Tuesday, 14 October 2014

Lelaki Idaman Hamba (Bab 3) ~ Balqis Mohamad

      “MUAZ! Lap meja tu cepat. Nanti customer nak duduk!” Arah Tisha pada Muaz. Buat kerja lambat! Semua nak disuruh. Pantas Muaz membersihkan meja, pelanggan yang tiba menungu lama untuk dilayan. Tisha mengeluh! Tadi kalau buat cepat-cepatkan senang? Tak da lah pelanggan nak tunggu lama macam ni. Tisha merungut dalam hati. Buku menu disambar.
  “Nak makan apa cik?” Tanya Tisha lembut, wajahnya dimaniskan. Buku menu diletakkan diatas meja.
  “Sayang nak makan apa?” Tanya perempuan tersebut pada lelaki disebelahnya. Lelaki tersebut diam, matanya terus terpaku pada menu. Kalau gedik macam ni mesti belum kahwin ni .. Teka Tisha dalam hati.
   “Bagi saya pasta with cheese satu , orange juice okey ?” Pesan perempuan itu lalu buku menu ditutup kasar .
   “Sayang nak makan apa?” Tanya perempuan itu sekali lagi.
   “Boleh diam tak Zira? Bukan you yang patut tanya soalan tu, dan bukan pada you I  patut jawab. You bukan waiter,  kalau bagitau pun. You tahu buat ke?” Lelaki tersebut membalas kasar .
      Tisha hampir tergelak, namun cepat ditutup dengan buku yang dipegangnya. “You ni! Tengok waiter ni pun ketawakan I! Hariz , you jangan sampai I  report mummy nanti!” Ugut Zira.
   “Reportlah Zira, tak penting! Yang penting I  lapar sekarang ni. Pasta with mushroom, mushroom soup and apple juice please ..” Beritahu Hariz pada Tisha lalu menyerahkan buku menu pada Tisha. Tisha tersenyum lalu berlalu .
       Tisha kembali ke kaunter setelah pesannya diambil oleh Yazid dan Sarah yang merupakan tukang masak. Manakala Muaz, Halim dan Taufik sebagai waiter. Tisha sebagai penjaga kaunter. Namun bila keadaan tidak terkawal, Tisha berperanan sebagai tukang masak, dan waiter. Semua bergantung kepada keadaan.
    “Ya cik? Table nombor berapa?” Tanya Tisha pada seorang wanita. “36 ..” Beritahunya lembut. Tisha menyemak melaui komputernya.
   “Rm 79.80 cik..” Beritahu Tisha tersenyum. Wanita tersebut menyerahkan not 100. Tisha memulangkan wang baki.
    “Terima Kasih, sila datang lagi..” Tisha tersenyum.
     Tisha memandang sekeliling jam menganjak pukul 5.30 petang. Memanglah waktu –waktu macam ni, jarang ada pelanggan. Biasanya  waktu makan tengah hari atau malam, pelanggan akan bertambah. Tisha hairan melihat Hariz menjamu selera sendirian. Mana  Zira gedik tu ? Ish!? Suka hati kata gedik. Kita pun perempuan ada adik perempuan, jadi pada batang hidung sendiri macam mana? Tisha tersedar apabila Hariz melambainya. Tisha kaget. Ah sudah! Dia perasan aku tenung dia ke? Tisha menyibukkan diri, gementar apabila sedar seseorang berdiri dihadapannya.
   “Cik ?” Panggil suara tersebut. Tisha mengankat kepala. Kan dah kata?
   “Ya Cik Hariz..” Opss ! Mati aku kalau dia tanya mana aku tahu nama dia, aku nak jawab apa? Hariz tersenyum .
   “Obviuos sangat ke Zira tu dengan saya tadi?” Tanya Hariz tersenyum. Tisha tersenyum. “Tak hairanlah awak pun tahu nama saya .. Kan?” Tanya Hariz lembut . Tisha tersenyum lagi. Habis nak jawab apa ? Nampak benar aku menyibuk.
  “Encik nak bayar? Table berapa?” Tanya Tisha lembut.
   Hariz tersenyum, lalu menggeleng. Tisha hairan, nak apa pulak? “Saya belum habis makan. Tapi saya dah kenyang, jadi awak boleh tolong habiskan air Zira untuk saya? Tak baik membazir..” Hariz tersenyum. Tisha hairan .
   “Jom duduk dulu . Kat table saya ..” Ajak Hariz lembut. Tisha bagai dipukau menurut. “Zira merajuk sebab tak layan dia, jadi dia pergi macam tu ja. Tak sempat makanan sampai. Saya dah habiskan pasta dia. Tapi air dia saya tak mampu nak habiskan. Dah full tank dah ni ..” Beritahu Hariz sambil mengusap perutnya . Tisha ketawa .
   “Yelah saya faham.” Lalu air Zira disedutnya. Lagipun memang tengah dahaga? Apa salahnya.
   “Nama awak? Yalah tak aci awak tahu nama saya ja kan?” Hariz berkias.
    “Latisha..” Jawab Tisha sepatah.
    “Nice name! Ni tauke tak marah borak dengan saya?” Tanya Hariz lembut.
    “Tak kot, ni semua Ahmad Albab yang punya. Jadi tunggu Ahmad Albab blah..”Tisha bergurau. Hariz ketawa.“Yang tadi special girlfriend ke?” Tisha sekadar bertanya.
     “Nope. Girlfriend yang sepatutnya jadi bakal fiancĂ©. Tapi kalau ikut hati nak buat bakal ex-girlfriend ..” Hariz bergurau. Tisha ketawa.
    “Good Luck then ..” Tisha membalas gurauan .
     “Okeylah . I’ve to go now.. Here’s” Hulur Hariz not 100. “No. My treats!” Beritahu Tisha tesenyum .
    “Serious ?” Tanya Haiz tak percaya. Tisha menganguk lembut.
   “Tak pe ke ? Nanti gaji kena potong..” Tanya Hariz berbisik.
   “Tak pe , tauke tak tahu ..” Tisha berbisik juga.
   “Give me your number then. Repay..” Hariz meminta.
   “No ..”
   “I‘m insist Latisha ..” Hariz tegas . Latisha mengalah !
    Tepat pukul 11 Tisha mengarahkan kedai ditutup. “Muaz! Cepat mop lantai ni. Esok kau datang lambat orang lain pulak yang kena buat ..” Laung Tisha dari dapur. Segala barang dimasukan kedalam peti sejuk. Lalu mula menolong Sarah membersihkan dapur.
   “Dah siap nak balik?” Tegur satu suara. Tisha memaling.
   “Abah! Dah nak tutup ni, kenapa datang?” Soal Tisha pada Haji Yaakub.
  “Saja. Tasha nak isi minyak kereta, abah singgahlah. Tam tu pulak nak makan burger.” Beritahu Haji Yaakub. Tisha menganguk faham. Matanya tertumpu pada bungkusan hitam yang berlonggok di tepi pintu.
   “Siapa yang duty buang sampah ni? Kenapa tak buang lagi?” Marah Tisha. Haji Yaakub hanya mampu menggeleng. Perangai Tisha turun sebijik dari arwah isterinya Hajah Suraya!
   “Muaz kak, dia tinggal kerja dia sebab akak suruh dia mop lantai tadi.” Beritahu Taufik . Tisha mengeluh. Aku la yang salah? Dan aku jugak yang kena buang? Malas cakap banyak beg plastik sampah diambilnya kasar.
    “Kak nak pergi buang ke? Dah lewat ni. Tinggal jalah, nanti saya buat ..” Taufik menawar diri.
    “Tunggu kau, bila boleh balik?” Tanya Tisha lalu melangkah keluar dari pintu belakang ke tong sampah. Seratus meter kehadapan terasa jauhnya!
     Tisha memberanikan diri, segala macam surah dibacanya. Tiba di tong sampah Tisha melemparkan beg palstik yang berada dalam genggaman tangan kanannya kedalam tong sampah. Tiba-tiba Tisha berasa seram. Ya Allah! Selamatkan aku! Tisha dapat merasakan derapan kaki makhluk dibelakangnya. Tisha dapat merasakan seseorang dibelakangnya. Pantas Tisha menjerit lalu menghayun beg plastic sampah yang berada dalam genggaman tangan kirinya kepada makhluk yang berada dibelakangnya .
    “Cik! Stop! Stop! Nanti!” Rayu seorang lelaki.
     Tisha berhenti. Lelaki tersebut bangun dari jatuhnya. Habis bertabur sisa makanan pada tubuhnya. Plastic sampah Tisha pecah lalu tersimbah diatasnya. Persis pengemis. Tisha merenung atas kebawah. Sport shoe, dan seluar jeans lusuh yang koyak rabak. Baju lengan pendek dengan lambang tengkorak. Rambut! Panjangnya kalah aku! Sekali tengok dah macam fahaman black metal dah, bukan rock lagi. Siap berantai dan gelang lagi. Pergh ! Manusia ke apa?

