Monday 10 August 2015

Kepala Batu Kepala Angin (Bab 5) ~ Fizziany

AZAH MEMANDANG bungkusan pisang goreng yang baru saja diletakkan di mejanya. Pantas dia mendongak. Abang Halim tersenyum. Sejak dia masuk bekerja di situ, ada saja rezekinya yang datang dari orang lain. Halim ini umurnya sudah matang untuk berkahwin, tapi masih bujang katanya. Cukup ramah dan suka tersenyum.
“Makanlah….asyik kehulu kehilir buat kerja…” pelawa Halim. Azah menyelongkar bungkusan itu.
“Eh…banyak ni bang…untuk siapa ni? Siapa bagi ni? ” soal Azah. Takkan untuk aku sorang je kot…
“Laa…makan ajelah. Abang belanja…” tukas Halim.
“Tapi, banyak sangat ni…” gerutu Azah. Serba salah pula dia. Sejak dia bekerja disitu, dia dapat merasakan beberapa lelaki di pejabat itu cuba untuk berbuat baik padanya. Rezekinya sentiasa murah. Ada saja orang yang hendak membelanjanya makan. Bahkan, kadangkala pemandu=pemandu lori juga ada yang mempelawanya sebungkus dua nasi lemak yang dijual di gerai luar yang berhampiran. Namun, pelawan mereka ditolak secara baik oleh Azah.
“Haa…kalau banyak sangat, syerlah dengan orang lain…makan tau!” Halim meninggalkan bilik Azah. Terkulat-kulat Azah ditinggalkan. Bungkusan goreng pisang ditangan dipandang. Lantas dia bangun lalu keluar menuju ruang luar yang menempatkan lebih ramai pekerja.
“Goreng pisang! Goreng pisang!” laungnya kuat. Tak ubah bagai mak cik menjual goreng pisang di pasar tani.
“Nak! Nak!” jerit beberapa pekerja lain. Azah senyum. Sekeping pisang goreng diambil lalu dimasukkan kedalam mulutnya.
“Sapa nak, ambil kat meja tengah ni ya…aku letak sini…” Azah terus berlalu. Tatkala melintasi bilik Harris, Azah sempat menjengah.
“Eh..makan!” pelawa Azah sambil menunjukkan pisang goreng ditangannya. Mulutnya masih penuh dengan kunyahan yang belum habis. Harris menoleh sekilas lalu. Wajah Azah yang sedang mengunyah goreng pisang dengan mulut yang penuh dipandang. Dia angguk dingin. Ceh! Azah mencebik, meluat dengan sikap dingin Harris kemudian berlalu ke biliknya semula.

