Monday 15 June 2015

Kita ≠ Couple (Bab 2) ~ Aeliah Mazta

E-jan memanggil G’na yang sedang rancak berbual dengan Khay. G’na menoleh. E-jan sengih sambil menggeleng kepala. G’na kembali menyambung ceritanya yang tertangguh. Sekali lagi namanya dipanggil. Dia menoleh. E-jan sekali lagi sengih tanpa berkata apa-apa. G’na kembali menyambung tumpuan mendengar cerita Khay pula. Sekali lagi namanya dipanggil.
            “ Kau nak apa?!” soal G’na geram dicelah-celah kebisingan kelas.
            E-jan tetap sengih tanpa sepatah kata. Dia kembali memandang buku yang terbuka di atas meja.
            G’na menyeluk poket tepi begnya. Dia mengambil getah sayur yang memang sengaja disimpan di situ. Nak beramah mesra lagi kan. Okey, no hal.
            “ Aww! G’na!!!” E-jan menjerit sambil berdiri dan menampakkan gaya-gaya mahu membalas serangan.
Sepantas kilat G’na berlari keluar kelas untuk menyelamatkan diri. Kali ini entah kenapa dia berani untuk berlari jauh dari kawasan kelas. Biasanya dari pintu depan ke pintu belakang kelas sahaja yang menjadi trek larian apabila berbalas serangan dengan E-jan, tetapi hari ini memang sengaja tempah keranda.
G’na bersembunyi di dalam tandas perempuan. Okey, aku rasa tak aci sembunyi dalam ‘kubu’ pertahanan wanita, memang sampai bila-bila musuh lelaki tak akan masuk. Dia pun keluar kerana tak sanggup berlama-lama di situ, boleh muntah darah. Selangkah, dua langkah dan dia berpatah balik ke belakang apabila dia hampir bertembung dengan cikgu Fauziah, penolong kanan HEM.
“ G’na. Awak ingat saya tak nampak? Buat apa kat sini, bukan ada kelas ke?” tegur cikgu Fauziah.
G’na menoleh sambil tersenyum. Uihh..habis la aku. Tak sempat nak menyorok.              “ Saya..saya..” Tergagap pulak.
“ Buat apa getah sayur kat jari tu?” soal cikgu Fauziah lagi.
“ Eh?” G’na cepat-cepat membuang getah sayur di tangannya.
“ Suka hati awak je buang kat situ. Ambil balik getah tu!” arah cikgu Fauziah.
G’na yang terkejut cepat-cepat mengambil getah itu semula. Dia menyedari dirinya diperhatikan seseorang. Seorang budak lelaki yang berdiri di sebelah cikgu Fauziah bersama beg sandang sedang senyum mengejek.
“ Cikgu ada hal sikit. Awak tolong hantarkan pelajar baru ni pergi kelas 5 Sc 1. Sebelah kelas awak kan,” kata cikgu Fauziah.
G’na mengangguk. Oh, budak baru rupanya! Patut la tak pernah nampak. “ Arahan diterima, cikgu.”
“ Jangan banyak main, SPM tahun ni kan,” pesan cikgu Fauziah lagi.
“ Baik, cikgu,” balas G’na sambil tersengih-sengih.
Cikgu Fauziah berlalu pergi meninggalkan mereka berdua di situ. G’na memandang ke arah budak lelaki tadi, tajam. Nasib baik kau budak baru, kalau tak aku dah lama lastik kau sampai lebam. Nak berkenalan nama siapa, dari mana, kenapa pindah dan bla bla, memang kirim salam je la.
G’na menaiki tangga sambil diekori pelajar baru tadi. Sampai sahaja di hadapan kelas 5 Sc 3, G’na berhenti. Dia memandang lelaki itu.
“ Kelas kau depan ni je,”beritahu G’na sambil memuncungkan mulut.
“ Huh?” Lelaki itu mengerutkan kening sambil memandang wajah gadis di sebelahnya.
“ Okey. Aku ada hal sekejap. Ingat tau, depan ni je. Terima kasih.” G’na tampal senyum. Matanya melirik ke arah name tag di tali leher lelaki itu, Sayed Kareef.
 “ Thank you,” ujar lelaki tadi.
G’na mula melangkah meninggalkan budak tadi mencari jalan lurus sendiri. Dia bersembunyi di dalam kelas 5 Ak 1 yang kebetulan pelajarnya di perpustakaan. Dia mengintai budak tadi dibalik pintu. Dia melihat lelaki itu masuk ke kelas yang ditunjukkan tadi, ya, kelas. Tetapi kelas yang budak tadi masuk adalah kelas 5 Sc 2, kelas aku! Akhirnya! Ketawanya pecah apabila melihat budak lelaki tadi keluar dari kelas itu sambil menggaru-garu kepalanya.
Budak lelaki itu mendongak ke atas melihat papan tanda nama kelas.
G’na senyum keji. Hah, baru nak tengok, tadi sebelum nak masuk kelas orang tak tengok dulu. Berani lagi ketawakan aku, kan dah malu. Lepas ni, dia akan masuk dan tak akan keluar. G’na pun mula keluar dari kelas 5 Ak 1 dan melangkah kembali ke kelasnya.
“ G’na! Kau pergi mana?” soal Fateh apabila melihat kelibat G’na masuk melalui pintu belakang kelas.
“ Tak jumpa jalan pulang..” balas G’na dengan nada bergurau.
“ G’na!” teriak E-jan. Dia datang menghampiri G’na.
G’na cepat-cepat menoleh ke arahnya, takut serangan tiba-tiba. “ Dah la, aku tak nak main,” ujar G’na malas.
“ Kau okey ke?” soal Fateh.
G’na tak menjawab.
Ye la tak nak main, peluru kau dah makan orang sekali, peluru aku tak lagi. Pandai kau,” bebel E-jan tak puas hati.
Ketawa pecah.
“ G’na, rugi la kau. Tadi ada budak baru sesat masuk kelas kita..” kata E-jan sambil kedua-dua keningnya terangkat.
So?” soal G’na acuh tak acuh.
Handsome!” sepatah kata keluar dari mulut E-jan sambil menunjukkan ibu jarinya.
Please, jangan kata kau cenderung ke arah tu…” sinis kata G’na sambil matanya dikecilkan.
“ Gi-la!” kata Fateh sambil ketawa.
G’na turut ketawa.
“ Nak terus gelak ke jerit?” soal E-jan dengan senyum senget.
“ Ha. Ha. Ha. Gelak la, kelakar kut!” G’na terus ketawa.
Fine.” E-jan menarik getah sayur yang dari tadi dijarinya dan disasarkan ke lengan G’na.
“ Awwww!!” jerit G’na.
“ Rasakan!” kata E-jan sambil jelir lidah ke arah G’na.
“ Kau!!” jari telunjuk G’na dah tepat ke hidung E-jan.
E-jan menjulingkan matanya melihat jari telunjuk gadis itu sambil ketawa puas hati. “ Win-win situation, kan?”

G’na menjeling E-jan dan mula melangkah ke tempat duduknya. 

No comments:

Post a Comment