Wednesday 5 August 2015

Kepala Batu Kepala Angin (Bab 4) ~ Fizziany

“SO, IN order to solve this kind of problem, we have to create picking list first! Stocks must be there at warehouse 1 week in advance and will be followed by picking list for loading purpose,”itu kata-kata muktamad dari Pengarah Tertinggi Jabatan Logistiks itu semasa didalam mesyurat tadi.
Azah yang baru 3 hari masuk kerja, turut diseret kedalam mesyuarat, meski dia tidak memahami hujung pangkal  tentang mesyuarat itu, dia duduk bersebelahan Harris di dalam mesyuarat. Setiap kali kata putus terhadap mesyuarat itu dibuat, dia memandang Harris.
Wajah Harris diam saja. Langsung tiada riak. Dia tidak banyak  bercakap sepanjang mesyuarat. Apa saja kata putus mesyuarat, dia hanya angguk menerima arahan. Bila diminta, barulah dia mengeluarkan pendapatnya sendiri. Tapi, itu pun dibalas dengan kata-kata minima.
Usai 3 jam, mesyuarat berakhir. Azah menjadi orang paling akhir keluar dari bilik mesyuarat. Semua ahli-ahli tertinggi mesyuarat sudah keluar untuk makan tengahari. Terkocoh-kocoh Azah menghampiri  Harris yang berjalan mendahuluinya.
Picking list tu apa? Tak sama dengan Packing List?” soal Azah sebaik dapat menyaingi langkah Harris. Harris senyum lemah. Tidak berminat dengan soalan Azah. Dia juga tidak berminat untuk berborak saat itu. Memang menjadi kebiasaannya, apabila keluar dari bilik mesyuarat, dia akan hilang rasa hendak bekerja. Tiada perasaan.
“Balik lunch nanti aku bagitahu…” ujar Harris endah tak endah. Azah angguk. Langkah kaki diatur menuju ke meja  Miah, satu-satu kawannya di jabatan itu. Dia mahu mengajak Miah makan bersama tengahari itu.