HARRIS menutup telefon bimbitnya dengan satu keluhan. Lemah jiwa aku….bibirnya diketap. Semakin saat yang ditunggu kian hampir, kian tidak sabar-sabar hatinya.  Hampir 5 tahun berada di bumi ini tanpa  kehadiran ibu tersayang, sangat menyesakkan jiwa. Kalaulah tak kerana wasiat itu…..
Hmmhh! Menyusahkan! Harris menolak daun pintu pejabat. Tekaknya terasa haus pula.
“Hoih! Nak kemana?” sapa Din yang tiba-tiba terserempak dengannya ditengah jalan.
“Kantin…” balas Harris pendek. Din tidak jadi mengatur langkah pulang ke pejabat, sebaliknya mengekori langkah Harris.
“Haa..elok sangatlah tu. Aku pun nak menyedut oksigen jap….” bahu Harris dipaut. Istilah ‘menyedut oksigen’ di pejabat mereka merujuk kepada istilah ‘menghisap rokok’. Mereka berdua beriringan menuju ke kantin. Mereka bertembung dengan beberapa pekerja lain dalam perjalanan.
“Huuiihh….kau  tengok si Medan tu punya rambut…”  tunjuk Din ke arah seorang pekerja lelaki yang sedang berjalan masuk ke pejabat dari gudang. Harris memandang, kemudian tersenyum lantas menggeleng. Tercacak rambut Hamdan dengan gel yang baru 2-3 hari ini dipakainya.
“Aku rasa dia letak gam gajah kat rambut dia tu…angin tiup pun tak bergoyang….dulu, waktu Azah takde…nak sikat rambut pun malas….” rungut Din sambil ketawa lucu. Harris membenarkan kata-kata Din dengan angguk cuma. Benar kata Din, sejak Azah bekerja di situ, pekerja-pekerja lelaki di situ sudah mula pandai melaram.  Bahkan, kalau dahulu pekerja-pekerja lelaki di jabatannya dengan selamba berpakaian selekeh, tapi kini masing-masing sudah pandai menggosok baju dengan seterika dan memakai tali pinggang ke pejabat. Dulu, bila ditegur tentang pakaian, kata mereka…’ala…kerja dalam gudang. Buat apa nak kemas-kemas..’ tapi kini lain pula ceritanya.
Sedikit sebanyak, kehadiran Azah mengubah corak pemakaian pekerja jabatan itu. Hal itu satu perkembangan yang agak sihat. Nampaknya, lepas ni, kenalah si Rashid tu ambil lebih ramai pekerja perempuan. Paling penting, cantik! Harris mengulum senyum sendirian.
“Eh..kau tau tak, si Azah tu sebenarnya tipu kita…” kata Din sungguh-sungguh. Dia menukar topik perbualan pula.
“Tipu apebende?” soal Harris dingin. Layan je la borak si Din ni....
“Isk..kau ni. Hari tu kan waktu aku tanya dia dah kahwin ke belum, dia kata dia dah kahwin….sebenarnya dia tak kahwin lagi! Anak dara lagi tu…” ujar Din sungguh-sungguh. Mukanya melebar senyum. Dia baru saja tahu status Azah setelah sempat bergossip dengan pegawai dari Jabatan Sumber Manusia yang merupakan salah seorang rakannya semasa di kantin petang semalam.
“Ada aku kisah?” Harris menjuih bibir.
Pukk!!! Bahu Harris ditepuk kuat dari belakang oleh Din.
“Ada aku kisah…ada aku kisah…!Pasal ko tak kisah nila, sampai sekarang tak berbini lagi!” marah Din. Simpati pada kawannya yang dikenali hampir 5 tahun yang masih belum mempunyai hubungan serius dengan mana-mana perempuan.
“Takde bini pun tak apa…” selamba jawapan Harris.
“Hehh…mana boleh tak apa! Kau belum kahwin…kau belum rasa nikmatnya berbini kau tau! Kalau kau dah rasa nikmat berbini tu…aku gerenti…rasa macam tak cukup satu!!!” Din ketawa miang keladi. Harris mendengus.
“Gatal birah….itu yang kau dok mengayat budak Azah tu? Nak buat stock nombor 2?” bidas Harris. Kantin sudah dihampiri. Lantas langkah mereka terus diatur menuju ke kaunter. 2 orang gadis Indonesia yang comel berkulit sawo matang dari jauh lagi sudah tersenyum manis kepada mereka berdua.
“Haa…ini yang aku tak boleh tahan ni…” senyuman Din kian lebar. Harris buat muka cuak. Din ni memang pantang nampak yang berdahi licin berwajah manis! Nak menyempat aje kerjanya!!!
“Minum apa bang….” Amboi……lembutnya….Din tersengih sambil mengerling ke arah Harris. Harris masih bermuka selamba.
“Haa..abang nak kopi panas satu…pekat…likat…manis….sikit ye….” pesan Din dengan suara yang galak. Tersipu-sipu wajah gadis Indonesia itu.
“Iya….abang yang ini, minumnya apa?” soal gadis itu ramah pula.
“Err…teh ais limau…” pesan Harris lalu berlalu ke kaunter bayaran. Din sempat beramah mesra dengan gadis tadi. Barangkali mengusik gadis yang sedang membancuh air. Harris tak peduli. Buatlah apa saja Din oi….asalkan tak ada kaitan dengan aku….
Din duduk berhadapan dengan Harris menanti minuman mereka dihantar ke meja. Rokok terus dinyalakan lalu Din menyedut rakus. Asap yang berkepul-kepul dihembus ke udara.
“Kenapa kau tak nak try Azah?” soal Din sambil menghembus asap rokok ke tepi, menjauhi wajah Harris yang memang tidak gemar merokok. Tak macam orang bujang lain….pantang dipelawa rokok, pasti ambil saja.
“Kau nak makan kasut aku?” soal Harris. Pelik dia…kenapalah si Din ni beria-iabenar menyakatnya…
“Kalau kau tak nak..aku ambik. ..” Din menjuihkan bibirnya. Harris masih berwajah selamba.
“Hoihh!!!!” tak semena-mena, Azah yang datang entah dari mana, menyergah mereka berdua lalu duduk disebelah Din.
“Belanja abang Din!” tercungap-cungap nafas Azah. Dia meletakkan buku-buku dan fail dimeja. Harris dan Din memandang Azah terpinga-pinga. Makin lama mengenali gadis ini, makin meleset jangkaan mereka. Dari segi luaran, gadis itu memang cantik,  molek, ayu,  bergaya,  tetapi terselit juga kekasaran disebalik keayuan gadis itu. Bahkan, kadang-kadang naik keliru juga mereka dengan sikap Azah yang agak kasar jika hendak dibandingkan dengan perempuan-perempuan lain di syarikat itu.
“Dari mana kau ni? Macam baru lepas marathon je…” soal Din memandang Azah disebelahnya. Azah sengih sambil membetulkan rambutnya yang berjuntai di dahi.
Marathon apa…baru balik training kat pejabat depan,” balas Azah. Sejurus itu, gadis Indonesia si pembancuh air datang menghidangkan air yang dipesan tadi. Ucapan terima kasih disertai dengan senyuman dari bibir Din buat gadis itu yang terus berlalu.
Azah memandang air teh ais limau yang diteguk oleh Harris. Gulp! Menyelerakan!
“Panas-panas macam ni, minum ice lemon tea sedap gak yek….nak order jugakla…” Azah bingkas bangun lalu menuju ke kaunter. Din menoleh, memerhati gerak jalan Azah. Gadis itu berkemeja putih dengan seluar hitam. Gaya jalan dengan kasut tumit tinggi 3 inci menambahkan keanggunan gadis itu. Din kemudian berpaling ke arah Harris.
“Macammanalah….budak ni boleh terlepas ke department kita. Dressing macam ni, sesuai jadi penyambut tetamu kat pejabat depan…bukan buat kerja gudang macam kita….,” rungut Din. Harris jungkit bahu. Tidak mahu masuk campur.
“Rashid tu dah berkenan kat budak tu masa interview kot….” sampuk Harris pula. Din tersengih. Terbayang muka Encik Rashid, si pengurus besar mereka.
“Mungkin kot…” ujar Din.

“Apa yang mungkin….” Azah sudah datang dengan teh ais limaunya. Din dan Harris terdiam, memerhati Azah yang rakus minum.

No comments:

Post a Comment