   “Cik. Tolong saya. Saya kena rompak! Yang paling sedih saya lapar..” Rayu lelaki itu. Tisha mengeluh!

Monday, 13 October 2014

Yang Arif Yang Wangi (Bab 4) ~ Fizziany

KRINGGGG!!!!!!KRINGGG!!!!!! Lagu klasik deringan telefon kuat berbunyi. Arif yang masih berselubung di dalam selimut segera tersentak. Telefon bimbitnya segera dicari.
Skrin telefon ditelek sejenak. Siapa pula ni…Nombor tak dikenali. Namun dijawab juga. Sebelah tangannya yang satu lagi mencapai alat pengawal penghawa dingin.
“Hello..” alat penghawa dingin terus dimatikan. Angin pagi yang menghembus masuk melalui sliding doornya yang terbuka luas benar-benar sejuk.
“Hello…ini Encik Arif Farhan?” soal suara di hujung talian. Suara perempuan. Macam pernah dengar suara ni….Tapi, kat mana. Berkerut dahinya mengingat.
“Ya bercakap. Siapa ni,” soal Arif. Sebetulnya, dia mahu mengutarakan soalan ini “ Siapa yang sibuk telefon saya pagi-pagi buta ni?” biarpun pagi tidak buta lagi. Matahari sudah agak tegak meninggi.
“Ya, saya buat panggilan dari Hospital Besar Kuala Rompin. Saya nak bagitau Encik Arif, yang pesakit yang Encik Arif langgar 2 hari lepas, dah sedar dan dia dah boleh balik,” suara di hujung talian berbicara panjang.
Allah!!Aku lupa!!! Bingkas Arif  bangun sambil meraup rambutnya yang kusut.
“Emm..okay. Biar dia balik. Apa-apa charge untuk hospital, puan boleh bilkan atas nama saya,” kata Arif. Hampir-hampir dia terlupa pula pada budak perempuan itu.
“Tapi Encik Arif, siapa nak jemput budak ni?” soal pemanggil itu lagi. Arif terkesima. Kau expect aku kena jemput budak tu ke? Sebelah keningnya terangkat.
“Tanyalah dia, tinggal kat mana. Siapa saudara terdekatnya,” arah Arif. Itu pun aku nak bagitahu ke? Baik aku saja jadi jururawat. Arif mencebik.
“Encik Arif…kami dah tanya dari semalam. Tapi dia bisu…” kata pemanggil itu seakan geram. Melopong mulut Arif mendengar. Bisu???Rambutnya yang serabai diraup. Kelu lidahnya.Otaknya ligat mencari jalan keluar.
“Hmm..tak apa. I’ll be there in 2 hours,” janji Arif. Talian diputuskan. Arif terdiam sejenak. Bisu? Ahh…sudah…tak apa. Ambil budak tu dulu, then drive to tempat aku langgar dia tempohari. Kalau dia angguk, tandanya itulah rumah dia. Arif terus merangka pelan untuk menghantar budak perempuan itu. Dalam masa yang sama, dia bingkas bangun menuju kamar mandi.
Kurang 12 minit dari masa yang dijanjikan, Arif sudah tiba di hospital. Feri tiba awal tadi. Jadi, dia tidak perlu menunggu lama untuk ke daratan dari Pulau Tioman.  Terus sahaja dia ke kaunter wad.
“Haa..Encik Arif. Ini dia budak perempuan tu. Dia duduk kat bangku tu dari pagi tadi,” tunjuk jururawat tempohari. Di dadanya tersemat tanda nama ‘Hasmah’. Pantas Arif menoleh, memandang deretan bangku hijau yang terletak di ruang wad pesakit luar. Terdapat beberapa orang menghuni barisan bangku hijau yang disediakan untuk tempat menunggu.
“Mana satu?” ditelitinya satu persatu perempuan yang terdapat di situ. Sejujurnya, dia juga sudah lupa wajah budak perempuan itu. Malam itu, ketika menghantarnya ke hospital, wajahnya ditutupi dengan rambutnya yang panjang hingga ke pinggang. Selepas itu, wajahnya berbalut dan bertampal. Jadi, dia pun kurang pasti yang mana satu yang patut diangkut pulang.
Jururawat bernama Hasmah itu menghampiri seorang perempuan muda yang duduk di bangku paling hujung dan belakang. Arif mengekori jururawat itu. Mereka kini berdiri di depan gadis itu. Seorang budak perempuan muda, bertocang tinggi hingga menyerlahkan tulang pipinya yang panjang. Dia masih memakai baju t-shirt dan seluar track yang sama pada malam tempohari.
“Betul ke ini budaknya?” soal Arif hairan. Lantas, wajah gadis itu diteliti secara terperinci oleh Arif. Kulitnya putih kuning, rambutnya coklat gelap, raut wajah yang panjang, hidung mancung, bulu mata yang lebat dan bibir yang mungil merah merekah. Sekali tengok, tak ubah macam orang Sepanyol.  Arif seakan tidak percaya. Gadis itu mengangkat mukanya, memandang Arif. Matanya berwarna coklat.
Arif ternganga. Pandangannya dengan gadis itu bersatu. Kelu lidahnya serta merta.
“Betul ke dia yang saya langgar malam tu?” soal Arif tidak pasti. Jururawat itu mengangguk lagi, sambil berlalu menuju ke kaunter bayaran. Arif mengekori jururawat itu.
“Betullah. Ini bilnya,” jururawat bernama Hasmah menyerahkan satu keping kertas. Arif meneliti butir kertas itu lalu membayar sejumlah wang. Selesai urusan di kaunter bayaran, Arif terus menghampiri gadis itu yang masih tidak berganjak dari tempatnya. Arif kini sudah berdiri di depan gadis itu yang masih tertunduk diam. Arif tarik nafas panjang.
“Marilah. Kita cakap dalam kereta nanti,” ajak Arif. Gadis itu yang sehelai sepinggang, bangun lalu menuruti langkah Arif. Sesekali Arif menoleh ke belakangnya. Hairan, kenapa dia ikut cakap aku? Arif membukakan pintu keretanya. Gadis itu masuk dengan membisu. Bertambah hairan hati Arif. Tapi, tempat duduk pemanduan dituju juga.




ARIF memberhentikan keretanya di selekoh Leban Chondong, yang menjadi pengantara antara Muadzam Shah dan Kuantan. Sejak dari tadi, dia pening, bagaimana dia harus bercakap dengan orang bisu. Arif mematikan enjin, tapi membiarkan penghawa dingin kereta terus berputar. Arif pandang gadis di sebelahnya.
“Adik tinggal kat sini ke?” soal Arif sambil tangannya tergawang-gawang membuat bahasa isyarat yang entah betul ke tidak.Hentam sajalah labu!! Asalkan dia faham soalan aku…gadis itu memandang Arif dengan mata coklatnya.
“Adik tak pekak kan? Kalau betul , adik angguk, kalau salah, adik geleng..” arah Arif terkulat-kulat  membuat isyarat. Gadis itu memandangnya tanpa berkelip. Kedua-duanya saling berpandangan dalam keadaan terpinga-pinga.
“Boleh tak? Angguk kalau boleh,” susah sungguh nak bercakap dengan orang bisu ni. Keluh Arif. Seketika, gadis itu mengangguk. Lega hati Arif. Diurut-urut dadanya.
“Mujurlah kau tak pekak dik. Kalau tak, susah abang..”ujarnya gembira. Gadis itu memandang Arif.
“So…abang nak hantar adik kat mana ni? Abang tak tahu rumah adik kat mana. Kalau abang hantar adik kat tempat abang langgar adik tempohari, boleh?” soal Arif. Gadis itu diam. Tunduk. Arif masih menanti reaksi gadis itu. Gadis itu mengangkat wajahnya. Arif dipandang dengan sorotan mata yang menagih simpati.
“Hantar saya kat stesen bas Rompin bang,” tiba-tiba dia bersuara!! Terbeliak mata Arif. Woww!!! Dia boleh bercakaplah!!! Ternganga mulut Arif.

“Okay!!” itu saja yang terlepas dari mulut Arif lantas kelam kabut mengundurkan keretanya kembali.

