Showing posts with label Hatiku Tertinggal di Manchester. Show all posts
Showing posts with label Hatiku Tertinggal di Manchester. Show all posts

Wednesday, 8 January 2014

Hatiku Tertinggal di Manchester (Bab 6): Eyla Myra


MUG BERISI NESCAFE PANAS itu dihulurkan kepada Myra Isabella yang masih leka dengan bacaan novelnya.
“Aku tengok kau ni macam tak bermaya aje sejak cuti ni. Rindu dekat si dia ke?” Nainaa Azzuana bertutur selamba sambil mengambil tempat di sebelah bestie sendiri yang masih kusyuk dengan novel di tangan.
Keningnya terangkat. Nainaa ni tetiba masuk mode penyiasat FBI kenapa pulak?
Myra berdehem untuk membetulkan lunak suara.
“Siapakah gelaran mamanda yang Puteri Cempaka Biru maksudkan?” balasnya sambil merenung seraut wajah tidak bertudung itu.
Gadis yang mengenakan scarf kecil berwarna purple gelap di kepala itu menghamburkan ketawa spontan.
“Kau tengah baca hikayat apa sampai keluar bahasa purbakala ni?” soalnya sambil memegang perut yang sakit gara-gara gelak sampai tak ingat dunia.
Novel Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid yang dipegang di tangan kanan itu digoyangkan beberapa kali.
“Patut la,” sambut Nainaa yang dah mula menganggukkan kepala tanda mengerti.
Memang kena la kalau cik kak sorang ni bercakap dengan aku sampai terkeluar ayat-ayat legend macam tu pun, tapi nak buat macam mana dah novel yang dia baca pun memang novel legend. It’s so logic then.
Mug yang masih berasap nipis itu dihirup perlahan.
“Kau cakap pasal siapa tadi?” dia kembali melontarkan soalan itu sambil mengerling sekilas ke arah gadis itu.
Dahi ditepuk spontan.
“Sudah tahu lagi mahu tanya ke nyonya?” jawab Nainaa sambil menjulingkan mata sebelum bibirnya mengukir sengih.
“Here’s my dilemma. One half of me wants ya and the other half wants to forget…” Nainaa sudah menyanyikan korus lagu My Dilemma-Selena Gomez sambil buat sengih evil grin.
Myra Isabella angkat penumbuk kepada Nainaa yang masih dengan alunan korus lagu itu. Grr… karang tak pasal ada yang kena denda main gitar tak berhenti hari ni. Nak sangat menyanyi kan? Aish!
Nainaa mengenyitkan mata sebelah.
“Garang jugak kawan aku ni kan?” dia buat muka tak berdosa.
“Kalau kau tanya dia sampai tahun depan pun belum tentu dia nak mengaku. Kau pun lagi arif perangai dia macam mana. Just wait and see.”
Kata-kata Lola kembali terngiang di telinga.
“Just wait and see,” Nainaa menarik senyum tanpa sedar.
“Huh?” Kepala diangkat sedikit, tanda pertanyaan kepada Nainaa.
“Takde apa, aku tak sabar nak habiskan novel yang aku tengah baca ni. Itu aje,” senang dia bertutur dengan mata yang mengarah ke novel Seharum Kasih yang berada di genggaman sendiri.
Sekali lagi Myra menjongketkan bahu.


HALAMAN KEDIAMAN Encik Hakimi dan Puan Aida sudah mula dipenuhi dengan kehadiran para tetamu yang semakin lama semakin bertambah bilangannya. Hari ini merupakan hari pernikahan Marina Imani, kakak kepada Myra Isabella.
“Amboi, Aida makin kurus kau sekarang ye? Anak-anak pun dah besar, dah lama sangat kita tak berjumpa kan? Waktu anak kau yang sulung kahwin dulu aku pergi haji, nasib baik anak kedua ni aku cari jugak masa datang. Yang ketiga bila pulak?” ujar wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu dalam nada yang kedengaran ceria.
Puan Azizah dengan Puan Aida sudah saling berpelukan. Bila masing-masing dah ada keluarga sendiri memang susah nak berjumpa. Mereka kenalan rapat sewaktu di universiti dahulu.
