Showing posts with label Tiga Hati Dua Cinta. Show all posts
Showing posts with label Tiga Hati Dua Cinta. Show all posts

Friday, 11 July 2014

Tiga Hati Dua Cinta (Bab 3) ~ Chrysalis

Tay Ken Lee mundar-mandir di pintu pagar sekolahnya. Sekejap-kejap dipanjangkan lehernya memerhati bas-bas sekolah yang berhenti mengambil penumpang di hadapan sekolahnya. Terdengar siulan-siulan kecil dari rakan-rakan sekolahnya setiap kali ada bas berhenti di hadapan mereka. Nak mengorat awek la tu, detik hati Tay Ken Lee. Tiba-tiba namanya disebut lantas menyebabkan dia menumpukan perhatian kepada dua orang rakan yang menaiki bas yang sama dengannya.
‘Ken, hang rasa tu budak sekolah mana?,’ tanya Imran, rakan Melayu tetapi memiliki wajah chinese look dengan kulit yang putih melepak.
Tay Ken Lee atau lebih senang dipanggil Ken itu hanya menjungkitkan bahu. Malas nak ambil tahu.
Oi Imran, hang tanya sama Ken buat apa? Baik hang tanya aku saja. Ken ni apa pun dia tarak tau lor,’ sampuk Alvin sambil tersengih. Imran hanya tergelak mendengar komen Alvin. Memang tidak dapat dinafikan Ken agak lambat dalam soal-soal macam ini. Almaklumlah, top scorer lah katakan.
‘Aku rasa mereka itu mesti budak TMGS atau Hua Lian. Melayu dengan India mesti budak TMGS, yang cina pula TMGS atau Hua Lian lor.,’sambung Alvin lagi.
‘Tak syokla macam tu. Kita budak Georgie, mesti mau dengan budak Convent..TMGS boleh pi dengan K.E maa,’ ujar Imran terikut-ikut lenggok dan gaya budak cina bercakap.
Ken hanya terdiam mendengar celoteh Imran dan Alvin. Tetapi hatinya turut tertanya-tanya, siapa pula yang memandai-mandai buat peraturan macam itu? Budak sekolah Georgie mesti dengan budak sekolah Convent? Tak masuk akal langsung! ‘Hurm, gadis hello tu mesti budak TMGS,’ getus Ken. Tiba-tiba dia teringatkan kejadian pagi tadi.
Walaupun dia sedang tidur, namun Ken dapat merasakan ada gerakan pada beg sekolahnya dan telinganya juga dapat menangkap bunyi ‘ Er..Hello..hello,’. Ken hanya membiarkan sahaja kerana dia benar-benar mengantuk kerana dia study sampai pukul 3 pagi untuk kuiz Kimia yang akan diadakan pada hari ini. Tiba-tiba gerakan di beg sekolahnya lebih kuat dan perkataan ‘Hello’ itu juga semakin tinggi nadanya. Ken yang terkejut lantas membuka matanya.
 Niat untuk memarahi orang yang menganggu tidurnya itu mati begitu saja saat terpandangkan mata yang berwarna coklat jernih itu. Pada waktu itu, ada satu perasaan aneh meresap ke dalam jiwanya dan Ken benar-benar berharap yang momen itu akan berkekalan tanpa ada sebarang gangguan. Sempat dia memerhatikan keindahan gadis dihadapannya itu. Raut wajah yang comel tetapi sedikit chubby, dengan alis mata yang lentik, hidung yang sederhana mancung dengan kulit yang putih kemerah-merahan. Ken tidak pasti berapa lama dia dan gadis melayu itu saling berpandangan. Namun, dia tersedar apabila merasakan bas sudah mula bergerak. Bingkas dia bangun sambil menjerit meminta pemandu bas memberhentikan bas kerana dia hendak turun. Ketika sedang kelam kabut turun dari bas juga, Ken masih sempat memandang ke arah gadis melayu itu. Entah kenapa, tetapi ada sesuatu yang membuatkan dia ingin terus memandang wajah tersebut. Apabila bas mula bergerak, dia tetap mendongak memandang gadis tersebut dan hatinya seolah-olah sedang membuat summersault apabila gadis tersebut turut merenung ke arahnya.
Woi..woi..Ken..Ken..hang ni dah hanyut pi mana pulak dah?,’ soal Imran sambil memetik jarinya berulang kali di muka Ken.
‘Hari ni, Ken agak sengal sikit. Asyik termenung lepas tu tersenyum seorang diri..sama ada dia demam atau dia ingat sama awek dia,’ ujar Alvin sambil tangannya memegang dahi Ken. Imran pula sudah ketawa berdekah-dekah.
Secepat kilat Ken menepis tangan Alvin dan hatinya berdebar-debar sebaik sahaja terpandangkan bas 707 yang sedang bergerak menuju ke arahnya. Kelam kabut Ken membetulkan bajunya dan merapikan rambutnya. Ken langsung tidak mempedulikan pandangan pelik yang dilemparkan oleh dua orang sahabatnya itu. Dia cuma mahu kelihatan presentable kerana Ken yakin yang gadis ‘Hello’ itu ada di dalam bas itu.
Apabila dia berada di dalam perut bas, serta merta matanya mencari gadis hello itu. Ken tersenyum apabila tekaannya tepat kerana dilihatnya gadis itu sedang rancak berbual dengan rakan disebelahnya. Jauh disudut hatinya, Ken merasakan yang gadis hello itu tidak lagi mengingati kejadian pada pagi tadi. ‘Ah, aku ni separuh nak mati teringatkan dia, langsung tak dapat menumpukan perhatian dalam kelas. Dia pulak santai saja bergelak ketawa,’ monolog Ken sambil mengambil tempat di hadapan gadis hello itu. Walaupun membelakangi gadis tersebut dan rakannya, Ken masih dapat mendengar butir-butir perbualan mereka.
Agak lama dia mendengar dengan setia setiap perbualan gadis dibelakangnya itu. Akhirnya, tanpa berfikir panjang, Ken terus sahaja berpusing menghadap gadis hello itu. Dilihatnya gadis tersebut sedang tunduk membaca sesuatu. ‘Ah, timing tak betul pulak,’ Dari ekor matanya, Ken dapat melihat Imran dan Alvin yang terpinga-pinga memandangnya dan rakan gadis hello itu pula terlopong memandangnya. Ken dapat melihat yang Alvin sudah pun bergerak menuju ke arahnya manakala Imran sudah ketawa terbahak-bahak. Ken sudah mula berura-ura untuk bangun dari situ, namun pada saat itu jugalah, gadis itu mengangkat wajah memandang ke arah Ken.
‘Hello’, itu sahaja yang mampu diungkapkan oleh Ken. Satu perkataan yang simple namun memberi impak yang besar kepadanya. Disebabkan perkataan itulah, Ken tidak senang duduk, tidak dapat menumpukan perhatian, asyik teringatkan gadis di hadapannya ini dan perkataan itu juga yang membuatkan hatinya berbunga dan terbuai dengan satu perasaan yang indah.
‘Tay Ken Lee! Oh, ini ye kerja kau..mengorat anak orang, patutlah kau lain macam betul hari ini. Tersengih seorang diri dan asyik mengelamun sahaja,’ sergah Alvin di dalam bahasa kantonis. Merah padam muka Ken mendengarkan kata-kata Alvin itu. Nasib baik gadis di hadapannya ini tidak faham, kalau tak kat mana dia nak sorokkan muka. Cepat-cepat Ken bangun dan menuju ke bahagian belakang bas namun sempat juga dia melirik ke arah name tag yang dipakai oleh gadis hello itu.
‘Ken dah jumpa Barbie..,’ ujar Alvin sambil tersengih.
‘Pastu buat drama Hindustan..Dil To Pagal Hai,’ sambung Imran sambil memberikan high five terhadap Alvin. Usikan oleh Alvin dan Imran tidak dipedulikan langsung oleh Ken. Hatinya berkeras untuk terus memandang gadis hello itu tetapi apabila menyedari yang rakan gadis itu memerhatikannya, dimatikan langsung hasratnya itu.
Dari ekor matanya, Ken perasan yang Dhiya sudah pun menepuk dahinya dan di saat itu, Ken yakin yang Dhiya sudah pun mengingati kejadian pagi tadi.
‘Dhiya Kamila, you had me at hello,’ bisik Ken perlahan sambil tersenyum.

