Wednesday 24 June 2015

Si Pemandu Hati (Bab 6) ~ Nazira Ilias

Lepas buat salinan satu set borang tuntutan insuran, Najihah kembali ke meja. Sibuk-sibuk je Amin datang mengekor dia. Saja la tu nak sembang-sembang. Waktu dah masuk ke 5.40 petang. Waktu pejabat dah habis. Separuh daripada pekerja di sini dah balik. Najihah macam biasa, lebih kurang jam tujuh baru keluar pejabat. Jarang-jarang dia nak balik awal. Separuh pekerja lagi pun balik sama seperti Najihah.
Ingat benda apalah yang Amin ni nak tanya. Rupanya dia nak tahu samada Najihah mempunyai lesen memandu atau tidak. Hairan sangat dia sebab tak pernah nampak Najihah memandu. Dahlah Najihah ni memang allergic kalau disuruh memandu. Boleh pitam tiba-tiba. Jenuh Najihah nak cipta jawapan paling best untuk tutup mulut Amin. Tapi semuanya tak berkesan. Amin ni memang suka cari kelemahan Najihah.
“Kalau kau nak tau sangat, aku bukan tak boleh drive. Aku kurang berani je.” Najihah terus pekup mulut. Aiseh, apesal boleh terlepas cakap? Inilah padahnya, kalau pantang terima cabaran sehingga boleh menjerat diri sendiri.
Amin gelak macam orang gila. “Ingatkan berani sangat. Rupanya penakut. Penakut tak bertempat!” Amin menambah penghinaan lagi terhadap Najihah. “Tapi tak apa, jom aku bawa kau test drive kat belakang sana tu.” Amin tunjuk dengan jari telunjuk dia. Di sana memang tersedia dengan satu kawasan untuk bakal pemandu bas membuat ujian memandu.  
“Kau jangan cabar aku Amin…kau ingat aku takut sangat ke? Hah jomlah, jom!” Najihah sinis seolah-olah hebat sangat. Berlakon je lebih tu, padahal takut nak mampos. Matilah aku, gatal mulut sangat boleh setuju cakap si mangkuk ayun tu.
“Jom naik kereta aku. Aku drive…sampai sana kita tukar.” Amin lambung-lambung kunci kereta dia.
Najihah sempat berfikir, samada betul atau tidak tindakan yang dia buat. Walaubagaimanapun, dia naik jugak kereta Wira sedan Amin yang berwarna hitam berkilat. Berkilat lebih kurang tuan dia. Bila sampai dikawasan tersebut, dia orang tukar tempat duduk.
“Amin, salah tau kita masuk kawasan ni. Kau jangan burukkan nama aku kat sini. Kau tu ingat sikit…nak aku tambahkan lagi rekod warning letter kau ke? Kang tak pasal-pasal pulak aku kena buat warning letter pertama untuk diri aku sendiri.” Najihah mengomel sambil risau.
Amin tergelak. Mata Najihah melilau tengok keadaan jalan kosong kat situ.
“Alah kejap je, tak ada sapa nampak. Jalan cepat.” Amin yang ada kat sebelah Najihah, bagi arahan.
“Amin…betul ni? Kau tak menyesal bagi aku drive kereta kesayangan kau ni?” Najihah masih sempat lagi bertanya buat kali terakhir. Dia rela memandu sebab kat situ lengang dan tak ada kereta lain. Dan yang paling penting kat situ tak ada traffic light. Itu faktor utama.
“Iyelah… tapi kalau jadi apa-apa dekat Wira aku ni, Storm bapak kau kena bertanggungjawab.” Amin cakap serius. Dia pun takut jugak tu nak bagi Najihah pegang stereng dia.
Storm tu tak pernah bersalah! Jangan harap. Kau dah sedia ke? Pakai seat belt tu.” Arah Najihah pulak.
Najihah tadah kedua tangan dia. Amin tengok Najihah dengan pelik. “Apa kau tengok-tengok lagi? Cepatlah baca doa naik kenderaan. Mintak perlindungan sikit. Ish, itupun nak kena aku ajar ke?” Najihah siku tangan Amin. Tiba-tiba riak wajah Amin dah macam hilang ingatan.