Thursday, 9 October 2014

Puzzle (Bab 4) ~ N Husna

“Kenapa kau baca buku tu?”
Dia melihat buku yang terletak kemas di sisi Iman dengan pandangan pelik. Langit Ilahi – Hilal Asyraf Iman yang sedari tadi sekadar mendengar dia berleter entah apa – apa hanya membalas dengan senyuman halus.
            “Sebab aku nak tahu apa isinya…”
Dia jawab slumber. Wajah Ain yang masih tertanya – tanya dia pandang dengan senyum yang masih tak lekang.
            “Kalau kau rasa baca hasil tangan Sophie Kinsella boleh buat kau senyum sampai tak ingat dunia. Samalah jugak aku. Baca hasil tangan mamat ni, buat aku rasa tenang…”
Dia sambung. Ain diam. Baca buku pun boleh tenang? Mungkin penangannya sama macam dia duduk di Junky Street dan layan segala macam rasa yang terbuku sambil hang over dengan manga – manga yang tersusun rapi di rak kedai kecil itu dengan tangan meneguk air daripada botol hijau yang sudah jadi kegemarannya sejak akhir – akhir ini.
Itu cerita semalam. Masa dia duduk diam tak tahu nak buat apabila hujan turun waktu petang. Untung juga ada Iman, kalau tidak dia duduk seorang diri pandang hujan macam orang tak ada life!



Dinding bilik kecil yang penuh dengan rak buku itu dia pandang kosong. Semua buku yang ada di situ dia sudah habis hadam. Tiba – tiba rasa lama dah tak menjejakkan kaki ke MPH. Seingat dia, lepas habis kelas memang kerja menghabiskan masa bertenggek atas tembok dengan clan sampai ke petang. Melepak di Junky Street di bawa ke malam. Kalau masa menengah rendah dulu, adalah juga Rafiqa nak menemankan dia berjalan dalam shopping mall. Kalau tak teman Rafiqa window shopping, Rafiqa yang menjadi temannya membelek buku di dalam MPH. Masa tu juga, mummy tak sesibuk sekarang. Kalau keluar pun, waktu pulangnya bukan menjelang subuh. Dan waktu itu juga hanya daddy yang tidak kelihatan. Namun kini, kedua – duanya sering hilang daripada pandangan matanya.
            “Kalau mata hang keluar laser, dah habis terbakar dah buku – buku tu”
Ain toleh pantas. Suara yang tiba – tiba muncul memecah lamunan yang tadi memenuhi minda. Dia hadiahkan senyum sumbing pada si pemilik suara yang sudah melabuhkan punggung di atas kerusi berkembar yang terletak di hadapannya.
            “Kau ni suka benor mengelamun kan?” Iman tanya dengan senyum tak lekang. Ain angkat kening kanan. Tanda dia bertanya. Iman senyum lagi. “Kau tak keluar pulak hari ni?”
Hari Sabtu. Macam mustahil pulak untuk nampak Ain ada dalam rumah. Sepanjang dua minggu dia di rumah besar itu, ini kali pertama dia lihat Ain ada di dalam rumah. Dengan…
            “Why are you wearing tracksuit today?” Suara mummy yang tiba – tiba muncul buat dua pasang mata mengalih pandangan ke muka pintu. Wanita yang sudah menginjak ke usia separuh abad itu nampak selesa dengan blaus berlengan pendek separas peha dan berseluar slack hitam.
Ain pandang kaki yang memang sedia terlunjur di atas meja kecil di bilik itu sejak tadi. Dia pandang mummy nya sekilas sebelum menggeleng pantas. Wajah Iman yang tidak lekang senyumnya daripada tadi dia pandang dengan dahi berkerut. Nak kutuk aku lah tu!
            “Mungkin short dia semua dalam washing machine kot, untie?” Iman balas sambil tergelak kecil. Mummy pun sudah mula tarik senyum dan menggeleng. “Kan bagus pakai seluar panjang daripada pakai short. Anak perempuan mummy mesti sopan – santun. Ain kena ingat tu?” Mummy cakap sambil angkat jari telunjuk. Aura cikgu – cikgu cerita kisah teladan pada budak sekolah tadika. Ain buat muka tak berperasaan. Dia bangun daripada duduknya menuju ke pintu.
            “Tengok Mak Jah kat dapur” Dia cakap perlahan. Membiarkan mummy dan Iman melihatnya dengan penuh tanda tanya.



 “Ain tak pergi park hari ni?” Mak Jah tanya sambil pandang Ain dengan muka penuh tanda tanya. Selalunya pagi Sabtu begini, awal – awal lagi wajah anak gadis tuannya itu sudah tidak kelihatan. Hari ini lain pula ceritanya.
            “Tak. Dayn tak ada. Tak best lah!” Dia jawab perlahan sambil mata memerhati cabinet yang tersusun kemas di dinding ruang dapur. Mata macam scan isi cabinet yang entah apa dalammnya.
            Mak Jah kerut kening. Dayn tak ada? Macam pelik pula bila dengar kenyataan itu. Selalunya memang Dayn yang akan setia menunggu Ain di park itu. “Dayn pergi mana?” Mak Jah tanya lagi.
            “Mak Dayn ajak jumpa bakal isteri dia…” Dia jawab dengan senyum yang dia sendiri tahu kurang manisnya. Dayn dah nak kahwin. Dia cakap dalam hati sendiri.



            “Lepas ni kau tak payahlah selalu datang park. Duduk rumah baik – baik eh?”
Ain angkat kening. Keliru. Itu misi nak halau aku tak join clan ke apa? Dia tanya dalam hati sambil pandang Dayn dengan muka minta penjelasan.
Tangan Dayn jatuh atas kepala dia. Rambut dia yang serupa jambul anak burung Dayn usap perlahan. “Rambut ni, later… Panjangkan ajelah… Tak payah potong. Trim je boleh…”
Soalan yang bermain dimindanya langsung tidak berjawab. Dayn dengan tangan masih di kepalanya sudah menebar pandangan ke ruang park yang hanya terisi dengan anak – anak muda yang sibuk beraksi dengan roller blade dan skateboard masing – masing. Ruang permainan untuk kanak – kanak memang sesak lagi – lagi di hujung minggu begini.
            “Tak payahlah nak pakai short sangat. Not to forget! Jangan buat flare depan Reff… Ingat tu?” Dayn tanya dengan senyum yang singgah di hujung bibir. Tangan Dayn sudah lama terkalih daripada kepalanya.
            “What the… kau cakap macam tu?” Ain tanya tak puas hati. Rasa lain macam pulak bila dengar Dayn cakap macam guidance paling hebat dalam hidup dia. Dayn hanya balas dengan senyuman kosong.
            “Duduk rumah dengar cakap Iman?” Dayn sambung lagi. Ada senyum manis penuh makna tersirat yang muncul pada wajah lelaki berusia 21 tahun itu. Lelaki yang Ain kenal sejak dua tahun dulu. Sejak kaki dia mula terasa ingin menapak ke tengah park yang dahulunya dia pandang macam tempat pembuangan sampah sebab dinding penuh dengan contengan – contengan yang entah apa – apa.
            “Ehem!” Dia dengar Dayn berdehem kuat. “Mak aku nak tunjuk kat aku bakal isteri aku…”
            Ain angkat kening. Bulat matanya yang sudah sedia bulat. Muka Dayn masih tenang seperti tadi. Macam Ain dah lama tahu yang Dayn nak kahwin. Nak tinggalkan zaman bujang dia yang kononnya penuh warna – warni. Nak tinggalkan Ain yang rasanya belum mampu untuk kehilangan manusia yang dia kenal dengan nama Dayn itu.
            “Kau nak kahwin?” Ain tanya sambil telan air liur yang dia tiba – tiba rasa kelat. Perlahan. Dia nampak kepala Dayn yang bertutup dengan cap Tropicana Life hitam itu mengangguk sambil bagi senyuman manis pada dia.
            “Kau pun tahu kan aku nak sambung degree aku kat Aussie?”
            Ain angguk jawab soalan Dayn. Memang dia tahu Dayn buat Foundation in Environmental Design sekarang. Tinggal lagi dua bulan lelaki di hadapannya itu akan terbang ke Melbourne menyambung pengajiannya di sana. Tapi dia tidak tahu pula dengan bermulanya degree programme itu, zaman bujang Dayn juga akan berakhir.
            “It’s for good. Untuk aku… Somehow, untuk kau jugak?” Dayn sambung dengan ayat yang berakhir dengan tanda soal juga. Ain masih senyap. Mencuba untuk mencerna semua maklumat yang dia baharu terima.
            “Girl tu anak kawan mak aku. Dia pun akan terbang ke Aussie jugak. The same date with me. Also same flight…”
            Ain angguk faham. Tapi, dia masih diam seperti tadi. Untuk dengar sesuatu yang serius macam itu daripada mulut Dayn di tengah – tengah park begini bukanlah sesuatu yang biasa.
            “Kira macam family arrangement jugaklah actually. Tapi aku accept sebab aku tahu itu baik untuk aku…” Dayn cakap lagi. Dia dengar Dayn tarik nafas perlahan.
            “Sis?”
            Ain telan air liur. “Sis”… Sudah lama dia tidak dengar itu daripada mulut Dayn. Itulah panggilan pertama Dayn pada dia bila pertama kali lelaki itu nampak dia duduk bertenggek atas tembok yang sedang mereka duduki sekarang.
            “Yup” Dia jawab perlahan.
            “You know what?”
Ain angkat kening. Dayn cabut cap yang tadi setia di atas kepala.
            “Knowing you is the most precious thing for me. Having you is a blissful give from Him”
Jari telunjuk Dayn terarah ke langit. Langit biru yang kosong hanya dipenuhi awan Ain pandang dengan mata yang sudah mula berkaca.
            “Jangan lupa aku, okay?” Dayn cakap sambil letak cap hitam itu atas kepala Ain.
            “Deeply here…”
Penumbuk Dayn jatuh betul – betul atas dada. “Your name… always…”
Kepala Ain yang sudah perlapik dengan cap hitamnya dia usap lagi. “Benda – benda yang kita buat ni bukan betul sangat… Jangan buat dengan orang lain…” Ada gelak kecil yang mengiringi ayat itu.
            “Jangan touch and go with other guy or people yang bukan mahram…”
            Mata Ain sudah lama berair. Dia memang kalah bila Dayn buat sesi bicara hati macam ni.
            “Aku tau aku tak macam Iman yang serupa Pak Imam tu. But enough I know things can’t be done… Like this…”
            “Mungkin, bila aku kahwin nanti. It will be better. Good for me… For you too, sis…”

