Monday 2 March 2015

... dan Angin pun Berbisik (Bab 3) ~ Adileah

BAB 3

Syukurlah dua tahun lepas, dia bertembung dengan Nelly di hospital Puteri Damai ni. Kebetulan dia melawat salah seorang kawannya yang sakit dan ketika itu Nelly baru selesai dengan rawatan susulannya. Bayangkanlah kalau dia tidak berjumpa dengan Nelly, entah bagaimanalah keadaannya sekarang.
Tangan lemah Nelly teraba-raba mencari topeng alat bantu pernafasan yang terlekat di hidung  menarik perhatiannya.  
“Ada apa Nel?” telinganya didekatkan pada Nel. Tangan mereka bertautan walau dibatasi oleh sarung tangan keselamatan. Kudis pada permukaan kulit kadang kala mengeluarkan bau hanyir. Tetapi apabila kita sayangkan seseorang, apa saja cacat celanya di hadapan kita akan tertutup dek rasa sayang tu. Itulah yang dia selalu bisikkan dalam hati.
“I mintak maaf Riel, pada you... pada Yasmeen. Ampun kan dosa I.” Bisik Nelly perlahan dan hampir tidak kedengaran. Nafasnya semakin berat, dadanya terasa sangat ketat.
“Yasmeen dan maafkan you. Family you pun on their way to visit you, bertahan ya.” Ketika menghubungi abang sulung Nelly dua hari lepas, dia memang merayu sungguh-sungguh untuk datang melawat Nelly buat kali yang terakhir. Entahlah dia seperti dapat merasakan yang masa Nelly sudah semakin hampir.
Dia semakin dapat merasakan persahabatan mereka di dunia ini sudah semakin tiba ke penghujungnya. Tetapi walau nanti mereka sudah terpisah, Insya-Allah dia tidak akan lupakan Nelly.
“Because of me, you dan Yasmeen berpisah.” Sambung Nelly lagi selepas mengumpul segala kudratnya untuk menyambung kata.
“Nel, kita dah janjikan tak nak ungkit cerita ni lagi.” Perpisahan dengan Yasmeen bukanlah perkara yang menyenangkan. Tetapi percayalah persahabatannya dengan Nelly juga adalah perkara terbaik dalam hidupnya. Nelly juga telah membukakan jalan untuknya berubah.
“Maaf, I dah banyak menyusahkan you.” Nafasnya sudah tertahan-tahan.
“Nel, in friendship tak pernah ada istilah menyusahkan atau terhutang budi.” Dia ikhlas hendak membantu Nelly dan dia tak mahu lagi perkara ini dibangkitkan. Dulu dia pernah sayang sungguh-sungguh pada Nelly kerana cinta. Hari ini dia masih sayangkan Nelly sebagai sahabatnya, sahabat dunia dan akhirat.



