Monday 22 June 2015

Si Pemandu Hati (Bab 5) ~ Nazira Ilias

“Sorang je hari ni?” Amin berdiri di hadapan meja Najihah. Najihah yang sememangnya tunduk pandang pinggan meneruskan suapan saja nasi ke mulut. “Amboi! Makan sampai tak perasan aku.” Amin ketuk meja di hadapan pinggan Najihah. Najihah terdongak sambil kunyah nasi. Kacau orang makan aje lah dia ni.
“Alia cuti. Termasuk kau… ada 15 orang lagi kat sini. Nampak tak?” Sinis Najihah jawab lepas dia dah berjaya telan nasi dalam mulut.
“Pandai buat lawak.” Amin tersengih.
“Tersengih-sengih tu kenapa? Takkan kau nak tengok je aku makan. Pergilah ambik nasi…takkan nak share dengan aku?” Najihah membebel. Dia berselera makan tanpa pedulikan Amin.
Amin terus duduk di hadapan Najihah. Lain yang disuruh, lain yang dia buat. Memang dia ni tak pernah ikut arahan. Register nama dia dalam pasukan commando baru tau. Command and do!!! Kalau tak ikut command, tahulah apa nasib kau Amin kat sana. Baru reti nak ikut arahan gamaknya lepas tu.
“Weh Mie!” Tetiba Amin jerit sambil lambai tangan pada Najmi. “Mai sini sat.”
Najmi? Adoi…tercekik ikan masin bila dengar nama mamat tu. Bila masa pulak aku makan ikan masin ni?
Najmi datang menghampiri meja Najihah dan Amin. Dia mengarah dagu bagi isyarat tanya pada Amin. Najihah tengok je gaya Najmi. Najmi pula tengok Najihah sekilas dengan senyum yang dia sengaja sembunyi. Cewah... macam pasti je dia nak senyum dengan aku. Makan pun dah tak selera tetiba. Hormon boleh berubah bila nampak dia.
“Trip hang malam ni pukul 10. Bagi tau partner hang sekali… aku tengah busy sekarang ni. Tak ada masa nak bagi tahu dia.” Amin keluarkan arahan mengalahkan bos. Pekat loghat utara dia.
Bengong betul Amin ni. Ada ke patut duduk depan aku ni pun dia boleh kata busy?
“O.K.” Najmi jawab mendatar. Tanpa ada sebarang emosi atau reaksi yang memaksudkan dua huruf itu.  Lepas tu, dia terus beredar. Najihah tengok je Najmi melangkah keluar dari café.
“Yang kau bukan main tengok dia tu kenapa? Suka?” Amin terus melumpuhkan pemandangan indah Najihah. Bola mata Najihah beralih tengok Amin.
“Gila!” Najihah buat-buat jengkel dengan muka senget. Sebenarnya nak cakap begini, ‘gila tak suka dia’. Nanti sembelit bergulung pulak Amin ni kalau aku cakap gitu.
“Bas Najmi tu jalan ke mana, Amin?” Hah tengok, Najihah dah mula ambil berat pasal Najmi. Nak tahu jugaklah serba sikit pasal dia. Sekarang ni baru ada mood nak sambung makan.
“Dia tu? Semua tempat dia pergi. Setiap minggu bertukar trip. Dato’ yang arah macam tu. Apa ke pelik pun entah?” Dahi Amin berkerut-kerut macam musykil sangat dengan arahan Dato’.
“Yang hang nak heran dengan arahan dato’ kenapa? Hang tu yang patut ikut arahan…dan patut heran dengan diri hang yang tak pernah nak ikut arahan ni.” Tuuuuu dia….kan aku dah cakap berbelit-belit mengalahkan sasterawan. Kalau dah geram memang boleh keluar cakap utara .
“Sedapnya bahasa.” Lembut Amin balas.
Aik...dia tak tengking aku pun? Sejak bila dia menjadi lelaki ‘budiman’ ni?
“Kenapa kau tak pernah marah aku macam kau marah orang lain?” Pelik pulak dengan perangai Amin ni.
