Tuesday, 16 June 2015

Si Pemandu Hati (Bab 4) ~ Nazira Ilias

Pejam celik pejam celik, tak sedar dah sebulan dia bekerja di syarikat pengangkutan ini. Sedang dia meneliti satu dokumen, dia terperasankan seseorang di bilik operasi yang sedang memerhatikan dia dari kerusi menunggu. Bukan Amin atau Cik Rahim, Fitri pun bukan. Manusia mana entah yang jeling-jeling dia.
Sorang lelaki boleh tahan kacak sebenarnya. Pheuww! Ushh duduk pun ada gaya, kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Lelaki itu bersandar tenang bajet-bajet dia bos di sini. Tapi kenapa dia pandang-pandang Najihah pulak. Saja je kut, mungkin Najihah terperasan lebih aje ni.
Agak rimas diperhatikan, Najihah terpaksa fokus pada kerja dia. Tak sampai 2 minit, hati dia terpanggil-panggil nak tengok depan. Dia angkat kepala, lepas tu….
Dua pasang mata, bertembung. Rasa nak terjatuh dari kerusi. Cemas. Nak buat apa ni? Nak tekan keyboard ke nak tekan calculator? Mata meliar ke permukaan meja mencari calculator yang tak ada di mana-mana. Keyboard yang ada depan mata, tak nak pulak dia tekan. Sasau! Kepala hang dua minit. Idea, idea.. tolong! Ah.. pergi susun fail kat drawer belakang ni lah. Dia kena ubah posisi sekarang ni. Kalau tidak, risiko untuk terkena parkinson di sini tersangatlah tinggi.
Tak tahu nak gambar perasaan yang sangat subjektif ni. Tak terkata. Sambil-sambil susun fail masuk drawer, dia boleh menyanyi satu lagu ni.
Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami
Cuba aku mengerti……
Babak Pertama
~Drama Band~

Setakat satu rangkap ni je yang boleh dia nyanyi sebab cerita dia dan lelaki ni pun belum tahu hujung pangkalnya lagi. Ciss! Cara dia bercakap ni, macam ada sambungan je kisah dia dengan lelaki tu. Haha. Hairan sebenarnya Najihah ni. Apesal lelaki tu yang pandang, dia pula yang huru-hara.
“Ain!”
“Wohoii!” Najihah terjerit kecil dan serentak menghadap ke hadapan. Dia tengok Kak Laila ada di hadapan meja.
“Terkejut hah, Ain. Orang kat depan tu baru lepas interview dengan Tuan Haji.” Kak Laila toleh sekilas tengok lelaki yang tenung-tenung Najihah tadi.
“Tuan Haji minta cek rekod saman dia. Kalau okey semua, Ain boleh proceed macam biasa.” Kak Laila angkat-angkat kening dia sambil tangan memberi borang permohonan kerja lelaki itu pada Najihah.  
Patut dia pandang-pandang, rupanya Haji Ramli suruh dia jumpa Najihah. Tapi, motif apa dia pandang Najihah banyak kali tu? Okey, abaikan je.
Mata Najihah melekat pada borang permohonan kerja lelaki tadi. Lelaki tadi, Najihah dah tak pandang-pandang dah. Naik seram nak tengok sebab takut terkena penyakit menggeletar.
“Lah.. apply driver rupanya!” Najihah luah dengan suara yang amat tidak disangka. Kak Laila pulak terkejut dengan reaksi Najihah.
“Kenapa pulak.. tak boleh ke?” Lurus je Kak Laila tanya. Muka dia nampak sedikit musykil.
“Boleh je, apasal tak boleh pulak?” Najihah saja tanya Kak Laila balik. Nak selindung keadaan dia yang tak sangka tadi.
“Tapi, bila masa Kak Laila dengan orang tu masuk bilik Tuan Haji? Tak nampak pun.” Soal Najihah kerana sedar-sedar sahaja, Kak Laila dah sampai di meja dia. Tak ada pula nampak dia orang lalu-lalang kat sini.
“Masa akak masuk tadi…Ain tak ada kat sini pun.”
Okey, dia pergi Maintenance Department tadi. Tengok ada mekanik jatuh dari bumbung bas. Dah bawak ke hospital dah pun. Harap-harap tak ada yang patah-riuk mekanik tu. Najihah jawab soalan Kak Laila sambil meneliti borang permohonan kerja di tangan. Kak Laila memang dengar bersungguh-sungguh.
“Najmi.” Najihah sebut perlahan sambil kepala tengah terbayang-bayang lagi kes pandang-memandang tadi. Masih berdebar sebenarnya.