Itu dua minggu lepas, bila kali terakhir dia jumpa Dayn atas park. Bila buat pertama kalinya dia dengar Dayn sebut pasal halal haram lelaki perempuan. Bila Dayn buat pertama kalinya pesan untuk dia berhijab bila tiba masanya. Bila pertama kalinya dia nampak Dayn yang bukan Dayn yang dia selalu nampak.
Hari ini, hari terakhir Dayn pegang title bujang. Esok, lelaki itu sudah jadi suami orang. Bukan dia tak nak datang majlis Dayn, tapi dia takut dia tarik tangan Tok Kadi buat lafaz nikah Dayn batal tak tentu pasal. Ehe! Rasa macam nak ketuk kepala sendiri pulak tiba – tiba!
            “Kau kenapa? Macam ada masalah je?” Suara Iman yang tiba – tiba muncul buat dia toleh 90°. Mak Jah yang tadinya ada depan mata rupanya sudah hilang entah ke mana. Yang ada hanya Iman yang sedang tersenyum di hadapannya.
            “Kau ni kenapa? Putus cinta eh?”
Iman tanya lagi. Dia sudah duduk di atas kerusi berhadapan dengan Ain. Wajah gadis yang selalunyer tersenyum itu dia pandang penuh tanda tanya. “Aku macam pelik bila kau tak reply apa yang aku cakap. Kau ada prob eh?”
            Ain yang mendengar naik rimas. Banyak tanya pulaklah mamat ni! “Kau ni kenapa? Tanya sekali dah lah!” Dia jawab dengan muka tak puas hati. Rasa macam nak ikat mulut Iman tu biar tak banyak tanya.
            Iman sengih. Ada pun suara. “Ingat tadi dalam mulut kau tu ada diomand. Mahal sangat sampai tak boleh cakap…”
            “Malas nak layan kau yang terlebih banyak cakap” Ain balas malas. Dia sudah mula angkat kaki, menuju ke ruang tamu.
            Iman pandang dengan senyum yang masih tak lekang. Daripada semalam lagi dia nampak Ain senyap tak cakap apa. Macam ada yang tak kena. Kaki dia panjang mengekor Ain ke ruang tamu. Rasa tak senang hati yang datang buat dia jadi sangat ingin tahu. Tidak senang hati sebab apa dia sendiri kurang pasti. Sebab nampak Ain risau mungkin?
            DVD Planet Bboy dia masukkan dalam DVD Player. Iman yang sudah duduk di sofa selepas mengekor dia daripada dapur tadi dia pandang dengan muka tidak puas hati.
            “Haish, kau ni! Kalau tak mengekor aku tak boleh ke?”
Dia tanya dengan kening berkerut dan tangan mencekak pinggang. Nak duduk atas sofa tu pun dia rasa malas tiba – tiba. Iman yang mendengar sekadar senyum. Buat muka aura comel.
            Ain melabuhkan punggung di atas sofa single. Dia biarkan Iman turut sama menonton Planet Bboy yang baharu mula bermain di kaca TV.
            “Jangan nak breakdance sangatlah. Girl better buat inang je…”
Suara Dayn petang itu menjengah gegendang telinga lagi. Rasa – rasa macam suara – suara itu akan muncul kat mana – mana dan bila – bila masa. Rasa macam nak cabut cuping telinga dan letak jauh – jauh daripada badan. Boleh ke macam tu?
            “Ni tarian apa ni?”
            “Inang…” Boleh pulak Dayn pesan suruh dia buat inang. Haru!
            “Huh?” Iman tanya balik. Biar betul inang. Aku tak adalah buta sangat sampai tak tahu inang tu rupa macam apa.
            “Huh?” Ain tanya balik keliru selepas telinga macam tangkap suara Iman yang agak terkejut.. “Kau tanya apa tadi?” Dia tanya minta kepastian. Aku ada salah cakap ke?
            “Tu… Menari apa?” Iman tanya balik. Pelik dengan muka pelik Ain yang tiba – tiba muncul.
            “Oh… Tu?”
Dia tanya semula sambil jari telunjuk terarah pada skrin TV. “Itu nama dia breakdance…” Dia jawab perlahan.
            Sebab breakdance dia rapat dengan Dayn. Sebab breakdance juga dia tahu erti kawan dengan manusia nama lelaki.
            “Aku tak ada adik – beradik lain. Nanti aku kahwin, kau datanglah… Rasa macam ada adiklah kiranya…”
            “Sapa nak jadi adik kau?”
            Paket Toblerone putih dia campak pada Dayn yang sudah mula berlari ke tengah court dengan tali kasut kiri yang belum terikat kemas.
            “Jangan harap!”
            Tepat. Paket tu mendarat atas bahu Dayn. Lelaki itu cuma gelak macam tak ada apa berlaku.
            “Kau nanti kahwin ikut pilihan mak kau ke?”
Pertanyaan Ain yang tiba – tiba buat Iman juling mata. “Eh?” Dia tanya balik. Confused!
            “Kau…” Ain tunjuk jari telunjuk pada Iman yang sudah duduk bersila atas sofa. “Kahwin dengan pilihan mak kau ke?” Dia tanya balik. Ulang soalan yang sama dengan muka tak berperasaan.
            “Entah… Tak pernah pun fikir lagi. Kenapa?”
            Ain geleng. Tak tahu nak jawab apa.
            “Kau nak suruh mummy kau carikkan anak sultan kahwin dengan kau?” Iman tanya dengan gelak kecil terselit. Ain geleng.
            “Taklah… Kawan aku… Dia kahwin dengan perempuan yang mak dia pilih…”
            Iman senyap. “Kawan kau?”
            Ain angguk. Apa tak faham? “Yelah… Kawan aku…”
            “Kawan sekolah kau?” Iman tanya lagi. Ain kerut kening. Banyak tanyalah mamat ni!
            “Bukan… Kawan kat park. Dayn…”
            Iman angguk faham. Oh…
            “Tu yang kau ayan semacam tu? Patutlah daripada semalam macam kucing hilang anak… Hilang orang tersayang rupanya…”
            Suara Iman yang semacam membingitkan telinga buat dia rasa nak mengamuk tiba – tiba. “Banyaklah kau punya orang tersayang!”
            Remote controller yang tadi dia pegang tercampak ke atas meja kopi. Berdentum bunyi plastik bertemu kaca. Iman telan air liur. Mak ai! Garang!

