5
RAZI. 11.40 AM.
“Pang…”
Zahid mencuri panggil Aliff dengan suara yang direndahkan. Sekali-sekala dia
menjeling ke arah Teacher Zarinah
yang sedang membantu pelajar perempuan menjawab soalan subjek Matematik
Tambahan itu. Seperti biasa, suasana akan bertukar sepi bila semua pelajar baru
mula buat latihan yang diberi.
Bila
masa berlalu dan fikiran makin berselirat serta rasa nak muntah selesaikan
soalan Matematik Tambahan tapi tak dapat-dapat jawapan, kebisingan akan mula
menguasai. Pelajar yang jenis tekad memang akan istiqamah buat sampai dapat. Sayangnya,
tak ramai yang jenis macam tu dalam kelas ni.
“Pang…”
seru Zahid lagi.
Aliff
menoleh, mengangkat kening sebelah.
“Kejut
Zuhair tu..” Telunjuknya menghala ke arah Zuhair yang wajahnya kini selamat
mencium meja, lelap dengan lenanya. Aliff malas-malas menepuk perlahan belakang
Zuhair. Nampak sangat Aliff pun tengah muka tahan mengantuk.
Zahid
cuma sengih.
“Haa…sengih
sorang-sorang tu kenapa?” Hadri
menyiku di sebelah. Zahid menjuihkan bibir ke arah bahagian tempat duduk
Zuhair.
“Dah
macam Zombie buat addmath dah aku tengok,” Hadri ketawa
kecil. Mana tidaknya, tengok tangan Aliff dan Pa’an macam nak tak nak je pegang kalkulator dan pensil tekan.
Zuhair memang dah selamat dah ‘syahid’ atas meja. Cuma Umar yang bersemangat
buat latihan. Umar punya kepala memang pakar bab kira-kira.
“Haa..mengumpat,
ingat aku tak dengar?” Laju Umar menoleh ke arah Hadri.
Hadri
gelak kecil sambil geleng-geleng. “Kau zombie
ke?”.
“Kurang
ajar,” Sengih Umar sambil acu penumbuk.
“UMAR!”
Suara
Teacher Zarinah yang tidaklah kuat
mana, tapi cukup untuk seisi kelas menumpukan pandangan ke arah Umar. “Dah siap
ke belum?”.
“Lagi
satu soalan, teacher,” Dengan
bangganya dia jawab. Kira cepatlah tu dia jawab sampai tinggal satu je lagi
soalan bila mana dia lihat rata-rata masih tersekat pada tiga soalan terawal. Teacher Zarinah membalas dengan anggukan
sambil memberi isyarat tangan menyuruhnya menyiapkan saki baki soalan yang
belum dijawab.
Tatkala
pandangan guru itu beralih pula pada Hadri yang ternyata telah memusingkan
badannya menghadap ke kawasan tempat duduk Umar, Hadri dengan muka tidak
bersalah melambai dengan senyum lebar. Zahid pula lekas berpura-pura menumpukan
perhatian. Dalam diam, dia masih lagi menjeling Zuhair yang tidak berganjak
dari posisinya. Aliff pula kejap-kejap menepuk Zuhair, kemudian meneruskan
kerjanya.
“Dah
siap, Hadri?”.
“On the way, teacher,” Hadri mengekalkan
senyuman lebar dengan riak tidak bersalah. Tangan yang tadinya melambai kini
menuding ke arah buku latihan.
“Kalau
stuck, minta tolong Umar tu,”
Ternyata kepandaian Umar dalam subjek tersebut mendapat pengiktirafan rasmi
dari guru veteran Matematik Tambahan tersebut. Setelah yakin Teacher Zarinah sudah mengalihkan
pandangannya ke arah lain, Umar dan Hadri kembali saling berpandangan. Zahid
juga kembali menoleh ke arah Umar. Umar buat muka berlagak.
“Sampai
mana dah?”.
“Aku
tengah stuck sebenarnya…” Hadri garu
belakang leher sambil senyum gigit bibir. “Nak tolong?”.
“Ceh,”
Umar angkat kening dua kali.
“Tolonglah…”
Hadri pula buat muka kesian.
Zahid
langsung tidak menyampuk. Kalau ikutkan, Umar, Aliff, Pa’an dan teman rapat
mereka yang lain-lain sebenarnya sporting
je dengan teman-teman yang lain. Cuma
siapa yang cari pasal, memang kena lah jawabnya. Mula keluar taring mereka.