“Oh.. lupa pulak akak.” Kak Laila yang macam baru tersedar, terus cakap laju-laju. “Boleh akak panggil dia sekarang?” Najihah cuma angguk kepala dengan Kak Laila.
“En. Najmi! Encik boleh jumpa Cik Ain sekarang.” Kak Laila laung dengan suara dia yang lantang dari tempat Najihah.
Lelaki tu berjalan mendapatkan mereka. Najihah tengok je lelaki tu susun langkah. Sungguh bergaya!
“Jemput duduk En. Najmi.” Najihah mempelawa sambil meneliti kembali isi borang permohonan pemuda tersebut. Wah, macam terpegun Najihah tengok wajah lelaki ni dari dekat! Bersih betul kulit dia. Produk apa dia pakai ni? Pakai krim D’Herbs terlajak laris gamaknya.
“Terima kasih.” Lembut orang yang bernama Najmi ini menjawab dengan smiling face dia.
Najihah terpaku seketika. Hati bergoncang. Entah kenapa dia terasa gelabah melihat Najmi ketika ini. Kalau ikutkan hati, nak je tanya kenapa dia curi-curi pandang Najihah tadi. Adakah wajah Najihah tersangat berseri-seri pada pagi ni? Tapi, tak bolehlah sebab soalan tu macam memalukan diri sendiri je.
Najihah berdehem kecil membetulkan suara. “Jika diikutkan dalam borang ni.. En. Najmi pohon sebagai pemandu bas di syarikat kami. Betul ya.. saya tak tersalah baca?” 
Najmi mengerutkan dahi. Dia seperti keliru dengan maksud di sebalik pertanyaan Najihah. Kak Laila pula berdiri terpacak dari tadi di sebelah Najihah.
“Betul, tak ada yang salah! Dah interview tadi. Kenapa? Tak boleh ke saya pohon jawatan tu?” Najmi dapat membaca sedikit-sebanyak apa yang Najihah maksudkan.
Haih, dia pula bertanya sebiji macam soalan Kak Laila. Najihah angkat kening sebelah. Muka kau tu agak kacak nak jadi driver bas. Patutnya kau mohonlah jadi pemandu Airbus dekat Airasia ke Malindo Air ke, barulah kena gayanya. Ini tidak, habis tercemar kulit muka kau tu disembur asap bas ekspress di sini.
“Jangan risau! Sesiapa pun boleh mohon sebagai pemandu di sini asalkan megikut procedure syarikat dan ujian ringkas yang kami jalankan.” Najihah kembali kepada formal. Mujur boleh susun ayat nak bercakap. Kalau tak, haru jugak bila ada penemuduga jadi gagap bila kena soal dengan orang yang ditemuduga.
Lelaki ni nampak kacak dengan season jeans, tee Adidas berkolar terletak elok di badan, kasut kasual Adidas di kaki dan topi Adidas di kepala. Dia nampak sesuai sangat dengan tee merah sebab kulit dia yang cerah tu. Eh chop-chop! Semuanya Adidas. Dapat tajaan ke dia ni? Najihah berdecit.
“Boleh bagi saya kad pengenalan, lesen memandu,  dan PSV?”
“Sure…” Najmi mengeluarkan dompet. Satu-persatu dia bawa keluar.
“Passport ada?” Najihah tanya tiba-tiba. Najmi pandang Najihah. Takkan terkejut kut? Najihah bukan tanya soalan KBAT( Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) pun.
“Bas syarikat kami beroperasi hingga ke Singapura dan Selatan Thai. Jadi kalau En. Najmi ada passport, lagi senang kami nak uruskan trip En. Najmi ke sana. Lagipun, elaun pergi balik ke sana memang tinggi. Syarikat sangat memerlukan pemandu yang masih sihat, muda dan cergas untuk memandu dalam jarak jauh. Ermm…selain tempat yang saya cakap tadi, bas di sini bergerak ke utara, selatan, barat, dan timur Semenanjung. Sabah dan Sarawak je kami tak boleh nak pergi. Kalau boleh, dah lama kami sampai.” Sempat Najihah bergurau di hujung-hujng ayat dia. Najmi tersengih, tapi kejap je. Wah, ada lesung pipit! Selebihnya, Najmi serius. Yang serius itulah yang buatkan dia lebih segak rasanya. Angau Najihah dibuatnya. Lia, tolong aku! Kepala otak kawan kau ni dah senget ni, Lia oiii!
“Passport ada…tapi saya tak bawak.” Slow je dia cakap. Najihah hulur segala benda yang diminta dari Najmi tadi kepada Kak Laila. Tanpa disuruh, Kak Laila terus jalan ke mesin fotostate.
“Tak apa, boleh bawa kemudian.” Najihah cakap dengan senyum sikit.