Seruan Hati (Bab 3) ~ Azilawati Mat Angsar

1997
Dua orang gadis yang sedang merayap di gelap malam itu melangkah dengan penuh hati-hati.  Mereka sangat bimbang sekiranya kelibat mereka terlihat orang.  Sewaktu hendak keluar tadi, sekali debarannya.  Apabila hendak masuk pula debaran hati menjadi dua kali ganda.  Manakan tidak, lebih baik tertangkap sebelum keluar daripada tertangkap ketika hendak masuk.  Waktu itu, tiada lagi dalih yang boleh menyelamatkan mereka.
“Kau buat apa dalam bilik itu tadi, Biyah?” Muna bertanya lagak seorang pegawai penyiasat.  “Kau dengan siapa lagi di dalam itu?”
“Bosanlah asyik main game sahaja, Muna... sesekali layanlah CD pula.”
“Cerita apa?”
“Alah... cerita biasa sahaja.  Kau tidak minat pun!” Biyah cepat membuat alasan.
“Kau dengan siapa lagi?”
Senyuman Biyah yang dibuat-buat itulah yang sekarang ini membuatkan Muna tidak dapat hendak lelap.  Walaupun sudah lebih setahun Muna sama-sama mengikut Biyah curi-curi keluar dari kawasan sekolah, malam itu Muna rasa berlainan sekali.  Bahkan sewaktu mula-mula dahulu Biyah mengajarnya ‘fly’ itu pun, derap jantungnya tidak sepantas ini.
Serta-merta Muna teringatkan Boy.  Senior mereka yang merupakan kekasih Biyah.  Orang yang bertanggungjawab mengajar Biyah semua ini.  Curi-curi keluar sewaktu kelas persediaan malam sedang berlangsung.  Biasanya mereka melepak di kedai permainan komputer milik sepupu Boy.  Bermain permainan komputer sehingga ke larut malam.  Pernah juga mereka balik ke asrama sehingga ke pukul satu pagi.
“Alah, Muna... bukan buat apa-apa pun... sahaja-sahaja, lepak.  Bosanlah siang-malam asyik menghadap buku sahaja.  Tepu sudah otak aku ini.”
Muna teringat kata-kata Biyah sewaktu mula-mula dia bertanya perihal sahabatnya itu.  Setelah lebih setengah tahun bersekolah di situ, di mata Muna, Biyah telah jauh berubah.  Bukan semakin matang seperti kata ibunya, tetapi Biyah jadi semakin liar dan kurang ajar.  Minat belajarnya pun entah ke mana.
Dek kerana kasih dan kasihankan Biyah, akhirnya Muna bersetuju untuk menyertainya.  Bukan tujuan Muna itu jahat, sebaliknya dia hendak tahu apa sebenarnya yang Biyah lakukan.  Di samping untuk mencuba menghalang Biyah daripada terus hanyut.
“Mula-mula dahulu, aku pun seram juga, Muna.  Kalau bukan kakak-kakak itu yang yakinkan aku, sudah tentu sampai mati pun aku tidak akan berani cuba!  Boy itulah yang bersungguh-sungguh betul suruh kawan-kawannya bawa aku sekali,” panjang lebar penerangan Biyah itu.  Muak Muna mendengarnya.
Biyah turut menyebut nama kakak-kakak senior yang bersekongkol dengannya dan kekasihnya itu.  “Seronok, Muna.  Bila kita selamat, rasa hebat sangat!  Victorious!!
Muna sempat menangkap riak wajah Biyah yang semacam itu.  Adakah manusia yang boleh berasa bangga bilamana berjaya membuat kerja-kerja yang tidak sepatutnya?  Kerja jahat bagi Muna kerana melanggar peraturan dan undang-undang, Muna bukanlah orangnya.
“Nanti kau bolehlah kenal-kenal dengan kawan-kawan Boy... kawan-kawan abang sepupu dia pun dahsyat-dahsyat, Muna.  Kau mesti tidak percaya, muda-muda seperti mereka sudah bawa motor dan kereta besar.  Hmm... siapa ya yang sesuai dengan kau agaknya, Muna?”
Malas benar rasanya Muna hendak melayan celoteh Biyah malam itu.  Mereka sedang berjalan beriringan menyelusuri denai kecil.  Pastinya di hadapan sana jalan besar, kerana Muna mulai melihat cahaya.  Dia berharap benar denai ini tidak panjang.  Menyesal pun ada, sebenarnya.  Berulang kali Muna mengeluh, mengapalah diikutkan sangat rasa hati dan sayangnya kepada Biyah sedangkan Biyah dilihatnya tidak sedikit pun menyesal apatah lagi rasa bersalah dengan apa yang dilakukannya itu.  Bahkan Biyah tampak sangat bangga dan seronok pula.  Biyah rasa dirinya hebat.
“Hah, itu pun Boy, Muna!  Sayangggg.....”
Muna meluat melihat perilaku sepasang kekasih itu kini.  Lagaknya seperti orang dewasa, sedangkan mereka masih di bawah umur.
Muna kesal.  Sangat kesal.  Kerana cintakan budak lelaki bandar yang kaya itu, Biyah jadi lupa.  Biyah sudah tidak ingat lagi pada asal-usul.  Biyah langgar semua janji yang mereka buat bersama.  Mereka berlima.  Biyah lupakan Rais!
“Kau tolong jagakan Biyah untuk aku, ya Muna?  Kau tahulah Biyah itu manja, perlu sering diberi perhatian... perlu selalu diingat-ingatkan.  Aku harap, persahabatan kita berlima ini akan terus kukuh berpadu sampai bila-bila.  Aku sayangkan kau, Muna... dan Biyah... kau pun tahu apa perasaan aku pada dia, bukan?” tenang sekali Rais menuturkan kata-kata tersebut.
Ya, Muna ingat.  Setiap kali belajar bersama-sama, Rais tidak lupa meniupkan kata-kata semangat buat Biyah.  Mana yang Biyah tertinggal, Rais akan tolong sehingga Biyah faham.  Rais sanggup bersusah-payah untuk Biyah.  Aduhai, tidak ingatkah Biyah?
Muna bangun pula.  Sudah terdengar cengkerik di luar sana berlagu, menyanyi bersahutan beramai-ramai.  Riangnya mereka menunggu hari baharu.  Sedangkan Muna di atas katilnya masih lagi cuba untuk mendapatkan lena.
Satu demi satu kenangannya datang berkenaan Biyah.  Muna benar-benar bimbang.  Kehadiran Muna untuk menemaninya pun tidak langsung diambil bena oleh Biyah.  Malahan Muna yang terhanyut sama.
“Hah... seronok bukan, Muna?  Aku sudah cakap dahulu... kalau asyik hendak menghadap buku sahaja, jadi tepu kepala otak kita ini.  Bagaimana hendak cemerlang?”
Muna tersengih sahaja.  Dia betul-betul ikut Biyah untuk melepaskan tekanan belajar dengan bermain pelbagai permainan komputer yang ada di pusat tersebut.  Tiada yang lain.
Muna tidak pernah masuk campur hal-hal lain yang mereka lakukan di situ.  Malahan untuk turut serta menonton CD pun tidak pernah.  Muna hanya syak sahaja bahawa CD yang mereka ramai-ramai tonton itu adalah CD lucah.  Ini kerana apabila keluar sahaja dari bilik berkenaan, masing-masing nampak semacam.  Ada juga yang sampai tidak keluar langsung!
“Hish!!  Apa yang si Biyah itu buat masuk dalam bilik itu agaknya?” hati Muna terus bertanya-tanya.  Tangannya menggaru-garu kepalanya.  Sebentar, matanya pula yang ditenyeh-tenyeh.  “Aduhai... kenapalah Biyah ini tidak mahu lepaskan aku sekejap?  Mengantuk sangat ini tetapi aku tidak dapat hendak tidur?”
“Betulkah Biyah tidak buat apa-apa dengan Boy?”
Mereka hanya masuk berdua sahaja malam tadi.  Tidak seperti biasa.  Malahan Biyah pun kelihatan sangat luar biasa selepas keluar dari dalam bilik.  Manjanya pada Boy semakin menjadi-jadi.  Bertambah-tambah galaknya dia.
“Hish, Biyah!!!!!!!!!!!!!!!!”

Alangkah leganya rasa kalau dapat diluah jeritan batinnya itu.  Muna geram.  Penangan Biyah membuatkan dia berjaga semalaman.  Dari Blok Asrama Putera terdengar dengan sangat jelas azan Subuh dilaungkan.

