Thursday, 5 March 2015
Poskad (Bab 6) ~ Ednin
KAKINYA DISERET LEMAH ke arah tandas. Maisa masih lagi mamai setelah bangun dari tidur. Yellah,
jam baru menunjukkan pukul 4.15 pagi. Kalau mengikut definisi waktu Maisa, 4.15
pagi masih lagi ‘malam’ untuknya. Masih lagi waktu tidur baginya. Tapi dek
kerana mengikut tentatif program yang mula seawal 5.30 pagi, terpaksalahdia
bangun mempersiapkan diri.
Sampai saja di hadapan tandas,
telinga Maisa terus menangkap bunyi pancuran air di dalam tandas menandakan ada orang di dalamnya. Lantas
Maisa mengambil tempat di koridor surau. Sila dibuka dan badannya yang lenguh dek
kerana beralaskan hanya lantai balai raya itu disandarkan pada dinding.
Mata yang masih setengah buka itu
dipisatnya lembut sambil dia mengangkat kepala ke atas.
Pappp.
Rahang Maisa jatuh serta-merta.
Kantuknya tadi sudah hilang
sebaliknya matanya kini sudah terbuka luas melihat panorama di atas kepalanya.
Kawasan sekeliling kampung itu
gelap tanpa lampu-lampu tapi dengan kehadiran bintang dan bulan di langit
terang melanturkan cahaya mereka, menggantikan kegelapan kampung orang asli
itu.
Subhanallah.
Cantiknya alam semesta ciptaan Tuhan
yang satu ini. Tak putus-putus lafaz Subhanallah keluar dari bibirnya.
Akhirnya
senyum yang jarang keluar dari seorang Maisa tersimpul jua.
Bukan
sesaat, seminit...
Tapi, lama.
Buat seketika, Maisa rasa tenang
tanpa memikirkan masalahnya.
“EH AIS… akak tak perasan Ais. Buat apa duduk kat sini? Sibuk tengok bintang ye?”
Maisa
tersentak dari lamunannya. Kepalanya berpaling pada suara menegurnya. Figura
kak Shamizah yang baru saja selesai mandi itu berdiri di hadapannya. Kakak yang
berwajah lembut itu tersenyum kepadanya sebelum turut sama memandang langit di
atas.
“Aah
kak. Cantik kan?”
“Bintang
di sini memang cantik, Ais. Mungkin sebab kawasan ni suci dari
pembangunan-pembangunan macam kat KL tu. Nanti kalau dah siang sikit, Ais
tengok sunset pula. Subhanallah Ais… cantik sangat!”
“Ye
ke kak?”
Kak
Shamizah mengangguk. Bahu Maisa ditepuknya.
“Bumi
kg Leryar ni bumi bertuah, Ais. Bukan senang nak jumpa ni kat KL kan? Kg Leryar
ini banyak mencoretkan kenangan indah, Ais.” Ujar kak Shamizah. Dia dulu
pertama kali menjejak kaki ke kawasan ini turut terpukau juga dengan keindahan
kawasan ini. Dengan tenangnya tanpa bunyi riuh pikuk hon kereta dan segarnya
udara tanpa pencemaran.
“Betul
tu kak… kalau tengok ni kat KL kita nampak lampu KLCC dulu kan kak?”
Kak
Shamizah tergelak. Dia membetulkan pegangan tuala di tangannya. Dia ingin cepat
ke dalam mengejutkan sahabat-sahabatnya yang lain
“Ais
tengoklah dulu. Akak nak masuk dalam dulu… tapi Ais jangan lama-lama sangat
tengok bintang ni. Kang nanti bila orang lain dah bangun, ramai pula yang nak
guna tandas…”
“Baik
kak. Kejap lagi Ais masuk…”
“Okay.
Baik-baik ya duduk seorang kat sini. Akak masuk dulu ya…” Pamit kak Shamiza
sebelum masuk ke dalam balai raya di mana menempatkan peserta perempuan.