‘Saya pelik la dengan apek cina tu,’ Dhiya yang sedang leka membuang pandang ke luar tingkap menoleh ke arah Malarvili.
‘Hmm?,’ ujar Dhiya sambil menangkat kening kerana dia tidak dapat menangkap butir pertanyaan Malarvili itu.
Tu..apek cina tu..dia asyik pandang awak aje la,’ Malarvili menjuihkan bibirnya ke arah seorang budak lelaki yang sedang duduk di kerusi kayu berdekatan dengan pemandu bas.
Dhiya melemparkan pandangan ke arah yang ditunjukkan oleh Malarvili. Elok saja pandangannya bersatu dengan budak lelaki tersebut, cepat-cepat budak itu melarikan pandangannya.
‘Perasaan awak sajalah..mana ada apek tu pandang kita pun,’ Muka Dhiya sudah mula blushing tatkala menyedari yang apek itu sebenarnya adalah Tay Ken Lee.
‘Dia tak pandang kita tapi dia pandang awak’
‘Mana adalah..awak sahaja yang terlebih perasaan,’ ujar Dhiya menutup malu.
‘Mesti ada something yang jadi kan..awak mesti kenal dia kan?..kalau tak kenapa muka awak merah-merah ni?,’ serkap Malarvili.
Setelah digesa berkali-kali oleh Malarvili, akhirnya Dhiya menceritakan kejadian yang berlaku pada dua minggu lepas. Habis kesemuanya diceritakan kecuali tentang perasaannya yang berdebar-debar setiap kali terpandangkan Tay Ken Lee.
‘Baru sekarang awak cerita pada saya?! Awak ni memang teruk tau Dhiya!,’ lantas dicubitnya lengan Dhiya.
‘Aduh, hish…apa ni cubit-cubit? Sakitlah..,’
‘Lain kali terus cerita, jangan tunggu-tunggu..kalau tidak siap!’ Warning Malarvili sambil  berpura-pura mencubit Dhiya.
‘Eh, habis tu apa lagi yang jadi?’ sambung Malarvili kemudiannya.
‘Habis tu, three lah,’ sakat Dhiya namun dia cepat-cepat menyambung apabila tangan ketam Malarvili mula menjalar di lengannya. ‘Itu aje la, takde apa-apa dah..cuma saya perasan yang dia asyik pandang je lah,’
‘Oh, perasan pun..tadi tu pura-pura ajelah yer..memang perempuan melayu terakhir betul,’ usik Malarvili sambil tersengih.
‘Habis tu, takkan saya nak tergedik-gedik dengan dia pulak..tolonglah,’ jegil Dhiya.
‘Haha..tapi kan, awak rasa kenapa apek tu asyik pandang awak je ye?,’
‘Hurm..entah-entah dia marahkan saya kot? Mana tahu dia terkejut beruk ke masa saya kejutkan dia hari tu..mungkin dia tak suka kot..,’ ujar Dhiya risau. Risau sekiranya andaiannya itu betul. Mana nak diletakkan hati dan perasaannya yang rancak menari irama twist itu.
‘Saya rasa apek tu dah sukakan awak,’ Malarvili memerhatikan riak wajah Dhiya yang sudah bertukar kemerah-merahan itu. Sambil tersenyum dia menyambung, ‘Nak tahu kenapa saya cakap macam tu? Sebabnya dia pun blushing bila awak pandang muka dia, lepas tu dia cepat-cepat melarikan pandangan dia,’ ujar Malarvili sambil bangun mengangkat beg.
‘Oklah Dhiya, dah sampai rumah saya dah tu..jumpa esok ye..bye bye,’