“Alamak Ain…terlupa pulak aku macam mana bunyi doa tu.” Amin garu kepala. Cakap jelah kau memang tak tahu, senang cerita.
“Banyaklah hang punya bunyi. Padanlah nama hang Amin… pandai mengaminkan doa je. Dengar sini aku baca… hang aminkan sudah.”  Najihah baca doa naik kenderaan dengan khusyuk. Amin tunduk tadah tangan. Kemudian Najihah menghidupkan enjin kereta. Terketar-ketar juga dia nak memandu sejak berlaku peritiwa hitam dalam hidup dia dahulu.
“Sayang, bawa slow-slow eih. Tak apa, abang ada kat sini. Jangan takut!” Amin cakap sambil tergelak-gelak kecil. Geli hati dengan kata ganti nama yang dia gunakan sendiri.
Hish dia ni, ni yang bertambah semangat nak memandu selaju yang mugkin ni. Huh boleh ke tidak ni? Gugup jugak bila dah lama tak memandu. Najihah tolak gear 1 dan tekan pedal minyak kemudian tekan minyak lagi dengan menambah kelajuan kepada gear 2, 3, 4, dan 5. Kalau Wira ni ada gear 6, gear 6 Najihah bedal.
Kelihatan Amin dah capai pemegang di bumbung kereta yang tak jauh dari kepala dia. Kedua belah tangan dia kat situ. Biar padan dengan muka engkau, aku suruh pakai tali pinggang keledar tadi tak nak. Degil! Najihah redah semua laluan kat situ. Macam nak terbalik bila dia tempoh selekoh.
“Fuhh…laju doh!” Najihah menjerit di dalam kereta. Amin pucat.
“AIN SUDAH, BERHENTI. BREAK!!!!!!!!” Suara Amin bukan kepalang menjerit. Najihah tersentap. Terus dia tekan pedal break. Berbunyi tayar kereta bila dia tekan break mengejut.
“Macam nak tercabut tangkai jantung aku ni dengar kau jerit.” Tak sempat habis Najihah membebel, Amin terus buka pintu kereta. Dia merangkak keluar ke tepi jalan.
“Uwekkk…” Tak sangka Amin boleh keluarkan isi perut.
Najihah tengok Amin melalui cermin pandang belakang. Tak tahu apa yang perlu dibuat. Sudahnya, dia keluar jugak tolong Amin. Tolong tengok je pun, takkan nak pergi tolong gosok-gosok belakang dia.
Lepas habis muntah, Amin terus terbaring atas jalan tar menghadap langit yang mendung macam nak hujan kejap lagi. Sambil tu, dia gosok-gosok dada dan perut dia. Kalah perempuan yang morning sickness. Kelakar pulak si Amin ni. Najihah duduk tak jauh dari Amin.
“Tangkai jantung kau je yang kau kira…tangkai jantung aku ni kau tak nak kira? Sikit lagi nak terputus. Huh lega!” Amin baru mula bersuara bila perasan yang Najihah ada di sebelah dia. Dia mengucap syukur. Baru reti nak bersyukur  mamat ni. “Aku tak kahwin lagi tau.” 
“Haha amik kau. Nak sangat!” Najihah tergelak.“Kau jangan pandang rendah disebalik baju kurung cotton aku ni. Kau ada rasa naik Evo tak tadi?  Aku cuma tak berapa berani bila ada kereta banyak kat jalan raya. Bila clear je jalan macam sekarang, aku pecutlah.” Seronok Najihah bercerita sambil tangannya membuat gaya pecut.
“Agak-agaklah…kau ingat kereta aku ni macam kereta Raleigh Dhaka? Nasib tak terbang bumbung pintu ni semua.” Amin gosok-gosok pintu kereta dia. Lepas tu, dia jalan sampai ke belakang kereta.
“Jangan risau…belum tercabut lagi ekzos kereta kau tu.” Najihah ketawa kecil.
“Taubat dah aku. Boleh kena strok kalau kau drive. Huuuuu…” Amin pegang dada.
Padan muka dia. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Lain kali tak ada lah dia berani sangat nak cabar aku macam-macam. Aku pun tak sangka yang aku berani memandu laju-laju. Beranilah sebab tak ada lampu isyarat. Ada sejarah hitam dengan lampu isyarat tu, nantilah cerita.