Maisa
mengangguk faham. Beg kecil yang terisi toileteries dicapainya lalu dia bangkit
dari duduknya. Aku ada dua hari lagi untuk melihat panorama indah ini!
Ayuh bangun dan bersedia, Ais.
Tugas berat menantimu selepas ini. Lillahi ta’ala.
MAISA MELANGKAH beiringan dengan kak Iman, ketua fasilitatornya ke hujung balai raya.
Mengikut modul yang diberikan oleh abang Azli, dia bakal bersama dengan
anak-anak remaja orang asli. Program mereka ini boleh dikatakan dibahagikan
kepada tiga kelas modul.
Modul pertama pada orang-orang
dewasa di mana, kalau tak salah Maisa, kelas mereka ini lebih kepada kelas
agama dan mengaji di mana fasilitatornya dikendalikan oleh peserta program yang
datangnya dari jurusan agama.
Modul
kedua pula modul yang dikendali oleh dia dan dua orang lagi peserta program.
Kalau mengikut nama tertera yang di atas kertas modul ini ialah dia, kak Iman
dan seorang lagi peserta, Ikwan. Modul ini menekankan aspek-aspek sosial remaja
dan pelajaran-pelajaran mereka di sekolah.
Manakala
modul terakhir pula adalah untuk kanak-kanak kecil. Mereka akan diajar membaca,
menulis dan juga beberapa aktiviti yang lain.
Disamping
itu ada juga pemeriksaan kesihatan pada penduduk di sini. Akan ada beberapa
orang pelajar dari jurusan medik yang bakal memeriksa tahap kesihatan mereka di
bawah selaan seorang doktor dari klinik kesihatan di situ.
“Tak
ada yang datang lagi ni, Ais…” Kak Iman bersuara bila mereka sampai di hujung
balai yang sudah disusun atur dengan kerusi dalam bentuk bulatan itu. Kak Iman
mengambil tempatnya. Fail bewarna hijau diletakkan di kerusi sebelah.
“Macam
inilah, Ais. Iniah ujian bila buat program komuniti… kadang-kadang tak semua
apa yang kita rancang akan berjalan seperti di dalam rancangan. Salah satunya
penerimaan dan sokongan dari penduduk setempat tu sendiri…”
“Kak
Iman dah selalu join program ke?”
Kak
Iman mengangkat fokusnya dari kertas modul. “Program kembara ni baru empat
kali… sebelum ni akak terlibat dalam aktiviti dalam universiti je… tapi
lama-lama tu fikir nak keluar juga dari kepompong, sebab tu akak join kembara…”
“Mesti
akak dah arifkan dengan program ni.” Jari Maisa bermain dengan bucu kotak
Double A yang diisi dengan bahan-bahan untuk modul mereka.
“Bolehlah
sikit-sikit, Ais. Masih belajar lagi… setiap program kembara ni tak sama. Lain
orang lain ragamnya…”
“Pernah
tak akak buat program tapi tak ada yang datang?”
Kak
Iman tergelak. “Macam akak kata tadi… ini salah satu ujian yang kami selalu
dapat. Tapi nak kata tak ada seorang pun yang datang tu tak adalah, ada juga
penduduk yang supportive. Tapi Alhamdulilah, selama dengan kembara, semua
program kami berjalan dengan lancar. Orang asli ini baik-baik tau, Ais. Cuma
diorang ni malu sikit… kita kenalah pandai tackle, kena pandai pujuk…”
Maisa
mengangguk faham. “Tapi ini kak, kalau tak ada yang datang macam mana?” tanya
Ais gusar. Yellah sudah sepuluh minit berlalu tapi tiada siapa pun yang datang
ke ‘bulatan’ mereka ini. Lagipun sejak semalam, dia hanya melihat beberapa
orang remaja sahaja yang datang bersolat jemaah dengan mereka. Yang lain, entah
di mana menghilang. Kewujudan mereka gagal dikesan.
Kak
Iman tersenyum. Dia juga menyedari masalah itu dan sebab itulah, dia sudah
awal-awal lagi mengerahkan fasilitator yang lagi satu untuk melaksanakan misi
penting.
