3
tahun yang lalu..
PERODUA MYVI warna putih itu diberhentikan
di bahu jalan. Telefon bimbit yang diletakkan di atas kerusi sebelah tempat
duduk pemandu diambil.
“Tasha..”
“Aiii..
kau kat mana ni?” Tasha di sebelah sana
lebih pantas memotong. “Punyalah lama aku tunggu dekat sini.”
“Mananya
fakulti kita tu?” Airis memandang ke atas. “Dah dua-tiga kali aku pusing. Tak
nampak pun!”
“Alaaa..
aku nak explain pun tak tau macam
mana.”
Satu
keluhan berat dilepaskan. Tasha.. takkan la simple
direction pun kau tak boleh nak tolong aku? Sabar Airis, sabar.
“Kau
cuba la tanya mana-mana orang dekat situ.” Jeda. “Aku rasa kau dah lalu depan
ni tadi. Aku macam nampak kereta kau.”
“Memang
aku sorang je yang bawak Myvi dalam
kampus ni.”
“Memanglahhh...
tapi berapa ramai sangat la yang ada Myvi dengan sticker ‘Cancer Cures
Smoking’ tu.”
“Cuba
kau kasi apa landmark dekat situ?”
Pening tau dia nak pusing-pusing lagi. Ingat kereta dia ni pakai air ke?
“Hmmm..”
Jeda. “Apa eyh... kejap aku cari.”
Airis
memandang ke atas. Apalah susah betul Si Tasha ni nak beritahu landmark apa yang ada dekat situ? Jangan
dia kata pokok besar sudahlah.
“Haa..
aku nampak ada tangki air.”
“Tangki
air tu sebelah mana?”
“Aaaa...”
“Seberang
jalan ke sebelah fakulti.”
“Seberang.”
Jeda. “Aku rasa ni tangki kolej.”
“Kolej
tu nama apa?”
“Alaa..
tak nampak la.” Suara Tasha dekat sebelah sana memang frust habis. “Tak de
orang lalu lalang ke kat situ?”
“Takkkk..”
Dia perasan ada orang lalu di hadapan keretanya. “Eh, karang aku call balik.” Dia terus menamatkan
panggilan telefon. Pintu kereta ditolak. “Excuse
me!” Tangan kanan dilambaikan memanggil seorang jejaka yang baru saja jalan
melintasi keretanya.
Jejaka
berkemeja hitam berbelang kelabu itu menoleh pandang. “Are you talking to me?”
“Ha
ah.” Pintu kereta dibiarkan terbuka. Airis melangkah menghampiri jejaka tadi.
“Nak tumpang tanya..”
“Eh..”
Jejaka tadi menggaru belakang kepalanya.
“Tahu
tak dekat mana Fakulti..”
“Sorry, tapi saya student
baharu dekat sini.”
“Ohhh..”
Ada nada kecewa pada suara Airis. Dia barulah nak excited sebab jumpa orang, alik-alik orang yang ditanya pun sama jugak student baharu dekat sini.
“Tak pe la kalau macam tu.” Satu keluhan berat dihela. “Terima kasih.”
Pamit Airis lalu terus masuk ke dalam perut kereta. Perlahan-lahan Perodua Myvi
tadi bergerak meninggalkan bahu jalan. Okey, kita pusing lagi satu kali. Kalau
tak jumpa jugak kali ni, memang dia
minta tolong pak guard escort dia
sampai fakulti!
PERODUA MYVI warna putih itu diparkir elok di dalam kotak parkir. Punyalah lama dia
pusing-pusing dalam kawasan kampus ni, baru sekarang dia jumpa fakulti. Rasanya
tadi dia dah lalu dekat kawasan cuma tak perasan.
Tapi
macam mana nak perasan kalau sign board fakulti
tu kecik? Dahlah kecik, tulisan pun macam ada-tak de. Haiss..
Enjin
kereta tak terus dimatikan. Malas pula nak terus ke fakulti apabila nampak
ramai sangat manusia dekat lobi fakulti tu. Ni mesti pelajar baharu yang nak
mendaftar.
“Oh myyy....” Tengah syok-syok melayan lagu Just The Way You Are
nyanyian Bruno Mars, matanya seakan terpaku melihat sorang jejaka berkemeja
hitam berbelang kelabu yang baru saja berjalan melintasi keretanya.
Eh, cup!Tu bukan ke mamat tadi? Yang aku jumpa tepi jalan
tadi tu kan? Kenapa tiba-tiba dia nampak sangat handsome dan bergaya? Ke sebab aku tak tengok muka dia betul-betul
tadi?
Tapak
tangan dibawa ke dada. Dupdap-dupdap jantung ni ha. Airis oi.. apa tengok anak
teruna orang sampai jantung berdegup macam tu sekali ni!
“Oh,
mak kau!” Terkejut dia apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Ish, kacau
daun betullah! “Helo.”
“Tak
jumpa lagi ke Ai?”
