Aku
bentangkan hamparan cintamu
Untuk
mengalas peraduan lenamu
~Hanif~
“Manusia dilahirkan sebagai makhluk sosial yang tentunya
hidup tak boleh sendirian. Jangan pernah kita lupa pada fitrah penciptaan
manusia, Hanif.” Kata-kata Abi Daud kali pertama pertemuan mereka berjumpa,
masih terngiang-ngiang di telinganya. Hidup
tak boleh sendirian. Manusia perlu hidup dalam kelompok yang saling
membahagiakan. Benar, dia mahu hidup dalam kelompok yang mampu saling
membahagiakan.
Justeru itu dia tak pernah menyesal dengan keputusan yang
dia ambil… menyerahkan Afra ke dakapan cinta hatinya. Dia tak pernah hilang
Afra malah teman hidupnya bertambah dengan hadinya insan-insan yang menyayangi
Afra… penghuni Darul Hanan dan Samir. Malah dia turut diberi peluang untuk
menumpang kasih sayang mereka. Rasa kosong dan sunyi selama in, terisi sedikit
demi sedikit.
Terasa bahu kanannya ditepuk dari belakang. Pantas dia
menoleh. Meihat senyum diulas bibir Firdaus, dia turut mengoyak senyum.
“Yang lebih indah adalah menyayangi dia tanpa
mengharapkan sesuatu perasaan apa pun daripadanya.” Ujar Firdaus sambal memeluk
bahu Hanif. Menyalur semangat buat Hanif yang bijak menyimpan kecewa sendiri.
Hanif ukir senyum pada setiap yang menyapa. Namun dia tahu hati Hanif terluka
parah.
“Aku pegang kata-kata Afra… jangan risau kalau matahari
hilang… jangan gusar bila mendung bertandang sebab kita akan dapat lihat indah
pelangi selepas itu buat menghias langit.”
“Betul kata Afra tu.” Sokong Firdaus.
“Sekarang aku nampak pelangi yang dia maksudkan… kau,
Samir dan penghuni Darul Hanan. Apa pun Afra itu masih cousin yang paling aku sayang. Aku tak akan pernah kehilangan dia
sampai bila-bila pun.” Walaupun masih ada rasa sayu dalam bilik hatinya, namun
Hanif tetap positif. Melihat Afra
bahagia di hadapannya sudah cukup memadai bagi dirinya.
Hanif masih memandang pasangan pengantin yang sudah
berdiri di hadapan Tuan Zakri dan Puan Jasmine berhampiran dengan pintu masuk.
Kedua-dua orang tuanya turut berada di situ. Tidak ada kesal dalam hatinya biar
dia tahu dia sayang Afra lebih dari seorang sepupu.
Cukuplah dia menyayangi Afra dalam diam, menyalurkan
rindu melalui doa-doa di setiap sujudnya dan menjaga Afra melalui doa-doa itu.
Dia tahu Afra duduk dalam hati lelaki hebat. Tak ada apa pun yang perlu
dirisaukan. Dia yakin Afra akan bahagia selamanya. Apa yang lebih berharga buat
dirinya adalah melihat hidup Afra dilimpahi kebahagiaan.
“Kau sendiri sebenarnya sangat hebat Nif, sanggup berubah
dalam sekelip mata. Afra sebenarnya sangat bertuah memiliki sepupu hebat seperti
kau. Sanggup lakukan apa sahaja untuk dia… untuk melihat dia bahagia.” Ujar
Firdaus lagi.
Hebat? Apa hebatnya aku ni Fir? Keluh hati Hanif. Kalau
benar hebat, tak adalah Afra terlepas ke tangan orang lain. Kalau benar hebat…
tentu tak ada ruang untuk Samir menyentuh hati Afra. Kalau benar hebat… tentu
Afra tidak berpaling melihat lelaki lain.
“Are you okay, son?”
Tan Sri Jalil pula mengambil tempat di sisi Hanif sementara Firdaus sudah
menjauh ke tengah halaman.
“Don’t worry dad.
Mustahil I rebah hanya kerana seorang wanita. Ini Hanif tau. Sedikit pun tak
goyah walaupun tak berjaya memiliki Afra.” Hanif tetap tidak mahu kelihatan
lemah di mata ayahnya.
Tan Sri Jalil berdehem. Wajah kacak anak tunggalnya
diperhati lama. Memang Hanif masih mampu membalas senyum yang dihulur. Masih
mampu tenang melihat gadis kesayangan bersanding di pelamin indah bersama
lelaki lain.
“Kalau perempuan lain mungkin ya… tapi ini Afra. The way you looked at her… semua orang
boleh tahu betapa dalamnya perasaan you pada dia.” Ujar Tan Sri Jalil akhirnya.
Hanif meraba pangkal tengkuknya. Sudah puas dia menjaga
pandangan matanya hari ini namun tetap juga ada yang perasaan. Sudah puas dia
mengawal dirinya agak berlagak seperti tetamu yang lainnya. Namun ada juga
ingin menduga hatinya.
“I’m okay today,
daddy. I’ll be okay tomorrow.” Luah Hanif perlahan.
“Kalau you masih simpan dia dalam hati you, kenapa
lepaskan pada orang lain? Tak berbaloi you seksa perasaan sendiri.” Ada waktu
memang sukar untuk Tan Sri Jalil memahami apa yang ada di fikiran anak sendiri.
Berkorban untuk orang yang dicintai… namun berbaloikah? Kalau dia sendiri…
mustahil dia lepaskan orang yang dia cintai ke tangan orang lain.
“Daddy tahu tak
kenapa kita tak boleh terlalu senang berlebihan bila kita diberi kenikmatan?”
soal Hanif.
“Tell to me.” Pinta
Tan Sri Jalil.
Seringkali meninggalkan Hanif seorang diri di sini, hari
ini dia mulai sedar yang Hanif sudah jauh berubah. Menjadi lelaki yang lebih
matang dengan wajah yang sentiasa tenang. Ada waktunya dia sendiri menjadi malu
dengan Hanif. Dia ayah yang tidak mampu memberi bahagia yang hakiki kepada
satu-satunya waris yang dia ada itu.
“Agar kita boleh menjaga yang lain untuk tetap bersyukur.
Memang sedih bila terpaksa melepaskan Afra tapi bila melepaskan dia I boleh
merasai nikmat yang lebih besar bila dipertemukan dengan mereka yang lain… I
rela lepaskan dia Dad. Ada nikmat
yang lebih besar sebagai ganjarannya.” Ujar Hanif perlahan.
Jeda. Tan Sri Jalil terkedu mendengar alasan Hanif. Entah
mengapa hatinya tersentuh dengan kata-kata Hanif yang jelas lebih
bertanggungjawab pada diri sendiri dan insan sekitarnya. Hanif sudah
benar-benar matang. Dia yang sudah seusia itu pun tidak pernah memikirkan
nikmat di sebalik setiap kejadian Allah. Dia malu tiba-tiba.
“Daddy bangga
dengan you.” Luah Tan Sri Jalil perlahan.
“I pun belajar dari mereka daddy.”
Abi Daud kata, Allah tak pernah kejam kepada
makhluknya. DIA tak akan biarkan kita
sedih untuk selama-lamanya. DIA bagi kita perasaan sedih dan kecewa ini supaya kita tahu betapa nikmatnya rasa
gembira. Barulah kita akan rasa
bersyukur.
No comments:
Post a Comment