Dhiya langsung tidak mempedulikan lambaian Malarvili itu. Walaupun, matanya memandang kelibat Malarvili namun perasaannya hanyut dan telinganya terngiang-ngiang ‘Sebabnya dia pun blushing bila awak pandang muka dia, lepas tu dia cepat-cepat melarikan pandangan dia’ Entah kenapa, Dhiya tiba-tiba menjadi girang dan bahagia sekali.

Thursday, 26 June 2014

Tiga Hati Dua Cinta (Bab 2): Chrysalis

Taiping, Perak 1998
Dhiya menguap sambil melihat jam di pergelangan tangannya. Pukul 5.55 pagi. Ah, sebentar lagi mesti bas akan sampai. Bas sekolah 707 yang dinaikinya itu selalunya akan sampai tepat jam 6 pagi. Dikerling neneknya yang sedang leka menyiram pokok bunga kertas di halaman rumah. Sudah menjadi kebiasaan yang neneknya akan turut sama-sama menunggu bas sekolah yang akan membawa Dhiya ke sekolahnya yang terletak di pekan Taiping. Ah, bukan tiada sekolah di pekan Simpang ini namun ayahnya lebih suka dia bersekolah di Sek. Men. Kebangsaan (P) Treacher Methodist atau lebih dikenali sebagai TMGS. Alasan yang diberikan ialah ayahnya tidak suka Dhiya bersekolah campur lelaki dan perempuan, sebab itu dia dihantar ke TMGS. Treacher Methodist Girls School!
Lamunan Dhiya terhenti apabila sayup-sayup kedengaran bunyi bas sekolahnya. Cepat-cepat Dhiya menyalami tangan nenek dan mengangkat buku serta beg sekolahnya. Bas sekolah 707 itu berhenti betul-betul dihadapan rumah dan Dhiya pun menaikinya. Apabila berada di dalam bas, Dhiya memanjangkan leher mencari kelibat Malarvili, rakan sekolahnya. Selalunya, Malarvili akan ‘chop’ atau menyimpan tempat duduk untuknya. Jenuh Dhiya memerhati namun kelibat Malarvili tidak juga dijumpainya. ‘Erm..mungkin dia absent kot hari ni,’ detik hati kecil Dhiya.
Kebanyakan tempat duduk telah pun penuh dan Dhiya terpaksa bergerak ke bahagian belakang bas untuk mendapatkan tempat duduk. Nasib Dhiya agak baik apabila masih ada satu tempat kosong. Tanpa berlengah, Dhiya terus mendapatkan seat kosong tersebut. Apabila Dhiya duduk, dilihatnya budak lelaki cina yang duduk disebelahnya sedang nyenyak tidur. Dikerlingnya lambang sekolah yang berada di poket depan kemeja budak terbabit. ‘Oh, budak Georgie rupanya’. Tanpa mempedulikan dengkuran halus yang keluar dari budak tersebut, Dhiya hanya diam dan melayan perasaan. Seketika kemudian, Dhiya pun terlelap.
Dhiya terjaga dari tidur apabila terasa ada orang melanggar bahunya. Dilihatnya bas sudah pun padat dengan pelajar dari pelbagai sekolah, ada dari TMGS, Dr. Burhanuddin, King Edward atau K.E, St. George atau Georgie dan Hua Lian. Dia menenyeh-nenyeh matanya dan melemparkan pandang ke luar tingkap. ‘Oh, dah sampai dekat Panggung Mandarin..erm..tak boleh terlelap lagi dah ni..karang ada terlajak sampai Hua Lian pulak ni kang,’ ngomel Dhiya dalam diam.
Dilihat budak lelaki di sebelahnya masih nyenyak tidur. Biasalah, sekolah pagi memang macam itu, tambah-tambah lagi budak-budak yang duduk jauh dari sekolah. Sudahlah terpaksa naik bas first trip iaitu seawal jam 6 pagi, sampai di sekolah pula dah dekat pukul 6.40 pagi. Jadi masa selama 40 minit berada di dalam bas itu memang lebih afdal kalau dihabiskan dengan tidur.
‘Aik, dah nak sampai dekat Georgie ni..budak ni pulak boleh sedap je tidur,’ bisik Dhiya sambil memandang ke arah budak lelaki itu. Dengan teragak-agak, Dhiya menyentuh beg sekolah budak tersebut. ‘Er..Hello…hello,’ ujar Dhiya sambil tangannya mengejutkan budak tersebut menerusi beg sekolahnya. Melihatkan tiada respon yang diberikan, Dhiya menguatkan sedikit suaranya dan tangannya pula mengerakkan beg budak itu dengan kasar.
‘Hello!!,’ percubaan Dhiya kali ini berjaya. Budak tersebut membuka matanya dan memandang tepat ke mata Dhiya. Satu perasaan pelik menyelinap di dalam diri Dhiya apabila matanya bertemu dengan mata budak tersebut. Terbit satu perasaan yang Dhiya sendiri tidak tahu apa. Lama pandangan mata mereka bertaut dan Dhiya merasakan seolah-olah jarum jam berhenti berdetik pada saat itu.
Pandangan mata mereka terhenti apabila bas mula bergerak dan budak tersebut bingkas bangun sambil menjerit sesuatu di dalam bahasa Kantonis. Rasanya budak tersebut menyuruh Uncle Chin, pemandu bas tersebut berhenti. Tekaan Dhiya tepat kerana seketika kemudian bas pun berhenti. Cepat-cepat Dhiya memberi laluan kepada budak tersebut untuk keluar. Segala-galanya berlaku dengan pantas tetapi Dhiya tetap perasan yang budak tersebut melemparkan pandangan ke arahnya sebelum turun dari bas. Apabila turun, budak itu masih terus memandang Dhiya dan buat kesekian kalinya pandangan mereka bertaut.
******

