Wednesday 8 July 2015

Kepala Batu Kepala Angin (Bab 1) ~ Fizziany

“BOLEH TEKAN?” soal si perempuan.
“Boleh…boleh…tekanlah..” balas si lelaki sambil tersenyum.
Jari jemari yang halus dan runcing terus menyentuh dengan lembut punat hitam di bawah. Warna hijau kekuningan terpancar. Si perempuan tersenyum puas sambil memerhati skrin yang hitam gelap, kini beransur menampakkan cahaya.
Komputer yang baru siap dipasang oleh pekerja teknikal sudah boleh berfungsi.
So, you go to programme, then you klik at Microsoft outlook to see your email. ..” sambung pekerja teknikal itu lagi sambil tangannya ligat melarikan tetikus komputer ke kiri ke kanan. Si perempuan hanya memandang dan angguk bak burung belatuk.
“So, to start your email account, now, key in your name and your password….” Kata pekerja teknikal itu lagi. Si perempuan memandang pekerja lelaki berbangsa cina yang gempal itu lagi.
“What’s my name ah?” soal si perempuan.
“Haiya!!! Nama sendiri pun tak ingat!!!” jerit si lelaki geram. Si perempuan tersengih sambil jarinya ligat menaip. Saja je nak menyakat….hihi….
“N, O, R, A, Z, A,H……Norkiah….” Sambil menaip, si perempuan sempat mengeja. Tapi, lain dieja, lain pula bunyinya. Lucu kedengaran di telinga si lelaki.
“You main-main haa….” Si lelaki gempal ketawa kecil. Azah senyum. Hari pertama di pejabat baru. Segalanya baru! Meja baru, kerusi baru…plastik pun belum bukak lagi ni haa…. Dan komputer baru…..
 “Okey….you go through with your sytem first. Kalau ada problem dengan your computer or your email account, call I…KC…” pesan lelaki bernama KC itu.
“I will…” Azah mengangguk-angguk. Sudah pasti! Tak ada orang lain lagi yang aku akan cari kalau aku ada problem dengan komputer ni.
KC sudah mengemaskan peralatannya, mahu beredar pulang ke jabatannya. Dia merupakan salah seorang pekerja di Jabatan Teknologi Maklumat di syarikat import eksport itu.
“Thanks ya KC…” sempat lagi Azah mengucapkan terima kasih kepada KC yang sudah beransur meninggalkan bilik pejabatnya. KC hanya membalas dengan lambaian sebelum bayangnya hilang dari celah pintu pejabat. Azah senyum lebar.



“KAU dah tengok budak baru kat opis kita?” soal Din, salah seorang pegawai di situ. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Biasalah..waktu-waktu macam ni, memang menjadi sasaran bagi mereka berempat untuk melepak di kantin kilang.
Kadang-kadang, mereka turut disertai oleh pekerja-pekerja bawahan. Meskipun mereka berempat merupakan pegawai atasan di Jabatan Logistik itu, namun hubungan sesama pekerja bawahan tidak pernah dibeza-bezakan.
Tapi, tatkala sedang melepak beramai-ramai dikantin, dan bos besar lalu, cepat-cepat mereka berpecah. Selalunya, yang menjadi mangsa, pekerja-pekerja bawahan yang merupakan penyelia kilang pasti akan ditolak pergi dari kantin.
“Ada budak baru??” soal Harris menyuap karipap yang liat kulitnya ke dalam mulut. Makanan di kantin kilang itu, tidaklah sesedap mana. Tetapi, memandangkan itulah satu-satunya tempat makan yang ada, karipap yang macam chewing gum pun ditelan juga. Paling best, pekerja-pekerja perempuan Indonesia yang comel lote dan manis sentiasa menanti mereka.
“Lorr...tak tahu ke? Tulah, datang lambat lagi!” tempelak Halim. Harris tersengih. Dalam banyak-banyak  pegawai dijabatan itu, dia memang champion! Champion datang lewat! Orang lain masuk kerja pukul 8.00 pagi, dia sesedap rasa meggi masuk kerja pukul 8.30 pagi.
“Aku bukan lewat…sampai opis je, terus kena masuk meeting. Kau bukan tak kenal si Rashid tu. Pukul 9 pagi meeting, pukul 9 pagilah baru nak bagitahu…bukannya dia nak bagitahu awal-awal…” gumam Harris.
Halim, Din dan Md. Noor mengangguk, membenarkan kata-kata Harris. Ketua Jabatan mereka, Encik Rashid memang begitu. Orangnya memang suka bercakap! Kalau dapat bercakap, paling cepat boleh habis syarahannya adalah 2 jam!Paling lama, berjam-jam!!! Dan dia memang suka buat emergency meeting. Padahal, hal yang dibincangkan, tidaklah secemas manapun!
“Lawa siot…badan cutting model,” tambah Din lagi. Dalam mereka berempat, Din salah seorang yang sudah berkahwin. Anak dah 4. Tapi, memang pandai mengayat perempuan. Nak tambah satu lagi katanya!
“Ye ke….mata kau tu bukan boleh percaya. Dah expired,” tukas Harris sambil menghabiskan kopinya.
“Tak nak cakap banyak arr….jom masuk opis, kita tengok..” kata Din. Harris menjuihkan bibir. Kelam kabut mereka berempat menyudahkan minum pagi mereka. Masing-masing bersemangat nak mengintai pekerja baru yang khabarnya cantik manis bak model iklan.