Jiran Masam Manis ~ Bab 2: Bunick Firdaus

“Mak… Fayyad minta maaf banyak-banyak sebab dah menyusahkan mak dalam tempoh setahun ni.” Fayyad kucup bertalu-talu tangan tua ibunya. Satu demi satu dia menuturkan perkataan-perkataan yang sudah hampir setahun tidak disebutnya.
“Mak maafkan Fayyad, mak bersyukur sangat Fayyad dah kembali pada mak, pada keluarga kita. Walaupun setiap hari Fayyad ada depan mak, tapi mak tahu Fayyad semakin hilang, makin jauh dari kami semua. Mak tak tahu nak cakap apa, tapi mak gembira sangat hari ni Fayyad. Abah dengan Hana mesti seronok kalau diorang dapat tengok Fayyad dah okey.” Panjang lebar bicara Hajjah Sakinah. Dia tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana telah mengembalikan satu-satunya anak lelakinya. Sangkanya, Fayyad sudah tidak punya keinginan untuk hidup dan bercakap seperti biasa lagi. Namun, dia benar-benar terkejut bila mendengar Fayyad memanggilnya tadi.
“Mak…” Fayyad diam seketika. Cuba mencari rentak untuk kembali menyusun ayat setelah sekian lama dia hanya membisu dan terus membisu. Katalah apa sahaja, ucapkanlah seribu ayat mahupun sejuta perkataan kepadanya, dia hanya akan membisu sahaja. Itulah dunianya sejak hampir setahun yang lalu. Dia juga sudah menyangkakan yang mungkin dia tidak akan bercakap sampai bila-bila. Dia kufur dengan nikmat Allah yang menganugerahkan peti suara kepadanya, tapi dia langsung tidak bercakap semenjak setahun yang lepas. Ya Allah…ampunkan aku, maafkan hamba Mu ini Ya Allah. Dia merintih di dalam hati…. Betapa Allah masih memberi kesempatan untuk dia hidup lagi sekali.
“Fayyad…” Hajjah Sakinah menyentuh lembut tangan Fayyad. Sedikit rasa bimbang menular dalam hatinya bila melihat Fayyad kembali diam. Janganlah Kau tarik kembali kebahagiaan ini Ya Allah…
“Mak… Fayyad lapar. Fayyad nak makan asam pedas ikan pari mak yang sedap tu boleh tak?”
Hajjah Sakinah sudah tidak mampu menahan sebak yang kembali menujah dada bila mendengarkan permintaan Fayyad. Sudah lama Fayyad tidak meminta-minta seperti itu.  Dia merangkul Fayyad dengan penuh kasih, di bahu Fayyad dia melabuhkan sedunya yang semakin galak berdendang.
“Boleh nak, Fayyad cakap je nak makan apa, mak boleh masakkan untuk Fayyad. Dah lama mak tunggu saat ni Fayyad.”
“Terima kasih mak sebab tak pernah jemu tunggu Fayyad kembali.” Sayu nada suara Fayyad. Dia sudah terlalu lama hilang di dalam rumah ini. Dia mahu kembali menjadi Fayyad yang dahulu. Dia tidak mahu larut dalam duka yang tidak berpenghujung lagi. Walaupun mungkin sedikit sukar untuk dia kembali mengingat himpunan perbendaharaan kata yang sudah lama dia lupakan, dia akan berusaha untuk hidup dengan penuh semangat selepas ini.
“Fayyad tahu kan mak, abah, Hana dan ramai lagi orang yang sayangkan Fayyad. Kami semua tak pernah jemu tunggu Fayyad sembuh.” Hajjah Sakinah mengesat air mata yang masih bersisa.
“Fayyad tahu mak, tapi Fayyad terlalu ikutkan hati, ikutkan rasa Fayyad sendiri. Insyaallah mak, Fayyad tak nak jadi orang yang tak berguna lagi. Mak doakan Fayyad ye…”
“Kami semua sentiasa doakan Fayyad. Sampai bila-bila.”
“Mak, Fayyad nak naik mandi dulu.”
Hajjah Sakinah menghantar gerakan kaki Fayyad dengan pandangan yang penuh dengan seribu syukur. Langkah Fayyad masih sahaja longlai, tapi lantunan suara Fayyad sudah membuatkan dia cukup gembira. Dia tidak mengharapkan Fayyad seratus peratus kembali menjadi dirinya dalam masa yang singkat. Dia tahu Fayyad akan mengambil masa untuk kembali menyesuaikan diri dengan rentak kehidupannya, jadi dia akan membiarkan sahaja Fayyad menyusun tempo  sehingga ia menjadi sempurna.
Sekilas, dia kembali teringat pada figura yang sedang berdiri di sebalik pagar yang memisahkan rumah berkembar itu. Dia tidak sempat untuk melihat siapakah gadis itu kerana terlalu leka menguruskan Fayyad yang  bersungguh-sungguh menangis. Bila sahaja dia berjaya menenangkan Fayyad, kelibat gadis itu sudah tidak kelihatan lagi.  Mungkinkah Fayyad menangis selepas melihat gadis itu? Tapi apa pula yang dilakukan oleh gadis itu sehingga Fayyad menangis?
Hajjah Sakinah sudah buntu untuk memikirkan hubungkait gadis itu dengan Fayyad. Ahh, nanti-nantilah dia tanyakan pada Fayyad. Semangat Fayyad masih belum  pulih  sepenuhnya. Dia tidak mahu merencatkan perkembangan baik itu. Lagipun, kalau Fayyad tidak mahu bercerita, akan dia tanyakan sendiri pada gadis itu. Pastinya gadis itu penghuni baru di rumah sebelah. Takkan lari gunung dikejar….
Hajjah Sakinah kembali berdiri, banyak yang perlu dia lakukan untuk menyambut kepulangan Fayyad di dalam rumah ini. Dia tidak mahu bertangguh membahagiakan anak sulungnya itu. Apa sahaja yang diminta oleh Fayyad, akan dia usahakan dengan sedaya upaya. Insyaallah, Dia akan membantunya untuk melunaskan hutang kebahagiaan Fayyad.