Lepas tu, dia terangkan segala prosedur yang perlu dilakukan sebelum menjadi seorang pemandu di syarikat ini. Tenang lelaki ini mendengar.
“Tapi sebelum apa-apa… En. Najmi tunggu kejap, saya perlu semak rekod saman En. Najmi dahulu.” Najihah klik pada google chrome icon. Sementara tunggu loading sempat lagi Najihah perhatikan Najmi dari ekor mata dia. Najmi nampak santai je di tempat duduk dia. Dalam pada itu, Kak Laila datang balik dengan bawa segala salinan harta pusaka Najmi tadi.
“Setakat ini.. saya rasa saya belum pernah kena compound.” Najmi bersuara tiba-tiba dengan yakin melangit. Suara dia tak kuat tapi cukup je di pendengaran. Bibir dia merah, pasti spesis yang tak pernah ambil rokok ni. Makin lebih dah ni Najihah puji dia.
Rasa aje kan, mana tau kalau ada. Najihah mengulum senyum. “Tak apa… kita check dulu. Samada pernah kena saman atau tidak, saya perlu semak dan saya perlu rekod di sini.” Najihah tunjuk satu ruang dalam borang permohonan yang perlu diisi. Entah kenapa rasa seronok nak bercakap dengan lelaki ni. Bercakap pasal kerja je bukan ada topik best pun. Tapi seronok tengok reaksi dia yang susah aku nak elaborate di sini. Gelabah tadi dah terbang jauh-jauh.
“Ermm.. dah keluar pun rekod En. Najmi kat sini. Ada satu saman. Kena di KL bulan lepas dan nombor platnya pun ada.” Aiceceh, confident je dia tadi tak pernah kena saman. Pergi sorok muka kau tu kat bawah meja aku ni hah. Najihah pusing skrin LCD komputer dia menghadap muka Najmi. Biar dia tengok sendiri bukti dia kena saman.
Dahi Najmi berkerut-kerut. Apa dia fikir sampai teruk sangat. “Oh.. masa ni bukan saya yang driving. Adik saya sebenarnya.” Najmi cakap dengan yakin juga kali ni. Tapi, ada Najihah kisah kalau atok tiri dia sekalipun yang drive.
“Setakat satu saman tidak jejaskan peluang En. Najmi untuk pohon kerja di sini. Mengikut polisi syarikat…kami tidak akan mengambil pemandu yang mempunyai lima dan ke atas rekod saman. Mereka kena jelaskan sekurang-kurangnya sehingga tinggal tiga bakinya. Kemudian, kami akan pertimbangkan. Kami tak mahu pemandu yang melanggar undang-undang. Keselamatan penumpang, servis yang baik dan nama baik syarikat penting untuk reputasi kami. Jelas ke En. Najmi?”
Najmi anguk-angguk. “Clear enough at all! And about the compound, I’ll settle it later.” Dia cakap dengan lajunya. Cakap orang putih pulak tu. Feeling London betul mamat ni!
“Err er…cukup jelas semuanya. Pasal saman tu saya akan selesaikan kemudian. ” Tiba-tiba saja Najmi menterjemah kata-katanya ke dalam Bahasa Melayu.
Apa dia ingat Najihah tak faham bahasa orang putih ke? Mesti English si Najmi ni dapat A++ masa SPM dulu.
“Okey. En. Najmi boleh ambil semula dokumen. Isnin depan, sila datang ke sini pukul 9.00 pagi buat driving test. Nanti boleh jumpa terus dengan pegawai bahagian operasi. Itu saja.” Najihah pandang tepat ke muka Najmi.
“Itu je.. sijil-sijil akademik tak nak tengok?”  Najmi angkat kening.
“Tak perlu! Cukup dengan apa yang saya mintak tadi. Kalau En. Najmi mohon jawatan pentadbiran.. awal-awal tadi saya dah mintak.” Laju Najihah jawab. Dia ada degree dalam pemanduan bas ekspress ke?
Lepas ucap terima kasih, Najmi bergerak keluar. Lama Najihah pandang kelibat Najmi hingga hilang di balik dinding. Dia tak sedar yang Kak Laila di sebelah sedang perhatikan dia.
“Aiceh.. lama tenung! Akak tahu kenapa Ain terkejut mula-mula tadi. Sebab dia handsome kan.. tak pernah ada lagi driver sehandsome dia. Betul tak?” Kak Laila pasang perangkap.
Najihah fokus dengar apa yang  Kak Laila cuba sampaikan. Kemudian dia tersenyum.
“Aik.. saya tak cakap eik Kak Laila. Ke akak yang dah angau? Kat mana yang Kak Laila berkenan sangat dia tu?” Najihah saja cari akal nak tengok reaksi Kak Laila. Padahal dia pun dah naik gatal sekarang ni.
