+lagi buat apa?
-sedang cuci mata!
+dengan lembu-lembu?
-chehh selain dari lembu..boleh cuci mata melihat pemandangan
indah di sini
+di sini tiada pemandangan yang indah sejak awak tiada..
-kelakarlah awak ni Isam!
Musim luruh di Dijon
memang mengujakan. Mira yang tidak suka alam bunga dan kehijauan sebelum ini,
jadi jatuh cinta melihat segala perubahan warna warni. Sesuatu yang tidak dapat
di lihat di pulau Singa kesayangannya. Kalau umi suruh siram pokok bunganya yang
berderet-deret, lemah longlai sahaja Mira lakukan. Bila umi sudah tiada,
barulah bersungguh-sungguh Mira menjaganya kerana itulah salah satu memori yang
berkaitan dengan umi. Itulah, sewaktu ada hayatnya, seksa betul kalau umi minta
tolong siram pokok tapi bila dah tak ada, mahu sahaja putarkan masa! Buat apa
sahaja yang umi suruh. Ini pun selama ketiadaannya di sana, Mira sudah wakilkan
pada jirannya di tingkat atas, Kak Wawa untuk memastikan anaknya bantu Mira
menyiram pokok-pokok setiap hari. Siap diberi upah lagi!
“Kalau dekat
sing-ah-poh tuh, kita cuma tengok daun menghijau, kuning, gugur dan kering. Tak
syiok macam kat sini.”
“Sana tak ada empat
musim…” jawab Aliah yang sedang mencuba mengait selimut buat anaknya. Teringin
membuat sesuatu yang istimewa untuk ahli keluarga baru ini.
“Tapikan..apa efek
musim luruh yang menyebabkan perubahan warna sebegini?”
“Manalah kakak tahu.
Cuba tanya Marc. Mesti dia tahu.”
Mendengar nama Marc, Mira
terus berdiam diri. Berbaring di ‘hammock’,
dihayun-hayunkan perlahan, melayan apa yang difikirannya. Telefon bimbit yang
tak lepas dari tadi diletakkan ke tepi. Bila ianya berbunyi beep beep, Mira biarkan
sahaja, nanti pun boleh dijawab mesej si Isam. Si Marc pula, bila kita mencari
tak nampak batang hidungnya. Kalau tak, macam hantu yang asyik menjelma di
depan mata! “Termenung nampak. Rindu
siapa?”
Mira berpaling pada Aliah
yang sedang bersungguh-sungguh mengait selimut buat anaknya dengan berkaca mata
hitam, silau katanya! Nasib baiklah ada kebolehan mengait. Kalau suruh Mira
yang lakukan entah apa akan jadi. Tersenyum seorang diri Mira bila membayangkan
kemungkinan besar benang buat mengait semuanya akan jadi reput sahaja kalau
diserahkan pada Mira. Pasti akan tersorok tanpa disentuh.
“Rindu kakaklah.”
“Hmm..kakak sebelah
awak saja, takkan rindu? Ke rindu orang depan tuh? Ke yang sibuk tet tet tet
kat telefon?”
“Kelakar kakak ni…dari
rindu orang depan tuh baiklah rindu Abang Fahrin Ahmad. Yang di telefon ni,
kawan sahaja.” Jawab Mira dengan senyum manis. Semanis senyum Fahrin Ahmad juga
fikirnya dalam hati.
Jari Aliah menarik
turun sedikit cermin mata hitamnya, kali ini merenung adiknya yang sedang
tersengih macam kerang busuk, memandang langit. Seolah-olah di langit tika itu,
ada lakaran wajah Fahrin Ahmad.
“Adik oi..bukan ke Fahrin
Ahmad ni..soooooo yesterday? Tak ada
pelakon baru lain ke?”
“Kita ni setia pada
yang satu!”
Aliah ketawa besar.
Setia pada yang satu! Entah orang itu tahu ke tidak adiknya wujud, setia bodoh-bodoh
saja namanya. Bukan tak biasa dengan perangai si Mira. Sewaktu belasan tahun,
minat habis dengan pelakon cina bernama Chen Hanwei. Sanggup bertekak dengan
umi, sibuk nak periksa tapi dia tetap sibuk nak menonton cerita cina jam 9
malam. Kena bambu dengan umi pun dia tak kisah.
