“TASHA!
TAM! Bangun, subuh!” Laung Tisha dari dapur. Kalau dilihat dari keadaan ni
persis seorang ibu yang membangunkan anak-anaknya. “Tasha! Tam!” Jerit Tisha
dari dapur. Heys! Dah tua bangka pun tak reti nak bangun sendiri. Tisha mendaki
anak tangga ke tingkat atas rumah.
“Tisha.
Nak kemana?” Tanya Haji Yaakub pada Tisha. “Nak gerak budak dua orang tu lah!
Tak bangun lagi ni..” Tisha berleter.
Haji
Yaakub tersenyum. “Abah nak jogging kejap!” Beritahu Haji Yakub lalu berlalu .
Tisha turun semula untuk menutup pintu pada abahnya. Haji Yaakub kini terpaksa melakukan
aktiviti barunya . Mana taknya dia kini menghidapi penyakit darah tinggi dan kencing
manis. Penyakit darah tingginya sudah lama, namun Haji Yaakub sering kali kalis
nasihat yang diberi anak-anaknya apatah lagi doctor. Bila dah sah ada kencing manis, barulah ligat melakukan
aktiviti senaman pagi-pagi. Dan sudah pandai ‘berpantang’. Pintu bilik Tasha
adik perempuannya dibuka kasar . Tisha mengeluh. Berselerak ! Kongsi dengan
tikus ke apa bilik ni ?
“Hei!
Bangunlah! Tak solat ke?” Tisha menarik selimut yang membaluti tubuh Tasha. Tasha
mengeliat mamai.
“Apa kak? Tasha ngantuklah ..” Tasha merengek.
“Subuh! Bangun!” Tisha melaung kuat.
Kaki Tisha ditarik kuat.
“Kak! Tasha periodlah!” Tasha bersuara keras. Selimut ditarik kembali. Period ? Bila pulak.
“Class pukul berapa ni?” Tanya Tisha
garang.
“Tak da class hari ni..” Tasha bersuara mamai. Mata masih terpejam.
Hari ni bukan Isnin ke? Bukan sepatutnya
ada kelas ke? “Kenapa tak da pulak ?” Tanya Tisha pelik.
“Alahhh, banyak soallah akak ni. Pensyarah cancle! Jadi tak da kelas!” Tasha
bersuara tidak senang.
“Orang tanya pun nak marah!” Bebel Tisha.
“Dah la kak. Ngantuk ni. Nak tidur..”
Tasha merengek.
“Tulah semalam mesti layan cerita korea
kan? Berjaga sampai 3 ,4 pagi kan?” Marah Tisha .
“Ya Allah kak Oi. Tasha ngantuk lah!” Tasha
mula rimas.
“Hah! Tidur! Tidur!” Tisha geram dengan
tingkah Tasha. Bantal yang jatuh ke
lantai di humban ketubuh Tasha.
Tasha membiarkan saja. Malas nak melawan,
tidur lagi penting. Tisha masuk ke bilik
sebelah, milik adik lelaki yang bongsu. Masyaallah! Lagi teruk . Dah status
kandang ni. “Tam ! Bangun, dah lambat ni ..” Marah Tisha. Penat betul pagi-pagi
nak kejut sorang-sorang macam ni, namun Tisha sudah biasa. Sejak kematian ibu
lima tahun lalu Tisha banyak menggantikan tempat ibunya. Cukuplah abah
membanting tulang siang malam direstoran. Kerja rumah diserahkan padanya.
“Lima minit..” Jawab Tam dengan mata terpejam.
Lima minit? Sedar tak apa yang kau mintak
Tam Oi? “Tam nak bangun pukul berapa? 6.50?”
Tisha bersuara kuat.
Hah?!
6.50? Tam bangun mendadak.
Tisha terkejut!
“6.50? Kenapa tak kejut! Tam duty jaga gate hari ni! Akak ni..” Marah Tam lalu melangkah ke bilik air.
