Dan apabila Headphone Boy à
Headphone Girl...
Kem
Kepimpinan Pelajar-Pelajar Universiti Seantero Malaysia selama empat hari tiga
malam itu bermula dengan sesi ice-breaking
dan pembentukan kumpulan. Selepas solat Isyak berjemaah dan bacaan surah Yasin
di surau tadi, mereka berkumpul di dewan utama itu. Pelajar-pelajar dari
pelbagai jurusan dari universiti utama tempatan dan berasal dari negeri yang
sama itu dibahagikan mengikut kumpulan secara rawak. Ada tujuh kumpulan
semuanya, dengan setiap kumpulan terdiri daripada tujuh atau lapan orang. Tidak
la ramai sangat peserta yang berkampung di Bukit Keluang Beach Resort itu kali
ini.
Dia
mengangkat muka, mencari kelibat sahabat di segenap penjuru dewan. Jumpa. Si
Faizal itu sedang tersengih sumbing berbual dengan beberapa orang gadis di
dalam kumpulannya. Dia menggeleng perlahan. ‘Ais’ kat sana nampaknya dah laju
mencair. Si Ulat Bulu dah memanjat daun memulakan tugasnya.
Hm…
tapi ‘ais’ kumpulan aku ni…
Gadis
di depannya senyum memperkenalkan diri, sekilas mengerlingnya. “Fatin Aina
Abdul Razak, UPM, Teknologi Makanan.”
Ais
kat sini baru nak retak kut.
“Diyana
Aishah Abdullah, UKM, TESL.” Gadis di sebelahnya bersuara tiba-tiba tanpa
mengangkat muka, betul-betul on cue
untuk gilirannya memperkenalkan diri. Tuesday
with Morrie, Mitch Albom di tangan
dibelek selamba.
Spontan
Abang Sidek, fasilitator kumpulan mereka ketawa. “Diyana Aishah?”
Gadis
itu mengangkat muka sedikit. “Iye?”
“Tujuan
sesi ni nak bagi ahli kumpulan berkenal-kenalan. Tutup la dulu buku tu.” Lembut
Abang Sidek itu berkata.
Automatik
buku kecil di tangan gadis itu dilipat tutup. “Sorry.” Rendah suaranya meminta maaf.
Abang
Sidek ketawa kecil. “Tak pe.” Dia
mengalih pandang. “Teruskan.”
Dia
mengangguk. “Muhammad Hanif Mustafa, UiTM, Farmasi.” Dari sudut matanya dapat
ditangkap si gadis berbaju kemeja kelabu, bertudung hitam di sebelahnya yang
memperkenalkan diri sebagai Diyana Aishah tadi menjongket kening sebelah. Awat, girl, pelik sangat ke lelaki ambil jurusan Farmasi?
Sesi
perkenalan diteruskan sehingga ketujuh-tujuh ahli kumpulannya selesai. Dan dia,
entah mengapa selang sekejap mengerling gadis di sebelah yang masih menunduk. Lone ranger
agaknya minah ni. Dari tadi senyap
tak terkutik, hanya buku di riba yang dibalik-balikkan di tangan aje yang
mendapat respons daripadanya.
“Excuse me, Miss Morrie.” Entah bagaimana
meluncur laju empat patah kata itu dari mulutnya.
Berkerut
seribu dahi gadis itu sebelum berpaling sikit merenungnya.
Dia sengih. “My friends call me Nif. Atau Nif-Cut. Ada nickname?” selamba dia bertanya.
Gadis itu membulatkan mata. “Ada. And it’s not Miss Morrie.” Buku kecil di
tangan ditenung lagi.
Spontan dia tergelak. “Maaf.”
Gadis itu menjongket bahu sebelah.
Malas nak melayan barangkali.
Tapi dia, makin orang malas nak
melayan, makin sukalah dia nak mengasak.
“Jadinya, nak panggil awak apa?”
Dia sengih lagi. “Di? Macam the late
Princess Diana?”
Mata itu merenungnya semula, tajam.
“The name I use is Aishah. If you really, really, really have to call
me by short name, it’s Ash...”
“Ash... arang? Kenapa Ash?” Rakan
sebilik di hujung dewan sana dijeling sekilas. Ashraf. Ash. Budak ni jurusan
sama, kelas sama, dan sekarang nickname
pun sama? Ada apa-apa ke?
“Because I feel like burning myself and become ringan and fly away...”
“Huh?” Terasa dahinya berkerut,
pelik. “Kenap…”
“Nif-Cut? Sejak bila future pharmacist tau main scalpel?” Gadis itu dah memotong dulu.
Dia tergelak lagi. “Bukan cut as in scalpel la. Itu geng basketball punya gelaran. Sebab suka
sangat cut orang tengah dribble bola.”
“Oh, ingatkan macam Nip-Tuck.”
Giliran dia pula yang membulatkan
mata. “Daripada situlah dia orang dapat idea tu.”
Senyum panjang tiba-tiba merekah di
bibir gadis itu. “Cool...”
No comments:
Post a Comment