AZAH bangun menuju ke bilik Ketua Jabatan. Sebentar tadi, dia baru saja dipanggil oleh Ketua Jabatannya. Dengan senyum yang paling manis, Azah masuk ke bilik yang sentiasa terbuka itu.
“Ya Encik Rashid,” Azah melapor diri. Dia berbalas pandang dengan seorang lelaki berkulit cerah yang sedang berdiri di depan meja Encik Rashid.
“Azah..kenalkan, ini Harris. Senior Executive kat sini, merangkap Head of Operation Department. As I said, you will be handled all export to East Malaysia work and I need you to learn from him. Harris, ajar amoi cantik ni baik-baik….ada apa-apa masalah, jumpa saya. Okay Azah?” Encik Rashid tersenyum lebar menerangkan perincian tugas kepada Azah.
Azah dan lelaki di depannya saling berpandangan. Mereka kemudian sama-sama mengangguk, kemudian melangkah keluar dari bilik Encik Rashid.
Lelaki yang mukanya kelihatan endah tak endah itu terus mengekori langkah Azah menuju ke tempatnya. Azah cuma ditempatkan di bilik bersebelahan lelaki itu.
Sebaik sampai di tempatnya, Azah terus duduk. Lelaki itu menarik sebuah kerusi kosong lalu duduk di sebelah Azah.
“Pergi desktop,” arah lelaki itu. Azah memandang lelaki yang sedang tekun merenung skrin komputernya.
“Aku nak panggil kau apa?” soal Azah. Lelaki itu menghala pandang ke wajah Azah. Keningnya sedikit terjungkit.
“Harris..” balas lelaki itu dingin. Azah angguk.
“Lepas tu, pergi kat icon kuning yang tulis JD3 tu. Double klik,” arah Harris lagi. Azah hanya mengikut. Tak sampai 2 minit, satu sistem software terbentang di depan mata mereka.
“Ini…software yang company ni guna untuk buat all the transactions. Kau pun, akan start belajar buat pakai benda ni. Memandangkan ni hari pertama kau, aku ajar yang simple-simple dulula. Kau ada buku nota?” soal Harris.
Azah angguk lalu menarik laci mejanya. Sebuah buku berwarna pink dan sebuah pen dengan bulu-bulu merah jambu diambil. Harris yang memandang terjungkit kening lagi. Pink???
“Aku nak tulis apa?” soal Azah. Harris memberi isyarat agar Azah melepaskan pegangan tangannya pada tetikus. Azah ikut. Kini Harris pula yang memegang tetikus komputer. Digerakkan ke kiri ke kanan. Pandangannya ralit dihala ke arah komputer di depan mereka.
“Tak payah tulis apa-apa dulu. Aku bagi penerangan secara menyeluruh pasal kerja ni dulu…buku tu, standby kemudian. Kau memang kena ambil nota banyak…” kata Harris.
Azah melopong. Tadi sibuk suruh stand-by nota ! Lepas tu suruh simpan pula…Namun dia angguk.
Harris kini sudah melukis beberapa carta kerja, lalu diterangkan satu persatu kepada Azah. Beberapa buah fail diambil lalu diserahkan kepada Azah agar Azah dapat memahami skop kerjanya dengan lebih baik. Hampir tengahari, barulah kelas mengajar tidak rasmi  itu tamat.
“Setakat ni dululah. Nanti, bila kau dah start buat kerja, lama-lama kau pandailah,” kata Harris lalu bangun. Dia menelek jam tangannya. Sudah masuk waktu makan tengahari rupanya. Patutlah perut pun dah berkeroncong!
“Eh..makan kat mana?” soal Azah sambil menyimpan buku notanya di dalam laci.
“Kat mulut..” balas Harris spontan lalu terus menghilang ke meja Md. Noor di hujung sudut.
Taik! Azah mendengus. Azah bangun, membetulkan skirt labuh yang dipakainya. Hari pertama bekerja, dia mengenakan blaus beropol di dada berwarna merah hati dengan skirt hitam. Rambut panjangnya didandan rapi. Siap ada cucuk sanggul berbentuk rama-rama.
Azah menghampiri seorang pekerja wanita yang sibuk menyusun kertas-kertas yang bertimbun.
“Hai…tak keluar lunch ke?” soal Azah. Wanita itu senyum.
Staff baru kan? Nak lunch sama?” soal wanita itu . Azah angguk cepat-cepat. Di Jabatan itu, cuma ada 3 orang pekerja perempuan. Yang lain, semuanya lelaki! Seorang, si penyelaras jabatan itu yang berbangsa Cina. Dia sudah awal-awal keluar bersama temannya dari jabatan lain. Jadi, yang tinggal hanya mereka berdua.
“Nama siapa?” soal wanita itu sambil membimbit dompetnya yang panjang.
“Azah,” balasnya pendek.

“Salmiah. Panggil  Miah je,” kata wanita itu memperkenalkan dirinya lalu berjabat tangan dengan Azah. Azah senyum gembira.

No comments:

Post a Comment