Monday, 9 February 2015
Poskad (Bab 5) ~ Ednin
MAISA MENGHAMPIRI Nab dan kak Fatin sebaik saja taklimat selesai. Rata-ratanya semua
peserta program Kembara sudah mula memulakan tugas masing-masing. Ahli
Jawatankuasa Catering sudah mula bersilat di belakang balai untuk menyiapkan juadaha
makan malam mereka nanti.
Manakala beberapa peserta lelaki sudah ke
kampung sebelah untuk mengambil barang-barang untuk diguna untuk program mereka
keesokan hari. Semuanya tangkas bekerja. Mungkin sudah terbiasa mengikut
program-program kemasyarakatan begini.
Maisa
memandang kawasan sekelilingnya. Kawasan penempatan orang asli itu bersih dan
kemas. Rumah batu yang dibina oleh kerajaan itu cukup untuk mereka meneruskan
hidup.
“Rumah
ni mereka baru dapat, Ais. Kalau dulu penduduk kampung ni duduk di atas bukit
sana… rumah berlantaikan buloh tapi dah dapat pampasan dari JKR bila JKR bina
highway. Ini first time jugak kak Fatin datang rumah baru diorang ni…”
Maisa
mengangguk faham. Dia ada juga membaca berita mengenai itu di media masa. Tak
sangka pulak, dia sendiri dapat datang dan melihat perkampungan orang asli ini.
“Alhamdulilah…
kemudahan cukup. Ada balai, ada surau… dengar kata nanti nak buat padang
permainan…”
“Surau?
Diorang ni orang Islam ye kak?”
Kak
Fatin tersenyum mengangguk. “Majoriti penduduk kampung ni orang Islam… tu ha…
abe Ubin tu… kak Fatin sendiri saksikan pengislaman dia dua tahun lepas. Salah satu kenangan manis kak Fatin dengan
penduduk kg leryar ni.” Jari kak Fatin dihalakan kepada seorang lelaki lebih
kurang dalam usia60-an yang sedang bersembang dengan abang Azli.
“Itulah
tugas kita, Ais. Kita datang sini bukan saja nak suka-suka enjoy. Nak popular
ke apa ke… kitadatang sini adalah untuk jadi superhero…” Nab mengangkat tangan
kanannya. Konon-kononnya mahu menunjukkan betapa superheronya dia.
“Superhero?”
“Yellah
superhero. Superhero ummah. Kalau superman, misinya menyelamatkan dunia. Kita
punya misi menyelamatkan ummah…” Semangat Nab bersuara. Penduduk di sini
memerlukan mereka sebenarnya.
“Betul
tu! Kita datang sini nak membantu mereka ni. Ramai rata-ratanya mereka ini
Islam tapi ilmu Islam mereka terbatas. Sekaligus,kalau ada program ni kita
boleh tunjuk ajar mana yang patut, bantu apa yang perlu…”
Maisa
menelan air liur. Terasa berat pula program ini di fikiran Maisa. Ingatkan
program ini ringkas macam aktiviti sukaneka yang dia selalu buat masa di
sekolah menengah dulu. Ini dah bersangkut dengan berdakwah ni… Dia bukannya
dari sekolah agama seperti kak Fatin dengan Nab.
“Jangan
risau… Ais gunakan je apa kepakaran Ais. Kalau ikut modul, program ini kan
banyak aktiviti kan? Bukannya nak sampaikan beauty of Islam je. Kan ada
aktiviti sukan, ada kelas-kelas insentif untuk subjek sekolah, ada aktiviti
kesihatan… tapi di samping tu kita boleh terapkan dengan nilai-nilai Islam
kan?”
Maisa
mengangguk faham. Betul juga apa yang kak Fatin cakap tu. Islam itukan
merangkumi pelbagai bidang. Bukan hanya ustaz saja yang boleh berbicara pasal
Islam. Orang psikologi macam Nab, atau kejuteraan macam kak Fatin hatta si seni
bina macam dia pun boleh berdakwah dalam cara masing-masing.
“Berat
juga kerja ni ye kak Fatin…”
“Berat
tu untuk langkah pertama je, Ais… lepas ni aku gerenti mesti kau nak datang
lagi.” Nab menyampaikan pengalamannya. Dulu masa dia mahu ikut program ini pun
dia rasa berat juga. Rasa tak bersedia… bolehkah dia? Mampu ke? Tapi semua
halangan itu dia tolak tepi. Sekarang setiap semester dia akan datang ke sini.