Airis
menarik sengih. “Dah. Aku dekat parking
lot ni ha.” Punyalah ralit mengusyar
mamat handsome tadi, sampai tak
perasan dia masih di dalam kereta.
“Dah
tu, tak reti-reti nak datang sini?” Suara Tasha dah naik seoktaf. “Kau nak
suruh aku jadi patung cendana ke apa ni, Ai?”
“Lepaklah,
babe.” Enjin kereta dimatikan, kunci
ditarik keluar. “Kau datang sinilah. Nak tunggu aku lintas jalan sendiri,
memang malam karang pun belum tentu aku sampai.”
“Eee..
kau ni.” Tasha dekat sebelah sana dah bengang.
“Pretty puhleaseeee...”
“Yelah...” Jeda. “Kau tunggu dekat tangga
tu. Kejap lagi aku sampai.” Tanpa pamitan, Tasha terus menamatkan panggilan.
Airis
dah main geleng-geleng kepala. Mesti Tasha tu sabar aje melayan kerenah dia
hari ni. Nak salahkan dia pun tak boleh jugak,
siapa suruh fakulti ni tersorok sangat? Ecewah, pandailah nak cover silap sendiri.
Kesian
Tasha kena tunggu dia dari pagi dekat fakulti. Ini semua gara-gara dia
terlambat bangun. Boleh pulak
terlambat bangun masa hari pertama mendaftar, kan? Sudahlah lambat, boleh pulak dia salahkan mama sebab tak
kejutkan dia. Padahal, mama dah naik lenguh tangan mengetuk pintu bilik
tidurnya pagi tadi.
Tok!
Tok!
Airis
terus menoleh pandang apabila tingkap keretanya diketuk dari luar. Toleh-toleh je wajah Tasha yang tengah bengang
menyapa pandangan. Oppss..
“Ni
ke tepi tangga kau?” Sergah Tasha elok saja Airis buka pintu kereta.
“Kau
ni jalan ke lari? Cepat betul sampai.” Lain yang ditanya, lain pula yang
dijawab oleh Airis. “Aku rasa macam baru je
kau letak telefon.”
Tasha
mencebik. “Setakat dari lobi tu nak ke sini, seminit pun tak sampai.” Tasha
berdiri sambil mencekak pinggang. “Ni semua fail kau bawak, kan? Tak de
tertinggal apa-apa, kan?”
Airis
mengangkat bahu. Sengih lebar terukir di bibirnya. “Kalau ikut checklist yang kita buat malam semalam,
adalah semua tu.”
Tasha
menghela nafas lega. Nasib baikkk.. “Jomlah. Kita dah lambat sangat ni.”
Airis
hanya menganggukkan kepalanya. Iyalah, dia lambat pun atas kecuaian dia
sendiri, kan. Memang tak boleh nak salahkan siapa-siapalah.
“Eh..
aku ada nampak pakwe handsome.”
Airis
menoleh pandang ke arah Tasha. “Kau ni, kenapa? Tak de angin, tak de ribut,
tiba-tiba cakap fasal pakwe handsome
ni apahal?”
“Random.”
“Ada
tak, yang handsome macam Chad Michael
Murray?” Airis pun join sekali.
“Ramaaaaiii..”
Airis
menarik sengih nakal. Si Tasha ni kalau bab pakwe handsome, serahlah kat dia. Memang dia tau dan kenal semua. Nasib
baiklah Tasha ni tak menduakan pakwe tersayang dia sorang tu. Kalau tak,
menangis gigit jarilah jawabnya Si Kimi tu.
AIRIS dan Tasha berjalan beriringan menuju
ke pejabat Hal Ehwal Pelajar di tingkat empat untuk proses pendaftaran. “Ayerrr...”
“Weh,
ramai gila!” Macam nak terkeluar bola mata Si Tasha ni tengok barisan pelajar
yang panjang tu. “Kalau macam ni punya ramai, turn kita pagi esoklah.”
Tali
tote bag di bahu kiri dibetulkan.
“Ingatkan datang daftar lambat, tak ramai sangat.” Komen Airis. “Rupanya ramai pulak...”
“Dah
semua orang fikir macam kau fikir, itu yang ramai.” Sempat lagi Tasha menjeling
Airis di sebelah. Kalaulah Airis tak lambat tadi, mungkin sekarang ni mereka
dah boleh bersenang-lenang di dalam
bilik kolej.
“Eh..
Tash..” Airis menyenggol lengan kiri Tasha. “Tu bukan ke jiran rumah kau?”
Bibirnya dimuncungkan sedikit ke satu arah.
Tasha
menoleh ke belakang. Matanya dipicingkan memandang sekumpulan pelajar perempuan
itu. “Ohh.. Kiesha.”
“Dia
ambik apa, eyh?”
“Pure Electronics.”
“Siapa
lagi budak kelas kita yang sambung sini?” Dalam ramai-ramai pelajar yang
beratur depan pejabat, adalah dia nampak beberapa orang rakan sekelasnya semasa
di Diploma dulu.