Kringggg….tepat jam 1.50 petang, loceng pun berbunyi menandakan tamatnya persekolahan untuk sesi pagi. Dhiya bergerak malas menuju ke Gazebo. Di situ, dilihatnya Malarvili telah pun berada di situ untuk menunggu bas mereka.
‘Malar..saya ingat awak absent hari ni,’ ujar Dhiya sambil tersengih.
Takdelah, sebenarnya saya tertinggal bas pagi tadi. Sedar-sedar dah pukul 7 pagi,’ujar Malarvili yang agak fasih berbahasa melayu itu. Mereka sebenarnya sudah lama berkawan, semenjak dari darjah umur 9 tahun lagi. Kini apabila masing-masing sudah berumur 15 tahun, hubungan yang terjalin bertambah erat walau pun tidak lagi sekelas. Dhiya berada di dalam kelas 302 manakala Malarvili di dalam kelas 303.
‘Habis tu, macam mana awak datang sekolah?,’
Belum sempat Malarvili menjawab, bas sekolah 707 telah pun sampai di hadapan sekolah. Cepat-cepat mereka menaiki bas tersebut. Setelah mengambil tempat di dalam bas, Dhiya dan Malarvili meneruskan perbualan mereka. Kebanyakannya berkisarkan mengenai subjek-subjek yang mereka belajar tambahan pula mereka berdua akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada tahun tersebut. Dhiya leka berbual dan menukar nota dengan Malarvili sehingga tidak sedar ada sepasang mata yang baru sahaja menaiki bas memandang ke arahnya.
Budak lelaki yang duduk dihadapan Dhiya tiba-tiba sahaja berpusing dan memandang tepat ke arah Dhiya. Tindakannya itu menyebabkan Malarvili berhenti bercakap dan hanya memandang kehairanan. Namun budak lelaki tersebut langsung tidak mengendahkan Malarvili sebaliknya matanya tetap memandang Dhiya.
Dhiya sedang tunduk memerhatikan set soalan Sejarah apabila menyedari yang Malarvili tidak lagi bercakap dan lantas mengerling ke arahnya. Apabila dilihatnya Malarvili terlopong memandang budak di hadapannya, Dhiya pun mengangkat wajahnya.
Sebaik sahaja Dhiya mengangkat wajahnya, budak lelaki di hadapannya tiba-tiba sahaja menuturkan ‘Hello’ sambil menatap tajam wajahnya. Terkejut Dhiya dan dirasakan seolah-olah jantungnya berhenti mengepam hatta terdengarkan perkataan ‘Hello’ itu. Sekali lagi Dhiya merasakan seolah-olah jarum jam berhenti dari berdetik. Apa yang mampu dilakukannya adalah pandang dan terus memandang ke arah budak lelaki tersebut. Pandangan mereka bertaut lama dan tiba-tiba kedengaran suara yang lantang menyebut ‘Tay Ken Lee….,’ butiran seterusnya tidak diketahui oleh Dhiya kerana diucapkan di dalam bahasa kantonis.
Rupa-rupanya kawan budak lelaki tersebut a.k.a Tay Ken Lee menyergahnya dan wajahnya sudah pun bertukar merah. Lantas dia bangun dan bergerak ke bahagian belakang bas. Dhiya yang seolah-olah baru sedar dari khayalan, kelam kabut memandang sekeliling. Nasibnya baik kerana tidak ramai yang menyedari drama sebabak di antara dia dan Tay Ken Lee tadi.
Aiyoo Dhiya..apa sudah jadi? Kenapa budak Georgie tu cakap hello dekat awak?,’ ujar Malarvili sambil berpaling memandang Tay Ken Lee yang duduk di bahagian belakang.
Dhiya sekadar menggelengkan kepalanya. ‘Dia pandang saya lagi ke, Malar?’ tanya Dhiya.
‘Tak dah. Dia pandang ke sebelah sana saja. Awak kenal dia ke Dhiya?’
Sekali lagi Dhiya mengelengkan kepalanya sambil otaknya memproses semula kejadian yang berlaku sebentar tadi. ‘Tay Ken Lee? Siapa dia? Kenapa dia cakap hello dekat aku? Tapi, aku macam pernah jumpa dia la,’ monolog Dhiya dalam hati. Tiba-tiba Dhiya menepuk kepalanya apabila menyedari siapa sebenarnya Tay Ken Lee.
Malarvili yang asyik memerhatikan Dhiya terkejut melihat kelakuan Dhiya. ‘Awak kenal dia eh? Mesti ada sesuatu yang terjadi dekat korang berdua ni,’ serkap Malarvili.
Dhiya hanya tersenyum mendengar pertanyaan tersebut. Belum masanya untuk dia memberitahu Malarvili cerita sebenar. Tambahan pula, mungkin itu cara Tay Ken Lee a.k.a budak lelaki yang dikejutkannya pagi tadi berterima kasih padanya. Walaupun, hatinya kini seolah-olah ada taman dan dup dap macam irama twist, namun diusirnya jauh-jauh perasaannya itu. Malu sekiranya dia hanya terperasan sendiri.