Fayyad menolak daun pintu biliknya dengan perlahan. Dia bagaikan mendapat nafas baru setelah melihat gadis yang menegurnya itu. Gadis yang hanya memakai tracksuit itu berjaya memecahkan peti suaranya yang kejap tertutup beratus-ratus hari lamanya. Siapakah gadis yang berani menegurnya sebentar tadi? Apa pula persepsi gadis itu terhadapnya apabila melihat dia melolong memanggil emaknya dan dalam masa yang sama mula menangis bila disapa oleh gadis tersebut. Pastinya pelbagai tanggapan negatif yang singgah di fikiran gadis itu. Salahnya juga kerana bereaksi seperti itu tadi. Apa pun, dia harus berterima kasih kepada si gadis berseluar tek itu kerana ucapan salamnya telah menarik kembali dia ke alam realiti.
Langkah kakinya diseret menuju bilik air. Dia merenung wajah yang sudah lama mati itu. Tulang pipi yang ketara menonjol, bentuk wajah yang semakin memanjang, jambang yang liar berselerakan dimukanya dan matanya yang sedikit terperosok ke dalam membuatkan dia kelihatan tidak ubah seperti mayat hidup. Dia capai cream shaver, lantas dilumurkan disekitar pipi dan dagu. Dia mahu kembali menjadi Fayyad yang dahulu. Dia tidak mahu mati di dalam kehidupannya lagi. Dia mahu meninggalkan Fayyad yang terpedaya dengan rasa hati yang akhirnya memamah dirinya sendiri.
Ingatan Fayyad tetap juga melayang pada gadis yang bergelar jirannya itu. Rasanya gadis itu baru sahaja berpindah masuk ke rumah sebelah kerana dia tidak pernah nampak kelibat gadis itu sebelum ini. Keluarganya sendiri baru berpindah masuk ke rumah ini hampir enam bulan yang lepas.
Bunyi ketukan pintu bilik air kembali membawa Fayyad ke alam nyata. Ternyata, sudah agak lama dia menghabiskan masa di dalam bilik air itu. Laju sahaja tangannya membuka selak pintu  bilik air. “Ye mak,” sapanya sebaik sahaja melihat ibunya sedang berdiri di dalam bilik itu.
“Mak nak telefon abah, Fayyad ada nak pesan apa-apa ke?” Hajjah Sakinah genggam telefon bimbit dengan tangan kanan.
“Tak ada mak. Nanti kalau Fayyad nak apa-apa Fayyad bagitahu mak. Kalau boleh, mak jangan bagitahu abah dulu pasal Fayyad.”
“Fayyad nak surprised kan abah ye?” soal Hajjah Sakinah lsambil tersenyum.
Fayyad hanya mengangguk perlahan. Dia sebenarnya sedang mencongak di dalam hati, bagaimanakah agaknya penerimaan abah bila melihat dia begini?
“Mak nak turun dulu, nak masak. Fayyad rehatlah ye,” Hajjah Sakinah sudah mahu beredar dari bilik anak bujangnya itu namun suara Fayyad menahannya dari berbuat demikian.
“Fayyad dah terlalu lama berehat mak. Fayyad kena tebus balik apa yang Fayyad dah tinggalkan selama ini. Fayyad dah penat berehat.”
“Mak faham, perlahan-lahan ye nak. Jangan terlalu mendesak diri Fayyad sendiri. Mak, abah, Hana dan ramai lagi orang lain yang akan sokong Fayyad, yang nak tengok Fayyad gembira, bahagia macam dulu-dulu. Mak minta sangat, sudah-sudahlah dikenang peristiwa yang lepas. Fayyad kena mulakan hidup baru mulai sekarang. Yang pergi tu, biarkanlah dia pergi dengan aman ye nak. Kita yang hidup ni, kenalah terima segala ketentuanNya dengan redha.” Hajjah Sakinah sudah pun melabuhkan punggungnya di atas katil, tidak jadi untuk keluar dari bilik Fayyad.
“Fayyad tahu mak. Maafkan Fayyad sebab Fayyad terlalu ikutkan hati sampaikan dah menyusahkan semua orang. Fayyad janji Fayyad akan berubah mak.”
Hajjah Sakinah mengesat tubir matanya yang sudah mula basah. Doanya sudah dimakbulkan Allah. Alhamdulillah, siang malam dia tidak pernah putus-putus berdoa supaya Allah mengembalikan semula semangat Fayyad untuk hidup. Dan hari ini, doanya benar-benar telah dikabulkan. Sesungguhnya ALLAH itu tidak pernah tidur. “Fayyad mandi dulu, mak nak turun bawah.” Hajjah Sakinah kembali berdiri. Dia tahu yang Fayyad masih belum mandi biarpun sudah hampir setengah jam anak sulungnya itu berteleku di dalam bilik air. Hajjah Sakinah kembali turun ke dapur sebaik sahaja Fayyad masuk semula ke dalam bilik air. Dibiarkan sahaja anak sulungnya itu mengambil masa untuk membersihkan diri.
Telefon bimbit yang berada di dalam genggaman dia pandang sepi. Tiada permintaan khusus dari Fayyad, tapi dia masih perlu menghubungi suaminya itu supaya pulang awal ke rumah. Mana tahu tiba-tiba sahaja Haji Amran mempunyai perancangan lain. Setelah hampir sepuluh minit berbual dengan suaminya itu di telefon, dia menyambung kerja memotong sayur petola yang masih belum siap. Selesai memotong sayur, dia membawa sayur petola yang merupakan kegemaran Fayyad ke sinki.
“Mak…” Perlahan sahaja nada suara Fayyad memanggil Hajjah Sakinah  yang sedang membasuh sayur di sinki. Dia sangat arif yang ibunya itu seorang yang suka melatah, jadi seboleh mungkin dia tidak mahu mengejutkan ibunya yang ralit membasuh sayur.
“Ada apa Yad?” Hajjah Sakinah sudah berpaling ke arah Fayyad seraya menutup paip sinki. Sedikit kaget dia melihat Fayyad yang sudah berubah penampilan. Tiada lagi jambang yang sebelum ini menutupi dagu anak bujangnya itu. Fayyad kelihatan lebih segar dan terurus. Nampaknya Fayyad benar-benar mahu keluar dari lorong kegelapan yang mengelilingi dia.
“Fayyad nak minta tolong boleh?”
“Mak ingatkan mak ada lagi seorang anak lelaki bila tengok Fayyad macam ini. Handsome anak mak ni.” sakat Hajjah Sakinah bila melihat penampilan baru anak lelaki tunggalnya. “Hmmmm…. Yad nak minta tolong mak? Kalau mak kata tak boleh?”
“Errr, kalau tak boleh tak apalah,”
“Mak gurau je lah. Fayyad nak minta tolong apa ni? Nak minta tambah lauk lagi?” soal Hajjah Sakinah bersungguh-sungguh.
Laju sahaja Fayyad menggeleng. “Boleh tak mak tolong call Haziem dan Faris? Fayyad nak jumpa diorang.” tutur Fayyad satu persatu. Sudah hampir sebulan kedua temannya itu tidak mengunjunginya. Dia akur akan kesibukan Haziem dan Faris. Sepanjang setahun tempoh kebisuannya ini, mereka berdua tidak pernah culas datang ke sini. Walaupun kedatangan mereka hanya dipandang sepi oleh Fayyad, kedua-dua lelaki itu bisa sahaja berbicara seolah-olah Fayyad turut menyertai perbualan itu. Sedikit pun mereka berdua tidak berputus asa untuk membantu memulihkan semangat Fayyad yang sudah mati.
“Boleh Yad, nanti mak telefon diorang. Boleh makan malam kat sini.” Hajjah Sakinah sudah menyanggupi permintaan Fayyad. Apa pun yang Fayyad minta, akan cuba dia tunaikan selagi terdaya kerana dia tidak mahu Fayyad kembali bersedih seperti dulu.
“Mak…” Fayyad seakan tidak puas memanggil Hajjah Sakinah. Sudah lama dia tidak mengungkapkan perkataan itu, bukan perkataan itu sahaja bahkan semua perkataan yang ada dalam perbendaharaan kata sudah lama tidak meniti di bibirnya.
Hajjah Sakinah kembali berpusing ke arah Fayyad, mahu memastikan apa yang diingini oleh anak lelaki tunggalnya itu.
“Tak ada apalah mak, Fayyad saja nak panggil mak. Dah lama rasanya Fayyad tak panggil mak.” Fayyad pantas bersuara sebelum Hajjah Sakinah membuka mulut untuk bertanya. “Fayyad keluar dulu ye mak, nak ambik angin kat luar.” Fayyad sudah melangkah keluar dari dapur, tidak mahu berterusan mengganggu ibunya yang pasti begitu teruja dengan perubahan dirinya itu.
Fayyad lebarkan daun pintu dan melangkah keluar dengan penuh harapan. Seribu harapan agar dapat melihat kembali gadis yang menyapanya tadi. Namun, hampa yang dia rasakan apabila melihat laman sebelah yang kosong. Pintu rumah jirannya juga tertutup rapat. Dia panjangkan leher melangkaui pagar yang memisahkan rumah berkembar itu, cuba untuk melihat andainya tingkap rumah itu ada yang terbuka. Tetap hampa!
Mungkin dia telah menakutkan jirannya sehingga gadis itu langsung tidak keluar dari rumah. Apa yang ingin diperkatakan oleh gadis itu sebentar tadi? Dia mendongak ke atas pula, andai bernasib baik dapatlah dia melihat jirannya itu bersidai di balkoni. Tetap juga hampa. Tak apalah, masih banyak masa lagi untuk dia beramah mesra dengan jirannya itu.