“Jom Amin, hantar aku balik office. Dah lewat dah ni, aku ada kerja nak kena siap.” Najihah berkira-kira sambil melihat jam tangan dia. “Ataupun kau nak aku yang drive? Aku bukan apa, takut kau muntah kali kedua je.” Najihah tersenyum simpul.
“Jangan harap dah kau boleh pegang stereng kereta aku ni lagi.” Amin memberi amaran.
“Apa kau ingat aku hingin sangat dengan stereng kiat kau tu??” Najihah mencemik.  Lepas tu, dia orang berdua terus masuk kereta.
“Eh Amin… berhentilah! Kau nak bawa aku ke mana? Woi…dah keluar pagar pulak. Nak ke mana ni hoii?” Najihah mula berang bila tengok Amin buat bodoh dengan memandu keluar daripada kawasan syarikat. Dia pulas lengan Amin yang berlapik baju. “Amin…kau berhenti sini!” Najihah mengetap gigi.
“Auw, auww…lepasalah Ain! Bisalah tangan kau ni.” Amin sedikit meronta. Lepas dah rasa sakit, baru dia ni reti nak berhentikan kereta kat tepi jalan besar.
“Aku boleh hilang sabar dengan kau ni. Apa salahnya kau cakap baik-baik dengan aku. Cakap cepat kau nak bawa aku ke mana?” Semua gurauan dengan Amin tadi dah terbang melayang. Sekarang dia marah Amin sungguh-sungguh.
“Maaf.” Pendek ucapan Amin.
Amin minta maaf?? Jangkaan Najihah meleset bila dia ingat Amin akan marah dia kembali.
“Aku nak bawa kau pergi makan kat depan tu je. Bolehkan?” Dengan serba salahnya Amin bertanya.
“Kenapa baru sekarang kau nak tanya boleh ke tak? Eh, kau ingat aku ni apa? Ikut kepala kau je nak bawa aku ke mana kau suka. Kenapa kau tak bagi tahu elok-elok, aku boleh considerlah.” Najihah marah Amin lagi. Tak taulah nak buat macam mana dengan dia ni. Nasihat macam mana pun, masih tak berkesan.

Najihah pulang ke rumah dengan muka cencurut. Mujur Maghrib masih lagi berbaki, sempat Najihah menunaikan Rukun Islam yang ke dua itu. Masa sampai rumah tadi, semua orang tak ada di tingkat bawah ni. Mak Cik Aisyah confirm ada di bilik. Pak Cik Nazim pulak pergi masjidlah kalau waktu Maghrib begini. Kalau tidak, jenuh nak menjawab pasal orang yang menghantar dia ke rumah tadi. 
Lepas siap mandi semua, Najihah turun ke ruang tamu. Mak Cik Aisyah dah ada di situ menonton Buletin Utama. Dia terus duduk sambil berlunjur kaki dekat sofa bentuk L. Telefon bimbit dia letak di celah sofa di tepi paha.
“Lambat balik hari ni, keluar dengan Lia? Letih sangat ke sampai kelat muka tu?” Mak Cik Aisyah buka mulut selepas terdengar Najihah mengeluh lepas dia henyak punggung kat sofa.
“A’ah bu, biasalah. Kerja mana tak letih.” Najihah terus jawab soalan kedua Mak Cik Aisyah. Soalan pertama kena abaikan. Tak nak buka cerita pasal budak yang hantar dia balik tadi.
Janganlah Mak Cik Aisyah tanya dengan siapa anak dia ni balik tadi. Angin je bila ingat balik pasal budak yang bernama Amin tak ada disiplin tu. Selepas keluar dari restoran, dia boleh bawa Najihah singgah rumah dia. Meluap-luap betul bila ingat hal tadi.
“Ain, sekarang aku cakap dengan kau baik-baik ni. Jom singgah rumah aku, depan tu je. Aku nak buang air kejap.” Amin tanya dengan mulut manis. Tapi bunyi macam kena ikut cakap dia je. Terkena lagi aku nampaknya. Takkan aku nak tahan dia buang air pulak. Karang kalau terkena batu karang, bukan aku orang yang akan bertanggungjawab.