Bukan
tidak pernah mereka di barisan pengawas ni berperang dahsyat dengan Aliff dan
lain-lain. Waktu-waktu biasa mereka okay, ‘sempoi’, dan sporting je. Bila sampai situasi
yang melibatkan peraturan sekolah atau asrama, mereka di barisan pengawas ni
hakikatnya tidak boleh lari daripada menjalankan amanah. Ada masa mereka boleh
bertolak ansur dan ada masanya mereka terpaksa bertegas. Bila masuk bab
bertegas tu yang bibit-bibit permulaan perang akan tercetus.
Dalam
ramai-ramai, cuma Zuhair yang agak berbeza dari rakan-rakannya. Dia memang
jenis kurang bergaul dengan orang yang tidak dirapatinya sangat. Apatah lagi
kalau dengan pengawas, memang boleh dilabel tahap allergi dengan
pelajar-pelajar berbaju oren ini. Secara zahirnya, Zuhairlah paling susah untuk
dirapati.
Zahid
menghela nafas. Entah kenapa, sejak awal tahun ini, dia tertarik untuk
mengambil berat tentang manusia yang seorang itu. Walaupun seringkali dimaki,
ditengking, dibuat tidak endah dan sebagainya, ada satu bahagian dalam hatinya
yang terus mendorong agar dia mendekati pelajar tersebut.
Ada
segelintir yang mengatakan usahanya cumalah sia-sia kerana sudah empat tahun
Zuhair bersekolah di situ, seperti itu jugalah perangainya. Ada sebahagian juga
yang memberinya dorongan untuk merapati Zuhair, dan baginya, mereka-mereka ini
sama sepertinya. Melihat bahawa masih ada sinar harapan untuk seorang Zuhair
berubah walaupun pada tahun terakhir di sekolah tersebut.
Zahid
menarik nafas dalam-dalam kemudian menghembuskannya perlahan dengan tenang.
Setiap kali terfikirkan hal yang satu itu, dia akan akhirinya dengan mendoakan
dalam hati supaya Zuhair akan terbuka hati suatu hari nanti. Maka setelah kata-kata
dalam hati mengungkap doa sebagai harapan, dia kembali melakukan kerjanya.
Hadri dah selamat tarik kerusi beralih ke meja Umar sebab nak selesaikan soalan
yang agak payah.
Sementara
itu….
“Apa
lagi kau ni….?” Kedengaran Zuhair bersuara meskipun mukanya tersembam ke
permukaan meja. Kali ini tangan Aliff yang menepuk belakang badannya dialihkan.
Dia toleh ke arah Aliff yang duduk di sebelahnya dalam keadaan kepala mengiring
di atas meja.
Pergh…mata Aliff yang
sepet tu pun dah macam tak boleh nak buka dah…. Zuhair sengih dengan mata yang
terbuka cuma sebentar, kemudiannya kembali dipejamkan.
“Kawan
baik kau tu haa…suruh kejut kau,” Sekilas, Aliff memberi isyarat mata menunjuk
ke arah Zahid namun tidak kelihatan oleh Zuhair yang terpejam matanya.
“Kawan
baik mana pula….?”.
“Zahid
Arrazin,”.
Terus
berkerut dahi Zuhair walau cuma sebentar. Dia buat-buat tidak dengar. “Kau dah
buat sampai mana, dowh?”.
“Ada
la sikit,” Aliff menjawab. “Dah la…kau bangun la pula.. Penat aku tengok kau
tidur,”.
Zuhair
sengih lagi tanpa membuka mata. “Siapa
suruh tengok? Tidurlah,”.
Aliff
goyangkan kepala gaya macam orang tak berapa nak waras. Bila malas nak layan
Zuhair, begitu sahajalah responnya. Melihatkan Aliff yang mengendahkan
saranannya, dia buka mata, memandang tepat ke arah tangan temannya itu yang tidak henti mencuba dan
mencuba menjawab latihan yang diberi.
“Sampahlah
tajuk Intergration ni…” rungutnya.
Aliff
sengih. “Linear Law hari tu pun kau kata sampah. Semua topik sampah bagi kau, weyh…”.
“Fizik
tak, okay… Bahasa arab pun…. Okay apa.. English
tu sampah betul,” komennya. Kepala masih selamat berada di atas meja.
Aliff
menggeleng tanpa memandang Zuhair. “Subjek kau suka boleh la kau cakap bukan
sampah. Kau fikir SPM ni kau exam dua
tiga subjek yang kau suka?.. ‘Bapak’ kau menteri pendidikan rupanya,”.
“Diam
kau…” Mata kembali dipejam.
Dijelingnya
rakan di sebelah yang sudah kembali memejamkan mata. Aliff cuma sengih. Fizik
memang subjek kegemaran Zuhair. Seteruk-teruk kawannya ini, bukan dia benci semua
benda yang berkaitan dengan pelajaran sebenarnya. Bagi Zuhair yang dikenalinya,
apa yang memutarbelitkan fikiran, dia jadi malas nak fikir. Fizik digemari
Zuhair sebab konsep dan aplikasinya lebih dekat dengan hidup.
Physics is all about how things work…
Cuma
bahagian paling pelik adalah Zuhair amat skor subjek Bahasa Arab. Itu memang
satu benda yang dikira paling ‘pelik binti ajaib bin magik’ tentang Zuhair Amir
yang satu batch sedia maklum. Tatkala
Bahasa Arab menjadi subjek bahasa yang paling digeruni semua orang sebab boleh
dikira killer subject, Zuhair
dikatakan jawab peperiksaan untuk subjek itu macam petik jari.
Terbukti
waktu peperiksaan, bila hampir semua orang terkumat-kamit dan ada yang rasa nak
muntah hafal karangan, Zuhair paling selamba siap boleh tidur sementara tunggu
peperiksaan Bahasa Arab bermula. Tidak cukup dengan itu, tempoh yang diberi
untuk menjawab kertas soalan Bahasa Arab yang melibatkan karangan merupakan
tempoh peperiksaan paling panjang, iaitu dua jam setengah atau tiga jam.
Zuhair
Amir, minit ke empat puluh dah cabut keluar.
Sehingga
hari ini, dia pun tak tahu macam mana kepala Zuhair ni boleh cepat tangkap
kalau pelajaran Bahasa Arab. Pelajar-pelajar lain pun ada yang cuba korek
rahsia daripada temannya itu, namun katanya; ‘belajar je la elok-elok..’. Zuhair pun bukan kedekut ilmu sangat, kalau
diminta berkongsi, dia layan je.
“Woi….aku
rasa teacher dah pandang sini lah…”
Aliff menyiku Zuhair tatkala anak matanya menangkap kelibat Teacher Zarinah
berpusing ke arah mereka.
“Hmmm…”.
Aliff
hela nafas. Kejap lagi kena la tu…
“ZUHAIR
AMIR!!”.
Kan
dah kena….
****
Hari
ini hari Isnin. Hari yang paling tidak digemarinya dalam kelima-lima hari dia
berkhidmat sebagai guru. Sebab hari ini merupakan hari yang paling ramai
pelajar akan hantar buku latihan yang diberi tempoh seminggu untuk disiapkan.
Setiap pagi Isnin je, mula la bertimbun buku-buku latihan daripada beberapa
kelas yang diajarnya.
Maka
bila nak balik pun, kena la angkut sebanyak yang mampu untuk dibawa pulang ke
rumah. Kereta kalau parking dekat
dengan bilik guru tu boleh la cerita tapi sekolah ni besar tak agak. Boleh
kurus ulang alik dari sayap timur ke sayap barat sekolah. Ada la dekat 800
meter.
Mahu
atau tidak, Teacher Sophia melangkah
keluar dari bilik guru dengan beg tangan di bahu kanan, beserta dua beg kain
yang mengandungi buku-buku latihan di tangan kanan dan kiri. Boleh -tahan juga
beratnya. Kawasan dataran perlu direntasi sebelum tiba di kawasan letak
kenderaan berbumbung yang terletak di hadapan padang sekolah.
Tatkala
melintasi kolam ikan yang terletak di hadapan tangga bangunan tersebut, satu
suara menyapa dengan nada teragak-agak.
“Err…teacher…” Zuhair menegur dalam posisi
duduk di bangku batu menghadap meja bulat yang terletak betul-betul di sebelah
kolam ikan tersebut. Teacher Sophia
menghentikan langkahnya, menoleh.
Sejak
bila pula dia ada dekat sini…. “Yes,
Zuhair?”.
“May I help you…” Seakannya Zuhair mahu
menyambung lagi ayatnya, namun dia tahu pelajarnya itu kehilangan kata-kata.
Lekas Zuhair menghabiskan ayatnya itu dengan isyarat tangan, menunjuk ke arah
beg kain yang dibawanya.
“Oh,
you want to help me carry these?” Teacher Sophia mengangkat sedikit
kedua-dua tangannya.
Laju
Zuhair mengangguk.
“Yes, you may…” ujar Teacher Sophia. Zuhair terus membisu meskipun kedua-dua beg kain
yang agak berat itu kini sudah bertukar tangan. “Wait here, okay. I want to take some other things,”.
Dengan
dua kali anggukan, Teacher Sophia
menghilang kembali ke dalam bilik guru yang berada berhampiran.
Setelah
guru bahasa inggerisnya menghilang dari pandangan, Zuhair menggetap bibir.
Habisla…speaking tunggang terbalik lagi la aku
hari ni… Suara dalam hati sudah mula merungut. Dengan guru lain seperti Teacher
Zarinah si guru Addmath, Cikgu Sai si
guru Bio dan segala macam lagi guru yang mengajar dalam bahasa inggeris, dia
kira boleh layan lagi kalau nak berdalih dengan mereka.
Tapi
sekali dengan cikgu bahasa inggeris yang seorang ini, memang haram la nak cakap
bahasa ibunda. Tersasul atau sengaja cakap bahasa melayu sekalipun, teacher akan balas balik dalam bahasa
inggeris. Kadang-kadang tu, teacher
memang buat-buat tak faham kalau ada pelajar yang cakap bahasa melayu. Tapi teacher layan je kalau rojak sekalipun, asalkan mencuba.
Nak
dengar teacher cakap bahasa melayu,
boleh dengar dekat bilik guru je
yakni sewaktu teacher bersembang
dengan guru-guru lain. Dah tu, dapat pula Teacher
Sophia tu sebagai guru kelasnya tahun ini. Dia pula yang paling banyak buat hal
dalam kelas, jadinya kadang-kadang dia diam sebab tak tahu nak jawab apa. Kalau
kesalahan berjema’ah dengan rakan-rakannya, kira okey sebab si Pa’an memang
jenis muka tembok buat rojak bahasa inggeris dan melayu ikut sesedap rasanya.
Sampai
satu tahap, kalau teacher tersasul
walau cuma sepatah perkataan bahasa melayu, satu kelas akan gelak dan bertepuk
sakan. Teacher pun gelak sekali sebab
tak sangka boleh tersasul. Itu baru satu patah perkataan, kalau satu ayat
memang terbaik habis la. Boleh jadi setahun sekali dengar teacher cakap satu ayat penuh bahasa melayu.
Nampak
tak kemahalan bahasa melayu pada guru bahasa inggerisnya ini?
Anak
muridnya harus berbicara dengannya dalam bahasa inggeris di mana sahaja, dalam
kelas atau di luar. Tiada kompromi.
Kerana
pendirian teacher yang itu membuatkan
pelajar akan berani untuk cuba bercakap dalam bahasa inggeris, biarpun tak
selicin gelongsor atau sesedap rojak sebenar. English or rojak, you choose. Dua-dua teacher layan. Rojak tu pun boleh kira lagi baik daripada cakap
bahasa melayu penuh. Zuhair sengih
membayangkan kalau guru bahasa arabnya, Ustaz Saudi atau mana-mana guru bahasa
arab buat pendirian macam tu juga.
Pergh…mesti power…Masya-Allah. Subhanallah.
“Shall we?” Suara Teacher Sophia mematikan lamunannya. Tanpa menunggu respon Zuhair, Teacher Sophia melangkah terlebih
dahulu. Zuhair cepat-cepat menyembunyikan sengih lalu membuntuti gurunya itu.
Baru beberapa langkah, dia sedar Teacher
Sophia memperlahankan langkah untuk berjalan seiringannya.
Mereka
kini melintasi kawasan dataran sekolah. Bahang panas mentari terasa. Suasana
hingar-bingar. Sunyi dan kecoh yang tidak seberapa. Kawasan kantin yang
terletak tidak jauh dari situ dipenuhi dengan pelajar-pelajar luar (pelajar
yang tidak menghuni asrama), sedang menanti untuk dijemput pulang ke rumah.
“I thought you have preparation class right
now, are’nt you?”.
“Haaa?”
Zuhair toleh memandang Teacher Sophia.
“Preparation class, Zuhair. Prep.”.
“Oh,
prep..” Dia tunduk, memandang jalan tar tersebut. “Hmm..”. Lalu dia mengangguk
setelah tidak tahu respon apa yang perlu diberi.
Sepi
cuma seketika.
“Ponteng,
teacher,” jujur dia berkata.
“Hmm?”
Mula dah gurunya itu buat nada tidak faham.
Zuhair
menghela nafas berat lalu buat kali keduanya, dia menoleh ke arah gurunya itu.
“Teacher, can we speak in malay?”
Hah.
Ayat itu dia dapat tuturkan dengan lancar. Sebab dah berapa kali minta sejak
dua tahun lepas, mentah-mentah kena tolak. Lepas itu dia tidak minta lagi. Diam
atau jawab mana yang mampu. Kalau nak minta atau jelaskan apa-apa, guna tangan
sebagai bahasa isyarat. Kalau tidak, dengan mandat ‘taiko’nya dia rembat je sesiapa yang ada di situ jadi tukang
terjemah bahasa.
Serasanya,
setelah sekian lama, ini kali pertama dia memintanya lagi.
….dan
hakikatnya, Teacher Sophia sendiri
sedar bahawa permintaan itu sudah lama tidak didengarinya daripada pelajarnya
yang itu. Namun jawapan yang diberikannya adalah cubaan semata-mata, ingin
melihat respon Zuhair. “No. . we can’t,”.
“Okay…”
Zuhair membalas dengan nada mengalah. “I
will just….shut up..or…quiet..”. Ehmm…apa-apa pun boleh… Dalam fikiran
berbalah nak guna perkataan mana bagi sedap sikit. Jarang apa macam ni…
Biasanya blank, tak ada word langsung. Ini bila dah ada, tak
tahu nak guna yang mana. ‘Selebet’ sungguhla…
Teacher Sophia mengukir
senyum sebelum memberikan kata putus. “Okay, then… we may,”.
“Haa?”
Zuhair berkerut, sengaja buat respon tidak faham walaupun nalurinya kuat
mengatakan bahawa itu satu jawapan yang positif. Sebetulnya, dia tidak begitu
pasti akan maksudnya. Nanti salah, buat malu je.
“Boleh
laa…” Jawapan Teacher Sophia itu
membuatkan senyum terukir di wajah Zuhair. “But
not to often,”.
“Oven?”.
“Often…selalu,” Teacher Sophia melayan kerenah anak muridnya itu walaupun rasa nak
gelak je tengok respon selamba
Zuhair. “Teacher tak nak kamu terbiasa sangat cakap bahasa melayu dengan teacher…”.
Kali
ini Zuhair pula rasa nak gelak mendengar gurunya itu berbicara dalam bahasa
melayu. Sumpah macam minah salleh cuba nak cakap melayu. Namun otot-otot pada
wajahnya lagi kuat untuk tutup muka nak gelak, demi menghormati gurunya itu.
“Also, not in front other student,”
Tambah Teacher Sophia.
Itu
dia faham, dan tidak semena-mena, satu rasa istimewa berputik dalam hati. Dalam
kepala dia terfikir, dalam beberapa tahun Teacher
Sophia dah berkhidmat sebagai guru bahasa inggeris, agaknya berapa ramai je yang dapat keizinan istimewa seperti
yang diterimanya pada hari itu?
“So…kenapa ponteng prep?” Teacher Sophia akhirnya memulakan bicara
tidak formal mereka itu dalam bahasa ibunda meskipun tempat letak kereta
berbumbung itu sudah tidak jauh dari situ.
Zuhair
sengih. “Malas, teacher. Kalau
ikutkan pun, pelajar putera jarang pergi prep petang-petang ni. Ramai rehat
dekat asrama je,”.
“Oh…
tak kena tangkap dengan pengawas atau exco asrama?”
“Pengawas
pun dah tak larat kalau tiap-tiap petang kena kerah. Bukan seorang dua, tapi
ramai. You know pelajar lelaki, teacher…” Diselitkan juga dua patah
perkataan bahasa asing itu.
Teacher
Sophia mengangguk laju. “Yeah, I knew boy
student very well…”. Pelajar lelaki, atau bahasa yang mereka gunakan di
sekolah itu, pelajar putera dan puteri. Berkhidmat sebagai guru bertahun-tahun
mengajarnya untuk mengenali pelajar. Bezanya pelajar lelaki dan perempuan. Dia
pun pernah jadi pelajar.
…dan
profesion seorang guru ini hakikatnya merupakan peluang kedua bagi seseorang
yang pernah bergelar pelajar, kini berhadapan dengan manusia-manusia yang dia
sendiri pernah jadi. Walaupun pelajar kebanyakannya berbeza attitud, pengalaman
itu ternyata mengajar.
Menjadi
guru yang berpengalaman, tidak jauh bezanya daripada menimba ilmu psikologi terhadap
pelajarnya sendiri.
“Kenapa
tak tidur dekat asrama je?” Zuhair
dipandangnya. “I thought you love
sleeping,”.
Sengih
Zuhair melebar mendengarkan penyataan itu. Penyataan yang dikira sebagai
perlian, namun entah mengapa bila diungkap gurunya itu tidak dirasakan sebagai
satu perlian yang menyentuh hati. Betul la …teacher
cakap macam tu sebab diri sendiri memang selalu sangat tidur dalam kelas.
Datang
lambat sebab bangun lambat. Dah datang kelas tu pun tidur lagi. Sungguhlah
kitaran tidur yang tidak normal.
“Penatlah
asyik tidur je,” jawab Zuhair. “Saja
saya nak jalan ambil angin depan kolam tadi. Main dengan kura-kura kecil. Dapat
juga tolong teacher…”.
“Oh…”
Teacher Sophia mengangguk. Mereka akhirnya tiba di hadapan kereta Proton
Persona. Barang-barang yang dibawa dimasukkan ke dalam kereta di bahagian
belakang. Seteleh pintu kereta bahagian tempat duduk penumpang itu ditutup
rapat, Teacher Sophia memandang
Zuhair.
“Thank You, Zuhair. I have some chocolate, do you want some?” Kelam kabut Teacher Sophia menyeluk tangannya ke
dalam bag tangan.
Eh….hilang
dah bahasa melayu…. Zuhair tercengang cuma sebentar. Nasib baik faham. Lekas
dia menggeleng. “I don’t eat chocolate,
teacher,”. Maka dicubanya menolak dengan bahasa inggeris. Sungguhlah, dia
pun tidak mahu mengambil kesempatan dengan peluang yang diberi.
“Really? Wow…” respon gurunya.
“Kenapa
terkejut sangat?” Zuhair menggaru belakang kepalanya.
Teacher Sophia senyum.
“Jarang betul orang tak suka coklat. Anyway,
thanks again, dear,”.
Zuhair
menghadiahkan senyuman menyambut ucapan itu. Dia lupa perkataan ‘sama-sama’
dalam bahasa inggeris pada ketika itu. Senyum pun jadi. Belasah je la…
“And…Zuhair..”.
Zuhair
pandang tepat ke dalam mata Teacher
Sophia. Nalurinya kuat mengatakan bahawa panggilan itu adalah kerana gurunya
itu mahu menyampaikan sesuatu yang penting….. dan dia sedia mendengarnya. “Yes, teacher?”.
“I want you to remember, keberkatan guru-guru
tu penting dalam menimba ilmu ni,”.
Zuhair
masih kekal dengan senyumannya, menyambut nasihat yang satu itu. Dia tahu itu.
Sangat tahu.
“Thank you , teacher.…”.
Terima
kasih sebab ingatkan balik walaupun dia amat tahu itu… takut-takut lupa.
****
Dari
jauh, seseorang tersenyum bahagia melihat situasi anak murid dan guru itu.
Selama ini, ramai yang melihat bahagian buruk seorang Zuhair. Hakikatnya dia
sedar satu perkara mengenai Zuhair, iaitu dia sangat berbudi dengan guru-gurunya.
Cuma
slack sikit bila mana dia dibawa
menghadap guru disebabkan masalah disiplin ataupun kerana tidur di dalam kelas.
Itupun dia tidak pernah lagi lihat Zuhair bercakap kasar atau mengata
guru-gurunya. Itu juga bezanya dengan rakan-rakannya yang lain.
Zahid
Arrazin getap bibir. Zuhair yang misteri. …dan dia tetap akan menjadikan apa
sahaja yang baik daripada manusia itu sebagai contoh, menepis segala
keburukannya yang pernah Zuhair lakukan. Dia percaya, orang macam Zuhair tak
pernah tiada harapan langsung dalam hidup.
No comments:
Post a Comment