“Ish, kau ni Zah! Myra ni masak pun tak lepas lagi nak bagi kahwin macam mana? Lagipun budak-budak sekarang ni memilih sangat,” jawab Puan Aida pula sambil menepuk lembut bahu kenalan rapatnya itu.
Myra Isabella yang hanya mampu menjadi tugu pacak di sebelah mamanya ketap bibir. Aish! Ma ni. Ada pulak mengata aku depan-depan. Bukannya aku tak reti masak langsung.
Heh! Masak maggi pun kira pandai apa.
“Sama aje la dengan anak teruna aku tu. Balik rumah aje kerja mengadap TV dengan komputer tak pun keluar dengan kawan-kawan. Tak habis-habis dengan game dan skateboard dia,” giliran Puan Azizah pula yang bercerita tentang perihal anak lelakinya.
“Myra belajar dekat mana sekarang?” soal Puan Azizah kepada Myra yang masih terbius bisu sejak tadi.
“Myra ambil IB dekat Kolej Mara Banting aunty,” balasnya ringkas sambil tersenyum manis. Memang hari ni kerja tampal senyum dekat muka sampai lenguh.
 “Laa… betul ke? Kalau macam tu sama la tempat belajar dengan Faris. Ada jodoh la kita macam ni, tak gitu Aida?” sambut wanita berbaju kurung moden hijau muda itu dengan nada bergurau.
Faris?
Myra telan liur.
‘Tolong la jangan kata orang yang kawan mama ni maksudkan adalah Faris Iskandar seteru ketat aku tu!’
Dia ketuk kepala dalam hati. Dekat KMB bukannya ada sorang aje makhluk nama Faris, aku ni kalut tak tentu hala pulak!
“Mummy!” Suara garau yang kedengaran dari arah belakang itu mematikan lamunannya. Myra ketap bibir.
Ya Allah, biar la telinga aku aje yang salah dengar dan benda ni bukannya kenyataan.
“Haa… Sampai pun anak teruna aku yang sorang ni. Nak mintak tolong teman aku datang sini bukan main liat lagi,” sempat lagi Puan Azizah mengomel sambil menepuk bahu anak lelaki yang dimaksudkannya sebentar tadi.
Faris Iskandar menarik senyum di pangkal bibir dengan muka tak bersalah.
“Assalamualaikum, aunty sihat?” sapanya sopan.
Dia bersalaman dengan Puan Aida sebagai tanda hormat. Myra Isabella yang sudah jadi robot depan matanya hanya dijeling dengan hujung mata.
‘Myra anak Aunty Aida ke? Macam mana pulak aku boleh tak tahu padahal waktu kecik-kecik dulu main baling selipar sama-sama tu.’ soal hati kecilnya.
Daddy ada dengan Uncle Aziz dekat hujung sana. Mummy nak masuk tengok pengantin kejap, Faris nak ikut sekali ke?” bait-bait kata yang terpacul dari mulut Puan Azizah mematikan lamunannya.
Faris Iskandar menggeleng perlahan dengan senyuman yang kembali memekar di bibir.
“Takpe la, Faris duduk dekat luar aje. Nanti kalau dah nak balik mummy call Faris,” balasnya sambil memandang tepat ke arah mummy dan Puan Aida yang masih tegak di hadapannya.
Dalam hati dia sengih sendiri. Apa maksudnya biar dia aje yang tahu. Heh!
“Kalau macam tu biar Myra aje la yang temankan Faris. Nanti kesian pulak dia sorang-sorang dekat luar. Boleh kan, Myra?” usul Puan Aida pula dengan anak mata yang memandang tepat ke arah anak bongsunya itu.
Cadangan Puan Aida bagaikan anak panah menikam terus tembus jantung. Kenapa aku yang kena jadi mangsa keadaan menemankan pakcik ni?
Dalam terpaksa dia mengangguk. Pandangan mama bagaikan tidak memberinya pilihan untuk menolak, nanti tak pasal-pasal malam ni ada jugak yang bagi ceramah kata tak layan tetamu la bagai. Tak larat nak tadah telinga.
Dia menjeling Faris Iskandar yang sudah tersengih jahat. Grr ada jugak yang makan wedges waktu kenduri kahwin karang!