“Ada tetamu ke? Masak macam nak kenduri je ni?” soal Haji Amran apabila melihat lauk pauk yang memenuhi meja makan itu. Dalam rumah ini hanya ada tiga orang, tolak Fayyad yang hidup seperti mayat, lauk sebanyak ini tidak mampu dihabiskan oleh dia dan isterinya.
“Memang ada kenduri pun,” ujar Hajjah Sakinah yang baru muncul dari dapur. Kedua tangannya menatang beberapa biji pinggan.
“Isk awak ni, kenduri apa pulak ni? Cuba cakap betul-betul dengan saya.” Hari minggu macam ni memang sesuai untuk buat kenduri. Tapi dengan keadaan Fayyad yang seperti itu, sangatlah mustahil untuk mereka mengadakan kenduri.
“Orang jauh dah balik bang,  sebab tu saya seronok nak masak. Dah berbulan-bulan kita berdua menghadap muka satu sama lain waktu makan, hari ni ada orang jauh balik nak makan dengan kita.”
“Hana nak balik ke?” Haji Amran masih hairan dengan apa yang sedang berlaku. Wajah isterinya kelihatan cukup ceria. Rasanya baru minggu lepas Hana, anak bongsunya pulang ke rumah. Seingatnya, cuti semester lambat lagi. Takkan tiba-tiba Hana balik pulak.
“Abang tak payah fikir banyak-banyak. Abang naik mandi dulu, sekejap lagi Nah naik. Lepas tu kita solat berjemaah ye. Hari ni abang ada extra makmum.” Hajjah Sakinah masih lagi berteka-teki dengan suaminya.
“Hish, apa-apalah Nah oi. Malas saya nak layan karenah awak ni.” Haji Amran sudah berlalu menaiki tangga ke tingkat atas. Namun, otaknya terus sahaja ligat memikirkan apa yang terjadi dengan isterinya? Siapa yang nak datang? Siapa yang nak jadi makmum?
Persoalan itu hilang sebaik sahaja dia memasuki biliknya dan terus berlalu ke bilik air. Azan Maghrib akan berkumandang tidak lama lagi. Dia tidak mahu melengah-lengahkan untuk menghadap Sang Penciptanya.
“Saya dah bentangkan sejadah kat dalam bilik solat. Kita sembahyang kat sana malam ni.” ujar Hajjah Sakinah sebaik sahaja melihat kelibat suaminya keluar dari bilik air. Giliran dia pula memasuki bilik air untuk membersihkan diri selepas badannya sudah berbau dengan segala rempah dan rencah.
“Nah… Kenapa pelik sangat awak ni?” Kain pelikat yang sudah diletakkan di atas katil oleh isterinya dicapai.
“Adalah… surprised,” Isterinya sudah menghilang di dalam bilik air. Dan dia hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja. Dia keluar dari bilik tidurnya dan menuju ke bilik solat yang terletak di hujung. Dia berhenti seketika bila melewati bilik Fayyad, tangannya terus memulas tombol bilik anak sulungnya. Bunyi cucuran air dari dalam kamar mandi menandakan Fayyad sedang mandi. Dia sebenarnya mahu mengajak anak sulungnya itu untuk bersolat jemaah bersama mereka. Walaupun dia tahu Fayyad tidak akan berbuat demikian, tapi sekurang-kurangnya dia berusaha untuk terus memujuk Fayyad agar mendekatkan diri kepada Allah. Alhamdulillah, setakat hari Fayyad masih bersolat dan berpuasa di bulan Ramadhan walaupun dia tidak pernah bercakap dengan sesiapa pun. Ya Allah, bilakah agaknya anakku ini akan kembali kepada kami? Aku sudah terlalu rindukan dia… Dia menutup kembali pintu bilik Fayyad dan meneruskan langkah ke bilik solat.
Ada tiga barisan sejadah yang sudah siap dihamparkan oleh isterinya, dan otaknya kembali bekerja keras memikirkan siapakah orang jauh itu? Tak kisahlah, siapa pun orang jauh itu akan dia layan dengan sebaik mungkin. Dia mencapai Tafsir Al-Quran dari atas kabinet dan  terus sahaja bersila di atas sejadah pada barisan pertama. Sempat lagi untuk dia melihat tafsiran dua tiga potong ayat sebelum mereka bersolat jemaah sebentar nanti.
Derapan tapak kaki yang memasuki bilik solat itu membuatkan dia menutup kitab tafsir di ribaannya. Hampir gugur jantungnya bila melihat kelibat Fayyad yang berkain pelikat, berbaju melayu cekak musang dan lengkap bersongkok  itu sedang tersenyum ke arahnya. Air matanya tak semena-mena gugur. Ya Allah, terima kasih kerana Engkau telah mengembalikan anak kami. Syukur Ya Allah atas kurniaan Mu ini.
Fayyad terus sahaja mendapatkan abahnya, dicapai kedua tangan abahnya itu. Dia cium dengan penuh syahdu. Dan abahnya pula, terus sahaja merangkul Fayyad ke dalam pelukan.
“Fayyad minta maaf abah sebab dah banyak menyusahkan abah dan mak selama ini. Fayyad dah bannyak buat abah sedih.” Fayyad mengemaskan pelukan abahnya. Sudah lama dia tidak mendapat sentuhan dari abahnya. Dia sendiri yang menghindar dari mereka semua. Betapa ruginya dia!
“Sudahlah Fayyad, tak ada apa yang nak abah maafkan. Fayyad dah sembuh ni pun, satu rahmat yang sangat besar bagi abah.” Haji Amran mengesat sisa air mata yang masih bertakung di tubir matanya.
“Fayyad salah sebab terlalu ikutkan hati. Fayyad langsung tak pedulikan perasaan abah, mak dan Hana.”
“Yang lepas tu biarlah Yad, yang penting kita sekeluarga kena mulakan hidup baru. Abah tak nak Fayyad fikir benda yang dah lepas. Abah bukan nak suruh Fayyad lupakan terus kenangan tu, tapi berpada-padalah. Jangan sampai syaitan ikut sekali menyelinap dalam kenangan pahit tu. Abah tak nak kehilangan anak abah lagi. Fayyad satu-satunya anak lelaki abah. Anak yang abah harapkan untuk menjaga mak, melindungi Hana bila abah dah tak ada nanti. Kalau Fayyad lemah melawan godaan hati, macam mana Fayyad nak bertanggungjawab ke atas mak dan Hana?” Penuh diplomasi Haji Amran menasihati Fayyad.
“Fayyad tahu bah, Insyaallah Fayyad akan istiqamah. Abah doakan Fayyad ye?”
“Untuk siapa lagi doa ibu dan bapa kalau bukan untuk anak-anak? Abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Fayyad dan Hana. Alhamdulillah, Allah dan kabulkan permintaan abah untuk tengok anak abah ni sembuh.” Haji Amran menepuk mesra bahu Fayyad.
“Laaa, ada drama swasta jugak ke kat sini?” Hajjah Sakinah sudah tercegat berdiri memerhatikan babak sedih antara suaminya dan Fayyad. Hatinya juga turut terusik bila melihat suaminya memeluk Fayyad dengan penuh rasa kasih. Itulah yang dilakukan olehnya tadi bila mendengar Fayyad memanggil namanya selepas sekian lama mulut anak sulungnya membisu seribu bahasa. Allah Maha kaya, Allah Maha mengasihani. Terima kasih Allah atas segala kurniaanmu ini…
“Awak tu mengata saya, entah-entah awak lagi teruk dari saya Nah. Saya berani kerat jarilah yang awak menangis lagi kuat dari saya bila awak tau Fayyad ni dah sembuh. Betul tak Fayyad?” soal Haji Amran sambil tergelak. “Jadi, inilah orang jauh yang nak balik tu ye Nah?” Haji Amran soal Hajjah Sakinah yang sudahg bersiap sedia di atas sejadah.
“Inilah orang jauh tu bang. Walaupun Fayyad ada depan mata kita, tapi saya rasa dia sangat jauh. Alhamdulillah, hari ni dia balik dengan selamatnya. Saya rasa dia betul-betul dekat dengan kita.”
“Tak payah sedih-sedih dah, Fayyad dah ada ni. Moh kita sembahyang. Maghrib pun dah lama masuk dah ni.” Haji Amran bingkas bangun, tidak mahu isterinya itu menangis lagi sekali. Dia sangat yakin yang sudah bergelen-gelen air mata isterinya itu tumpah petang tadi!
Malam itu, rumah Haji Amran dan Hajjah Sakinah dilimpahi kegembiraan dan rasa syukur yang bukan sedikit. Ingin rasanya dia khabarkan pada satu dunia yang anak sulungnya sudah sembuh. Sudah sekian lama dia memohon kepada Allah supaya memulangkan Fayyad kembali kepadanya.
Dia tahu bebanan perasaan yang dialami oleh Fayyad.  Tekanan yang dihadapi oleh Fayyad akhirnya menarik lelaki itu hidup di dalam dunianya sendiri. Dia hanyut dibawa arus kenangan pahit dan yang menyedihkan itu. Siapa pun pasti tidak percaya Fayyad yang dahulunya seorang lelaki yang positif, ceria dan selalu tersenyum itu akhirnya tersungkur dalam kesedihan selepas tragedi itu.

Hajjah Sakinah sudah merancang untuk mengadakan kenduri doa selamat nanti. Dia harus berkongsi rasa syukur dengan sanak saudaranya yang lain. Mereka pasti gembira bila mendengar khabar ini. Hana juga tentu akan melompat keseronokan andainya berita ini sampai ke telinganya. Tunggulah Hana balik nanti, akan dia kejutkan Hana pula sebagaimana dia berjaya mengejutkan suaminya bila melihat keadaan Fayyad yang sudah semakin baik.