Jauh disudut hati kecilnya, Dhiya merasakan sesuatu apabila pandangan matanya bertaut dengan Tay Ken Lee. Sesuatu yang indah dan mampu membuatkan dirinya berada di awangan. Adakah ini yang dinamakan cinta? ‘Ah, tak boleh..tak boleh..tahun ni nak PMR..fokus..fokus,’ monolog Dhiya sambil menampar-nampar kedua-dua belah pipinya.

Wednesday, 18 June 2014

Tiga Hati Dua Cinta (Bab 1): Chrysalis

FAHRY & DHIYA
Menikahi orang yang kita cintai
adalah satu kemungkinan
tetapi
Mencintai orang yang kita nikahi itu
adalah satu kewajipan’
 -Anonymous-


You had me at Hello??!!’ tempik Aydin Fahry apabila matanya menangkap susuk tubuh Dhiya Kamila masuk ke dalam kondominium miliknya.
Dhiya yang baru sahaja pulang dari kerja itu hanya mengeluh kecil mendengar tempikan tersebut. Sedikit pun tidak tercuit dengan tempikan yang selalu menjadi halwa telinganya semenjak empat bulan lepas.
Tanpa mempedulikan pandangan tajam dan raut muka Fahry yang merah padam itu, Dhiya dengan selamba melangkah ke kabinet kecil yang terletak berhampiran dengan pintu masuk. Usai meletakkan beg tangan dan kotak yang penuh dengan artwork, Dhiya dengan tenang memandang ke arah Fahry.
‘Apa yang awak buat dekat sini?,’ tanya Dhiya tenang tapi penuh kehairanan. Suasana tiba-tiba jadi sunyi sepi, hanya kedengaran nafas turun naik Fahry yang jelas sedang mengawal kemarahannya.
You had me at hello? You had me at hello?!!’ soal Fahry lagi. Walaupun tidak lagi menempik namun jelas ada kekerasan di dalam nada yang digunakan.
You had me at hello? Apa benda yang awak merepek ni?’ ujar Dhiya yang mula bosan dengan ‘drama sebabak’ Fahry lewat petang itu. Asal berjumpa saja, ada sahaja benda yang tidak kena pada mata Aydin Fahry. ‘Petang-petang ni awak nak berdrama apa pulak ni? Erm..you had me at hello? Eh, tu dialog dalam cerita Jerry Maguire kan? Teringin nak jadi Tom Cruise ke? Tapi sorrylah, saya tak ingin nak jadi Renee Zellweger tu,’ ujar Dhiya sinis sambil ketawa kuat-kuat.  Sebenarnya, bukan lawak sangat pun kata-kata Dhiya itu tetapi dia sengaja ketawa kerana sedar yang muka Fahry semakin merah padam. Seronok rasanya bila dapat buat si mamat dingin beku di depannya ini naik angin. ‘Ah, tak buat salah nak takut buat apa kan?’, getus hati kecil Dhiya.
‘Kalau aku yang jadinya heronya memang la kau tak ingin kan? Tapi kalau Ken yang jadi heronya, memang kecil tapak tangan, satu stadium kau tadahkan!,’ 
Ken? Usai mendengar sahaja nama tersebut, ketawa Dhiya serta merta berhenti dan peluh dingin mula membasahi dahi apabila matanya menangkap kelibat buku kecil berwarna ungu yang berada di tangan Fahry.
‘Kenapa diam? Dah sedar dah apa yang kau dah buat? Siapa Ken?!’ jerkah Fahry sambil matanya merenung tajam Dhiya yang sudah pun melarikan wajahnya ke arah lain.
******
Fahry bergegas datang ke kondominium yang diduduki oleh Dhiya apabila mendapat panggilan telefon daripada neneknya yang ingin datang melawat dan tinggal bersama-sama Fahry dan Dhiya buat sementara waktu. Apabila sampai, didapatinya kondo tersebut kosong menandakan yang Dhiya masih lagi belum pulang dari kerja. Entah angin apa yang merasuknya, tiba-tiba dia seolah-olah ditarik untuk masuk ke bilik Dhiya. Perlahan-lahan dia memulas tombol dan nasibnya baik kerana pintu tersebut tidak berkunci. Tanpa ada sebarang niat dan rasa bersalah, Fahry masuk dan memerhatikan keadaan bilik tidur tersebut. Matanya kemudian terarah ke buku kecil berwarna ungu yang kelihatan agak usang dan sedikit girlish di atas meja solek.
Fahry tersenyum apabila mendapati yang buku kecil tersebut rupa-rupanya adalah diari Dhiya. Dibelek-beleknya diari tersebut dan sekeping foto yang memaparkan seorang budak perempuan dan budak lelaki jatuh ke lantai. Lantas dikutipnya dan ketika itulah dia menyedari ayat ‘you had me at hello’ tertera di belakang foto tersebut. Tanpa mengesyaki apa-apa, diamatinya gambar tersebut.
