” Dia bangun daripada duduk. “Nanti kita sambung borak lagi. Ibu
nak masak dulu, karang abah kau balik tengok belum siap masak, bising pulak.”
Kiesha
tergelak kecil. “Jom la, kakak tolong ibu.”
“Tak
nak telefon Iyyad dulu?”
“Alaa.. nanti lepas masak la kakak
telefon.” Jeda. “Sekarang ni kakak nak tolong ibu masak.”
“Senang
la Iyyad nanti kalau kahwin dengan kakak.”
Membulat
mata Kiesha memandang ibu yang dah senyum-senyum. “Ibu ni ada-ada je.”
“Iyyad
suka makan apa, kakak?”
“Ibu!”
Ibu
tergelak kecil. “Okey la, okey la. Jom kita masak.” Suka betul dia tengok pipi
Kiesha yang dah merah tu. Haaa.. malu
la tu. Itu baru dia yang giat, kalau abahnya join sekali tadi? Mahu menangis anak dara sorang ni.
No comments:
Post a Comment