Aku jadi pelik kalau dia tak marah orang. Tapi setakat ni, dia memang tak pernah marah aku lagilah. Apa yang aku tak suka, dia ni suka marah driver-driver yang sebaya bapak aku. Sebaya bapak dia jugaklah kan. Langsung dia tak tahu nak hormat dan jaga air muka orang lain. Mana pergi adab dia sebagai orang Melayu yang kaya dengan budi bahasa. Pasal si Amin ni lah Najihah dah pandai berkempen.
“Sebab…aku suka kau.” Sebiji-biji Amin sebut. “Alah Ain…aku bukan senang-senang nak marah dia orang. Ada reason aku buat macam tu…dah dia orang mula, aku balaslah balik.” Amin cakap tanpa rasa bersalah.
“Aku memang tak boleh terima alasan bangang kau tu.” Najihah diam kejap, nak tunggu reaksi Amin selanjutnya. Dia kira hingga lima. Tak marah pon! Ok, aku boleh taruh lagi cukup-cukup.
“Eh kau tak patut tau buat dia orang macam tu. Memang dia orang yang mulakan dulu sebab kau yang selalu buat orang bengang. Kau tahu tak, kau dah jatuhkan maruah dia orang? Kau tak pernah terfikir ke kalau orang lain buat kat bapak kau camtu?” Najihah marah dalam tenang. Nak nasihat kena ada cara. Tipsnya, kena berlembut. Kalu nak melarang baru kena tinggikan suara. Baru boleh ingat sampai bila-bila. Betul ke teori aku ni?
“Bapak aku dah lama meninggal.” Sayu suara Amin. Najihah terpempan.
“Maaf.” Hanya perkataan ini yang keluar dari mulut Najihah. Keadaan senyap seketika.
“Tak ada apalah, Ain.” Amin tersenyum.
“Tapi kematian bapa kau, bukan alasan untuk kau buat macam ni. Kau tak boleh nak salahkan takdir. Kita diberi akal untuk berfikir, Amin. Kau bukan lagi budak-budak…kau dah dewasa.”  Takkan sesekalilah Najihah nak berkompromi hal ini dengan perangai tak bermoral Amin.
“Kau pandai bercakapkan, kau pulak macam mana. Aku tahu kau tak jujur.” Dahi Najihah berkerut. Apesal aku pulak yang terbabit ni. Nak balas dendam la tu. “Sudah-sudahlah kau tipu semua orang kat sini Ain. Kau tak kahwin pon lagi kan, kau ingat aku tak tahu. Aku dah pergi tanya ‘suami’ kau yang bawa Storm tu. Aku dah tanya bapak kau sendirilah masa dia tunggu kau hari tu.” Giliran Amin pulak sembur Najihah. Najihah tak terkata. Tak sangka Amin boleh pergi siasat hal dia. “Apesal diam…cakaplah.”
Bocor rahsia aku, cisss! “Kau dah tahu semua…apa lagi yang tinggal untuk aku cakap.” Najihah terus bangun. Amin angkat kepala, tengok Najihah. “Aku nak cuci tangan jap, sampai kering tangan aku ni. Nanti mak mertua tak sayang.” Najihah jalan ke singki.
“Jangan risau…mak aku mesti sayang kau.” Amin cakap lepas Najihah dah duduk semula.
“Siapa nak kahwin dengan kau?” Najihah tunjal kepala Amin. Amin biarkan saja walaupun kepala dia terdorong ke belakang. Ada juga orang lain tengok  kelakuan mereka berdua. Peliklah tu, selalu Najihah mencekik dengan Alia. Alih-alih mamat kurus kering yang ada iras-iras Perak Man bergerak ni yang ada kat sini. Maunya dia orang tak tengok pelik.
“Aku pun tak tahu kenapa aku tak boleh marah kau, Ain. Orang selalunya cakap bujang walaupun dah kahwin, tapi kau terbalik pulak.” Amin tergelak kecil. “Kau dah ada boyfriend?” Tiba-tiba Amin nak cungkil rahsia. “Kalau kau anggap aku kawan kau, kau bagi tahu. Kalau tak nak tak apa. Aku tahu semua orang kat sini tak pernah suka aku.” Tenang suara Amin. Peka pun dia dengan orang lain kat sini. Kalau Lia dengar ni, mesti tak boleh terima kenyataan.