Foto tersebut memaparkan seorang budak perempuan melayu dan budak lelaki cina dalam usia belasan tahun sedang tersenyum memandang kamera. Kedua-duanya berpakaian sekolah. Seorang berbaju kurung dengan kain biru muda dan yang lelakinya berkemeja lengan panjang dan berseluar panjang berwarna hijau. Walaupun kedua-duanya hanya berdiri tegak dan berdiri agak jauh di antara satu sama lain namun ada sesuatu yang dapat dilihat di situ. Mereka nampak mesra dan seolah-olah kedua-duanya sedang dilamun cinta.
‘Eh, ni Dhiya..tapi siapa pulak mamat cina ni?’ getus hati Fahry. Tanpa membuang masa, Fahry terus duduk di birai katil dan mula membaca diari Dhiya. Di helaian pertama tertera perkataan Taiping, 1998.
Muka Fahry yang mulanya tenang mula berkocak apabila helaian demi helaian dibaca. Usai sahaja habis membaca diari tersebut, foto yang tertera ayat ‘you had me at hello’ itu direnyuknya sekuat hati. Sebaris nama yang memenuhi diari tersebut memang betul-betul mencabar keegoan Fahry.
‘Ken..er..Ken,’ ujar Dhiya gagap. Lamunan Fahry terhenti apabila terdengar suara Dhiya. Ken! Mendengar nama itu pun sudah cukup untuk menaikkan rasa marah di dalam diri Fahry.
‘Ken..Ken apa? Yang kau tergagap-gagap ni kenapa hah?,’ serentak dengan itu, diari kecil berwarna ungu itu dibaling ke arah Dhiya. Sememangnya, kecil sahaja Dhiya di dalam pandangan mata Fahry sekarang ini.
‘Aduh..,’ terjerit kecil Dhiya apabila diari yang dibaling oleh Fahry terkena dahinya. Namun, rasa pedih di dahinya itu hilang begitu sahaja tatkala menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan diarinya. Kelam kabut Dhiya mengutip diarinya dan mencari ‘sesuatu’ di antara helaian diarinya. Muka Dhiya pucat lesi apabila tidak jumpa dengan benda yang dicarinya. Tanpa mempedulikan Fahry, Dhiya bergerak mencari ‘sesuatu’ di lantai pula.
“Kau cari apa? Cari benda alah ni?,’ keras sahaja bunyi nada Fahry sambil melayangkan foto yang telah renyuk itu.
Dhiya mendongak memandang Fahry dan apabila dilihatnya foto tersebut, tanpa sedar dia mengukirkan senyuman dan bangun mendapatkan Fahry. Belum sempat dia sampai ke tempat Fahry berdiri, Fahry terlebih dahulu bertindak mengoyak foto tersebut. Kaget dengan tindakan Fahry, Dhiya bergegas berlari untuk menghalang.
‘Apa yang awak buat ni? Janganlah..tolonglah..jangan koyak foto ni,’ rayu Dhiya sambil cuba menghalang Fahry. Mendengarkan rayuan Dhiya itu lebih membuatkan Fahry naik hantu. Habis dikoyak lumat foto tersebut dan kemudian dilemparnya cebisan-cebisan gambar itu ke muka Dhiya.
Dhiya terkesima dengan tindakan Fahry. Sungguh dia tidak menyangka yang Fahry akan bertindak sejauh itu. Lantas dipukulnya dada Fahry berulang kali sambil mengalirkan airmata.
Berang dengan tindakan tersebut, Fahry cepat-cepat memegang kejap kedua-dua pergelangan tangan Dhiya dan berkata, ‘Eh perempuan..kau tu isteri aku..isteri aku tahu tak! Yang kau nak menangis disebabkan jantan lain ni kenapa hah? Walaupun perkahwinan kita ni hanya atas kertas, tak bermaksud kau boleh pijak maruah aku sebagai suami dengan menangis mengenangkan jantan lain!
Usai melampiaskan perasaan marahnya, Fahry melepaskan pergelangan tangan Dhiya dan bergerak ke arah pintu. ‘Sebelum aku lupa, lusa family aku nak datang tidur sini..kau buatlah apa-apa benda yang patut. Jangan sampai dorang tahu keadaan kita macam ni,’ perlahan sahaja suara Fahry namun masih boleh ditangkap oleh Dhiya. Fahry memandang Dhiya buat seketika sebelum keluar dari kondo tersebut.
Gedegang, bunyi pintu dihempas dan Dhiya juga turut longlai jatuh ke lantai. Jari-jemarinya mengutip satu persatu cebisan gambarnya dengan Ken dan saat itu juga memori Dhiya dengan Ken kembali di ingatan.
‘Ken!,’ ujar Dhiya sambil melepaskan satu keluhan yang berat. 