Tambah-tambah lagi bila sudah ada keluarga angkat. Rasa bertanggungjawab pula
untuk turun ke sini. Rindunya berlabuh pada abe Apan dengan amek Rina dan
adik-adik angkatnya.
Maisa
diam. Matanya memandang gunung di hadapan mereka. Betul ke ni?
Nab
tergelak. Tangannya memukul bahu Maisa. Maisa ni cepat cuak betul!
“Jangan
risau. Kau tak berseorangan kat sini. Kau ada whole family to begin with… kami
semua ni kan family kau…”
Maisa
membuat muka. Yellah tu, Nab. Padahal kalau diikutkan modul dan tentatif. Dia
dengan Nab bakal berpisah nanti. Nab akan bertugas sebagai fasilitator untuk
kanak-kanak sekolah rendah manakala dia pula bakal mengambil kelas sekolah
menengah.
“Jom
kita berziarah!” Kak Fatin tiba-tiba bersuara. Kertas modul yang setia dalam
tangannya itu dilipat dua lalu diletakkan ke dalam poket seluar.
“Rumah
mana kita nak pergi dulu Nab?”
Nab
tersengih kerang. “Rumah Nab ye kak Fatin. Nab tak sabar nak jumpa amek Rina
dengan adik-adik ni… tadi jumpa abe Apan dia kata amek Rina dah lahirkan baby
baru! Ish tak sabar nihhh…”
Nasib
baik tadi sebelum sampai Nab sudah menerangkan term-term yang sering digunakan
oleh ahli-ahli Kembara di sini. Ziarah itu maksudnya aktiviti melawat dan
berkunjung ke rumah-rumah orang Asli. Sambil itu, ahli-ahli program akan cuba
menerapkan nilai-nilai Islam semasa melawat mereka. Manakala amek pula adalah
panggilan untuk emak manakala abe pula adalah panggilan untuk ayah.
“Oiii cik kak. Kau dok berangan
apa! Jom jom tengok adik baru aku…” tangan Nab sudah merangkul tangan Maisa.
Terpaksa Maisa menonong mengikut dua gadis yang nampak gayanya tak sabar-sabar
nak berziarah.
Maisa tersenyum. Bangganya Maisa
punya kawan yang sifat kemanusiaan mereka tinggi begini.
Syukur ya Allah untuk kurniaanMu
ini.
“OI LAMBATNYAkakak aku datang ni…” Suara Mustaqim, pelajar jurusan farmasi itu bergema
di rumah kecil itu. Dua pasang mata yang duduk di sebelahnya lantas teralih
pada tiga gadis yang baru saja masuk ke dalam rumah.
“Kau
diamlah Qim. Kitorang tolong budak catering potong sayur jap tadi. Mana dia
adik kita Qim?” Nab menonong masuk ke dalam rumah selepas memberi salam.
Matanya melilau mencari ibu angkatnya. Dia dengan Mustaqim dulu dijadikan anak
angkat oleh keluarga amek Rina ini.
“Amek
Rina baru je letak dia dalam bilik. Baby baru tidur…”
Senyuman
Nab berubah segaris. Baru saja semangat dia nak mendukung si kecil yang tak
salahnya mesti sudah berusia tiga bulan.
“Pandai
ya kamu Qim. Pandai-pandai saja…” Suara amek Rina menyahut dari dapur. Mustaqim
tersenyum monkey. Aduh amek ni, tak sempat dia nak usik ‘kakak’nya ini.
“Ini ha babynya. Amek tadi pergi
buat susu untuk Huda…” Amek Rina datang dari arah dapur dengan bayi perempuan
di dalam dukungannya.
Nab
sudah menyeringai memandang Mustaqim. Geram! Mustaqim ini memang terkenal
dengan perangainya yang kaki usik. Ada saja telatah dan usikannya. Selalunya,
memang Nablah yang bakal menjadi mangsa usikannya. Dulu pernah sekali dia
letakkan katak di dalam kasut Nab. Riuh satu kampung mendengar jeritan Nab,
yang sememangnya semulajadi high pitching tu!
“Huda
ye nama dia amek? Nab ambil ye amek?” Nab sudah datang mendekati amek yang baru
mengambil tempat di ruang tamu.
“Ehh
ini ahli baru juga ye?” tanya amek Rina bila Maisa selesai bersalam dengannya.