Semua orang tahu kisah mereka dan bagaimana kisah cinta mereka terputus. Kisah cinta mereka menjadi topik perbualan yang hangat di pejabat tempatnya bekerja dahulu. Eh janganlah salah faham, dia cintakan Yasmeen juga... sampai mati mungkin. Macam mana ya dia hendak jelaskan perasaan ini kerana soal hati ada persoalan yang paling sukar hendak diterangkan.
“Dalam keadaan macam ni, I dah banyak susahkan you.” Ulang Nelly sekali lagi.
“Shhh... jangan cakap apa-apa lagi. I nak you rehat.” Pujuk Ariel lembut. Air matanya sudah bergenang. Sudah sampai masanya? Dia memandang dada Nelly yang sedikit berombak, pantas topeng alat bantu pernafasan dirapatkan ke muka Nelly tetapi dia mengelakkan kepalanya perlahan.
“Tak...”
“Ingat tak kita pernah pergi Fraser Hill dulu? You bawak bekal bihun goreng.” Masa tu Nelly belum lagi selemah ini. Dia masih boleh berjalan walau pun perlahan saja. Dia juga masih boleh menguruskan dirinya sendiri.
Nelly tersenyum perlahan tetapi tidak lama kerana selepas itu dia meringis sakit kerana bibirnya yang kering. Dia ingat lagi masa tu walau pun tubuhnya ada beberapa kudis kering, walau pun dia sudah mula memakai pakaian yang panjang menutupi kulitnya yang penuh cela. Ariel tidak pernah geli untuk jalan bersama dengannya. Ariel tidak pernah memandang jijik padanya.
Sekarang dia sudah semakin lemah dan mengharapkan sepenuhnya bantuan jururawat. Malu, sedih, rasa rendah diri, semuanya ada. Apabila sedang sakit tenat kita dijaga oleh orang asing. Mungkin rasanya akan berbeza apabila kita dijaga oleh ahli keluarga sendiri.
“You are my best friend Nel.” Air mata yang mengalir di pipi Nelly tu bagai pisau yang menghiris hatinya. Memandang wajah sedih Nelly buatkan hatinya ngilu.
“I... dah tak boleh nak buat bekal macam tu lagi.”
“You akan sembuh.” Dia sanggup bayar berapa saja harganya untuk Nelly sembuh. Tolonglah ya Allah, berikanlah Nelly peluang sekali lagi untuk melalui kehidupan yang lebih baik.
Nelly menggelengkan kepalanya. Dia sudah tidak ada harapan untuk sembuh. “Hidup I... mungkin akan terhenti di sini.” Dadanya semakin kuat berombak. Suara Nelly semakin perlahan dan terputus-putus.
“Nel, family you dah sampai.” Bisik Ariel sebak. Inilah saat yang paling dia tidak mahu lalui. Tidak untuk jangka sama yang secepat ini dan tidak untuk berpisah dengan sahabatnya.
Matanya dipejamkan seketika apabila mama dan papa Nelly berjalan menghampiri katil Nelly. Kemudian di belakangnya pula ada abang dan kakak Nelly. Mereka sudah siap dipakaikan pakaian keselamatan dan topeng muka.
“Nel sayang mama.” Kedengaran tangisan mama Nelly.
“Ma... pa...” panggil Nelly perlahan dan tangannya tergawang-gawang mencari tangan mama dan papanya.
“Nel. Papa ada sini.” Papa Nelly menghampiri katil anaknya. Wajahnya sugul dan sedih.
Mama dan papa Nelly memandang Ariel memohon penjelasan.
“What happened to Nelly?” soal abang Nelly yang sulung.
“Virus ni dari you ke?” sindir kakak Nelly.
Ariel diam, ini bukan salahnya. Dia hanyalah seorang sahabat kepada Nelly. Dia pernah terangkan ini kepada mama dan papa Nelly. Sudah terang bukan darinya. Tetapi mungkin adik-beradik Nelly tidak tahu apa yang terjadi.
“Sudahlah tu guys.” Mama Nelly mencelah. Hatinya sudah cukup gelisah dengan keadaan Nelly, ditambahkan pula dengan perbalahan mereka.
“Ma, dia kena bertanggungjawab.” Abang sulung Nelly sudah mengepal penumbuknya.
“Bukan salah Ariel.” Celah papa Nelly.
“Ampunkan...” ucap Nelly tersekat-sekat. Nafasnya memberat.
“Doctor.” Jerit Ariel cemas apabila dilihatnya Nelly semakin susah untuk bernafas.
“Nel.” Sambung Nelly. Dadanya semakin sempit dan dia tahu inilah saatnya apabila sakarat maut datang menjemput.
“Mama dah lama ampunkan segala dosa Nel.”
“Papa pun dah maafkan segala dosa Nel. Maafkan papa sayang.”
“Abang maafkan Nel. Abang pun nak mintak maaf.” Ucap abang Nelly.
“Kakak pun sayang, maafkan kakak.”
Keadaan Nelly semakin jatuh merosot. Ariel menghembus nafasnya perlahan. Jiwanya berantakan antara kesal dan sedih. Dia memberi ruang kepada ahli keluarga Nelly. Abang dan kakaknya. Benarlah kata orang, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Semuanya sudah terlambat.
“Mengucap sayang.” Bisik papa Nelly di cuping telinga Nelly.  
Ariel yang berdiri sedikit jauh ke belakang, mendengar lafaz kalimah syahadah yang diucapkan oleh Nelly. Perlahan dan tersekat-sekat. Ya Allah... Ariel mengesat air matanya yang mengalir apabila mendengar suara papa Nelly yang sangat menyedihkan.
 Suara papa Nelly kedengaran sangat mengharukan dan menyedihkan di telinganya. Segala-galanya berakhir di sini. Pagi yang hening, hujan gerimis. Perginya Nelly meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Tenanglah dikau di sana wahai sahabatf... Al-Fatihah.
Esakan tangis ahli keluarga Nelly yang hadir sesekali menerjah cuping telinganya. Apabila roh sudah terpisah dari jasad, air mata sudah tidak berguna lagi. Hanya doa dan amalan yang mulia saja yang diperlukan oleh si mati.

Nelly, tenanglah di sana. Bisik Ariel dalam hati, di sebalik rasa sedih dia juga mengucapkan kesyukuran. Hari ni, detik ini berakhirlah segala kesakitan dan penyeksaan yang ditanggung oleh Nelly.

No comments:

Post a Comment