Thursday, 12 June 2014

Tiga Hati Dua Cinta (Prolog): Chrysalis

Waiting is painful. Forgetting is painful. But not knowing which one to do is the worse kind of suffering’
-Paulo Coelho-

Klang, Mac 2011
Suara Makcik Jamilah yang memekik di luar langsung tidak dihiraukannya. Matanya hanya tertumpu pada skrin di telefon pintar miliknya itu. Seakan tidak mempercayai bagaimana dengan mudah dia membuat keputusan yang paling penting dalam hidupnya itu. Keputusan untuk menerima lamaran daripada Fahry! Lelaki yang langsung tidak menghubunginya selepas kiriman sms terakhir dari New Zealand. Entah berapa puluh kali dia menelefon lelaki yang kini jauh berada di England, malah e-mail juga senantiasa dihantar. Namun, tiada satu pun yang berbalas.
            Tanpa sedar, jemari Dhiya mengusap perlahan permukaan skrin telefonnya itu. Sekali lagi, airmata menitik tanpa dapat ditahan. Sudah hampir tiga bulan dia kembali ke Malaysia dan tidak ada satu pun hari yang berlalu tanpa dia menitiskan airmata. Hatinya berat mengatakan bahawa dia telah mengambil keputusan yang salah. Dan, nah! Penemuan semalam telah menyakinkannya dan lantas menghumban hatinya ke satu ruang yang paling dalam. Sungguh, dia jatuh terduduk! Berulangkali bertanya, mainan takdir apakah ini? Kenapa sampai begitu sekali dia diuji?
            Baby’s Breath! Jawapan kepada solat iskhtikarah yang dicari-cari selama ini hingga apabila Fahry datang menghulurkan jambangan bunga itu, Dhiya lantas terima, tanpa banyak soal! Sedangkan? Dhiya menghentakkan kakinya sambil meraung perlahan. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana rupanya jawapan kepada petunjuknya itu telah pun memunculkan diri berbulan lebih awal, bukan sekali, malah tiga kali!
            Dan kini apabila dia tahu, segalanya sudah terlambat. Kata putus telah diberi, malah cincin tanda sudah berada di dalam simpanannya. Tersimpan rapi di dalam laci, tanpa ada langsung keinginan untuk menyarungkan cincin belah rotan itu ke jari manisnya. Kerana yang terlayar di ruang mata sekarang hanyalah raut wajah kepunyaan Ken! Hanya nama dan wajah itu sahaja yang bermain di ruang fikirannya sekarang, malah semenjak dia balik dari Melbourne.
            Lama Dhiya duduk berteleku keseorangan di dalam bilik kecil yang kini diperuntukan khas untuk kegunaannya. Matanya hanya terpaku pada skrin telefon, dan badannya digoyangkan ke depan dan ke belakang. Akhirnya, Dhiya nekad. Dia akan terbang semula ke Melbourne!

********
           Dhiya berjalan tanpa ada arah tujuan di Lapangan Terbang Tullamarine, Melbourne. Dia buntu. Kembali ke Melbourne tanpa sebarang perancangan, malah Amirah juga tidak diberitahunya. Sampai sahaja ke rumah sewa mereka, didapati rumah itu terkunci rapi. Mujur juga dia masih menyimpan kunci pendua, maka dengan mudah sahaja dia dapat memasuki flat kecil itu. Keadaan rumah menunjukkan seolah-olah tidak ada seorang manusia pun mendiami rumah tersebut. Malah, kotak suis utama juga dimatikan. Tanda yang Amirah tiada di rumah untuk jangkawaktu yang panjang. Apabila dihubungi, telefon bimbit Amirah ditutup. Begitu juga dengan Imran.
            Memikirkan yang berkemungkinan Amirah keluar outing, Dhiya dengan pantas terus menuju ke Apartment yang didiami Ken. Ingin bertemu semula dengan lelaki itu, atau pun dengan Imran. Tetapi, Dhiya hampa. Hampir 2 jam dia menunggu namun bayang Ken mahu pun Imran tidak kelihatan. Hati Dhiya mula resah.
            Dan keresahannya itu semakin berlarutan, apatah lagi sudah seminggu dia berada di bumi Melbourne dan bayang Ken, Amirah dan Imran tidak juga muncul. Malah, barang-barang pemberian Ken yang disimpan kemas di dalam kotak juga sudah tiada di rumah sewa.
            Akhirnya, dengan langkah yang berat, langkah kaki dihayun ke Balai Perlepasan Antarabangsa. ‘Ya Allah, jika ada jodoh di antara aku dan lelaki itu, maka cepat atau lambat, tua atau muda, aku yakin yang kami akan bersama jua akhirnya,’ bisik Dhiya perlahan.

