Kata orang, kita boleh melihat gambar yang
sama tetapi mempunyai tafsiran yang berlainan. Setiap orang yang melihat gambar
di dalam bingkai itu mungkin memikirkan, cantiknya, manisnya kanak-kanak itu.
Mungkin, ada yang mengimbas kenangan lalu saat meniti usia yang sama. Dia
melihat gambar itu lalu jatuh cinta. Aneh. Perasaan yang tak pernah diundang,
menguasai hati dia dalam sekelip mata.
Kata orang..cinta itu buta..dia selalu
sahaja mentertawakan mereka yang berkata begitu. Klise. Cinta itu buta kerana
manusia yang membutakan mata sendiri. Membutakan hati dan juga akal, dibiarkan
sahaja perasaan cinta menjadi raja dalam hati sedangkan kita mampu
menguasainya.
Namun, apa yang diketawakan itu,menjadi
pelajaran buatnya. Sekeping gambar yang membuat dia jadi gila bayang. Sekeping
gambar yang perlu ditatap, direnung, yang menghilangkan segala penat lelahnya
setiap kali melihat senyuman yang sama.
Dia yang jatuh hati pada si gadis cilik di
dalam bingkai. Gadis cilik yang sudah menginjak dewasa, sekejap lagi akan
menjejakkan kaki di sini. Sungguh, hari ini hari bertuah buat dia yang
mencintai seseorang yang tidak pernah dikenalinya.
No comments:
Post a Comment