Najihah balas dengan gelengan. Sebab dia dah mula menganggap Amin sebagai kawanlah dia perlu jujur. Mungkin dia lemah sikit bila tengok Amin jadi luar biasa macam hari ni. Amin memang bijak memanipulasi keadaan.
“Dah kau tahu orang tak suka…apesal kau buat jugak perangai zaman batu kau tu. Orang bukan tak suka kau…tapi orang tak suka perangai tak bertamadun kau tu. Faham?”  Najihah berdecit. Amin tersenyum.
“Sebab tu aku makin suka kau. Dengan kau je aku boleh cakap macam ni, orang lain tak pedulikan aku pun.” 
Najihah rasa nak muntah. “Kau nak tahu sebab apa…sebab kau bukan reti BERCAKAP dengan orang.” Sengaja Najihah tekan ayat tu. Amin mengerutkan dahi. “Yang kau tahu…marah orang, cari masalah dengan orang, kau je yang betul…cakap orang tak pernah nak dengar.”
“Aku macam tu ke?” Amin buat-buat terkejut.
“Nak aku buat senarai ke? Lepas tu boleh aku pos laju-laju kat rumah kau.” Najihah tergelak. Amin pun gelak sama.
Hailah Amin. Aku harap kau boleh ubah perangai kau tu jadi manusia yang tahu hormatkan orang lain. Kalau dia boleh terima aku jadi kawan dia, takkan aku nak menolak. Kawan jelah, bukan salah pun. Bukan kena bayar pun kan.

Ibu bapa Alia ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga selama dua hari ni. Jadi, Najihahlah orang yang bertanggungjawab untuk menemani Alia tidur di rumah dia. Ewah! Tanggungjawab apa sangatlah kan. Cuma tolong menghuru-harakan rumah Alia bolehlah. Teman je lah si Lia tu, lagipun dua hari ni cuti hujung minggu. Bukan ada aktiviti pun nak buat kat rumah.  
Najihah dan Alia makan di luar malam itu. Nak makan kat rumah, tak ada siapa yang rajin nak masak. Kalau setakat asam laksa dan tom yam dari mee segera Najihah pakarlah. Sudahnya, restoran makanan barat yang dipilh Najihah. Tekak dia rasa nak mencekik makanan orang putih pulak malam ni. Alia setuju sangat-sangat dengan pilihan Najihah sebab dia bayar guna duit dari beg dompet Najihah. Rugilah kalau tak setuju kan.
“Yang kau tak nak ikut ke KL tu dah kenapa?” Najihah tanya sambil tengok Alia makan dengan penuh nikmat. Tunduk je minah tu, langsung tak angkat muka tengok keadaan sekitar dia.
“Mak bapak aku balik Isnin ni. Macam mana nak pergi? Kerja kan.” Alia jawab acuh tak acuh. Macam ada perkara yang tengah kacau kepala otak dia sekarang ni.
“Aiii…selalu pun kerja jugak, sanggup je kau ambik leave. Tak rindu ke dengan Syam tercinta tu? Kahwin je lah korang…menyampah dah aku tengok.” Najihah gelak kecil. Alia langsung tak tunjuk minat. Lama dia berdiam diri.
Jogging esok nak?” Tiba-tiba je Alia ceria.
Hoho… Alia dah ubah topik secara drastik. Tahulah aku benda apa yang racun-racun kepala dia. Tak habis lagilah tu bergaduh dengan Syam. Sebelum kepala aku kena terajang dengan si Lia ni baik aku surrender cakap pasal Syam. Perempuan ni bukan spesis yang boleh dipujuk-pujuk. Buat meluat je. Baik biarkan je dia, nanti dia akan okey semula.
You know me well Lia…aku ni tak cukup stamina.” Alasan biasa yang Najihah bagi kalau dia di ajak jogging. Bagilah banyak mana pun alasan, aku tetap kena paksa dengan dia ni. Menyampah betul.
“Argh…stamina ke ribena ke? Peduli apa aku? Aku tak kira…aku heret jugak kau esok pagi.” Berdecit-decit suara Alia. Dia dah bertukar kepada perangai sebenar.
“Aku tak bawa track lah. Sport shoes pun tak ada. Kesianlah pada musafir jalanan yang tiada tempat untuk bermastautin ini.” Najihah buat suara sedih. Dalam usaha menolak cadangan Alia walaupun tahu ianya sia-sia belaka.