PICKING  list ni…..err….” Harris berpeluk tubuh merenung komputer Azah. Dia duduk di sebelah Azah di bilik Azah. Dagunya diraup berkali-kali. Seolah-olah dia berfikir dengan dagu pula.
“Apa masalah export ni sebenarnya?” soal Azah.
“Laa…tadi masa meeting tak nak tanya,” gumam Harris sambil memandang Azah. Ada riak tidak puas hati yang terpapar di wajah keruhnya.
“Bengong! Takkan aku nak tanya masa tu.  Tak pasal-pasalmeeting bertukar jadi kelas lecture…” ujar Azah. Harris mencebik. Kata-kata Azah ni, ada benarnya juga. Si Rashid tu, kalau disuruh bercakap, sehari suntuk pun tak apa duduk terperap dalam bilik mesyuarat tu. Sudahnya nanti, kerja-kerjanya juga yang terbengkalai dan dia terpaksa bekerja lebih masa demi melunaskan tanggungjawab yang tidak boleh ditunda esok hari.
“Entahlah! Aku nak cakap pun susah…” Harris membetulkan duduknya. Dia memandang kea rah skrin computer.
“Ha…sekarang kau buka icon JD3…” arah Harris. Azah yang sudah arif tentang selok belok sistem itu, pantas saja mengikut arahan.
“Klik JDS500,” arah Harris lagi. Azah ikut. Sebuah dokumen terpapar di layar skrin computer.
“Haa…inilah picking list! ..” kata Harris. Mata keduanya sama-sama merenung skrin komputer. Macam sama-sama tengok cerita drama bersiri di televisyen pula…
“Lorr…apa yang susahnya dengan benda ni?” soal Azah sambil meneliti satu persatu bentuk mukabumi dokumen yang diminta oleh pihak pengurusan untuk direalisasikan olehnya.
“Masalahnya…banyak! Tapi, kau cuba buat dulu satu, lepas tu baru kau faham…” kata Harris. Azah angguk. Harris mengambil satu fail hitam dari rak belakang. Segugus dokumen diserah kepada Azah.
“Kau try buat untuk KK dulu…buat satu-satu…by container,” kata Harris lemah. Azah angguk saja. Ligat tangannya menekan butang itu ini di skrin komputer. Manakala Harris pula, duduk bersandar sambil berpeluk tubuh memerhatikan Azah membuat kerja. Sekali sekala, dia memberi arahan bila Azah hilang punca.
Harris menarik nafas lemah. Hmmhh..kerja aku pun banyak lagi…ni tambah satu kerja lagi nak mengajar orang…. Harris memejamkan matanya sejenak.
“Weh…kenapa tak boleh allocate stock dalam sistem?” soal Azah kelam kabut. Harris membuka matanya kembali.
“Haa…ini satu dari masalahnya…” Harris membetulkan duduknya. Dia mengambil tetikus komputer dari tangan Azah.
“Ada banyak masalah sebenarnya nak buat picking list ni. Stock tak boleh allocate, order tak release then, bila dah buat picking list, kau tak boleh tukar order lagi. Masalahnya, kadang-kadang, last minute agent mintak tukar stok. Jadi, kalau dah buat picking list, macam mana kita nak tukar stok…” ujar Harris panjang lebar. Azah melopong.
“Takkan tak boleh buat reconciliation dalam sistem?” soal Azah kembali. Harris dan Azah saling berpandangan. Harris rasa macam hendak ketuk saja kepala budak perempuan ni. Bercakap macam semua kerja mudah saja baginya. Padahal, yang hendak membuatnya, dia juga nanti.
“Boleh memanglah boleh mak cik oi….tapi, kerja-kerjareconciliation dalam sistem tu, aku jugak yang nak kena buat. Kerja aku pun dah berlambak, lagi nak tambah kerja ni…” rungut Harris. Sebetulnya, dia sudah malas hendak mengambil berat tentang kerja.
Di fikirannya cuma satu. Pembahagian harta perlu dilakukan secepat mungkin. Dan selepas itu dia mahu pulang ke London, menetap bersama mamanya disana. Tiada apa yang menarik untuk terus berada di Malaysia! Satu keluhan dilepaskan, namun cukup didengari oleh Azah.
“Lor….itu sebabnya kau tak nak print picking list ni? Janganlah malas sangat….” Kutuk Azah dengan muka yang kelat. Bukan main selamba dan berani dia mengutuk Harris pemalas. Harris mencebik.
“Kau tak banyak kerja lagi sekarang….bolehlah kau membebel kata aku malas….tunggu jelah bila kau dah berlambak kerja nanti. …” getus Harris perlahan.
“Banyak sangat ke kerja kau?” soal Azah pula. Ada rasa kasihan pula tiba-tiba pada Harris. Kerja yang dilakukannya tadi, kini diambil alih oleh Harris pula. Azah pula yang menjadi pemerhati.
“Ntahlah…susah aku nak cakap…” itu pula jawapan Harris. Azah merenung wajah Harris disebelahnya. Wajah putih kuning  bersih tanpa jerawat. Licin saja mukanya. Hidung mancung yang terletak dan runcing di depan. Mata jernih yang penuh rahsia. Bibir merah tanpa cela.Kacak! Sempurna bagi seorang lelaki! Tinggi…badannya sederhana sasa…cukup sempurna bagi seorang lelaki.
“Kau mix ke?” soal Azah. Melihat wajah Harris, rasanya tak ubah seperti menatap wajah pelakon Indonesia kelahiran Belanda. Harris memandang Azah di sebelahnya.
“Kau ni, aku bukan suruh kau tengok muka aku. Aku suruh kau tengok cara aku buat kerja ni….aku tahulah aku hensem,” bebel Harris tiba-tiba. Lancang mulutnya berbicara tanpa alas. Wajahnya tegang saja. Langsung tiada riak berjenaka.
“Aku tanya pun tak boleh….” rungut Azah. Bibirnya mencebik. Meluat pula dengan tingkah Harris.Muka saja hensem, tapi perangai….soooooo annoying!Harris diam. Helaian dokumen diselak beberapa kali.
“Nah! Kau buat sampai habis…kalau ada masalah, jangan cari aku!” ugut Harris. Harris menyerahkan dokumen ditangan kepada Azah. Dia bangun sambil meraup rambutnya lalu keluar dari bilik Azah. Azah melopong, memandang langkah Harris yang keluar dari biliknya.
Ceh!!! Berlagak! Mentang-mentang dia anak emas bos…mulut macam longkang busuk! Dia ingat aku nak hadap sangat muka dia tu?
Azah memandang skrin komputernya kembali. Helaian dokumen direnung. Nota di tepi mejanya dipandang. Satu persatu kerja itu dibuat dengan hati-hati. Dia mahu menyiapkan semua kerja-kerja itu hari itu juga!
Kau tengok sajalah Encik Harris oi…aku akan pastikan bila aku ambil alih kerja ni, takkan ada sebarang masalah lagi dalam kerja ni….Azah bermonolog sendirian didalam hati.