Where are you walking and
what you're staring at now, hm?
Are you chasing after
that dream we talked about one day?
Because I really liked your profile,
Which seemed to tell of future.
In order to protect that dream I had to leave.
You’re always in a place like this
Looking at scenery like this
Just how much uncertainty and doubt
Were you fighting against?
Since becoming single this is the first time
I’ve understood so much/
It felt like if you didn’t let go of my hand
We could go absolutely anywhere.
We would keep walking the same road,
This I believed unquestioningly.
Then why, in spite of that, am i...
Even so, I am...
I remember our promise.
There’s not a day i’ve forgotten it.
-Still Alone, Ayumi Hamasaki-


Intekma Resorts, Shah Alam Mei 2012
            Mata Fahry meliar mencari isteri yang baru sahaja dinikahinya pagi tadi. Baru sebentar tadi mereka duduk bersanding dan diraikan dalam suasana yang cukup meriah. Walau pun diakui bahawa perasaannya bercampur baur namun disaat akad dilafazkan dan apabila upacara membatalkan air sembahyang dibuat, hatinya lega dan yakin dengan keputusan yang diambilnya. Perasaan isterinya? Tidak mahu diketahui kerana dia tahu bahawa terdapat beberapa cubaan yang dibuat oleh isterinya untuk membatalkan pertunangan mereka. Walaupun tidak pernah dinyatakan secara terus terang, namun gerak geri dan perlakuan isterinya itu sudah cukup untuk menyatakan segalanya. Paling ketara apabila tiga bulan kembalinya Dhiya ke Malaysia, secara tiba-tiba sahaja isterinya itu menghilang dan membawa diri entah ke mana! Tak senang duduk dibuatnya Fahry di Bournemouth, namun dalam diam, Fahry bersyukur kerana sekembalinya isterinya itu, langsung tidak timbul kata-kata kiasan yang hendak membatalkan pertunangan mereka. Malah isterinya itu bagaikan sedikit tidak berperasaan dan langsung tidak merungut apabila terpaksa menguruskan hal-hal perkahwinan mereka seorang diri.
            ‘Oit!,’ Serentak dengan itu, satu tepukan kuat singah di bahu kiri Fahry. Pantas ditoleh dan dilihatnya Aidil sedang tersengih-sengih memandangnya.
‘Mata tu meliar bagaikan helang mencari mangsa! Tu, hah! Isteri kau tu tengah melayan tetamu kat sana tu,’ ucap Aidil sambil menjuihkan bibirnya ke arah belakang Fahry.
Fahry memusingkan badannya ke arah yang ditunjukkan oleh Aidil dan serentak itu juga wajahnya berkerut sedikit, cuba mengamati dan mengingati tetamu yang sedang berbual mesra dengan isterinya itu.
‘Aku rasa macam kenal je dengan mamat cina tu…Apasal aku nampak dorang tu mesra semacam aje hah?,’ luah Fahry perlahan namun dapat didengari oleh Aidil yang kini turut sama meneliti wajah lelaki cina tersebut.
Perlahan-lahan wajah Fahry bertukar menjadi merah padam dan tangan kanannya digenggam erat apabila dia dapat mengingati kembali gerangan tetamu yang kini sedang berbual serius dengan isterinya itu.
‘Ish…perasaan kau aje tu. Biasa aje aku tengok dorang, mana ada mesra pun?,’ balas Aidil sambil menjeling sekilas ke arah Fahry yang sudah merah padam itu.
‘Whoa..bro! rileks…kau jangan nak buat hal dekat majlis sendiri bro! Isteri kau borak biasa tu pun kau dah naik angin..cuba bawak-bawak bersabar sikit..,’ tegur Aidil sambil menumbuk perlahan bahu kiri Fahry.
Fahry memejamkan matanya sambil menarik nafas. Perasaannya yang bercampur baur di antara marah dan cemburu itu cuba diusir pergi.
‘Kau sayangkan dia, kan?,’
Fahry mengangguk. Sejak bertentang mata di lapangan terbang tahun lepas, hatinya sudah jatuh sayang pada isterinya itu. Walaupun dia ada mensyaki bahawa isterinya itu mempunyai kekasih hati, namun dia tetap tega meneruskan pertunangan mereka. ‘By hook or by crook, aku mesti kahwin dengan dia,’ itu janji yang dibuat sebelum menelefon abahnya bagi menyatakan keputusannya untuk berkahwin.
‘Jadi, jangan cepat menyangka yang bukan-bukan dan yang paling penting, kawal perasaan kau tu! Serius, lepas kau jumpa dengan Dhiya, makin pelik aku tengok perangai kau ni…sampai kadang-kadang aku rasa macam tak pernah kawan rapat dengan kau sebelum ni!,’
Kata-kata Aidil itu langsung tidak dipedulikan oleh Fahry. Dalam diam, dia mengakui, ‘Memang! Sejak aku kenal dia, hati dan akal aku tidak lagi seiring dan sepakat dalam bersuara dan membuat keputusan. Sejak kenal dia, aku tak pernah fikir panjang dalam buat keputusan, yang aku tahu, aku hanya nak dia ada di sisi aku selama-lamanya dan kini, bila tengok dia berbual mesra dengan mamat cina tu, the same mamat cina yang bagi bunga Tulip dekat dia dulu, buat hati aku ni sakit! Sakit kerana apa? Cemburu? Ya! Marah? Ya! Takut? Ya…takut kehilangan dia, apatah lagi apabila melihat riak wajah suram yang sedang dipamerkan oleh isteri aku ketika ini..,’ rintih Fahry dalam hatinya sambil matanya menyorot ke arah isterinya yang kini sedang termenung memerhatikan lelaki cina yang sudah pun bergerak meninggalkan dewan. Tangan kanannya diletakkan di dada kirinya, sungguh, ada perasaan sakit yang bermaharajalela di situ.