“Aikkk…apa yang kau merepek ni mangkuk? Susah apa…pakai je track dengan kasut aku.”
“Oii Gayah…kau  tu saiz S. Aku ni M…entah-entah dah nak kena pakai L dah kut. Mana nak celah badan aku ni.” Najihah marah-marah.
Alia tersengih. “Ahhh engkau…banyaklah songeh. Tak apa…aku memang selalu beli baju seluar semua saiz M. Kalau tak muat juga kau pinjam je seluar bapak aku yang saiz XXL tu.” Alia gelak berdekah-dekah.
Aku sumbat jugak kang mulut dia ni dengan kotak tisu yang ada depan aku ni kut.
“Tak payah…esok pagi hantar aku balik rumah mak bapak aku.” Gaya dah kena cerai je bunyi Najihah bercakap. “Biar aku pakai seluar aku sendiri. Apelah nasib. Tapi lepas tu kau kena belanja aku makan nasi lemak dekat Jalan Tupai. Aku nak lauk ayam rendang dengan sambal sotong. Aku tak kira, aku heret juga kau esok.”
“Wah,wah, waaahhhhh…selera mengalahkan orang mengidam. Makan je kau tau…benda yang kau makan tadi pun belum sempat nak hadam lagi.” Bentak Alia. “Hah…apa lagi tunggu, cepatlah bayar. Tinggal kau kat sini kang baru tau.” Alia dah bagi arahan macam mak tiri.
Najihah terus angkat punggung dan jalan menonong ke kaunter. Argh stress! Stress kena joging.

 “Wei mangkuk, cepatlah! Lembap macam siput.” Alia terjerit-jerit panggil Najihah. Sambil tu dia berlari setempat sementara menunggu Najihah yang berada 50 meter di belakang.
Mata orang ramai yang tengah joging kat situ tertumpu pada Najihah. Malu giler aku, Lia kata aku macam siput. Tunggu Alia, aku nak kenakan dia. Najihah berhenti joging dan terus toleh tengok belakang. Buat-buat cari orang yang Alia panggil dengan muka curious. Biar dia rasa.
“Wei… engkaulah baju biru tudung biru!” Alia jerit lagi dengan kuat. Lepas tu dia gelak.
Cilanat punya Alia. Semua orang dah tersengih-sengih pandang aku. Sudahnya, Najihah meneruskan larian dia yang konsisten sejak dari tadi lagi sambil buat-buat tak kenal Alia. Time ni memang malu nak mengaku yang dia ada kawan macam Alia.
Pedulilah dengan Alia. Dia ni bukan berjoging, tapi berlari mengalahkan ironman triathlon. Dia tak tahu ke apa definisi joging? Joging itu bermaksud berlari secara perlahan untuk meningkatkan kecergasan badan sambil mengurangkan tekanan. Kalau joging dengan Lia ni, menambahkan tekanan lagi ada lah. Sebab dia suka push orang berlari dengan laju. Terus putus mood  Najihah nak beriadah.
Alia berhenti di hujung jalan. Berhentilah sebab dah habis satu tasik ni dia pusing. Lepas Najihah sampai je, mereka menapak ke parkir kereta. Menapak sambil berbual-bual kosong. Sedang baik menapak ada seorang lelaki yang berdiri di tepi kereta menghalang perjalanan mereka dengan gaya menahan bas. Apa lelaki tu ingat kita orang ni ada ciri-ciri bas awam ke?
“Sofea, kan?” Lelaki yang nampak macam baru lepas joging ni tanya Najihah.
Sofea? Sofea mana ni, Sofea Jane ke? Najihah menggali-gali ingatan. Dia cekak pinggang sambil renung jalan tar. Nak fikir sampai dapat.
Mak oii, ingat dah. Farid! Betul la kan, siapa lagi yang panggil aku dengan bukan nama sebenar kalau bukan dia. Habislah aku kali ni!
“Farid. Mamat dekat McD dulu tu lah, mangkuk.” Alia bisik dekat tepi telinga Najihah.
Dia ingat aku lupalah tu. Saja aku nak buat-buat tak kenal tadi sambil cuba angkat kaki perlahan-lahan. Tapi, tak jadilah nak buat rancangan jahat sebab ada si Lia ni yang bagus betul dia punya memori. 
“Kenapa…dah tak ingat I?” Farid cuba menguji. Alia dah tersengih-sengih. Cipan betul. “Ini kawan you yang sama jugakan?” Farid tanya lagi. Kuat jugak memori dia sama macam Lia.
“Ye, saya. Ni Alia, memang kawan yang sama.” Najihah jawab lambat seolah-olah gugup.
“Kita memang berjodohan. Betul kata you…kalau dah jodoh, tak ke mana.” Farid ulang kata-kata Najihah dulu. Dia tersenyum penuh makna.
Uhuh, mintak simpang! Najihah telan air liur sambil pandang Farid tak berkedip.
“Sekarang I nak tuntut janji you dulu. Jomlah kita ke tempat yang lebih selesa. We can focus something on there.” Farid bagi cadangan dengan penuh etika. Macam nak bincang projek berjuta je gaya dia.
Mampuslah kau Najihah, dia tak main-main tu. Kau pandai sangat tabur janji, sekarang tanggunglah sendiri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dah tak mampu nak berkata-kata.
“Hah okeylah tu…kita orang memang nak pergi makan nasi lemak ni. Jomlah sekali…Jiha ni, oppps.” Alia pekup seketika mulut dengan kedua belah tangan dia. “Sofea. Hah Sofea ni teringin nak makan ayam rendang dengan sambal sotong.” Alia buat rancangan bagi pihak Najihah. Rancangan apa jadahnya, dia buat keputusan!
Aku rasa macam nak pijak-pijak kaki si Lia ni, pandai betul dia buat plan. Najihah tak pernah setuju pun, suka-suka hati atok dia je.
“Okey sangat tu. Dekat mana tempatnya? Just name it!” Farid sudah bersemangat.
Najihah jalan laju ke kereta, tinggal Alia yang tengah beramah mesra dengan Farid. Marah betul Najihah pada Alia. Tak tahu macam mana nak hadap muka lelaki ni nanti. Tak sampai seminit Alia terus berlari mendapatkan Najihah. Najihah cubit paha Alia sekuat hati sebaik saja Alia melabuhkan punggung di dalam kereta.
“Tak payah kau nak ajak dia kalau nak makan free. Aku boleh bayarlah kalau kau nak makan 10 jenis lauk pun.” Najihah marah Alia sungguh-sungguh.
 “Sorry Jie…mana aku tahu kau tak suka.” Alia balas tanpa rasa bersalah.
“Tak tahu kau cakap? What the...???” Najihah berdecit.
Mereka bertikam lidah sepanjang perjalanan. Rasa nak lompat sambil tikam Alia punya kusyen kereta. Tikam jelah apa yang ada, takkan nak tikam si Lia ni pulak.
Farid dengan budimannya pergi ambil semua lauk pilihan Alia. Alialah order sebab Najihah dah kunci mulut sejak turun dari kereta tadi. Gatal sangat mulut dia nak mengajak Farid. Hah, layanlah kawan dia tu baik-baik.
Sesi soal jawab bermula semasa menjamu selera. Najihah lebih banyak fokus kepada makanan berbanding menjawab soalan Farid. Alia dan Farid bertukar-tukar biodata secara lisan. Tapi biodata Najihah yang banyak mereka sebut. Tension!!!
You kerja dekat mana?” Farid soal Alia lepas dia teguk teh o suam.
“Dekat sini jugak… I dengan Sofea kerja satu tempat.” Alia cakap dengan bersahaja.
Eiii nak muntah hijau bila Alia asyik sebut Sofea di hadapan Farid. Akhirnya, Najihah bersuara juga.
“Erm Farid… nama I bukan Sofea. I tipu you je. Panggil I Ain.” Najihah terang acuh tak acuh. Kena jugak terang walaupun malas nak menyampuk cakap mereka berdua ni.
“Patut banyak kali I dengar Alia tersasul…tapi dia sebut Jiha bukan Ain.” Musykil bunyi suara Farid tu.
“Dia sorang je panggil I macam tu…you boleh panggil I Ain.” Lepas cakap, Najihah terus suap nasi ke dalam mulut. Sedap jugak sambal sotong kurita ni. Kurita?
“Kenapa I kena panggil Ain…tapi Alia boleh panggil you Jiha?” Farid belum puas hati. Najihah diam dan terus fokus mencekik nasi lemak.
“Nur Ain Najihah nama dia.” Alia tolong jawab lepas dia dah jeling Najihah untuk kali ke 27.
“Boleh pulak tipu nama.” Farid ketawa kecil. “I panggil you sama macam Alia, okey?” Farid tengok Najihah.
“Ikut youlah.” Najihah jawab dengan separuh hati. Bosan nak berbahas dalam topik yang tak ada faedah tu. Kemudian dia mengeluh.
“Jiha…your parents kerja apa?”
Woi, sampai macam tu sekali soalan Farid. Meremang pulak bulu tengkuk Najihah bila Farid panggil dia dengan ‘Jiha’. Alergic bila orang luar panggil gitu.
“Bapak I buat business kecik-kecik je. Mak I government retire.” Najihah jawab lurus dan terus menjamu selera.
Business apa?” Farid soal lagi. Ish, semua dia nak tahu. Rimas betul.
“Jual jamu ke Indonesia.” Muka Najihah bersungguh-sungguh tiba-tiba. Farid mengangguk-angguk kepala.
Alia pulak terbeliak biji mata sampai terjatuh sudu di atas meja. “Haaaaa…” Terus terkeluar perkataan yang tak ada maksud ni dari mulut dia.
“Eh…bukan orang sana ke yang jual jamu kat sini?” Tiba-tiba Farid dapat berfikir dengan bijak. Padan muka kau Najihah, nak tipu tapi tak pandai. Lain kali jadi bijak sikit kalau nak menipu.
“Bapa dia kontraktor.” Alia yang macam tersampuk tadi, baru cuba mencelah.
Najihah dah jeling tengok Alia. Kerja si Lia ni, memang tolong buat pembetulan ayat Najihah je dari tadi lagi.
Oh I see. Which company ?” Farid tunjuk minat.
“Syarikat kecik je I cakap, kalau I sebut pun, sure you tak tahu punya. Lagipun you bukan orang sini.” Najihah berdalih. Sebenarnya, dia tak nak buka pekung di dada. Betul ke perumpaan tu? Salahlah!  Haha.
“E’eh…asyik you je tanya pasal kita orang. Pasal you tak nak cerita ke?” Alia tiba-tiba bagi cadangan hebat. Eloklah tu, sebelum Farid tambah soalan yang entah apa-apa lagi. Masa untuk Najihah berdiam diri sekarang ni.
Farid tersengih. “Betul jugak kan. Nama penuh Farid Helmi Bin Hassan. Umur 27. Masih bujang.”
Masih bujang?? Perlu ke dia cakap macam tu.
Farid sambung cakap lagi lepas dia tarik nafas. “ I anak ke tiga dari empat orang adik-beradik. Asal dari Seremban dibesarkan di KL, kerja pun di KL...”
“Habis tu, buat apa kat sini?” Alia potong tanpa bagi isyarat. Kasilah peluang dia habiskan dulu, ini cerita dialah. Aku debik jugak kot si Gayah ni. Saja je nak lambatkan cerita.
“Di sini kerja jugak… sementara projek dekat kawasan sini.” Dia meneruskan cerita dengan ceria.
You kerja apa?” Kecoh pula Alia ni menyoal.
“Ermm…engineer, yang tengah buat double track project tu.”
Double? Kenapa tak buat triple? Baru gempak. Weh Najihah, itu projek negaralah. Hebat tu.
“Oh patutlah pakai kereta mahal.” Alia tiba-tiba jakun. Tolonglah Lia! Mahal ke? Bukannya dia pakai Skyline turbo pun.
Hehe, pada Najihah memang tak mampulah, Toyota Wish warna merah menyala-nyala. Naik sorang pun nak pakai MPV, entah apa-apa mamat ni. Najihah, tolong jangan merepek bukan-bukan boleh tak?
Aduhai, tak boleh jadi ni. Mereka berdua ni dah banyak sangat membebel. Najihah dah berapa ratus kali menguap. Makan pun dah kenyang, tak sangka pulak sampai licin pinggan dia bedal nasi lemak hari ni. Best sangatlah Alia tu, beria-ia benar pulak dia. Bercerita sampai tak ingat nak balik rumah dah. Karang Najihah balik jalan kaki, baru dia tahu. Jadi, Najihah kena buat ‘happy ending’ pada cerita mereka ni.