Maisa
mengangguk. “Nama saya Maisa, amek. Amek panggil je Ais.”
“Ohhhhh….”
tiba-tiba ada satu suara yang menyambung dari belakang. Lantas Maisa berpusing
ke belakang, melihat Ihsan yang sudah membuat gaya ‘peace’ kepadanya.
“Ini amek Rina. Mari sini amek
kenalkan Ais dengan anak-anak amek. Nanti Ais ajar mereka ya… amek tak pandai…”
Suara amek Rina kedengaran sayu di telinganya.
“Ini
Agus, paling tua. Tingkatan 4.” Agus yang duduk di sebelah Ihsan hanya
memandang Maisa. “Lepas tu Anuar, tingkatan 1. Kamalia pula darjah enam…
Amalina darjah lima… Heliza darjah tiga... Rashid darjah satu… Iwan tiga tahun…
dan yang si bongsu ni, Huda.”
Maisa
mengangguk faham. Matanya menilik wajah anak-anak amek Rina. Semuanya hampir
seiras amek Rina dan juga abe Apan. Mata mereka bulat, kulit mereka gelap dan
rambut pula lurus dan hampir coklat warnanya.
Dari anggaran Maisa, amek Rina
masih lagi kelihatan muda. Kalau ikutkan matanya, mungkin berusia pertengahan
30-an tapi sudah mempunyai anak yang besar dan ramai. Mungkin budaya orang Asli
kut untuk berkahwin dalam usia muda dan mempunyai anak-anak yang ramai begini.
“Amek… kami balik dululah macam
tu. Kut-kut boleh tolong diorang pasang khemah untuk esok. Malam nanti amek
datanglah. Kita maghrib berjemaah sekali. Kamu Agus pun kena datang, bawa
adik-adik… abang tunggu tau! Kalau datang, esok pagi kita main bola sepak…”
Abang Azli sudah bangun dari duduknya. Mustaqim dan Ihsan juga turut ikut
serta. Agus sudah menunjukkan ibu jarinya. Dengar saja perkataan ‘bola sepak’
dari mulut abang Azli, terus terbuka luas mata Anuar dan Agus.
Amek Rina mengangguk faham.
“Nanti amek ikut sekali kalau Huda tidur awal…”
“Insha-Allah,
amek…” tegur Nab di sebelah amek.
Perkataan
Insha-Allah itu kan bermaksud dengan izin Allah. Tak salah kalau kita nak
menyebut Insha-Allah setiap kali kita mahu membuat perjanjian atau perancangan.
Bukankah apa yang yang berlaku semuanya dengan keizinan Allah. Dan bukankah
lebih indah kalau setiap perancangan kita disertakan dengan keizinan dan rahmat
Allah? Itulah fungsinya lafaz Insha-Allah pada setiap langkah dan perancangan
yang kita mahu lakukan.
“Yallah,
amek lupa. Insha-Allah, Lee.”
Abang
Azli tersenyum lalu meminta diri untuk pulang. Agus dan Anuar turut mengikut
ketiga-tiga lelaki itu keluar. Kini hanya ada mereka bertiga saja di ruang tamu
dengan amek Rina, Huda dan Heliza, anak amek yang darjah tiga.
“Amek
rindu Nabilah tak amek?” Nab bersuara sambil tangannya mengagah Huda diribanya.
Amek
tersenyum. “Amek rindu nak dengar Nab bercerita…”
Nab
tersenyum. Kak Fatin pun. Maisa hanya menjadi penonton di situ. Nak menyampuk
pun dia tak tahu apa-apa.
“Kisah
Nabi Ibrahim nak tak, amek? Lagipun nak dekat dah dengan musim haji ni. Nanti
Nabilah boleh ceritakan pasal ibadah haji pada amek…”
Amek
Rina mengangguk. Wajah itu sudah bercahaya mahu mendengar kisah-kisah nabi.Heliza
yang sedang bermain di depan pintu turut juga mendekati ameknya. Tak berapa
lama kemudian, Nabilah mula bercerita pada lima perempuan di hadapannya.
Maisa
yang baru pertama kali di situ tersentuh melihat situasi di hadapannya.
Kisah-kisah nabi dan rasul yang mereka hadam sejak dari sekolah rendah ini
rupa-rupanya masih ada yang tidak tahu.
Ya
Allah, betullah kata Nab tadi. Mereka perlukan kita…
Labels:
Poskad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment