Friday 22 May 2015

Si Pemandu Hati (Bab 1) ~ Nazira Ilias

                                                                     
Najihah bernyanyi mengikut rentak lagu Kalau Aku Kaya. Tak sangka dia boleh rap macam Altimet. Letih menyanyi, headphone di kepala dialih dan diletakkan di atas meja. Skrin komputer riba Viao ditutup selepas berbual melalui Skype dengan Kak Long sebentar tadi. Sebelum itu, sempat Najihah berbual dengan Along. Perbualan tadi hanya menyakitkan hati disebabkan Along cakap pipi dia dah macam kuih Pau Tanjung Malim. Ini mendatangkan kemarahan. Sedap Along bantai ketawa mengekek pada Najihah. Memang jenis abang yang tak pandai nak jaga hati adik dia yang murni ni.
Sudahnya dia mengeluh. Bosannya petang ni dia rasa. Bosan sampai rasa nak nangis. Ibu dan abah dia menghadiri majlis perkahwinan di Ipoh. Hanya tinggal Kak Wawa suami isteri dan dua anak mereka yang sedang tidur. Itu pun mujur mereka balik bercuti hujung minggu di rumah. Kalau tak bertambah bosanlah hari-hari Najihah semenjak menjadi ‘full time housewife’. Siaran di televisyen memang berjaya buat mata dia terpejam.
 “Tolong!! Apa nak buat ni???” Najihah terjerit-jerit tak sedar diri. Dia terbongkang atas sofa bentuk L di ruang tamu rumah.
“Ya Allah.. apa kenanya budak ni?” Najihah toleh tengok Kak Wawa yang sedang menapak ke ruang tamu. Lepas tu, Kak Wawa duduk di sofa di hadapan  Najihah.
“Eh! Ada makhluk lain kat sini rupanya.. ingatkan semua dah membuta. Orang dah tak tahu nak buat apa sekarang ni. Orang stress...rasa dah macam tiga puluh tahun duduk rumah.” Najihah mengadu. Padahal baru masuk bulan ketiga dia menganggur.
“Dik, akak rasa kau kena pergi KL…cari kerja kat sana. Pergilah tumpang rumah Mak Usu ke, rumah Mak Ngah ke…senang sikit nak pergi interview. Dekat sana bangunan tinggi-tinggi, besar-besar…banyaklah peluang kerja. Kalau dekat Taiping ni, besar manalah sangat syarikatnya…kilang banyaklah. Lainlah kau ambil engineering…ini tidak ambik admin. Tak dapek den nak nolong.” Kak Wawa cuba memberi buah fikirannya yang rimanya berbunyi pantun tak jadi.
“Alah akak ni…rezeki ada je kat mana-mana.” Najihah cuba menyanggah.
“Bila orang bercakap, kau ada aje nak pusing-pusing. Tak boleh ke nak dengar cakap orang tua sikit.” Kak Wawa dah jeling Najihah. Ada nada sedikit lucu pada kata-kata Kak Wawa. Najihah tersengih.
“Sedar pun diri tu dah tua.” Najihah tergelak. Kak Wawa geram. Dia baling bantal kecil yang berada di atas riba dia dan terkena hidung Najihah. Najihah gosok-gosok hidung dia yang terasa sengal. “Teruklah akak ni...” Najihah tunjuk penumbuk pada Kak Wawa.
“Akak ni kalau tua pun tak apa…kerja ada. Kahwin pun sudah. Ada dua orang anak yang comel-comel lagi. Tengoklah pulak siapa mamanya?” Kak Wawa dah masuk bakul besar kemudian angkat sendiri.
“Habis tu akak nak cakap yang orang ni tak ada apa-apa lah. Tak lakulah, macam tu?” Rasa nak marah betul kat Kak Wawa ni. Memang rasa nak marah semua orang pun hari ini. Tapi betul kut, aku ni apa pun tak ada. Najihah rasa nak menangis.
 “Elok jugak tu dik…cuba lah, mana tau kalau rezeki kat sana.”
Tiba-tiba  ada satu suara lelaki bergema di sini. Najihah toleh kepala dan mendapati Abang Kamal baru melabuhkan punggung di sebelah Kak Wawa. Mana datangnya abang ipar aku ni? Bila masa pulak dia turun ke sini? Najihah berkira-kira.
“Orang bukan tak nak pergi KL lah Bang Kamal…orang tak kisah kalau dapat kerja kat mana-mana pun. Orang dah banyak apply kerja kat sana. Tapi satu interview pun tak sangkut. Macam mana orang nak pergi? Takkan nak melangut je kat rumah orang. Tengoklah nanti…bagi orang fikir dulu.” Najihah cakap dengan mata kuyu. Mengantuk sungguh. Macam dah telan ubat tidur sebanyak 17 biji.
“Fikir-fikir jugak, masa berjalan jugak.” Kak Wawa cuba mengingatkan.
“Iyelah kak…orang tau, terima kasih ye. Susah-susah orang kahwin je la.” Najihah tergelak dengan lawak yang dia buat sendiri. Kemudian dia terus berlari masuk ke dalam bilik. Terbantut niat Kak Wawa yang ada rupa nak buat ucapan sepatah dua kata lagi.

 Mak Cik Aisyah dan Pak Cik Nazim tiba di rumah sebelum Maghrib tadi lagi. Selesai solat Isyak, Najihah terus berbaring di atas katil. Muka menghadap siling yang berukir bunga dan kipas berpusing dengan nombor dua. Kepala dia berserabut memikirkan masa depan yang masih belum nampak tanda-tanda kejayaan. Nak makan pun tak lalu. Selera terus putus malam tu.
Untung Kak Wawa, lepas habis belajar terus dapat bertugas di Kedah. Tak lama lepas tu, berjumpa pulak dengan Abang Kamal yang juga sama tempat mengajar. Kira cinta lokasilah. Eh! Sempat pula recall cerita lama.
Najihah mengeluh untuk kesekian kali. Apa nak jadi sebenarnya dengan dia? Semua perkara yang dia buat, semuanya tak kena. Baca majalah tak boleh fokus, main games pun asyik kalah je. Badan makin bertambah-tambah bulat. Dah berKG- KG lemak tepu terkumpul ni. Kalau tak dapat kerja juga dalam masa sebulan dua ni, alamat sempitlah semua baju di dalam almari tu. Mana taknya, makan minum free, exercise tak buat. Tekanan betul. Najihah ambil bantal dan pekup muka dia. Kemudian, dia jerit kuat-kuat.
 Lagu Just The Way You Are nyanyian Bruno Mars menjerit-jerit. Telefon bimbit di tepi bantal, terus dicapai. Gambar Alia terpampang di skrin telefon. Konon cantik sangatlah tu dengan gaya flying kiss dia. Langsung tak berselera ditengok. Butang answer ditekan.
“Fuhyyoo.. caller ringtone Justin Bieber. Gedik betul!” Alia terus ketawa kuat. “Woi Jiha.. apa kau buat tu?”  Alia tanya bila Najihah diam je tunggu dia habis ketawa.
Najihah merenung telefon bimbit. Patut ke dia kata aku gedik? Dah lah tak reti nak bagi salam. Lepas tu boleh pulak dia gelak kuat macam orang gila. Alia ni tak sah kalau masa dia menelefon Najihah, ada saja lagu-lagu yang memekak dalam bilik dia tu. Bingit betul.
“Ayat mintak lempang ke ni?  Kau kenapa? Cepat cerita sebelum aku buka cerita mengantuk.” Sarkastik.
“Garangnya! Kau bukannya kerja esok, buat apa nak tidur awal-awal. Kecoh betul.” Alia mengeluarkan kenyataan yang benar belaka. Najihah pekup mulut, menguap.
“Esok ke lusa ke.. aku memang tak kerja. Lagi satu.. aku kerja ke, tak kerja ke aku memang tidur awal.  Cakap cepat kau nak apa sebenarnya ni?” Najihah dah mula mengesat mata yang dah kelat.
“Aku nak kau temankan aku keluar esok,boleh? Kita makan-makan, jalan-jalan, tengok movie. Semua tu tanggungjawab aku…kau bawak badan yang sihat je.” Alia cakap dengan penuh gambaran seronoknya. Amboi kayanya dia! Menang jackpot agaknya. Mata Najihah terus terbuka luas. Kepala dia dah terbayang-bayang nak makan free.
“Betul ke apa yang aku dengar ni Lia? Susah-susah kau je.” Nada suara Najihah bertukar menjadi ceria. Mahu tak ceria bila budak kedekut cucu Hj. Bakhil ni nak belanja.
“Eh kenapa? Tak nak ke.. ataupun kau yang nak belanja aku?”  Bidas Alia pulak.
“Weh.. giler apa tak nak? Kau jangan nak buruk siku, Liaaaaaa.” Najihah terperangkap dengan lawak tak jadi dia. Bimbang kalau-kalau Alia bertukar niat suci murni dia tu.
“Ye laaa.. dah aku offer, akulah belanja. Sudah-sudah.. esok je kita sambung. Buang kredit je cakap lama-lama kat sini. Esok aku ambil kau kat rumah.. 11.00 pagi, okey?” Cadang Alia.
“Setuju! I love you,Lia. Kaulah kawan terindah yang pernah aku jumpa.” Najihah cakap laju-laju sambil sempat bodek Alia.

 Hampir Maghrib Najihah sampai di rumah setelah berjalan sakan dengan Alia. Habis satu bandar yang tak berapa nak besar ni mereka pusing. Semua kompleks pasaraya ditinjau. Teringat pula Najihah pada kejadian petang tadi ketika mereka berada di sebuah kompleks pasaraya. Ketika itu mereka sedang menikmati makanan segera di McDonalds.
“Lia.. perasaan tak? Ada sorang mamat kat belakang kau.. yang pakai tee colour hitam tu.” Refleks, Alia mahu toleh ke belakang. Belum sempat toleh, Najihah sempat meletakkan kedua belah tapak tangan dia di kedua belah pipi Alia. Semata-mata tak nak bagi Alia toleh.
“Wei.. jangan tengok dulu. Mamat tu tengah pandang kita sekarang ni. Nanti bila aku bagi hint, baru kau boleh tengok dia.” Najihah bagi arahan. Serius tu bunyi.
“Hish kau ni Jie.. terkejut aku. Ingatkan kau nak buat apa tadi. Buat apa dia pandang kita? Dia kenal kau kut Jie?” Alia serkap jarang.
“Eiiii.. tak kenal pun.” Najihah kecilkan biji mata dia. Tanda-tanda tak boleh terima cakap Alia.  “Hah, hah.. tengok, tengok dia pandang sini lagi. Kalau iye pun aku ni cantik jelita.. janganlah pandang gitu. Malu…haha.” Najihah gelak tutup mulut. Bajet perempuan Melayu terakhir. Tapi dalam hati, rasa makin tak selesa bila kena pandang semacam. Dah rasa macam penjenayah je.          
“Eleh-eleh, aku dengan kau.. bezanya cuma aku ‘lebih cantik sikit’ je dari kau.” Alia menyeringai gigi.
Kenyataan Alia langsung tak ada kena mengena dengan cerita lelaki yang sedang pandang mereka ketika ini. Najihah dahlah tengah meremang bulu tengkuk bila tengok wajah lelaki tu. Yang si Lia, boleh pulak puji diri sendiri.
“Kesimpulannya memang aku ‘lebih cantik’.. sebab kau ‘cantik sikit’ je ahaha.” Najihah tergelak kuat sambil mata sempat mengawasi lelaki itu. Alia buat muka menyampah.
 “Lia,lia! Cepat Lia.. kau boleh tengok mamat tu sekarang.” Najihah cakap dengan suara yang separuh berbisik. Dia nampak lelaki itu sedang tunduk sambil sibuk menyentuh skrin telefon pintar dia.
Tak semena-mena, lelaki tadi angkat muka dan pandang depan. Dia seperti menyedari yang Najihah dan Alia sedang perhatikan dia.
Kantoi! Najihah dan Alia tersentak.Tapi lelaki tadi boleh pulak tersenyum. Ciss! Alia terus pusing ke hadapan semula. Najihah pula tunduk menganalisis burger yang semakin sejuk. Manakala, dalam mulut penuh dengan burger yang dah tak lumat nak dikunyah. Tolonglah jangan tercekik sekarang ni!