“Kita
kena positif, Ais. Tambah-tambah lagi bila dalam misi baik macam ni. Allah kan
sentiasa ada pada jalan yang benar.”
Maisa
terdiam. Rasa nak ketuk kepala pula dengan perangai cuak dan kelam kabutnya
ini. Betullah orang hebat-hebat ni mesti kena sentiasa tenang, tidak mudah
melatah. Sedangkan Rasulullah dulu bertahun-tahun berdakwah sebelum Islam
diterima oleh penduduk Mekah. Apalah sangat dengan apa yang dia lakukan ini?
“Kita
tunggu lagi ya?”
Maisa
mengangguk setuju. Lalu tangannya menyelongkar beg silangnya. Modul dibawa
keluar.
“Eh
diorang tak ubah pula nama Ais dalam ni…”
Maisa
angkat kepala memandang kak Iman. Mulut kak Iman dimuncungkan pada muka hadapan
modul. Muka depan modul itu tertera nama peserta yang last minute tak jadi
mengikuti program Kembara ini.
“Ais…”
“Hurm…”
Matanya masih meneliti modul.
“Jangan
risau ye. Sebenarnya akak dah ada Plan B.”
“Plan
B?”
Kak
Iman mengangguk sambil tersenyum.
“Akak
percaya dia ni. I believe his charms can works on the teenagers…”
Maisa
menjungkit kening. Dia tak faham sebenarnya apa yang dikatakan oleh kak Iman
ni. Agaknya macam nilah kut stail orang sastera Inggeris bercakap. Penuh
metafora yang orang biasa tak tahu pangkalnya.
“TENGOK TU… Kan akak dah cakap. He did it…”
kak Iman tiba-tiba bersuara di dalam kelompok yang sedang bersila di atas
lantai balai raya itu. Maisa yang sedang melihat Umairah, adik yang berusia
lapan tahun itu mengangkat muka bersama dengan beberapa orang lain yang turut
sama berada di situ.
Tadi
setelah lama menunggu kumpulan sasaran modul mereka yang tak kunjung tiba, kak
Iman ada mengajaknya untuk ‘melepak’ di modul kedua yang sudah siap membuka
‘bulatan’ tidak jauh dari tempat mereka.
Adik-adik yang berusia dari
lingkungan 5-12 tahun itu kelihatan semangat untuk mengikuti program. Lain
sekali dengan tingkah kumpulan sasaran modulnya yang tidak muncul-muncul
walaupun 20 minit mereka menunggu tadi. Mungkin fitrah kanak-kanak yang lebih
sukakan perkara baru dan sifat ingin tahu yang membuatkan mereka begitu berkobar-kobar
mahu belajar.
Serta-merta Maisa mengalih
pandangannya dari kak Iman ke arah pintu balai raya. Dari jarak tak sampai
empat meter itu, Maisa melihat Ihsan masuk sambil memeluk bahu Agus diikuti
dengan beberapa orang remaja yang mungkin seusia Agus.
Ihsan sudah mengangkat ibu
jarinya ke arah kak Iman yang sedang tersenyum bangga.
“Inilah plan B akak…” bisik kak
Iman di sebelahnya.
Maisa hanya mengangguk faham.
Rupa-rupanya plan B kak Iman melibatkan lelaki itu tapi macam mana pulak yang
si Ihsan ni boleh terlibat dalam modul mereka? Bukankah nama yang tertera di
muka hadapan modul adalah Ikwan Hilmi, bukannya Ahmad Redha Ihsan kan? Maisa
menggaru kepalanya yang dilitupi tudung.
“Jom, kita mulakan modul…” kak
Iman yang duduk tadi sudah bingkas bangun. Seluarnya ditepuk-tepuk dahulu
membuang debu. Maisa ikut berdiri lalu mengekori kak Iman yang akhirnya
berhenti di hadapan Ihsan.
“Macam mana akak? Hebat tak
saya?”
Kak Iman menjeling. “Orang hebat
tak akan tanya soalan macam tu…”
Ihsan tersenyum. Matanya
dikerlipkan pada kak Iman.
“Sudah, sudah. Nanti kita
bincang. Sekarang ni jom kita start modul…” Kak Iman sudah mengambil tempatnya
sambil dia memanggil enam orang remaja yang mengikut Ihsan tadi. Mereka
masing-masing mula memenuhi ‘bulatan’ kerusi yang disediakan mereka tadi.
“Akak… kalau kawan saya ni ikut,
boleh akak?” Tiba-tiba satu suara bertanya. Budak lelaki yang memakai baju
belang-belang merah biru itu menunjukkan seorang kawannya yang macam malu-malu.
“Apa salahnya? Tiada yang salah
pun, Amin.” Kak Iman menjawab lembut. Tangannya sudah mengedarkan kertas A4
kepada ahli bulatan.
“Tapi saya tak sekolah, kakak…”
Lemah budak lelaki tinggi lampai itu menjawab. Sebaik saja ayatnya habis terus
dia tunduk memandang lantai.
Khali.
Masing-masing diam.
Maisa menelan air liur. Ini
pertama kali dia berjumpa dengan orang yang tidak ke sekolah. Ingatnya bumi
Malaysia ini semua remajanya mesti ke sekolah. Rupa-rupanya masih ada yang
tidak berpeluang lagi ke sekolah…
“Ehhh siapa kata orang bersekolah
tu saja kena belajar? Semua orang kat dunia ni kena belajar… kehidupan ini kan
ada banyak proses pembelajaran. Semua orang akan alami proses pembelajaran,
sama ada formal seperti apa yang kita belajar di sekolah, mahupun tidak formal
seperti apa yang kita belajar di sekeliling kita…” tiba-tiba Ihsan menjawab.
Maisa mengalihkan tumpuannya pada
Ihsan. Lain betul mendengar pandangan yang keluar dari bibir lelaki yang selama
ini dia ingat hanya tahu bersuka-suka. Tengoklah gaya Ihsan dari awal program
ini, lelaki itu kan tak habis-habis berbual kosong. Siap boleh main handphone
dalam hall lagi… tak sangka pula boleh mengeluarkan point ‘matang’ macam ni.
“Betul tu… setiap orang cara
pembelajarannya berbeza. Macam kakak, kakak belajar dalam jurusan lukis
manakala abang belajar dalam jurusan matematik. Ilmu yang kami dapat tak sama…
begitu juga dengan adik, kawan adik mungkin ke sekolah belajar ilmu formal…
tapi adik di rumah, mungkin belajar ilmu tak formal… mungkin cara nak menangkap
ikan? Ataupun mencari madu… adik-adik yang bersekolah tak mungkin akan belajar
ini kan?” Maisa pula menyambung apa yang dikatakan oleh Ihsan tadi.
Mereka semua mengangguk.
“Betul kak, Anang ni pandai buat
madu dari lebah tualang. Dia jual di pasar…” Agus menyampuk. Anang menolak bahu
Agus, seolah-olah tak mahu Agus menceritakan kerjanya.
“Nanti bolehlah Anang yang ajar
kakak cara nak membuatnya…”
Anang mengangguk setuju. “Boleh
kak… kan abang Ihsan dah janji tadi.”
Maisa dan kak Iman serta-merta
memandang Ihsan bila mendengar perkataan ‘janji’ yang keluar dari mulut Anang.
Ihsan yang duduk di sebelah Anang itu hanya tersengih monkey. Bahu Anang
dipeluknya.
“Sun…” Mata kak Iman mengecil
memandang Ihsan.
“Janji orang lelaki akak…”
Kak Iman menggeleng. “We’ll talk
later…”
Ihsan angkat bahu.
“So,
jom kita start modul kita hari ni nak tak?”
Masing-masing
mengangguk setuju dengan cadangan kak Iman. Modul mengenai ‘Islam dan Remaja’
itu dimulakan usai lafaz Bismillahirrahmanirrahim terbit dari bibir kak Iman.
Labels:
Poskad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment