Tuesday, 1 July 2014

Puzzle (Prolog): Nune

SEPASANG mata yang memandang ke arahnya dia balas dengan pandangan mata yang sama. Suara yang masih meriah di belakang tempat dia berehat kini dibiarkan bagai tidak pernah ada.
            “Amacam? Lepak kan?”
Pemilik sepasang mata di sebelah bertanya dengan sengih yang masih melebar. Dia turut sama menarik sengih. Memang lepak. Rasa macam kanak – kanak riang baharu balik daripada sekolah tadi selepas dapat hadiah tempat pertama pertandingan melukis. Itu lah agaknya rasa yang sedang bertamu dalam hati saat ini. Sampai senyum di bibir bagai tak nak lekang daripada wajahnya.
            “Complicated thinker aje macam tu…”
Pemilik sepasang mata itu menyambung lagi. Matanya je las menunjukkan yang pemiliknya sedang tersenyum gembira. Puas hati mungkin.
            “Hello! Itu nak cakap complicated thinker susah nak solved problem ke apa?”
Dia tanya tak puas hati. Gaya macam nak kutuk dia pula tiba – tiba. Tahulah orang tu yang jadi sifu dia supaya jadi lebih santai dan tak terlalu kompleks tentang sesuatu masalah. Tapi, dia masih tetap orang yang sama, yang punya minda kompleks yang kadang kala lebih hebat daripada mereka yang dikatakan sebagai simple thinker. Seperti pemilik sepasang mata yang sedang tersengih bangga di sebelahnya kini.
            “I tak cakap apa pun. You yang tiba – tiba terasa. Ni lah masalah complicated thinker. Tak tahu apa, dah nak jump to the conclusion. Kan?”
Dia sudah buat muka tak puas hati. Telunjuknya naik betul – betul di hadapan wajah Si Pemilik Sepasang Mata yang masih tersenyum seperti tadi. Tak bersalah.
            “Eee!”
Dia rasa nak bagi penumbuk tepat pada muka yang sedang tersengih itu, buat dia rasa makin tidak berpuas hati.
            “Ain!!!”
Mulut yang mahu menyambung kata terhenti serta – merta. Si Pemilik Sepasang Mata itu sudah berlalu dengan gelak besarnya. Gaya menang pertandingan berdebat dengan musuh ketat.

Dia ketap gigi. Geram! Tunggulah nanti! Tunggu!

No comments:

Post a Comment