Dari Chen Hanwei,dia
beralih pada Richard Gere pula bila menonton filem Pretty Woman. Dari pelakon
paling muda ke pelakon paling tua. Dari menonton televisyen sepanjang masa,
pantang ada filem baru Richard Gere, harus Mira pergi tonton! Yang paling tak
dapat Aliah lupakan, Mira ajak umi menonton filem Runaway Bride di panggung
wayang untuk temankan dia. Berbakul-bakul umi bagi syarahan dekat dia, Mira tak
heran. Dipujuk, dirayu dan akhirnya Mira mengugut umi, akan mengajak kawan
lelaki kalau umi tak mahu menemaninya. Akhirnya, umi mengalah dan itulah kali
pertama dan terakhir umi jejak kaki ke dalam panggung wayang. Mira punya fasal!
Dalam baik adiknya
itu, melawan juga kalau terkena dengan minatnya. Umi pula tidak suka anak-anak
menonton di panggung. Dalam gelap, kata umi, macam-macam boleh berlaku.
Lebih-lebih lagi kalau pergi dengan kawan lelaki, berdua? Lagilahhh mengundang
bebelan umi, kita berdua dalam panggung, lelaki dan perempuan, syaitan
ditengah-tengah, menggoda tak sudah!
“Mira..ingat tak umi
dulu selalu bising kalau kita nak tengok wayang?”
“Umi tuh..tang tuh je
dia tak best. Orang lain buat tak senonoh dalam gelap, kita pulak kena ikut
undang-undang yang tak berkenaan dengan kita.”
“Tapi betullah juga
apa umi cakapkan? Dalam gelap, apa-apa boleh jadi.”
“Kita kena percaya
dengan anak-anak kita. Nanti bila kakak dah jadi emak, mesti yakin. Besarkan
anak-anak dengan ajaran yang baik, insyaAllah..mesti okay.Kakak ikut saja anak
pergi wayang, pastikan dia tak tengok yang bukan-bukan, bukan duduk dengan
lelaki entah mana-mana. ”
“Zaman sekarang tak
macam dulu-dulu…,Mira. Cakap sikit, anak nak lari dari rumahlah, melawanlah. Kadang-kadang
emak bapak juga besarkan kita dengan baik tapi pilihan anak-anak juga kalau
mahu menyimpangkan?”
Diam lagi. Terdetik di
dalam fikiran Mira, adakah Aliah sedang memberi contoh sepertimana dirinya
sekarang ini? Kalau umi masih ada, mahu dia ‘siang’ Aliah hidup-hidup!
“Kadang-kadang
anak-anak menyimpang tapi semoga Allah berikan peluang dan kesedaran untuk
mereka jumpa kembali jalan yang sebenar. Masa kita muda mungkin banyak silap, masa
kita tua belum terlambat lagi untuk memperbetulkan segala kesilapan.”
Bersungguh-sungguh Nira bersyarah, kalah ustazah-ustazah ketika kuliah subuh.
Aliah hanya tersenyum
mendengar ceramah pendek adiknya. Perhatiannya kembali pada selimut yang
tinggal lagi 30 peratus sahaja untuk disiapkan. Sesekali, matanya melirik pada
adik yang masih lagi berbaring di ‘hammock’,
menghayunkannya perlahan-lahan, mata melekat pada telefon bimbit lagi.
Sungguhpun, Mira masih berperangai manja seperti zaman budak kecil, adakalanya
cara dia bercakap seolah-olah umi yang sedang menuturkannya. Aliah teringat
bagaimana umi selalu memberitahunya, membuat salah, satu pelajaran dalam
kehidupan ini. Bila sedar, cubalah untuk memperbaikinya, bukan terus-menerus
hidup dalam kesalahan. Setiap manusia, ada ruang dan peluang untuk selalu
menjadi lebih baik. Antara hendak dan tak hendak sahaja.
“Selamat petang!”
Hampir-hampir Mira
jatuh bergolek dari ‘hammock’ bila
mendengar suara hantu mi suah itu. Selamat petang! Apa dia ingat ini dalam
kelas ke, sedang menyambut cikgu masuk ke kelas. Cis!Nasib baik sempat berpaut
pada ‘hammock’ itu dan membetulkan
kedudukannya. Buat malu saja kalau jatuh depan Marc Francois. Terperasan hantu
mi suah itu merenungnya tanpa kelip, Mira bertanya dengan nada geram,
“Apa tengok-tengok?”
“Sedap tidur nampak.