“Jiha.. kalau mamat ni aku dah nampak dia dari tadi lagi dengan kawan dia ni. Sebelum kita masuk panggung tadi aku dah perasan. Aku rasa memang dia pandang kau yang cantik jelita ni.”Aliah menjuih bibir mengejek Najihah. Najihah angkat kening sebelah.
“A’ah.. iyelah kot tu.” Najihah merengus. “Eh…kau dah habis makan? Jom kita cabut.. dah tak tenteram duduk sini.”
Alia terkocoh-kocoh mengekori Najihah yang dah bangun tinggalkan meja comel itu. Mereka masuk beberapa butik pakaian yang berdekatan restoran segara itu tadi. Sebaik keluar daripada  butik yang kedua, Najihah ternampak lelaki aneh tadi berada di hadapan kedai tersebut dengan kawan dia. Najihah terpempan. Cepat-cepat Najihah tarik tangan Alia supaya menuruti dia keluar dari kedai tersebut. Tak sempat nak bergerak jauh, lelaki aneh tadi cuba menahan langkah mereka. Mereka berdua tersandar di dinding koridor butik.
“Eh awak.. nanti dulu. Jangan takut.. saya bukan orang jahat.” Melihatkan Najihah dan Alia diam tidak berkutik, mamat aneh itu meneruskan kata-kata. “ Saya cuma nak berkenalan. Nama saya Farid. Nama cik adik yang pakai baju colour coklat ni, siapa?”
Eleh! Ada ke orang jahat nak mengaku jahat!  Nak berkenalan je si mamat ni, ingatkan nak ragut ke, tak pun nak tarik kereta si Alia ni tadi. Buat penat dia suspen. Mujur tak pasang kuda-kuda lagi.
Oh chop, chop, chop! Siapa – cik – adik – yang – pakai – baju – colour – coklat – tu? Najihah pandang Alia kot-kot perempuan tu pakai baju warna yang disebut lelaki tadi. Dan Alia serba pink lah. Ciss! Najihah terus peluk pinggang Alia dari belakang.
Lelaki yang kata nama dia Farid tadi, menggawang-gawangkan tangan dia hadapan wajah Najihah. Alia cuba merenggangkan tangan Najihah yang memeluk kemas pinggang dia.
“Wei mangkuk.. lepas tangan kau ni. Public area ni kan. Hish!” Alia bercakap perlahan sambil menggigit bibir. Geram dia dengan perangai Najihah.
“And your name?” Farid ulang soalan. Kawan Farid kat sebelah tu, cuma tersenyum je dari tadi.
Najihah yang baru tersedar, terus melepaskan tangan dia. “Aaaa.. So.. Sofea.” Najihah jawab terkulat-kulat. Dia menyeringai gigi pada Alia. Terbeliak biji mata Alia sekarang ni.
“Oh…nice name’s. Padanlah dengan orang dia.” Farid senyum meleret sambil mengangguk-angguk perlahan. “Berapa umur you? Kalau tak keberatan.. minta nombor telefon boleh?”
Farid keluarkan skill mengorat dia taraf-taraf budak darjah tiga. Memang beratlah nak bagi nombor telefon Najihah pada dia. Boleh blah! Heroin Melayu mesti kena jual mahal dahulu pada babak-babak pertama macam sekarang ni.
“Seganlah nak bagi. En. Farid tak kenal saya, saya pun tak kenal encik.” Sebiji-biji Najihah berterus terang dengan penuh bersopan santun sambil tersenyum hormat.
“Cik Sofea.. macam mana kita nak kenal kalau Cik Sofea tak nak beri peluang pada saya. Saya cuma nak berkawan, takkan tak boleh? Takkan itupun salah pada Cik Sofea? Saya ikhlas… saya bukan lagi budak-budak yang nak mainkan Cik Sofea.” D
Dia panggil Najihah dengan ‘Cik Sofea’? Tiru Najihahlah tu panggil dia ‘En. Farid’. Boleh tahan juga lelaki ni susun ayat. Boleh tahan apanya? Skema kut! Karang kalau Najihah cakap dia memang tak hingin nak bagi nombor telefon, susah pulak jadinya nanti. Macamlah dia ni cun sangat nak buat macam tu.