“Jom, Zah!” tutur Puan Aida yang dah menarik tangan sahabat karibnya itu untuk berlalu ke bahagian dalam rumah.
Kini…
Hanya tinggal mereka berdua di tepi gazebo itu, masing-masing terdiam bisu terus. Myra sudah mula buat muka bosan. Aku dengan mamat ni memang tak pernah kenal erti berdamai. Takkan nak berdiri dekat sini sampai pagi esok?
Faris memasukkan tangan ke dalam poket seluar baju melayu sambil mata melilau melihat keadaan sekeliling.
Sesekali hujung matanya sempat menjeling melihat lagak gadis di sebelahnya. Dalam hati dia sengih jahat. Kalau nak duduk macam ni sampai pagi esok pun dia tak kisah. Heh!
“Dah makan belum?” Myra akhirnya mengalah. Malas nak membuang masa dengan lebih banyak dengan mamat poyo sorang ni, lagi cepat balik lagi bagus. Kalau tak menyusahkan hidup aku aje hari-hari.
Pertanyaan itu menarik sengih di bibir Faris.
Yes!
Dalam hati Myra buat muka. Ingat waktu cuti boleh la riang ria bersuka suki lari dari mengadap muka dia hari-hari. Tapi boleh pulak dia muncul waktu-waktu macam ni dan boleh pulak selama ni aku tak tahu dia anak kawan Ma.
Lelaki itu hanya menggeleng sambil memegang perut.
‘Bajet nak buat muka comel depan aku ke hapa? Tolong sikit, tak tergoda okey. Aku punya comel kau belum tengok lagi.’
Bisiknya geram di dalam hati.
“Sana,” jari dituding ke arah khemah tempat menjamu selera.
Myra Isabella sudah memulakan langkah dengan laju. Wedges setinggi empat inci itu bagaikan tidak membantutkan pergerakannya langsung.
Faris Iskandar yang menurutinya dari belakang hanya tersengih sumbing.
“Lawa baju,” ujar lelaki di hadapannya sambil meneruskan suapan nasi ke mulut.
Myra Isabella angkat kening.
Heh! Jarang nak dengar mamat beku ni puji aku. Tapi kalau tak silap, memang tak pernah pun.
“You are telling me?” gadis itu membalas tanpa nada dengan muka yang masih tak beriak.
Faris Iskandar jongket bahu.
“Maybe,” balasnya selamba.
Myra mencebik. Baru nak kembang sekejap.


“MYRA, TOLONG JAGA AIMAN KEJAP. Kak Tisya nak tolong mama dekat dalam, budak ni mengada-ngada nak merengek pulak waktu kalut macam ni. Myra bawak la dia pusing-pusing kejap. Kalau abang Redza cari bagitahu akak dekat dalam ye..”
Perbualan mereka terhenti seketika saat kakak sulung Myra Isabella muncul dari arah hadapan. Myra segera menyambut Haris Aiman yang baru sahaja menginjak usia dua tahun itu.
“Boyfriend?” soal Maria Latisya sambil menyingsing lengan baju kurung modennya dengan sengih mengusik yang terukir di bibir.
Waktu dia kahwin dulu Marina Imani la yang kalut macam tak cukup tanah ke hulu hilir. Jadi sekarang ni giliran dia pulak. Amer Redza, suaminya juga turut sibuk melayan tetamu yang datang silih berganti.
Myra yang baru hendak menelan air masuk ke kerongkong tersedak terus sementara Faris pula terbatuk kecil. Gelas air sirap di hadapannya segera diambil bagi mengelakkan diri dari tercekik.
No! Kak Tisya jangan nak buat lawak sekupang pulak dekat sini. Dah, dah. Kata tadi sibuk kan?” kalut Myra menjawab bagi menghilangkan gemuruh di hati.
Adoi, kakak aku sorang ni boleh pulak keluar teori luar kotak semedang. Memang tak la aku dengan mamat ni dengan sorang kutub utara sorang kutub selatan.
“Haha… yela. Kak Tisya gurau aje, enjoy your meal then. Akak masuk dulu,” Maria Latisya melemparkan senyum penuh makna kepada Faris Iskandar.