KERJA baru macam mana?” soal  Yani sebaik Azah melabuhkan punggungnya ke sofa di ruang tamu.
“Okay…bos pun okay..” balas  Azah menghela nafas penat. Dia pulang agak lambat hari ini. Hampir maghrib barulah dia keluar dari pejabat.
“Ada mamat hensem kat office kau?” soal  Yani lagi. Malam itu, tinggal mereka berdua sahaja setelah rakan serumah mereka yang seorang lagi, Shitah pulang bercuti ke kampong selama seminggu untuk menghabiskan cuti tahunannya yang masih banyak bakinya. Rumah itu disewa oleh mereka bertiga sejak 3 tahun lepas.
“Mamat hensem?” otak Azah mula mengingati satu persatu lelaki-lelaki di syarikatnya, atau lebih tepat lagi, lelaki-lelaki di jabatannya. Di dalam syarikatnya itu, jabatannya yang mempunyai  paling ramai pekerja lelaki.
“Entahlah! Aku tak reti nak tengok yang mana satu hensem, yang mana satu tak…semua sama je bagi aku…” kata Azah lagi. Yani mencebik bibir. Mata budak Azah ni nak kena operate, biar lebih terang sikit. Dalam rumah ni, dia sorang saja yang masih belum ada teman lelaki. Sedangkan umurnya sudah menjangkau 26 tahun.
Berbuih mulut cuba dipadankan dengan beberapa kawan-kawan lelakinya yang lain, namun Azah dingin. Sikapnya langsung tidak menunjukkan sebarang minat untuk serius dengan sebarang hubungan. Nak kata pernah putus cinta, tak juga! Setahu Yani sejak mereka di universiti, Azah memang serius belajar. No man, No playing around!
Ada juga beberapa lelaki yang menghantar surat cinta kepada Azah, namun surat cinta dengan bahasa sastera yang boleh memenangi anugerah sayembara itu, semuanya menjadi bahan bacaan kelakar bagi Azah. Dia membaca surat-surat cinta tersebut tak ubah bagai membaca komik Doremon saja.
“Takkan takde satu pun yang hensem? Paling tak pun, yang muka ala-ala Amitabh Bachan ke??” soal Yani tak puas hati lagi. Azah diam sambil menghala pandangan mata kea rah TV.
“Eh! Ada…ada!!....” bersinar mata Azah sebaik Yani menyebut nama pelakon tersohor dari India itu. Yani mengesot merapati Azah. Mula berminat.
“Siapa?Siapa? Cerita kat aku…cerita…!” Yani semakin galak.
“Ada…nama dia Babu…asal Bangladesh…kerja kat warehouse aku tu….bawak forklift….” balas Azah. Muka si ‘Babu’ yang selalu memandu forklift ke hulu ke hilir hatta satu kotak barang pun berlegar di depan mata Azah.

“Mangkuk!” Yani membaling bantal kecil empat segi ke muka Azah. Gurau kasar!!! Azah ketawa gelihati melihat muka merah padam Yani.

No comments:

Post a Comment