Wednesday, 8 January 2014

Hatiku Tertinggal di Manchester (Bab 6): Eyla Myra


MUG BERISI NESCAFE PANAS itu dihulurkan kepada Myra Isabella yang masih leka dengan bacaan novelnya.
“Aku tengok kau ni macam tak bermaya aje sejak cuti ni. Rindu dekat si dia ke?” Nainaa Azzuana bertutur selamba sambil mengambil tempat di sebelah bestie sendiri yang masih kusyuk dengan novel di tangan.
Keningnya terangkat. Nainaa ni tetiba masuk mode penyiasat FBI kenapa pulak?
Myra berdehem untuk membetulkan lunak suara.
“Siapakah gelaran mamanda yang Puteri Cempaka Biru maksudkan?” balasnya sambil merenung seraut wajah tidak bertudung itu.
Gadis yang mengenakan scarf kecil berwarna purple gelap di kepala itu menghamburkan ketawa spontan.
“Kau tengah baca hikayat apa sampai keluar bahasa purbakala ni?” soalnya sambil memegang perut yang sakit gara-gara gelak sampai tak ingat dunia.
Novel Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid yang dipegang di tangan kanan itu digoyangkan beberapa kali.
“Patut la,” sambut Nainaa yang dah mula menganggukkan kepala tanda mengerti.
Memang kena la kalau cik kak sorang ni bercakap dengan aku sampai terkeluar ayat-ayat legend macam tu pun, tapi nak buat macam mana dah novel yang dia baca pun memang novel legend. It’s so logic then.
Mug yang masih berasap nipis itu dihirup perlahan.
“Kau cakap pasal siapa tadi?” dia kembali melontarkan soalan itu sambil mengerling sekilas ke arah gadis itu.
Dahi ditepuk spontan.
“Sudah tahu lagi mahu tanya ke nyonya?” jawab Nainaa sambil menjulingkan mata sebelum bibirnya mengukir sengih.
“Here’s my dilemma. One half of me wants ya and the other half wants to forget…” Nainaa sudah menyanyikan korus lagu My Dilemma-Selena Gomez sambil buat sengih evil grin.
Myra Isabella angkat penumbuk kepada Nainaa yang masih dengan alunan korus lagu itu. Grr… karang tak pasal ada yang kena denda main gitar tak berhenti hari ni. Nak sangat menyanyi kan? Aish!
Nainaa mengenyitkan mata sebelah.
“Garang jugak kawan aku ni kan?” dia buat muka tak berdosa.
“Kalau kau tanya dia sampai tahun depan pun belum tentu dia nak mengaku. Kau pun lagi arif perangai dia macam mana. Just wait and see.”
Kata-kata Lola kembali terngiang di telinga.
“Just wait and see,” Nainaa menarik senyum tanpa sedar.
“Huh?” Kepala diangkat sedikit, tanda pertanyaan kepada Nainaa.
“Takde apa, aku tak sabar nak habiskan novel yang aku tengah baca ni. Itu aje,” senang dia bertutur dengan mata yang mengarah ke novel Seharum Kasih yang berada di genggaman sendiri.
Sekali lagi Myra menjongketkan bahu.


HALAMAN KEDIAMAN Encik Hakimi dan Puan Aida sudah mula dipenuhi dengan kehadiran para tetamu yang semakin lama semakin bertambah bilangannya. Hari ini merupakan hari pernikahan Marina Imani, kakak kepada Myra Isabella.
“Amboi, Aida makin kurus kau sekarang ye? Anak-anak pun dah besar, dah lama sangat kita tak berjumpa kan? Waktu anak kau yang sulung kahwin dulu aku pergi haji, nasib baik anak kedua ni aku cari jugak masa datang. Yang ketiga bila pulak?” ujar wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu dalam nada yang kedengaran ceria.
Puan Azizah dengan Puan Aida sudah saling berpelukan. Bila masing-masing dah ada keluarga sendiri memang susah nak berjumpa. Mereka kenalan rapat sewaktu di universiti dahulu.
“Ish, kau ni Zah! Myra ni masak pun tak lepas lagi nak bagi kahwin macam mana? Lagipun budak-budak sekarang ni memilih sangat,” jawab Puan Aida pula sambil menepuk lembut bahu kenalan rapatnya itu.
Myra Isabella yang hanya mampu menjadi tugu pacak di sebelah mamanya ketap bibir. Aish! Ma ni. Ada pulak mengata aku depan-depan. Bukannya aku tak reti masak langsung.
Heh! Masak maggi pun kira pandai apa.
“Sama aje la dengan anak teruna aku tu. Balik rumah aje kerja mengadap TV dengan komputer tak pun keluar dengan kawan-kawan. Tak habis-habis dengan game dan skateboard dia,” giliran Puan Azizah pula yang bercerita tentang perihal anak lelakinya.
“Myra belajar dekat mana sekarang?” soal Puan Azizah kepada Myra yang masih terbius bisu sejak tadi.
“Myra ambil IB dekat Kolej Mara Banting aunty,” balasnya ringkas sambil tersenyum manis. Memang hari ni kerja tampal senyum dekat muka sampai lenguh.
 “Laa… betul ke? Kalau macam tu sama la tempat belajar dengan Faris. Ada jodoh la kita macam ni, tak gitu Aida?” sambut wanita berbaju kurung moden hijau muda itu dengan nada bergurau.
Faris?
Myra telan liur.
‘Tolong la jangan kata orang yang kawan mama ni maksudkan adalah Faris Iskandar seteru ketat aku tu!’
Dia ketuk kepala dalam hati. Dekat KMB bukannya ada sorang aje makhluk nama Faris, aku ni kalut tak tentu hala pulak!
“Mummy!” Suara garau yang kedengaran dari arah belakang itu mematikan lamunannya. Myra ketap bibir.
Ya Allah, biar la telinga aku aje yang salah dengar dan benda ni bukannya kenyataan.
“Haa… Sampai pun anak teruna aku yang sorang ni. Nak mintak tolong teman aku datang sini bukan main liat lagi,” sempat lagi Puan Azizah mengomel sambil menepuk bahu anak lelaki yang dimaksudkannya sebentar tadi.
Faris Iskandar menarik senyum di pangkal bibir dengan muka tak bersalah.
“Assalamualaikum, aunty sihat?” sapanya sopan.
Dia bersalaman dengan Puan Aida sebagai tanda hormat. Myra Isabella yang sudah jadi robot depan matanya hanya dijeling dengan hujung mata.
‘Myra anak Aunty Aida ke? Macam mana pulak aku boleh tak tahu padahal waktu kecik-kecik dulu main baling selipar sama-sama tu.’ soal hati kecilnya.
Daddy ada dengan Uncle Aziz dekat hujung sana. Mummy nak masuk tengok pengantin kejap, Faris nak ikut sekali ke?” bait-bait kata yang terpacul dari mulut Puan Azizah mematikan lamunannya.
Faris Iskandar menggeleng perlahan dengan senyuman yang kembali memekar di bibir.
“Takpe la, Faris duduk dekat luar aje. Nanti kalau dah nak balik mummy call Faris,” balasnya sambil memandang tepat ke arah mummy dan Puan Aida yang masih tegak di hadapannya.
Dalam hati dia sengih sendiri. Apa maksudnya biar dia aje yang tahu. Heh!
“Kalau macam tu biar Myra aje la yang temankan Faris. Nanti kesian pulak dia sorang-sorang dekat luar. Boleh kan, Myra?” usul Puan Aida pula dengan anak mata yang memandang tepat ke arah anak bongsunya itu.
Cadangan Puan Aida bagaikan anak panah menikam terus tembus jantung. Kenapa aku yang kena jadi mangsa keadaan menemankan pakcik ni?
Dalam terpaksa dia mengangguk. Pandangan mama bagaikan tidak memberinya pilihan untuk menolak, nanti tak pasal-pasal malam ni ada jugak yang bagi ceramah kata tak layan tetamu la bagai. Tak larat nak tadah telinga.
Dia menjeling Faris Iskandar yang sudah tersengih jahat. Grr ada jugak yang makan wedges waktu kenduri kahwin karang!
“Jom, Zah!” tutur Puan Aida yang dah menarik tangan sahabat karibnya itu untuk berlalu ke bahagian dalam rumah.
Kini…
Hanya tinggal mereka berdua di tepi gazebo itu, masing-masing terdiam bisu terus. Myra sudah mula buat muka bosan. Aku dengan mamat ni memang tak pernah kenal erti berdamai. Takkan nak berdiri dekat sini sampai pagi esok?
Faris memasukkan tangan ke dalam poket seluar baju melayu sambil mata melilau melihat keadaan sekeliling.
Sesekali hujung matanya sempat menjeling melihat lagak gadis di sebelahnya. Dalam hati dia sengih jahat. Kalau nak duduk macam ni sampai pagi esok pun dia tak kisah. Heh!
“Dah makan belum?” Myra akhirnya mengalah. Malas nak membuang masa dengan lebih banyak dengan mamat poyo sorang ni, lagi cepat balik lagi bagus. Kalau tak menyusahkan hidup aku aje hari-hari.
Pertanyaan itu menarik sengih di bibir Faris.
Yes!
Dalam hati Myra buat muka. Ingat waktu cuti boleh la riang ria bersuka suki lari dari mengadap muka dia hari-hari. Tapi boleh pulak dia muncul waktu-waktu macam ni dan boleh pulak selama ni aku tak tahu dia anak kawan Ma.
Lelaki itu hanya menggeleng sambil memegang perut.
‘Bajet nak buat muka comel depan aku ke hapa? Tolong sikit, tak tergoda okey. Aku punya comel kau belum tengok lagi.’
Bisiknya geram di dalam hati.
“Sana,” jari dituding ke arah khemah tempat menjamu selera.
Myra Isabella sudah memulakan langkah dengan laju. Wedges setinggi empat inci itu bagaikan tidak membantutkan pergerakannya langsung.
Faris Iskandar yang menurutinya dari belakang hanya tersengih sumbing.
“Lawa baju,” ujar lelaki di hadapannya sambil meneruskan suapan nasi ke mulut.
Myra Isabella angkat kening.
Heh! Jarang nak dengar mamat beku ni puji aku. Tapi kalau tak silap, memang tak pernah pun.
“You are telling me?” gadis itu membalas tanpa nada dengan muka yang masih tak beriak.
Faris Iskandar jongket bahu.
“Maybe,” balasnya selamba.
Myra mencebik. Baru nak kembang sekejap.