Myra Isabella dah macam nak keluar aura kegelapan dah.
“Bagi I pulak pegang baby tu,” pemilik suara garau itu sudah mula menghulurkan tangan.
Mereka sekarang duduk di atas gazebo di bahagian laman rumah. Myra dah keluar aura muka blur tanda tak faham.
 “I tahu you penat, nanti tak pasal-pasal jatuh pulak baby tu. Bagi la I pegang, don’t worry I pernah jaga adik perempuan I dulu,” bersungguh-sungguh Faris Iskandar bertutur dengan sengih bangga yang melekat kemas di bibir.
Myra Isabella yang masih lagi dengan muka blur hanya membiarkan saja Haris Aiman diambil dari pegangannya. Tak merengek pulak budak kecik ni bila Faris pegang, selalu kalau orang yang tak kenal pegang dia terus meraung macam nak pecah rumah.
You memang suka ye buat muka blur? Dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah,” sempat lagi Faris Iskandar menyakat sambil tertawa kecil.
Myra Isabella mencebik. Kerja nak menyakat aku aje setiap waktu masa dan ketika. Aku teman dia ni pun dah kira patut bersyukur tahu tak. Perangai macam cipan terbang.

Thursday, 2 January 2014

Hatiku Tertinggal di Manchester (Bab 5): Eyla Myra


RUANGAN PONDOK itu diselubungi oleh ketawa mereka berdua. Nainaa Azzuana hanya memandang di saat melihat Myra Isabella meneruskan suapan aiskrim berperisa coklat itu ke dalam mulut.
Gadis itu hanya menggelengkan kepalanya selamba. Separuh daripada aiskrim yang dibeli oleh mereka dekat kedai hujung simpang sudah dihabiskan gadis itu.
“Kau ni makan ke melantak mak cik?” soalnya dengan nada bergurau.
Myra hanya mempamerkan sengih hingga ke hujung pipi. Nainaa ni kalau dah tanya pasal makan aiskrim memang tak lain tak bukan dah tu. Mesti sebab something yang dari dulu lagi dia tak pernah mampu nak lawan aku. Hee…
Ek ela…tak kisah la melantak ke apa. Apasal? Padahal kau jealous sebab kau ngilu kalau makan aiskrim cepat-cepat kan?” selamba di bertutur sambil menjongketkan kedua-dua belah keningnya.
“Whatever,” Nainaa menjawab sambil menjulingkan matanya ke langit.
Myra Isabella tersenyum nakal saat mendengar balasan daripada teman baiknya itu. See? Kan aku dah cakap ni kes jealous punya pasal.
Hee… Myra 1 Nainaa 0.
“Bila abang balik?” dia bertanya spontan sambil mengerling sekilas ke arah gadis yang berada di sebelahnya itu.
Nainaa Azzuana angkat kening.
“Sejak bila pulak kau kisah bila abang balik ke tak ni? Don’t tell me kau dengan abang ada apa-apa? Ke memang betul?” balasnya selamba sambil mengenyitkan mata nakal, sengaja mahu menyakat bestie yang sorang tu.
Myra Isabella hanya menjulingkan mata ke atas mendengar serkap jarang Nainaa. Tu semua cerita lama Nainaa, lagipun abang takkan pernah suka aku. Aku aje yang bertepuk sebelah tangan. Tapi yeke sebelah tangan aje?


PADA WAKTU ITU…
“Sebenarnya abang dah lama suka dekat Myra,” Nadjmi Khalish yang berada bersebelahan dengannya bersuara tenang.
Kenyataan itu membuatkan jantungnya hampir melompat keluar.
“Hah?” ujarnya spontan.
Botol air mineral yang dipegang di tangan kiri itu terlepas terus gara-gara terkejut dengan apa yang baru didengarinya. Waktu itu dia dan Nainaa sama-sama berada di tingkatan 3 manakala Abang Khalish pula di tingkatan 5.
“Tipu...” sambungnya lagi.
Nadjmi Khalish hanya tersenyum manis kepadanya. Sumpah waktu tu dia rasa nak luruh jantung. Abang ni nak bergurau dengan aku ke apa ni?