Sampai meleleh air liur ya?”
Pantas saja jari
jemari Mira mengesat sekeliling bibirnya tapi tak ada rasa apa pula.Melihat
Marc Francois tertawa kecil, sedarlah Mira dia sudah terkena. Dalam hati dia
merungut, boleh pula Aliah biarkan saja dia terlelap di ‘hammock’ dan tinggalkan Mira sendirian. Kalau adiknya ni kena culik
ke, dibawa lari ke, mahu menangis tak berlagu! Lebih-lebih lagi bila berjiran
dengan hantu mi suah ni, kenalah lebih berhati-hati!
“Tak rimas ke asyik pakai
tudung? I thought people wear it only when they are going out.” Marc duduk pada
kerusi yang tadi diduduki oleh Aliah.
“Salah. Kita pakai
untuk menutup aurat bukan sebab nak keluar rumah.” Jawab Mira sambil
tertoleh-toleh melihat ke dalam rumah, entah sudah berapalah Aliah biarkan dia
tertidur di situ.
“Aurat?”
“Our body parts that
we should cover from non-mahrams.”
“Non-mahrams?”
Berkerut dahi Marc bila menanyakan soalan, tak faham apa yang Mira katakan.
“Guys whom are not
family.”
“Tapi..saya lihat
ketika berada dalam rumah pun pakai juga.”
“Sebab ada Jeremy.”
“Jeremy is family.”
“Technically, yes, but
he is not related by blood. Mahram means my rightful guardians, whom are
incentuous for me to marry. Men like my father and my brothers.”
“Tak dapatlah tengok
lagi rambut awak yang cantik tuh ya?”
Hisy! Ingat pula dia
pada insiden hari pertama tempoh hari! Terasa panas pipi Mira bila mengingati
hal itu.
“That was an accident.”
“A lovely accident.”
“Saya nak masuk ke
dalam. Bye!” Entah apa-apa di tanya lagi
nanti, bertambah malu!
“Eh! Nanti dulu! Saya
nak pergi ke pekan, nak ikut?”
“Err..no thanks. Lain
kali saja..”
Eiiii sudahlah malu,
nak suruh ikut dia ke pekan pula! Eh! Tapi bukan tadi dia ada soalan untuk
Marc?
“Marc!”
“Changed your mind?”
“Kenapa daun-daun ini
semua berubah warna?”
“Cause God made them
as such.”
Mata Mira dikecikkan,
cerdik betul jawapan si Marc. Kalaulah adik beradiknya, mahu dipiat saja
telinga Marc. Kita tanya betul-betul, dia menjawab ala-ala religious righteous. Memanglah Tuhan yang cipta segalanya di dunia
ni tapi ada juga sebab musabab bagaimana pertukaran warna berlaku.
“Pandaiiiiii Marc!
Pandaiiii!!!!” Mira menepuk-nepuk tangannya dengan senyum sarkastik sebelum
berpusing dan kembali mengatur langkah dengan cepat dari melayan Marc.
Hish! Buang masa saja
bertanya pada hantu mi suah tuh!
Tenangnya suasana di
Dijon ini, Mira tak sedar dia sudah separuh jalan menuju ke pekan. Rasa teruja
melihat rimbunan daun dari pokok-pokok yang besar, pelindung dari cahaya
matahari. Walau sudah berminggu di sini, rasa teruja masih tidak berkurangan
lagi. Bukannya dia ada perancangan mahu ke pekan, kalau tidak, boleh sahaja dia
menerima tawaran Marc tadi. Kebosanan duduk di rumah, Mira tergerak untuk
berjalan sahaja menikmati angin petang.
Tersenyum Mira bila dari jauh sudah nampak kelibat orang tua yang sedang
duduk membaca suratkhabar di bangku yang sama! Hari itu bukan main lama lagi
dia tidur di bangku itu, hari ini membaca pula.
Menyeluk kocek, baru Mira
sedar dia tidak membawa duit dengannya. Kalau tidak boleh juga teruskan
perjalanan sampai ke pekan. Boleh beli roti takpun aiskrim. Ah..tiba-tiba pula
terasa ingin makan aiskrim. Dekat sini ada terjual aiskrim cornetto tak? Kalau
umi, dia sukakan aiskrim itu yang perisa stroberi dan vanila. Bila umi makan
aiskrim itu, Mira akan tunggu hingga sampai ke penghujung kon, itulah bahagian
cornetto yang sangat digemarinya. Kadang-kadang Mira beli satu sahaja aiskrim
cornetto, umi makan bahagian atas dan Mira hanya mahukan penghujung kon itu.
