“BATU BATA, disatukan dengan simen…”
Amrullah mendongak. Langit cerah. Sinar mentari tidak
begitu terik mahupun menghangatkan. Angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Indah.
Pandangannya kembali dihalakan pada si naqib yang
sedang berbicara. Dah lama tak berhalaqah
seperti hari itu.
“Kepingan papan dan kayu disatukan dengan paku..”
Wajah sahabat yang duduk di sebelahnya pula dipandang.
Fokus benar terhadap butir bicara si naqib.
“Hati manusia pula, disatukan dengan….”
“Iman,” Terpacul keluar perkataan itu daripada mulut
Amrullah, sekali gus memotong kata-kata si naqib. Pandangan ahli usrah yang
lain memusat ke arahnya. Maklumlah, dia bukan tergolong dalam usrah itu
sebenarnya. Hanya menumpang.
Rileks, Am… Tenang. Tidak
tersipu-sipu, khuatir nanti hilang macho.
Dia hanya senyum membalas pandangan si naqib dan ahli usrah yang lain.
“Benar kata Amrullah. Hati manusia disatukan dengan
iman. Kalau kita rasa terlalu payah untuk kita bersatu hati dengan saudara
kita, cuba spot check balik iman
kita,” si naqib memandang satu persatu wajah adik-adik usrah. “Di mana kita
letak Allah dalam hati kita? Jikalau Allah kita letakkan di tempat yang paling
tinggi dalam hati kita, insya Allah, kita tiada masalah dalam berukhuwah,”.
Ukhuwah.
“Ukhuwah.. the coolest thing I ever had..” Imran berkata. Senyum
menghiasi wajah.
Suara itu bergema di fikiran. Suara Imran. Senyum
automatik terukir.
Imran. Rindunya
pada kau.
“Allah telah berfirman dalam Quran, surah Al-Anfal, ayat 63,” Si naqib membaca ta’awuz. Adik-adik usrah yang lain sibuk
menyelak Love Letter Ilahi di tangan
masing-masing, mencari ayat yang dimaksudkan. Lalu si naqib mengalunkan ayat
tersebut. Gaya bacaannya seperti Imam Mishary Rasyid Alafasy. Qari kegemaran
Rif’at.
“Fatih, bacakan
maksudnya,”.
Fatih yang duduk di sebelahnya itu berdehem,
menumpukan pandangan pada bahagian terjemahan Al-Qurannya. “ dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati
mereka hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua
(kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati
mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha
Perkasa, Maha Bijaksana,”.
Sahabat di sisi itu dipandang. Fatih…
“Bro, kita cakap nak jumpa di
syurga macam confirm je kita masuk syurga,” Imran memecah sepi pada suatu pagi.
Amrullah ketawa kecil. “Ni mesti teringat Angel Pakai Gucci punya motto
blog, kan?”
Imran mengangguk.
“Naa…sebab tu kita kena top up amalan selalu, sama-sama usaha untuk
masuk syurga bersama,” Rif’at berkata. “Berukhuwah, kadang-kadang bagi motivasi
untuk kita lakukan sesuatu yang dapat membawa kita ke syurga. Supaya kita dapat
bertemu…”
Imran mengangguk lagi.
“Sebab tu, kita kena saling mendoakan. Doakan supaya sahabat kita dapat
masuk syurga dengan kita,” Amrullah berkata. “Doa kan senjata mukmin..”
Ya Allah, aku rindu Rif’at.
“Hoi, berangan,” . Serta merta kepala ditoleh.
Fatih menepuk pehanya. “Dah lah pandang aku macam apa je… Kau yang bawa aku pergi usrah ni,
kau pula berangan,”.
Amrullah sengih. “Yelah, aku menumpang je. Aku cuma nak pastikan kau okay
dengan benda-benda tarbiyah macam ni,”.
Fatih membalas dengan melontarkan sengihan. Sekali
sekala dia memberi tumpuan pada naqibnya. “Aku tahulah jaga diri. Aku okey.
Entah kenapa, terasa terbiasa pula dengan usrah. Macam pernah lalui..”
Memang pernah, Fatih…Kata hati dibiar terpendam. Amrullah mengangguk. “Dah lah... fokus,”.
Kata-kata si naqib kembali diberi sepenuh tumpuan.
“Lihat, bagaimana Allah dah jelaskan dalam kitabNya, bahawa hanya Allah yang
berkuasa menyatukan hati orang-orang beriman,”Betapa pentingnya iman…”
Iman.
“Orang beriman yang berukhuwah atas landas keimanan, tiada perpisahan
yang selama-lamanya antara dirinya dan saudaranya. Sebab syurga Allah dah
sediakan sebagai tempat pertemuan yang abadi,” Rif’at berjalan di antara Imran
dan Amrullah.
Imran. Rif’at. Rindu.
“Kau ni apa pulak senyum seorang-seorang?” Teguran
sahabat itu tidak memudarkan senyumannya.
Amrullah hanya menggeleng. “Teringat sahabat-sahabat
aku, Fatih. Hati-hati yang bertaut keranaNya, boleh buat aku tersenyum sendiri
tanpa sedar,”.
Fatih
mengangguk. “Mana dia orang?”
Huuhh…Nafas dihela.
“Ada dalam ni,” Tangan kanan dibawa ke dada. “..dalam hati,”.
Eyh? Fatih
mengangkat sebelah kening.
“..dan dalam ni,” Jari telunjuk menuding ke arah
kepalanya. “…dalam ingatan,”.
“Kenapa?”
Amrullah senyum. “Aku ada kisah dengan dia orang,
Fatih. Sekarang jadi kenangan,”.
Fatih berkerut. “Sampai kau boleh senyum
seorang-seorang?”
“Penangan ukhuwah, bro...”
Amrullah membetulkan duduknya. “Dah tiada di sisi pun, tetap rasa bahagia
mengenangkan semua tu,”.
Imran Fatih turut tersenyum, tapi diri sendiri tidak
mengerti makna senyum itu. Seakan-akan bahagia yang dirasakan Amrullah turut
meresap dalam jiwanya. “Osemnya
ukhuwah...”.
No comments:
Post a Comment