Mati aku! Dah la minggu ni aku duty jaga gate sekolah. Kalau Cikgu Hambali
tau aku lambat, mampus disiat kulit ni ! Tisha mengeluh. Kejut kena marah , tak
kejut lagilah marah. Susah betul hidup ni ! Tisha melangkah keluar dari bilik.
“Kak! Iron
uniform Tam kejap!” Arah Tam dari bilik dalam bilik air.
“Semalam tak iron kenapa? Kan hari ni dah sibuk?” Marah Tisha.
“Kak rekod leter tu okey? Nanti bila Tam balik sekolah Tam dengar ..” Balas Tam.
Tisha mencebik. Menjawab ! Gumam Tisha . Uniform Tam di ambil lalu digosokkan . Name tag ‘Tamrin’ disematkan di uniform.
“Jadual dah pilih ?” Tanya Tisha lembut . Tam menganguk. Selepas solat terus
disarungkan uniform tersebut.
Sembahyang pun dah jadi macam patuk ayam . Lajunya 1200k/m.
Tisha turun kebawah, nak siapkan sarapan
pagi. Nanti abah balik jogging lapar
pulak. Tasha yang terbongkang dalam bilik tu, bangun karang jadi batu belah batu bertangkup pulak. Tam turun
tergesa –gesa.
“Tak makan dulu?” Tegur Tisha pada Tam.
“Tak. Lambat!” Tam menyarungkan kasut
sekolahnya .
“Tam!”
Panggil Tisha.
“Lambat kak! Sorry. Balik nanti salam ..” Tam mencapai kunci motosikalnya.
“Tamrin!” Panggil Tisha . Nama penuh
dilaungkan mesti Tam berpaling.
“Ye? Kak?” Tam memaniskan muka. Tisha
menghulur botol air. Alamak! Lupa ubat jangan tidur aku! Kalau tak bawa botol
air ke sekolah , belajar nanti bila mengantuk air mineral ni pasti disambarnya.
Kalau tidak mau ‘pengsan’ masa cikgu mengajar. Tambah pulak kalau subject Sejarah.
“Bawa jangan laju ..” Pesan Tisha .
Tam menganguk , dalam hati dia menambah. Bawa
jangan laju depan akak , belakang ..ikut kau! Pantas Tam menolak motosikalnya
keluar dari perkarangan rumah. Tisha mengeluh. Pantas berlalu kedapur. Bihun
goreng yang baru disiap dimasak disendukkan kedalam pinggannya. Lalu disuakan
kedalam mulut. Belum tiba pada suapan ketiga pintu diketuk. Tisha membuka pintu.
“Cepat abah balik?” Tanya Tisha.
“Pusing sini-sini ja. Tak pergi jauh pun..”
Haji Yaakub melepaskan lelahnya.
“Tisha nak pergi beli barang ke? Abah ikut
..” Haji Yaakub menawar diri.
“Ha’ah. Nak pergi. Abah tak payah ikutlah.
Kalau abah nak pergi nanti, ajak Tasha ..” Tisha mencadangkan.
“Tasha tu, entah pukul berapa bangunnya. Nak
pergi restoran lagi ..” Haji Yaakub mengeluh. Tisha tersenyum .
“Abah pergi dengan Tasha okey?” Tisha berkeras. Haji Yaakub
mengeluh. Setujulah tu .
Pasta Vilage adalah restoran keluarga ni.
Penjana utama pendapatan keluarganya. Hasil titik peluh arwah ibu dan abah. Ibu
sangat gemarkan pasta. Selepas Latisha tamat menggenggam segulung ijazah dalam
jurusan seni bina. Hidupnya banyak dihabiskan direstoran ini. Abah sudah penat
untuk menguruskannya. Adik-adiknya masih berlajar. Jadi Tisha perlu menjana
pendapatan keluarganya .
No comments:
Post a Comment