Menghampiri lelaki tua
itu, Mira mengambil tempat duduk bersebelahan dengan dia. Satu senyuman diberi,
tak berani nak ucap bonjour lagi,
siapalah tahu, orang tua ini ramah mesra. Mira cakap sepatah, dia jawab
berpatah-patah. Lebih baik duduk diam-diam dan memerhatikan alam sekitar.
Sesekali mata Mira
mengerling pada si pembaca suratkhabar itu. Zaman sekarang, di mana ramai yang
membaca news on the go, masih ada
yang suka dengan cara lama. Sama juga seperti membaca buku, memanglah fungsi
e-book itu bagus tapi padanya mana sama dengan memegang buku yang sebenar?
Membeli buku juga ada
memori tersendiri, e-book setakat klik
dan muat turun bahannya. Setiap buku milik Mira punya tarikh dan siapa
pemberinya. Koleksi buku-buku Mira yang berharga adalah buku-buku karya Enid
Blyton dan juga satu set kisah nabi-nabi. Berharga kerana abah yang belikan
untuk dia. Abah tahu Mira mengikut jejak langkah abah minat membaca, sayangnya,
abah tidak berpeluang melihat kejayaan Mira sekarang ini.
Lamunan Mira terganggu
bila orang tua disebelah bangkit dari tempat duduknya. Tongkat yang tergantung
dibelakang bangku, dicapai lalu perlahan-lahan mengatur langkah balik ke rumah
mungkin. Tidak mempedulikan Mira langsung, dahlah tak menegur, senyum pun
tidak! Cis!
Mira terbaca sesuatu
yang menarik di Facebook, sudah lama dia tidak menaip apa-apa pada statusnya.
Malam ini dia mahu berkongsi perkara yang baru dibacanya,
“Books can be friends
when you’re a child. Name three books that made your childhood a happier
place.”
Naughtiest Girl in the
School, Malory Towers, St Clares, kesemuanya buku karya Enid Blyton yang Mira
catatkan, mencetus kenangan masa kanak-kanak dahulu.
Mariah Mustapha :
Sama! Selalu berangan nak pergi sekolah macam tu juga.
Klavu Qulit Tikoosy :
Baca versi melayu sekolah seri melur (?) St. Clare tu tak ingat tajuk melayu. 5
sekawan, siri salma, hadi dan nancy drew. Semua Enid Blyton alih bahasa, dah
lebih 3 pulak! Hehe..samalah suka baca cerita asrama tapi bila dah duduk asrama
tak ada pula macam malory tower.
Syahida Hassan : Aku
baca versi BM. Ok, semua yang Klavu Qulit Tikoosy listkan aku baca.
Mira Batafir :
He..he..Kak Klavu, reality tak pernah sama macam dalam buku hik hik!
Klavu Qulity Tikoosy :
Betul Mira, reality hurts. Memang kempunanlah nak merasa daging salai, air
halia dan kek coklat kat asrama dulu!
Zura Mat Som : Yang
ada magic, kerusi terbang-terbang, aku suka! Kadang aku fikir apasal childhood
nowadays tak seseronok childhood aku! Rugiiiii sangattt rugi!!!
Mira Batafir : Sebab
budak-budak sekarang rasa lebih hip mengadap gadgets dari buku!
Bergolek-golek di atas
katil, Mira tersenyum dengan jawapan dari kawan-kawan. Buku Enid Blyton memang
terkenal seantero dunia. Masih ingat lagi, dulu sanggup tunggu di kaki tangga
hingga abah balik dari kedai. Tak kisahlah tak ada gula-gula ke, coklat ke,
yang penting Mira dapat beli buku. Mira bersabar walaupun abah belikan satu
buku sahaja pada setiap masa. Kalau abah panjang umur, mungkin berratus-ratus
koleksi buku yang abah berikan. Sekarang ini, walaupun koleksi bukunya banyak,
semuanya dibeli sendiri dan ada juga pemberian dari kawan-kawan. Buku, adalah
hadiah yang bagus tidak kira untuk yang muda atau orang tua. Hanya perlu
memastikan, buku yang diberi menepati citarasa mereka.
No comments:
Post a Comment