Monday 9 March 2015

... dan Angin pun Berbisik (Bab 4) ~ Adileah

Bahagian II
Yasmeen
Dia pernah sakit dan luka yang dalam. Dia pernah rasa juga sakitnya menanggung rindu. Kemudian dia sedar, bahagia harus dicari dan definisi bahagianya juga mudah.
Bahagiakanlah orang di sekeliling, pasti kita akan terasa tempiasnya juga.



“Meen, terima kasih sebab sudi jadi isteri abang.” Adam menekup kedua belah tapak tangannya di pipi Yasmeen.
Yasmeen tersenyum senang. Dia bahagia apabila dapat membahagiakan lelaki yang dia cinta. “Abang... sakitlah pipi Meen ni.”
“Abang geramlah degan pipi tembam Meen ni.” Semakin kemas dia menekup pipi Yasmeen.
“Abang... Meen nak cakap pun susah ni.” Mana tidaknya lagi dia cuba hendak bercakap, lagi kuatlah telapak tangan Adam melekap di kedua belah pipinya hingga bibirnya jadi seperti muncung ikan.
Adam ketawa kuat dengan rengekan Yasmeen yang setiap kali hampir membuatnya jatuh melurut ke lantai. Yasmeen yang manja dan sentiasa membahagiakan hatinya. Setiap kali hendak outstation, setiap kali itu lah dia sentiasa bermalasan dan melewatkan waktu berangkat. Hanya kerana dia hendak luangkan lebih masa dengan Yasmeen.
Kalau Yasmeen tiada tempahan, memang dia akan bawa bersama dengannya untuk outstation. Tak kisahlah walau hingga ke Alor Setar sekali pun dia sanggup bawa Yasmeen bersama.
“Meen, minggu depan sibuk tak?”
“Tak. Kenapa?” Soal Yasmeen sambil memeriksa pipinya di cermin.
“Tak merahlah sayang...” satu ciuman diberikan ke pipi Yasmeen. Walau sudah dua tahun berkahwin, kemesraan antara mereka tidak pernah berubah walau sebesar zarah.
“Hei, abang main cium curi. Mana aci!” Jerit Yasmeen tidak puas hati. Dia sudah bercekak pinggang di tengah bilik.
“Abang menang 1 point lagi untuk minggu ni.”
Permainan yang mereka sudah lakukan sejak berkahwin. Mengira berapa banyak ciuman yang dapat diberikan kepada pasangan masing-masing. Tiada hadiah pun, tetapi seronok apabila dapat mengira sticker yang mereka tampal di kalender setiap bulan.
Sticker bintang untuk Adam dan sticker bentuk hati adalah Yasmeen. Begitulah mereka setiap hari. Tetapi ada masanya kalender mereka kosong tanpa sticker, itu pun ketika Adam terpaksa outstation dalam jangka masa yang lama.
“Tak aci! Abang main tipu.”            
“Aci kat office abang dah berhenti.”
“Abang....”
“Okey, okey... jangan panggil-panggil abang macam ni. Nanti sasau abang kalau pergi outstation asyik duk ingat kat Meen.”
“Kenapa pulak? Panggil nama abang aje pun, bukan nama orang lain.” Balas Yasmeen tidak mahu kalah. Sebenarnya dia sedang mengatur strategi untuk menambah point buat dirinya. Sekarang sudah 12.15 minit pagi. Sudah masuk hari yang baru untuk minggu ini.
“Meen tu manja sangat, susah abang nak buat kerja kalau teringatkan Meen.”
Okey itu dia memang tahu, Adam tidak berapa gemar apabila menerima panggilan telefon daripadanya ketika waktu kerja. Katanya dengar suara pun dia boleh hilang fokus. Macam tu sekali? Ishh... bahaya tu Adam!
“Abang, dah lewat ni. Jom tidur, esok ada meeting pukul 9:00 pagi kan.”
“Jom.”
“Tak nak!” Adam terus menarik selimut buat tidak peduli. “Abang dah tidur.”
“Tolonglah tutup lampu.”
“Meen yang paling lambat duduk atas katil ni, patutnya Meen lah yang tutup lampu.”
“Alaa, tolonglah...” semakin manja dia mengerdipkan matanya.
“Good night sayang.” Balas Adam. Hendak ketawa pun ada, tapi dia layankan sahaja kerenah Yasmeen yang begini. Beza betul dengan Yasmeen yang dia pernah kenal masa bercinta dahulu.
“Kata sayang, orang minta tolong tutup lampu pun tak boleh.” Yasmeen merungut tidak puas hati.
“Ni dulu.” Adam menunjukkan pipinya ketika dia duduk di atas katil. Sengaja hendak mengusik Yasmeen.
“Tutup lampu dulu.”
“Ishh Meen ni, sampai bila pun tak sudah.” Bebel Adam sambil bangun menuju ke arah pintu tempat letaknya suis lampu bilik. “Nanti kita beli table lamp or pakai remote lagi senang.” Rungut Adam lagi ketika dia sampai semula ke katil.
“Sayang dia... 1, 2, 3 point untuk Meen.” Ucap Yasmeen sambil mencium kedua belah pipi Adam dan dahinya sekali.

“Nite sayang.” Balas Adam dan dia memeluk erat Yasmeen. Sejak kebelakangan in, rasa cinta dan sayangnya pada Yasmeen semakin bertambah malah ada ketikanya dia hanya pulang cepat untuk melihat senyuman Yasmeen. Parahkan sakit cinta macam ni.

No comments:

Post a Comment