SENYUM terukir melihat gambar dalam bingkai tersebut. Bingkai yang di dalamnya terdapat gambarnya, si suami, dan si anak terletak rapi di atas meja kecil sebelah katilnya. Entah bila dia meletakkan gambar tersebut dalam bingkai itu, dia sendiri tidak pasti. Abi agaknya…
Bingkai gambar itu dicapai. Jari-jemari menyentuh
cermin bingkai tersebut. Rindu…
Tanpa sedar, titisan air mata mengalir perlahan-lahan
di pipi. “Rifa’ie, tunggu ummi di hadapan pintu syurga…”
^_^
“Pulang sebelum maghrib, ya,” pesan si ibu.
Anak muda berjiwa besar itu mengangguk tanpa
mengeluarkan sepatah bicara. Kasut yang sudah robek disarung ke kaki. Batang
lastik buatan sendiri digenggam rapi. Tangan si ibu dan dahi si adik yang masih
bayi itu dikucup sebelum dia melangkah menyertai rakan-rakan lain.
“Assalamu’alaikum, ummi,” Langkah anak yang berusia 8
tahun itu diatur sambil melambai ke arah si ibu yang sedang menggendong
adiknya.
Dia menatap wajah ibunya. Sayu hatinya, bagaikan itu
tatapan terakhir buatnya.
^_^
Dia merenung ke arah langit. Cerah langit pada petang
itu. Mentari juga kelihatan ceria. Tiada apa yang berubah pada hari itu. Sama
ada cuaca, mahupun suasana.
“BUM!”
Suasana akan tetap serupa seperti hari-hari
sebelumnya, sehingga ada yang akan mengubah semua itu.
“BAM! BAM!”
Balingan batu oleh anak-anak Palestin dibalas dengan
dentuman peluru.
“ ‘Abbas,” Dia berteriak kecil apabila rakannya itu
tumbang disisinya. Bahunya berlumuran darah. Segera dia mengheret rakannya ke
sebuah tempat terlindung sebelum keluar menyertai rakan-rakan yang lain. Kereta
kebal itu tetap sahaja bergerak ke hadapan. Anak-anak muda pula tidak berundur,
langsung tidak menunjukkan sebarang rasa gentar terhadap zionis.
“Hati-hati,” Seorang rakan berteriak. Anak kecil itu
mengubah posisinya apabila melihat muncung kereta kebal berubah arah.
“BAM!”
Jantungnya berdegup kencang apabila dirasakannya
peluru kereta kebal itu lalu betul-betul di hadapan wajahnya. Dia bertahmid.
“Rif’at!”
Dia menoleh.
“BUM!”
“Rif’at!!”
Gelap.
^_^
“Ummi, Rif’at mimpi lagi malam tadi,” Rif’at menyapa
ibunya yang sedang leka menyediakan sarapan. Mimpi yang sama kian berulang
sejak kebelakangan ini.
“Lain kali, bagi salam dulu,” tegur Dr. Amina.
Rif’at merapatkan kedua tapak tangannya sambil
tersengih, “Hehe, Aasif jiddan, nasitu (maaf
sangat-sangat, saya terlupa) . Assalamu’alaikum, ummi,”.
Ucapan salamnya dibalas.
“Ummi…” tuturnya perlahan. Ibu mengangkat sebelah
keningnya.
“Hari ini, 29 Disember, umur Rif’at genap 14 tahun,”
Rif’at menjeling sambil tersengih ke arah
Dr.Amina.
Senyum terukir. “ Rif nak umi wish selamat hari jadi ke?”
“Itu yang pertama. Ada lagi satu,” Rif’at masih
berteka-teki. Jelingan dihalakan ke arah barisan fail-fail yang berwarna hitam
yang tersusun rapi di atas sebuah rak.
“Ummi dah janji,”.
Dr. Amina Ali mengukir senyum sebelum mengatur langkah
ke arah rak buku tersebut lalu mencapai salah sebuah fail hitam yang
dimaksudkan. Fail tersebut dihulurkan kepada Rif’at.
“Kalau dah bersedia, bukalah. Dengan nama Allah..”
Senyuman yang penuh tersirat maknanya menghiasi wajah Dr. Amina.
^_^
“Beit Lahya,” tuturnya perlahan sambil menyelak
perlahan helaian kertas yang sudah kekuningan warnanya. Beit Lahya, Gaza. Itu
tempat lahirnya. Palestin, tanah airnya. Bertarikh 11 November enam tahun
lepas, dia dibawa ke Malaysia, dan dijadikan anak angkat kepada pasangan Dr.