“MYRA, TOLONG JAGA AIMAN KEJAP. Kak Tisya nak tolong mama dekat dalam, budak ni mengada-ngada nak merengek pulak waktu kalut macam ni. Myra bawak la dia pusing-pusing kejap. Kalau abang Redza cari bagitahu akak dekat dalam ye..”
Perbualan mereka terhenti seketika saat kakak sulung Myra Isabella muncul dari arah hadapan. Myra segera menyambut Haris Aiman yang baru sahaja menginjak usia dua tahun itu.
“Boyfriend?” soal Maria Latisya sambil menyingsing lengan baju kurung modennya dengan sengih mengusik yang terukir di bibir.
Waktu dia kahwin dulu Marina Imani la yang kalut macam tak cukup tanah ke hulu hilir. Jadi sekarang ni giliran dia pulak. Amer Redza, suaminya juga turut sibuk melayan tetamu yang datang silih berganti.
Myra yang baru hendak menelan air masuk ke kerongkong tersedak terus sementara Faris pula terbatuk kecil. Gelas air sirap di hadapannya segera diambil bagi mengelakkan diri dari tercekik.
No! Kak Tisya jangan nak buat lawak sekupang pulak dekat sini. Dah, dah. Kata tadi sibuk kan?” kalut Myra menjawab bagi menghilangkan gemuruh di hati.
Adoi, kakak aku sorang ni boleh pulak keluar teori luar kotak semedang. Memang tak la aku dengan mamat ni dengan sorang kutub utara sorang kutub selatan.
“Haha… yela. Kak Tisya gurau aje, enjoy your meal then. Akak masuk dulu,” Maria Latisya melemparkan senyum penuh makna kepada Faris Iskandar.
Myra Isabella dah macam nak keluar aura kegelapan dah.
“Bagi I pulak pegang baby tu,” pemilik suara garau itu sudah mula menghulurkan tangan.
Mereka sekarang duduk di atas gazebo di bahagian laman rumah. Myra dah keluar aura muka blur tanda tak faham.
 “I tahu you penat, nanti tak pasal-pasal jatuh pulak baby tu. Bagi la I pegang, don’t worry I pernah jaga adik perempuan I dulu,” bersungguh-sungguh Faris Iskandar bertutur dengan sengih bangga yang melekat kemas di bibir.
Myra Isabella yang masih lagi dengan muka blur hanya membiarkan saja Haris Aiman diambil dari pegangannya. Tak merengek pulak budak kecik ni bila Faris pegang, selalu kalau orang yang tak kenal pegang dia terus meraung macam nak pecah rumah.
You memang suka ye buat muka blur? Dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah,” sempat lagi Faris Iskandar menyakat sambil tertawa kecil.
Myra Isabella mencebik. Kerja nak menyakat aku aje setiap waktu masa dan ketika. Aku teman dia ni pun dah kira patut bersyukur tahu tak. Perangai macam cipan terbang.

No comments:

Post a Comment