SELESAI
SAJA check-in di Berjaya Hotel yang terletak betul-betul di persisiran pantai
yang menghijau lautnya, Arif segera masuk ke kamar mandi. Arif merenung wajahnya
di cermin besar di dalam kamar mandi itu. Wajahnya benar-benar keletihan. Kali
ini, pelembab Clinique Hydrant yang diwar-warkan mampu mengembalikan kesegaran
wajah bila-bila masa juga gagal berfungsi nampaknya.
Mesyuarat
tadi berakhir awal. Sejujurnya, dia malas hendak bebicara panjang di dalam
mesyuarat tadi. Tidak sempat hendak mandi, dengan hanya menukar baju, dia terus
sahaja menghadiri mesyuarat di Ballroom Hotel. Kurang dari 3 jam, mesyuarat
tamat. Tanpa berlengah, dia terus sahaja ke bilik hotel yang telah ditempah 3
hari lalu.
Arif
membuka pancuran air ke dalam tab mandi yang panjangnya cukup untuk 2 orang
berenang. Tuala ditanggalkan. Hangat pancuran air membuatkan dia mahu segera
berendam lama-lama. Saat itu, barulah dia terasa badannya benar-benar letih.
Tapi tak apa! Kerana, selepas ini, aku tak payah kerja selama sebulan!!!
Hehehe….Arif yang sudah berendam di dalam tab memejamkan matanya menikmati
suam-suam air yang membasahi badannya. Cutinya telah bermula sekarang! Arif
senyum panjang.
ARIF
mengayuh perlahan-lahan basikal yang disewanya tadi. Seluruh kawasan kampung
dijelajahnya. Menunggang basikal di kampung itu memanglah menyeronokkan,
lebih-lebih lagi bila mata dijamu dengan keindahan kampung yang menghijau
dengan pohon-pohon kelapa dan pohon ru yang tegak meninggi. Tapi, kalau
mengayuh basikal di kawasan berpasir, aduhai…seksanya nak menyeret basikal
merentas pasir halus yang putih mulus.
Arif
memberhentikan basikalnya di depan sebuah gerai yang menjual air kelapa muda.
Seorang lelaki pertengahan umur tersenyum memandang kerahnya.
“Air
kelapa nak..” laung pak cik itu. Arif tersenyum.
“Bagi
satu pak cik,” arah Arif. Dengan pantas, kelapa muda ditarah dan ditekek.
Selesai saja, straw di cucuk ke dalam isi kelapa yang putih bersih lalu dihulur
kepada Arif. Rakus Arif menyedut air kelapa asli.
“Sedap!!”
laung Arif tersenyum. Pak cik penjual kelapa tersengih menampakkan barisan
giginya yang tidak tersusun.
“Anak
ni dari mana?” soal pak cik itu ramah. Barangkali, itu soalan yang sudah terbiasa
diajukan kepada mana-mana pembelinya.
“KL.
Berapa harga ni?” soal Arif sambil mengunjukkan
kelapanya.
“RM3.00.”
Lantas
Arif mengeluarkan wang dari kocek seluar bermudanya. Wang bertukar tangan.
“Terima
kasih…kalau senang, jagan lupa datang restoran pak cik malam nanti. Ada barbeku
seafood malam ni,” pelawa pak cik itu. Arif ternganga, kemudian angguk.
“Kat
mana?” soal Arif. Boleh juga makan di luar. Asyik makan makanan hotel, dia pun
sudah naik muak.
“Restoran
Rumbia sebelah tempat snorkling,” kata pak cik itu. Arif angguk lagi, tanda dia
mengetahui lokasi tersebut.
“Boleh
juga. Hmm..terima kasih pak cik..saya Arif. Jumpa malam ni,” basikalnya sudah
ditunggang. Dia sudah mahu beredar.
“Pak
Mat,” laung pak cik itu sebelum Arif mula mengayuh basikalnya. Arif angguk
tersenyum dan terus meninggalkan Pak Mat dengan lambaian tangan. Ramah kan
orang Malaysia? Arif tersenyum sendirian lalu terus meneruskan kayuhannya
menuju hotel.
No comments:
Post a Comment