Nak tak nak kenalah Najihah berkenalan dengan mak dan adik dia. Takkan Najihah tak buat ramah-tamah bila mak dia datang jemput Najihah sampai di pintu kereta.
Bersabar aje lah Najihah dengan sikap Amin yang main sedap cakap depan mak dia pasal Najihah. Najihah yang tak tahu apa-apa ni, dah tak reti nak menyampuk. Akhirnya, Najihah diam je daripada dia cakap yang bukan-bukan.
“Ain tegurlah dia kat tempat kerja tu… mak cik ni dah tak tahu nak buat apa kat dia. Dah berapa dah surat amaran yang sampai kat rumah ni. Mak cik takut dia kena buang kerja je nanti. Selama ni, dialah tempat kami semua bergantung sejak ayah dia tak ada.” Sayu suara mak Amin. Ish…tetiba aku touching. “Tapi dia ni keras kepala sangat…adik-adik dia pun takut dengan baran dia. Mana tahu Ain boleh lembutkan hati dia.” Argh sudah…aku pulak yang kena, bisik hati Najihah. “Lagipun nilah kali pertama dia bawa balik anak dara orang ke rumah.” Ceria sungguh suara mak Amin pada akhir ayat dia. Dan ayat ni buat Najihah rasa senak.
“Abang suka kat dia mak…sebab tu abang bawa dia jumpa mak.” Selamba Amin buat pengakuan berani mati di hadapan depan mak dan adik dia.
Najihah terlopong. Rasa macam nak cekik-cekik dia ni. Perlu ke dia orang berbincang anak-beranak depan aku. Ana si adik Amin pun terlopong jugak. Mak Amin, aku dah tak tahu rupa dia macam mana. Sebab aku terus pejam mata. Ngeri nak tengok semua muka kat sini.
Lia, tolong aku! Kenapalah aku tak ikut nasihat kau awal-awal lagi. Kalau aku tahu, tak hingin aku naik kereta dia. Tapi bukan salah aku Lia, dia yang paksa-paksa aku. Bencilah macam ni! Nampaknya aku kena buat pembetulan kat sini. Tolong tarik nafas Najihah!
“Mak cik jangan salah sangka ya. Saya cuma berkawan dengan Amin macam semua kawan kat pejabat tu.” Okeh…cukup ayat aku tu. Mesti senang je nak faham. Najihah terus mintak diri. Lagi lama duduk situ, lama banyak bala datang. Boleh kancing gigi aku kat sini.
Dari tadi Amin cuba jernihkan keadaan bila dia orang naik kereta. Tapi Najihah buat tak endah. Sakit hati dengan perangai Amin. Sebaik kereta Amin berhenti depan rumah, baru Najihah buka mulut. Mudah-mudahan, ini kali terakhir dia terpedaya dengan Amin. Lepas ni jangan harap dia nak terlibat apa-apa dengan Amin. Serik!
“Aku tak suka kau cakap macam tu depan mak kau. Kau jangan bagi orang tua tu salah faham pasal aku dengan kau.” Najihah menggenggam buku lima dalam usaha mengawal kemarahan.  “Hari ni je, dah berapa kali kau tipu aku. Kau tahu tak aku banyak kerja hari ni, aku tinggal kerja sebab aku ingat aku boleh percaya kau sebagai kawan. Patutnya, aku blah je sebelum pergi restoran tadi.  Tapi aku boleh sabar sebab aku ingat aku ikhlas berkawan dengan kau. Kau yang tak pernah nak hormat perasaan aku.” Najihah terus keluar dari kereta sebelum sempat Amin bela diri.
“Jiha….”
“Hah.” Huh…kus semangat! Najihah terus toleh tengok Mak Cik Aisyah. Marah dalam dada ni masih ada pada Amin.
“Tadi petang, Along ada telefon. Dia dan Kak Long kirim salam pada kamu.” Mak Cik Aisyah tiba-tiba gembira bila bercerita pasal anak lelaki tunggal dia yang nun duduk di perantauan. Dah empat tahun Along menetap di Jepun bersama anak dan isteri dia. Pernah sekali mereka sekeluarga ke sana. Kak Wawa dan Abang Kamal pun pergi jugak sama sebelum dia orang ada anak. Sekali je lah kita orang ke sana. Ingat duit banyak bertimbun-timbun ke boleh ke sana selalu?