“IKHLAS! Kalau betul En. Farid ikhlas, kita akan jumpa lagi satu hari nanti. Saya percaya dengan jodoh pertemuan. Kalau ada rezeki dan jodoh.. tak ke mana. Waktu tu, saya boleh jawab semua soalan En. Farid tadi.” Terang Najihah dengan idea tiba-tiba dia yang dia pun terasa poyo.
“Macam mana nak jumpa kalau phone number pun tak nak bagi?” Farid masih lagi tak berputus asa.
“En. Farid hanya perlu percaya pada jodoh.” Najihah senyum lepas dia bagi salam dekat Farid. Lepas tu dia tarik tangan Alia jalan dari situ.
Farid dah tak terkata. Najihah terus jalan laju tanpa pedulikan Farid yang ada rupa kecewa. 

 “Ewah-ewah Jiha…pandai kau pusing-pusing ayat. Konon jodohlah, pertemuanlah…ada-ada je kau ni.” Alia ketawa mengejek. Ketika itu merak dah jauh tinggalkan Farid.“Apa salahnya kalau kau bagi je nombor telefon kau tu. Lagipun, kau bukannya ada boyfriend. Berkawan tak salahlah.”
“Malas la nak buat benda yang aku tak rela. Malas nak buang masa aku dan masa dia jugak. Semua pun malas. Aku belum desparate lagi nak ada boyfriend.” Najihah jawab acuh tak acuh. Mentang-mentanglah kau dah ada Aidysham tersayang kau tu, kau nak berlagak dengan aku pulak eih Lia. Najihah buat muka bosan tengok Alia.
“Apesal buang masa? Okey apa si Farid tu, muka macam James Franco.. good looking kot. Tak tidur malam ingat dia.” Alia cakap dengan bersungguh-sungguh.
James Franco? Harry Osborn dalam Spider Man tu? Adoi.. tak kena langsung! Franco tu dah jatuh dalam kategori handsome tau tak. Celah mana yang sama ni Lia? Kalau ingat si Franco a.k.a Farid ni.. memang confirm la aku tak tidur malam. Sebab along the night aku nightmare je.” Najihah berdecit.
Alia tergelak kuat.  “Kau ni buta hati ke apa? Macam manalah maksud handsome kau tu?”
Handsome? Handsome tu.. tak perlu sekacak Franco cuma cukup ada satu rasa yang indah bila kita pandang wajah dia. Wajah yang boleh buat kita tersenyum sampai ke hati. Okey, sekian wassalam.” Najihah senyum meleret seperti berpuas hati.
“Memang sah kau tu buta! Farid memang dalam kategori tu apa. Dah tu.. kau tipu nama kau tu apehal? Sofea la sangat. Ingat kau tu Sofea Jane?” Alia kutuk-kutuk Najihah.
“Saje.. mana boleh bagi tau nama sebenar. Kena rahsia nama aku yang sedap ni.” Najihah jawab main-main.
“Kau jangan ingat Taiping ni besar, probability untuk kau terjumpa balik si Farid tu tinggi. Masa tu kau nak buat apa kalau terserempak dengan dia?” Alia menduga. Tapi mungkin boleh jadi betul juga dengan kata-kata perempuan ni.
Cool Lia.. entah-entah dia pun dah tak ingat aku masa tu. Lagipun aku kan tak janji apa-apa. Aku cuma cakap yang aku akan jawab semua soalan dia tadi je. Yang lain sorry dan boleh naik lori.” Najihah cakap dengan yakin. Kena yakinlah untuk sedapkan hati sendiri.
“Tapi kau pun kena percaya pada jodoh dan pertemuan.” Alia pinjam kata-kata Najihah. Najihah dah tersepit.
Absolutely I’m believe it! Udah-udah.. jom balik. Kang kalau si Farid tu datang lagi, aku bagi je nombor telefon kau.” Najihah mengugut-ugut Alia.
“Tak heranlah aku.. dia bukan nak aku, dia nak kau.” Alia serang balik.

“Aih.. banyak cakap pulak dia ni. Jom balik!” Najihah jegilkan mata pada Alia. Dia terus angkat kaki pijak ascelator. Lantaklah kau Lia. Terpacaklah kau sorang-sorang kat situ.

No comments:

Post a Comment