Tasha
mengangkat bahu. “Ramai yang kerja dulu.”
“Dia
orang extend contract dengan company intern hari tu?”
“Mungkin.”
Semasa
di tahun akhir hari tu, pelajar semester akhir diwajibkan untuk menjalani
latihan industri bagi melengkapkan jumlah jam kredit kurikulum. Kebanyakan
pelajar yang prestasi kerjanya bagus, akan diberi peluang untuk diserap masuk
ke dalam syarikat. Tapi ada je yang
dia dengar cerita, yang memang malas nak sambung belajar.
“Eh..
result intern kau okey?”
Airis
mencebik. “Dapat A- jek.” Punyalah
dia bersungguh-sungguh buat report,
alek-alek dapat A-. Haiss..
“Siapa
kau punya evaluator hari tu?”
“Puan
Halimah.”
Tasha
menggigit bibir bawahnya. Dengar aje nama Puan Halimah tadi, dia tau dah kenapa
Airis hanya dapat A-. Tapi daripada apa yang dia dengar, kira Airis ni okeylah
lagi boleh dapat A-, rata-rata yang di bawah pengawasan Puan Halimah
kebanyakannya hanya dapat B sahaja. Tahu tak, Latihan Industri ni sepatutnya
markah bonus bagi pelajar semester akhir!
“Aii..
Aii..” Tasha mencuit bahu kiri Airis. “Your
twleve o’clock.” Suara Tasha seakan berbisik, perlahan saja.
“Apaa..”
Airis malas nak layan. Penatlah kena berdiri macam ni.
“Pandanglah
depan tuuu..” Gumam Tasha geram. Orang suruh tengok, tengok ajelah banyak tanya pulak!
Airis
memandang ke atas. Dia memandang ke hadapan. Bam! Sekali lagi matanya terpaku
pada pemilik baju kemeja hitam berjalur kelabu itu. Mamat tu sama kursus dengan dia orang? Ohemgee.. Kiranya lepas ni bolehlah jumpa selalu?
“Hoiii..
kut iye pun nak usyar, beragaklah sikit.”
Airis
kembali memandang Tasha di sebelah. “Usyar apa?”
“Kau
ingat aku tak nampak tadi?” Tasha berdiri sambil memeluk tubuh. “Kau pandang
pakwe yang mana satu tadi?” Tasha menarik sengih.
“Mana
ada aku pandang siapa-siapa.” Airis kembali memandang ke hadapan. Lebih tepat lagi,
memandang pemuda berkemeja hitam berbelang kelabu tadi.
“Elehh..”
Tasha ikut sama memandang ke hadapan. “Yang mana satu Ai?” Tasha tak puas hati.
Airis
mengangkat bahu. “Yang paling handsome
sekali dekat situ.”
“Yang
pakai kemeja merah tu?”
“Mungkin.”
Jawab Airis dengan senyuman tak lekang di bibirnya.
“Okaylah... not bad. Muka boleh blah.” Komen Tasha dengan mata yang tak lepas memandang jejaka berkemeja merah
tu. “Kau agak budak mana tu?”
“Yang
pastinya bukan budak branch kita la.”
Kalau satu cawangan dengan mereka, mestilah dia cam muka-muka tu.
“Tapi
kan, Aii...” Tasha memicingkan matanya memandang jejaka tadi. “Kalau dia
berdiri sebelah kau, nampak macam abang dengan adik. Dia tinggi sangatlah untuk
kau.”
Airis
menoleh memandang Tasha, kening kirinya dijongketkan. “Kau.. kalau tak menghina
ketinggian aku memang tak sah, kan?” Tahulah dia ni kurang ketinggian, tak
cakap pun dia dah lama sedar diri.
“Tapi
kalau kau dengan kawan dia yang lagi sorang tu...” Tasha pandang Airis di
sebelah kemudian kembali memandang ke hadapan. “Okey sikit, kut.”
“Kawan
yang mana?”
“Yang
baju hijau tu.”
Airis
memicingkan matanya memandang jejaka yang dimaksudkan oleh Tasha. Membulat
terus matanya. “Kau!” Terus saja dia menampar perlahan lengan kiri Tasha.
“Kita
ni Ai.. mestilah nak kena berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.” Tasha dah
sengih-sengih.
Airis
mencebik. “Habis tu, kau dengan Kimi tu? Tak ke dia tu tinggi melangit.” Kut iye pun nak berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.. mamat baju hijau tu memang rendah betul!
“Aku
spesial kes.” Tasha tak nak kalah.
Airis
menjeling geram. Suka-suka hati aje Tasha ni nak menjodohkan dia dengan jejaka berkemeja hijau tu. Kalau dengan yang
berkemeje hitam berbelang kelabu tu, naklah dia!
Airis
kembali memandang ke hadapan. Mata nakalnya curi-curi memandang jejaka
berkemeja hitam berbelang kelabu tadi. Hey
handsome, from now on I’m gonna be your biggest-super-duper secret admirer.
Hope you don’t mind.
No comments:
Post a Comment