Amina Ali dan Dr. Abu Khairuddin. Segala ingatannya berkenaan masa silamnya
sebagai anak Palestin telah dipadam.
Malaysia.
Jauh dirinya merantau. Huuh..
Ibunya, Dr. Amina, berdarah tulen Palestin. Beliau
menjadi pelajar perubatan di Universiti Islam Antarabangsa di Kuantan,
seterusnya mengahwini Abu Khairuddin dan menetap di Malaysia. Kedua-dua mereka
pernah menjadi ahli pasukan perubatan yang dihantar untuk bertugas di Gaza 6
tahun lepas, yang membawa pertemuan dengan dirinya.
“Ummi bawa Rif pulang sebagai anak angkat?” Pertanyaan
Rif’at mematikan lamunan Dr. Amina.
“Yup..Rif….tak
terkejut, ya?” Dr. Amina menduga. Mengetahui bahawa diri sendiri adalah hanya
anak angkat kebiasaannya hakikat yang mengejutkan bagi seorang anak yang tidak
mengetahui kebenaran tersebut. Namun reaksi Rif’at langsung tidak menunjukkan
bahawa dia terkejut.
Rif’at menggeleng.
“Rif dah tahu sebelum ni?” Wajah anaknya ditatap.
“Rif agak je.
Suspicous juga bila tiada gambar Rif
kecil-kecil dulu,” Rif’at tersengih.
Dr. Amina turut tersenyum. “Itu je?”
“Plus, ada
sekeping gambar ummi dan abi dengan seorang budak kecil. Gambar tu tercicir di ruang tamu,” Rif’at membelek lagi fail tersebut. “It was’nt me in that picture. It must be
your son,”. Petah bicara bahasa inggerisnya memandangkan dia pernah
bersekolah di sebuah international school.
“So, you’re the
one who put it in a frame and put it on my bed-side table?” Dr. Amina
bertanya.
Rif’at hanya mengangguk. Dr. Amina hanya senyum. Wajah
si anak ditatap lagi. Muka seorang anak arab kelihatan melalui kulitnya yang
putih dan mulus juga matanya. Lebih tepat, seorang anak Gaza. Rif’at yang
cilik. Tidak mustahil dia dan suaminya tertarik untuk menjadikan anak muda itu
sebagai anak angkat. “Tak sedih?”
“Allah dah takdirkan Rif di sini dengan ummi dan abi
yang menyayangi Rif, kenapa perlu sedih? Takdir Allah selalu cantik dan terbaik,
cuma manusia yang selalu tak sedar hal ni,”
Rif’at mengangkat muka sambil melontarkan senyuman pada Dr. Amina. “Tapi…
keluarga asal Rif?”
Dr. Amina hanya menggeleng. “Tak dapat dikenalpasti,”.
Angguk. “Ummi…”
“Hmm..”
“Satu hari nanti, Rif nak jejak tanah air Rif semula, eh..” Sengih terukir, memaparkan gigi
yang tersusun rapi.
“Insya-Allah,”. Dr. Amina mengangkat wajah. “Terima
kasih sebab jadi anak ummi yang baik untuk 6 tahun,”.
“Anak abi juga..”
Rif’at dan Dr. Amina berpaling. Dr. Abu Khairuddin
melangkah masuk ke ruang dapur tersebut.
“Abi dari mana?”
“Dari rumah sebelah. Ada jiran baru berpindah masuk.
Ada masa, pergilah ziarah dan berkenalan,” Dr. Abu Khairuddin menghirup
secangkir kopi yang sedia terhidang. “Pak cik Rosli itu ada anak lelaki sebaya
kamu, Rif. Tapi abi tak ingat namanya,”.
“Ouh,” Patutlah kedengaran sedikit kecoh di luar rumah
pada pagi itu. Macam menarik…
Tanpa membuang masa, Rif’at mengatur langkah ke arah
biliknya yang terletak di tingkat atas, meninggalkan kedua orang tuanya
berbual. Lantas dia mendekati tingkap lalu menyelak langsir. Rumah jiran
diperhati.
Dari situ, kelihatan kelibat beberapa orang yang
sedang berdiri membelakanginya, cuma wajah-wajahnya tidak dapat dilihat jelas
dari tingkapnya. Ada seorang lelaki dewasa dan seorang remaja lelaki. Ouh, mungkin itu budak yang abi cakap tadi.