“Kirim salam je bu, lain tak ada?” Najihah mula berubah mood menjadi ceria sedikit.
“Habis tu nak kirim apa pulak… kirim Al-Fatihah?” Mak Cik Aisyah buat lawak maut ni. Mata Najihah terbuntang. Makcik Aisyah ni makin selalu ingatkan Najihah pasal mati. Maklumlah orang tua tu selalu ke kuliyah agama kat masjid dalam kawasan perumahan ni. Sejak-sejak pencen ni, itulah aktiviti Makcik Aisyah. Kalau tak ke masjid, hidup dia dengan buku agama. Alhamdulillah. Tapi, tak macam anak dia ni yang …?
“Ish ibu ni…orang sihat lagi bu.” Najihah mengherotkan mulut. “ Bu, bila kita nak ke sana?” Najihah angkat kening dengan cara nakal.
Mak Cik Aisyah yang fokus tengok televisyen tadi, terus tertoleh tengok Najihah tak berkelip. “Ingat Jepun tu dekat macam nak ke Ipoh?? Yang naik bas pun sampai?”
Najihah gelak beredekah-dekah sambil jalan pergi buka pintu pada Pak Cik Nazim yang baru balik dari masjid.
“Apa anak dara gelak kuat-kuat ni?” Pak Cik Nazim yang masih dekat luar rumah tengok Najihah dengan geleng kepala. Najihah terus tutup mulut. Dan kemudian anak mata dia berlari tengok sofa bentuk L bila terdengar satu bunyi lagu.
Dia berlari mengambil telefon bimbit yang terbenam di celah-celah sofa. Lepas dapat telefon terus dia naik ke bilik.
“Jiha! Jiha!” Alia menjerit di hujung talian.
“Asal kau termengah-mengah ni, Lia?”
“Franco call aku tadi. Dia nak address rumah kau.” Alia cakap dalam satu nafas.
“Serius? Jangan cakap kau dah berjaya bagi nombor peti surat rumah aku!!! Even poskod pun dia tak boleh tahu.” Najihah pula termengah-mengah seperti Alia.
“Oppsss.” Alia terkial-kial. “Aku dah ba - gi…” Alia masih teragak-agak.
“Woiii!” Najihah jerit. Dia menggelupur atas katil.
“Aku dah bagi pesanan baik punya, aku suruh dia cari sendiri. Kita kan kawan. Mana boleh bocor rahsia kau tu kan haha.” Alia gelak terkekeh-kekeh.
“Sengal kau Lia, gelabah aku.” Najihah dah bawa bertenang. Rasa macam beratus-ratus ekor rama-rama bebas dari sangkar. Lega tak terkata.
“Panik la kau ni..” Alia ketawa je dari tadi.
“Paniklah…kau ingat apa? Aku nak buat sujud syukur ni…bye.”

“Lia…jom makan kat luar hari ni. Bosanlah mengadap lauk sama hari-hari.” Najihah berdiri di hadapan printer. Terhegeh-hegeh betul printer ni buat kerja. Dah lah bising, orang kat bilik operasi pun boleh dengar. Kena mintak laser printerlah dekat pak aji kalau macam gini.
“Elok jugak tu.” Laju Alia respon. “Wei Jie, kau tengah print eik? Sakit telinga aku.” Alia pegang telinga dia.
“Ha’ah… kalau kau sakit telinga. Aku sakit hati tunggu menatang ni keluar.” Najihah capai kertas kedua yang baru keluar. Boleh tertidur nak tunggu 15 keping report ni siap dicetak.
Request la printer baru kat pak aji burger tu.” Alia gelak. “Eh…kau belanjakan nanti?” Bahagia je suara dia kalau bab tak nak keluarkan duit.
“Tak ada hal…kata nak merasa gaji sulung aku ni kan.”