“Betul la, abang tak main-main la. Myra suka dekat abang tak?” sekali soalan yang terpacul dari bibir lelaki itu seakan melumpuhkan segala urat sarafnya.
Dia mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Terkial-kial dia memerah otak untuk mencari jawapan yang dirasakan sesuai untuk menjawab pertanyaan itu.
Err… Mesti la Myra suka sebab abang kan baik and selalu jaga Myra,” jawabnya teragak-agak. Grr… apasal tetiba aku jadi gagap semacam aje ni? Rasa macam nak hempuk kepala sendiri dengan botol air mineral ni.
“Itu aje?” duga lelaki itu lagi.
Kepala yang tidak gatal itu kembali digaru. Dia dah naik pening dengan pertanyaan demi pertanyaan yang terluah dari mulut Nadjmi Khalish, merangkap abang kandung kepada bestie sendiri yang duk sakan berkejar dekat tengah padang sana hah.
“Habis tu abang nak jawapan yang macam mana lagi?” balasnya poyo dengan sengih tak bersalah.
“Myra, cepat sikit! Game dah nak start ni,” lantang suara serak-serak basah milik Nainaa Azzuana itu memanggilnya dari arah belakang.
Myra Isabella berpaling spontan.
“Aku datang!” Laungnya kembali.
“Haa… abang buat apa ni dengan member adik? Abang tengah mengayat Myra eh?” usik gadis bertubuh tinggi lampai itu sambil mengenyitkan matanya comel.
Nadjmi Khalish mempamerkan senyuman nakal.
“Banyak la adik ni, yela memang abang tengah usha line dengan Myra pun tapi member adik ni jual mahal sangat. Adik tolong adjust untuk abang boleh tak?” tuturnya selamba sambil menjongketkan kedua-dua belah keningnya ke arah Nainaa yang dah tergelak sakan.
Myra rasa macam dah jadi robot bernyawa yang duduk dekat tengah-tengah di antara Nadjmi Khalish dan juga Nainaa Azzuana, adik-beradik yang sama aje stok sengal tak habis tu.
“Mesti la boleh, untuk abang kesayangan adik ni apa pun boleh. Kan Myra?” sampuk Nainaa sambil memeluk bahu Myra yang dah keluar aura tali gantung.
Gadis itu dah start memberikan pandangan membunuh kepada Nainaa yang berdiri di depannya. Dia geleng kepala dalam hati, adik-beradik berdua ni perangai sama aje. Grr
“Myra pergi dulu. Bye,” ujarnya kalut.
Malas nak berbahas nanti tak pasal-pasal dia jugak yang terkena. Muka dah merah dan dia tak tahu adakah itu disebabkan oleh panas matahari ataupun kerana dia segan.
“Myra...” Nadjmi Khalish memanggilnya.
Yep?” gadis itu berpaling memandang seraut wajah yang masih tak lekang dengan senyuman itu sambil mengerutkan dahi.
“Kut ye pun pakai la kasut dulu,” selamba Nadjmi bertutur sambil matanya tunduk memandang ke arah dirinya yang masih berkaki ayam.
Tangan menepuk dahi.
“Right!”


“SAMPAI MANA DAH kau mengelamun? Hujung dunia?”
Myra Isabella tersentap terus di saat Nainaa Azzuana memetik jari beberapa kali di hadapannya.
Dush!
Boleh pulak fikiran aku melayang terbang entah ke mana-mana. Dia mengukir senyum segaris. Pandangannya kembali ditalakan ke arah suara yang bertanya.
“Ingat dekat mamat beku tu ke ingat dekat kenangan terindah duduk berkongsi batu depan air terjun?” ringan aje soalan itu meniti di hujung lidah.
Bulat mata Myra Isabella memandang seraut wajah itu. Spontan, tangannya dah mencubit pinggang Nainaa. Terjerit-jerit Si Nainaa yang memang tak tahan geli kena geletek.
“Okey, okey. Aku surrender! Semput la Myra oii…” dia angkat tangan mengalah.
Myra dah tersenyum menang. Matanya dah memancar sinar keji. Aku tau dekat mana weak spot kau, Nainaa.
Rasakan! Heh!