“Dah lewat sangat dah ni, kita orang kena balik dulu.” Najihah meminta diri daripada Farid selepas itu mendongak memandang matahari yang dah lama tegak atas kepala.
“Jiha…rileks la dulu. Lepak-lepak kejap.” Brutalnya rasa apabila Farid cakap begitu. Kelakar pulak bahasa dia ni.
Najihah tengok jam di tangan, 12.47 tengah hari. “Tak boleh-tak boleh..kena balik jugak. Tuan tanah ni pun dah nak tutup kedai ” Dia menggeleng kepala laju.
“Susah sangat nak ambil masa you I dah cari you lama tahu. Hari ni baru I terjumpa balik. Absolutely, you are not appreciated me! You jugak yang janji nak jawab semua pertanyaan I kan? You owe me one, Jiha.” Farid membentak.
Apehal pulak si Farid ni nak emo semacam. Dahlah suka guna bahasa-bahasa dalam buku. Letihlah! Sampai bila Najihah perlu duduk sini? Takkan nak tunggu sini sampai lepas Maghrib kut. Alia pun satu, tak reti-reti nak balik ke?
“Dia memang macam tu, suka jual mahal. Susah-susah sangat… you pinang terus jelah si Jiha ni. Dia memang jenis yang suka dipaksa.”  Alia ketawa dengan ayat yang dia rasa kelakar.
Gila betullah kau ni Lia, ada ke patut cakap macam tu? Boleh kena tekanan darah tinggi aku macam ni.
“Serious?” Farid termakan kata-kata Alia. Agaknya, Farid ni jenis yang tak faham bahasa kiasan. Apa bendul sangat dia ni?
“Hahah.. jangan buat pasal!” Najihah ketawa jengkel dengan rasa nak ketuk kepala Farid.
“Ok. Phone number, pleaseyou dah janjikan dulu.” Farid mengambil telefon bimbit yang memang tersedia di atas meja.
Bila masa aku janji nak bagi nombor telefon?? Najihah tak puas hati. Sudahnya dia bagi jugak, tapi nombor telefon bimbit Alia.
“Woi… phone number aku tu.” Alia marah Najihah. Najihah gelak dengan rasa gembira.
Oh really.. don’t mind. You ni memang suka challenge my mind. Tapi tak apa, I suka.” Farid cakap dengan sedikit sinis.
Marahlah tu! Apa sangatlah yang Najihah cabar dia. Bukannya Najihah ajak dia pergi track pun, kecoh je lebih!
Thanks a lot for your treat. I terhutang budi dengan you hari ni. Semoga Allah je yang mampu membalas.” Ikhlas nada yang terkeluar dari bibir Najihah. “Sorry kalau ada tekasar bahasa dan mencabar di mana-mana.” Minta maaf macam di hari raya pula. Sejak bila Najihah bersopan-santun ni? Sampai dia pun terikut dengan gaya bahasa buku Farid.
“Fine, Jiha. When there is a will, there is a way.” Amboi mamat ni siap keluar pepatah lagi! Kalau dah romeo, romeo juga. Kata-kata itu, Farid suarakan sebelum dia tolong tutupkan pintu kereta di sebelah Najihah. Hailah Farid, tak perlulah buat begitu.Tak selesalah.
Sepanjang perjalanan pulang, Alia membebel macam mak nenek. Tak henti-henti Alia salahkan Najihah yang langsung tidak mahu melayan Farid sebagai kawan. Najihah cuma pekakkan telinga. Tak mahu melawan, nanti lagi buruk padahnya. Bila penat si Alia tu, senyaplah dia nanti. Tapi, ada betulnya juga kata-kata Alia itu.

Kadang-kadang, dia pun tak tahu kenapa dia jadi begini. Dia bukan tak nak mencipta perhubungan dengan lelaki, tapi dia tak nak terlibat dengan lelaki yang dia rasa tak selesa. Macam mana nak berkawan kalau tak selesa? Susahlah nak cerita. Terus tak ada mood.

No comments:

Post a Comment