“Sulung?? Dah nak masuk bulan ke berapa pun entah kau kerja…ada hati cakap gaji sulung.” Alia ungkit-ungkit janji Najihah dulu. Macamlah aku tak pernah belanja dia sebelum ni. Yang mencekik western food dulu tu apa? Duit siapa lagi kalau bukan duit aku.
“Haha…kan aku dah janji nak belanja. So mestilah kena clear kan semua hutang-hutang aku. Tak nak aku jumpa kau kat Padang Masyhar nanti.” 
“Bagus kalau kau fikir macam tu. Baik kau ingat betul-betul, ada tak lagi hutang kau pada aku…elok kau langsaikan semuanya hari ni.” Alia ketawa kecil mengenakan Najihah.
“Eh…sudahlah kau! Aku tengah buat kerja ni. 5 minit lagi aku sampai kat kereta kau.” Najihah matikan talian. Sementara tunggu kertas dicetak, dia berkemas-kemas meja sikit sebelum keluar.
Excues, Dato’ ada kat dalam?”
Terdongak Najihah memandang wajah orang yang bertanya dengan tiba-tiba itu. Kelihatan Najmi di hadapan meja. Excues? Sungguh kebaratan gaya bahasa driver ini. Bagilah salam, dapat juga pahala.
“Assalamualaikum…” Najihah mengucap dengan lembut. Dan Najmi terus jawab sambil senyum dengan tenang.  “Saya kurang pasti, tapi saya tak nampak Dato’ lagi hari ni.”
Najmi mengangguk. “Tahu tak Dato’ meeting di mana?”
“Tak.” Najihah geleng kepala sambil tersenyum merenung Najmi. Entah kenapa rasa tenang je bila tengok wajah dia.
“Ermm.. dalam pukul berapa ye Dato’ masuk office?” Najmi tanya lagi seperti ada hal penting yang dia perlu selesaikan dengan Dato’ Ramlan.
“Tak tahu…” Najihah ketawa pula dengan soalan Najmi yang satu pun dia tidak boleh jawab. Dia bukan orang yang susun jadual kerja Dato’. Najmi cuma tersenyum di situ. “Awak tak try call Dato’?”
“Yeah… but there was no answer.” Najmi jawab dengan jujur ala-ala kecewa. Aksen English dia tu macam bukan gaya orang Malaysia walaupun dia cakap dengan bahasa yang mudah. “By the way, thanks. Assalamualaikum…” Dia tersenyum memandang Najihah. Dan belum sempat Najihah menjawab Najmi dah berlalu ke arah bilik Dato’. Unsungkarable driver!
“Waalaikumsalam…” Jawab salam itu wajib. Bagi salam itu sunat. Najihah mengangguk kepala sambil capai beg duit.

 “Jiha…kau nak belanja aku kat mana ni?” Alia angkat kening. Lepas tu, kepala dia meninjau-ninjau restoran yang berada di sepanjang jalan dari dalam kereta.
“Kita ke Medan Selera je lah. Okey?” Putus Najihah tanpa berfikir panjang.
“Medan selera je? Not my taste! Ingatkan nak belanja aku kat Flemington Hotel!” Alia buat-buat sinis. Lepas tu dia gelak berdekah-dekah sambil cari parkir kat medan selera.
Alia memang tak pernah cerewet memilih tempat makan sebenarnya. Medan selera itulah taste dia dari zaman mereka sekolah dulu sampai sekarang ni.  Lepas je letak kereta, mereka berdua masuk ke kedai yang selalu mereka kunjungi.
“Lia… kau makan je apa yang kau nak asal tak lebih daripada tiga ringgit.” Najihah gelak besar sambil mata dia meninjau lauk-pauk. Lepas tu dia terus pekup mulut bila dia tengok muka tak puas hati Alia.
“Tergamak kau buat aku macam ni, Jiha! Apa kedekut sangat kau ni. Gaji kau tu…lagi banyak dari aku tau tak.” Alia cekak pinggang.
Gaji Najihah lebih sikit je dari Alia sebab Alia diploma holder. Bukan apa, Alia yang tak nak sambung belajar lagi. Dia nak kerja terus, lepas tu nak tunggu orang pinang dia je dia cakap.
“Ok lah tu dari aku bajet dua ringgit je.” Najihah urut-urut belakang Alia. “Sabar eik…”
“Apa sabar-sabar?”