Remaja lelaki itu berpaling.
Muka macam taiko, detik hatinya lagi. Dari hujung kepala hingga hujung kaki diamatinya
budak lelaki itu. Rambut tercacak, t-shirt short
sleeve yang ditambah pula dengan inner
hitam, dengan leggingnya yang boleh
dikategorikan sedikit longgar dari legging
biasa dan sneakers hijau yang agaknya
dengan jarak 10 kilometer dari situ boleh kelihatan kehijauannya. Striking habis.
Entah mengapa, budak itu mempunyai tarikannya
tersendiri, membuatkan Rif’at tidak sabar ingin mengenalinya. Meskipun dia
sedar penampilan lelaki itu dan dirinya agak jauh berbeza, namun dia tidak
melihat pada penampilan semata. Mungkin kerana dia tidak pernah ada kawan
rapat. Dalam erti kata lain, sahabat.
Mungkin.
^_^
Dia menatap rumah baru yang tesergam indah di hadapan
mata. Indah. Terbit sedikit rasa syukur, tidak lagi duduk di rumah teres yang
amat sempit, sehingga dahulunya dia terpaksa berkongsi bilik tidur dengan
abangnya. Sungutan menjadi halwa telinga setiap hari.
“Pergi tolong angkat barang lah,” Afiq Hafiz dengan sengaja melanggar bahunya.
“Apa langgar-langgar?” Dia berteriak kasar. Afiq
diberi jelingan maut, namun tidak dilayan. Dibiarkan Afiq beredar. Lagi jauh, lagi aman damai dunia aku…
Sengih terukir saat matanya menatap keyboard Casio Tk-9000 yang dikapit rapi
dicelah ketiak. Bermain keyboard,
satu-satunya hobi dan minatnya.
“Pergi tolonglah,” Sekali lagi bahunya dilanggar
dengan sengaja.
“Kau nak apa?” Imran mendengus. Afiq, dengan sikap
semula jadinya yang malas mahu melayan kerenah Imran terus berjalan pergi.
Dia meletakkan keyboardnya
bersama barang-barang yang baru sahaja dipunggah keluar dari lori. Langkah
diatur menuju ke arah lori barang. Matanya tertumpu kepada seorang lelaki yang
berjambang rapi dan berbadan tinggi yang sedang berbual dengan ayahnya.
Jiran sebelah, agaknya.
Tanpa sedar, ada mata yang memerhati dirinya.
^_^
Beberapa hari telah berlalu. Tahun pula sudah
menjangkau ke tahun baru, 2029, membawa umurnya meningkat kepada 15 tahun.
Tidak seperti remaja lain, mereka sudah memulakan sesi persekolahan baru, namun
Rif’at masih seperti dahulu. Dia diberi pendidikan istimewa memandangkan
dirinya baru sahaja 6 tahun menjadi pelajar dan rakyat di negara ini.
“Kalau prestasi Rif baik, tahun ini, Rif boleh duduki Penilaian Menengah
Rendah (PMR) seperti pelajar lain,” kata Dr. Abu Khairuddin.
Automatik, senyuman segaris terukir mengenangkan
kata-kata ayahnya itu. Rif’at menongkat dagu dengan lengannya. Bertapa di tepi
tingkap itu merupakan kesukaannya, terutamanya pada waktu malam. Dari situ, dia
dapat lihat bulan, bintang, serta merasai
nyamannya bayu malam yang seringkali menenangkan jiwa, mengingatkan
dirinya pada Sang Pencipta semua itu.
Pandangannya beralih ke arah rumah jirannya.
Nafasnya dihela. Sehingga kini, Allah masih belum
memberinya peluang untuk mengenali jiran itu. Dia jarang sekali kelihatan
berada di rumah, mahu pun sekitarnya. Melalui pemerhatian Rif’at, dapat
disimpulkan bahawa dia bukanlah seperti abang dan adik-adiknya yang agak mesra
dengan jiran tetangga.
Namanya juga dia belum tahu. Hampir setiap petang si
jiran itu akan keluar dengan rakan-rakannya yang bermotor. Menurut cerita abangnya, adik keduanya itu
asalnya tidak berkelakuan seperti itu sebelum ini Cuma semenjak kematian ibunya
dua tahun lalu, dia berubah menjadi pelajar yang bermasalah.
“Huh,” satu keluhan pendek dilepaskan. Sabar, Rif. Allah dah tulis bila waktunya…
Hatinya kembali tenang.
No comments:
Post a Comment