Thursday 18 June 2015

Kita ≠ Couple (Bab 3) ~ Aeliah Mazita

G’na ketap bibir bawah. Baru dua hari jadi budak baru kat sekolah, dah buat kontroversi. Sikit sikit nama dia yang aku dengar. Setiap hari, setiap minit! Keef..Keef. Maklum la, market tengah naik sekarang. Tak masuk akal bila ada yang lalu depan kelas 5 Sc 1 semata-mata nak tengok dia? Aish. Yang aku ni sanggup pusing jauh bila terserempak dengan dia kat tengah jalan. Tak nak langsung tengok muka dia. Tak sudi!
            Semakin nak menjauh, semakin G’na tak dapat nak mengelak. Kelas untuk subjek Agama Islam menyebabkan dia dan Sayed Kareef bersua kembali. Tiga kelas iaitu kelas 5 Sc 1, 5 Sc 2 dan 5 Sc 3 akan digabungkan menjadi satu di kelas 5 Sc 3 kerana bilangan pelajar Melayu di kelas pertama dan kedua tidak melebihi 16 orang sahaja.         
            Di kelas 5 Sc 3 waktu ketiga, pelajar-pelajar tekun menyalin nota yang ditulis di papan putih oleh Ustazah Hasanah. G’na merengus perlahan. Matanya dikecilkan sedikit. Bibir bawah diketap. Semak samun betul pemandangan kat depan ni. Tak reti nak tebas ke? “ Budak baru! Tunduk sikit. Aku tak nampak ustazah tulis apa kat papan putih tu!” jerit G’na dari barisan belakang.
            Keef menoleh ke sumber suara yang memecah kesunyian kelas. Jeling. Tiada sebarang perubahan dilakukan, tetap sama keadaan seperti tadi.
            G’na membulatkan matanya. Oh, berani buat bodoh dengan aku eh! Nanti kau. Tunggu!


Waktu akhir untuk subjek Kimia di kelas 5 Sc 2, Cikgu Yusree masuk sebagai guru ganti kerana cikgu Rini menghadiri kursus untuk dua hari. Klise, pelajar akan dibiarkan membuat kerja masing-masing.
            Loceng tamat waktu persekolahan berbunyi. Semua pelajar mengemas barang untuk pulang. G’na yang sudah menapak menuju ke tangga, berpatah balik lalu mengintai melalui pintu depan kelas 5 Sc 1. Bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal. Tinggal Keef sahaja yang duduk tidur dalam kelas. Pelajar lain sudah beransur pulang.
G’na melangkah perlahan-lahan ke tempat Keef agar tidak dihidu kehadirannya. Dia mengeluarkan gula getah dari dalam mulut. I’m sorry. Aku tau ni agak tak senonoh tapi percaya la, semua ni untuk kemaslahatan sejagat. G’na sengih keji. Jarinya meletakkan gula getah itu di atas rambut Keef. Padan muka! Lepas ni tak wujud lagi Sasuke tak jumpa kedai gunting rambut dalam kelas. G’na cepat-cepat keluar dari kelas sebelum ketawa yang ditahannya pecah.
            Tersembur ketawa apabila kaki G’na mula melangkah menuruni tangga. Dia menuju ke tempat parkir basikal. Khay sudah menunggu di situ.
 “ Kau pergi mana?” tanya Khay setelah G’na menghampirinya.
 “ Buat kerja sikit..” jawab G’na sambil senyum lebar.
“ Kerja apa?” soal Khay lagi pelik melihat senyum lebar yang terukir di bibir sahabatnya itu.
 “ Kerja amal,” jawab G’na sambil membuka kunci basikalnya.
 “ Apa-apa je kau ni.” Khay dah menggeleng kepala.

            G’na sengih. Kita tengok esok. Hilang satu beban!

No comments:

Post a Comment