“Kak As, bagi nasi kat budak ni.” Najihah cakap pada Kak Asma yang cedok nasi sambil jari dia tunjuk Alia. “Dua orang makan untuk dia. Dua hari tak makan tu.” Najihah gelak. Alia dah jegil mata tengok Najihah.
“Kat dia pun bagi double jugak, Kak As!” Alia balas cakap.
“Korang ni kan…dari dulu sampai sekarang tak berubah. Ambik sendirilah…macam tak biasa!!” Selamba je Kak As tu bising-bising. Dia dah tak hairan dengan pelanggan tetap dia tu.  
“Kalau berubah, kita orang tak datang sini dah.” Najihah ketawa tengok Kak As yang dah ternganga. Alia ketawa jugak sambil angkat thumbs up pada Najihah.
 Mereka pilih tempat duduk di tempat terbuka. Lebih selesa dapat fresh air. Tempat favourite mereka sebenarnya tu. Dan kalau hujan, cepat-cepat lari bawa pinggan dan gelas masuk ke kawasan berbumbung. Haha... kenangan zaman muda remaja dulu-dulu.
“Jiha, apa cerita kau sebenarnya dengan Amin ni? Macam-macam aku dengar.” Alia tanya jugak soalan bosan ni.
Bercakap pasal Amin, dah seminggu Najihah tak bertegur sapa dengan dia. Kalau ada pun cuma hal berkaitan kerja. Perkara lain memang tak wujud sama sekali. Saja dia nak jarakkan diri dengan Amin. Amin ada jugak nak cuba berbaik-baik, tapi dia masih lagi tak dapat terima. Ingat tak ada sesiapa yang perasan hal dia. Tup-tup, si Lia pun dah tahu. Jadi kenalah cerita segala dari A-Z dari terima cabaran memandu kereta sampailah pergi jumpa Mak Amin tempoh hari.
“Kau pergi jumpa mak dia??” Terbuntang biji mata Alia.
“Ye la....do I have to repeat?”
“Aku rasa dia suka engkau, Jie.”
“Ciss! Kau nak ke kalau aku betul-betul suka dengan dia?” Masa untuk mengusik Alia.
“Habis tu betullah memang dia suka engkau?” Suara Alia naik tinggi. Terkejut minah tu.
“E’eh kau ni…manalah aku tahu kat dia. Soalan tu, kau kena tanya Amin. Kalau kau tanya aku gini…heh Jiha, betul ke kau suka dia? Hah soalan tu, bolehlah aku jawab.” Najihah jeling Alia lepas habis cakap. Rasa nak marah je dengan budak Alia ni.
“Ok sekarang aku tanya kau… heh Jiha, betul ke kau suka dia?” Dengan lurusnya Alia ulang balik sebijik-sebijik soalan Najihah. Apesallah aku boleh dapat kawan macam dia ni?
“Bendul betul kau ni. Macam tak kenal aku. Aku berkawan dengan dia sebab dia perlu pendengar yang dia rasa sesuai. Kenapa susah kalau ‘perempuan’ dan ‘lelaki’ nak wujud istilah kawan. Tak boleh ke orang kat dunia ni tak terima persahabatan yang berlainan gender?” Najihah luah berjela-jela. Sebenarnya, memang tak salah pun tanggapan Alia dan orang-orang kat sini. Amin memang dah serupa dengan apa yang Alia cakapkan. Tapi tak payah lah dia nak sentuh isu tu dengan Lia.  Cuma perlu jelaskan bagi pihak dia sudah. Kadang-kadang tak semua benda perlu dijelaskan. Cukup setakat ini.

“Hah lega…aku ingat kau pun dah angau kat dia. Aku tak nak kau terlibat apa-apa dengan dia. You deserve better than him, Jie. Kau jangan layan dia…dia tu sanggup buat apa je kalau dia nak sesuatu.” Pesan Alia berkali-kali pada Najihah. Ayat Lia yang last nilah yang selalu aku dengar dari mula-mula masuk kerja dulu hinggalah sekarang ni kalau kita orang tersebut nama Amin. Haih!

No comments:

Post a Comment