“Lain kali kalau nak merapu, ingat dulu eh. Aku selam kau masuk kolam ikan depan rumah nak?” selamba dia bertanya dengan kening yang terangkat sebelah.
Kepala digeleng pantas. Takde kerja aku nak berendam dekat dalam tu.
“Hahaa… sape suruh kau mengelamun entah ke mana-mana? Aku teka aje la. Lagi satu, kenapa kau tanya macam tu pasal abang tadi?” dia dah masuk gear adorable Nadjmi Khalish’s only sister.
“Takde la, saja aje aku tanya. Dia takde girlfriend ke? Mana la tahu balik Malaysia nanti terus bertunang. Tak pun kahwin terus ke?” tuturnya selamba sambil mengerling sekilas ke arah wajah itu.
Nainaa di sebelah dah gelak terguling-guling.
“Abang? Nak kahwin? Dengan rambut panjang serabai macam tu ada ke orang yang minat? Kalau aku pun aku tendang masuk longkang aje,” ujar gadis itu selamba sambil memegang perut yang dah sakit gara-gara terlebih gelak.
Myra ni logik la sikit, abang tu nak kahwin sekarang memang tak la ibu nak kasi kan? Entah pape la member aku yang sorang ni, kalau la dia tahu macam mana rupa abang sekarang mahu pengsan dekat situ jugak budak kecik ni nanti.
“Rambut dia dah panjang ke sekarang? Kau biar betul,” Myra Isabella bertanya sekadar ingin tahu.
Dalam hati kecilnya terdetik, dah dekat dua tahun dia tak jumpa insan bernama Nadjmi Khalish. Tak tahu la macam mana dia sekarang.
Nainaa pantas mengangguk.
Serious la weh, katanya tak sempat nak potong sebab sibuk sangat dengan belajar. Sebab tu dia tak berani nak webcam dengan ibu, takut kena marah gamaknya. Selalunya apa-apa hal abang akan skype dengan aku aje,” tutur gadis itu lagi dengan tawa yang masih bersisa, geli hati dengan perihal yang baru dibangkitkan oleh Myra.
“Oh, yeke...” balas gadis itu dengan suara yang antara keluar dengan tidak.
“Tapi kan aku lagi suka kalau kau yang kahwin dengan abang. At least dengan kau aku tak berkira sangat kalau nak kongsi abang,” tetiba Nainaa keluar idea luar kotak.
Myra yang berada di sebelahnya lipat maut mencari wajah bujur sirih itu. Minah mata bulat ni sengaja nak kenenkan aku dengan abang dia ke saja nak main-main ni?
Erk? Apakah yang cuba disampaikan di sini? Kau kurang makan ubat eh hari ni?” soalnya selamba sambil meletakkan tapak tangan di dahi gadis itu.
Nainaa sekadar menggelengkan kepalanya comel.
“Betul la apa yang aku cakap ni, nanti bila kau dah kahwin dengan abang aku boleh jumpa kau hari-hari. Kalau kau kahwin dengan orang lain mesti nak jumpa selalu pun susah. Tak best la macam tu,” selamba dia membalas sambil memeluk bahu teman baiknya itu.
“Haha... Macam-macam kau ni Nainaa,” sambut Myra sambil tersenyum menggeleng.
Tiba-tiba gadis yang berada disebelahnya itu petik jari spontan.
“Haa… kau nak tau tak dulu aku pernah cakap dekat abang kalau nak kahwin baik kahwin dengan kau aje senang. And abang cakap dia akan pertimbangkan cadangan aku,” ringan aje kata-kata itu meniti di hujung lidah gadis comel itu.
Kali ini giliran Myra Isabella pulak yang tergelak sakan.
“Kau ni agak-agak la Cik Nainaa Azzuana oii…Takde maknanya abang nak kahwin dengan aku. Lagipun.. nanti jemu aku asyik nak mengadap muka kau aje tiap-tiap hari!”
Gadis itu terus berlari menuju ke dalam rumah sebaik sahaja menyudahkan ayatnya.
“Kurang asam jawa kau, Myra Isabella!!”
Nainaa yang baru menangkap pergerakan itu segera mengejarnya dari belakang.