“Kita cakap dia…dia kata kita pulak. Tapikan…akak suka tengok mata dia.” Kak Laila bersahaja.
Ya, mata yang redup tu ada tarikan nak ditengok.
“Lesung pipit dan bibir dia yang merah tu yang paling mahal.” Tambah Kak Laila. Menjadi-jadi pula si kakak ni memuji.
“Ewah-ewah Kak Laila.. siapa yang tengok siapa sebenarnya ni?” Giliran Najihah senyum mengejek sambil merenung Kak Laila. Dia sebenarnya setuju dengan kata-kata Kak Laila, tapi dia mengambil keputusan untuk berdiam diri tanpa berpihak kepada Kak Laila. Kadang-kadang frasa ‘diam tandanya setuju’ boleh dipakai untuk sesuatu keadaan contohnya macam sekarang ni la.
“Apa salahnya akak memuji ciptaan Tuhan. Ain tu…ingat akak tak nampak ke Ain punya tenung tadi. Yang di depan tu tak marah ke?” Kak Laila memuncung mulut ke arah tempat duduk Amin.
Ciss! Ada apa dengan ‘yang di depan tu’? Dia bukan boyfriend aku pun yang perlu aku jaga hati dia. Baik lagi jaga hati sendiri. Najihah berdecit.

Entah kenapa satu hari ni, kepala dia asyik terbayang-bayang mata orang yang bernama Najmi. Sampai dah balik rumah ni pun, masih terfikirkan dia. Kenapa? Sebab wajah dia indah? Ah sudah-sudahlah tu Najihah! Banyak lagi kerja lain yang kau boleh buat daripada fikir dia 24 jam.
“Ibu… masak apa petang ni, laparlah.” Najihah turun ke dapur. Melangkah masuk je ke muka pintu dapur, dah boleh nampak Mak Cik Aisyah sedang mengacau air di dalam teko. Harap-harap bukan air kopi.
“Ada mee kari…makanlah. Kamu tak makan ke kat tempat kerja tadi?” Mak Cik Aisyah  selalu tanya macam ni sebab anak dia ni suka melewatkan waktu makan.
“Makan. Tapi lapar lagi.” Najihah jawab sepintas lalu. Sebelum tu dia sempat pergi jenguk air dalam teko tadi. Air teh. Lega!
“Mana nak kenyang kalau makan tak pernah habis.” Mak Cik Aisyah menyanggah. Najihah mencemik sambil tangan menyenduk kuah kari ke dalam mangkuk.
“Nak buat macam mana bu kalau dah tak boleh habis. Takkan nak sumbat jugak…nanti kalau muntah balik lagi teruk. Macam aneroksia bulimia pulak.” Najihah tergelak.
“Kamu jangan nak putar belit ibu…itu penyakit orang yang nak kurus. Tapi kamu ni ada penyakit yang memang makan tapi tak pernah habis. Penyakit membazir.” Mak Cik Aisyah dah keluarkan fakta.
“Ahha…pandai ibu. 10 markah untuk ibu.” Najihah bersahaja.
“Orang tak masuk universiti pun belajar jugaklah.” Mak Cik Aisyah menyindir. Baru dua bulan lepas je Mak Cik Aisyah bersara. Dia bersara awal pada umur 55 tahun. Katanya nak duduk di rumah bersama keluarga.
“Memang ibu pandai pun…tambah lagi lima markah untuk ibu.” Najihah buat Mak Cik Aisyah tu macam kawan-kawan dia. “Bestnya bu…esok cuti! Yeehaaa…”
“Macam budak-budak je perangai kamu ni…macam tak pernah dapat cuti.” Mak Cik Aisyah kutuk anak dia.
“Yelah bu…dah lima hari kerja. Badan pun tahu jugak nak rehat-rehat. Kerja rajin-rajin sangat pun bukan boleh kaya raya. Hidup lebih elok kalau bersederhana.” Najihah suap mee ke mulut. Baru dia sedar yang dia bercakap seolah-olah tak ada wawasan langsung untuk berjaya.
“Cakap kalau kena dengan kamu, memang pandai. Kamu tu bila nak kahwin? Kakak kamu umur 23 dah kahwin. Kamu tu dah 24.” Sudah….Mak Cik Aisyah dah buka hikayat. Mau bernanah telinga nak dengar.
“Apesal ibu tiba-tiba cakap pasal kahwin ni…zaman sekarang muda lagilah bu kalau umur macam orang ni.” Mengelak Najihah jangan tak mengelak.
“Kamu ada boyfriend tak? Tak pernah cerita apa-apa pun.” Mak Aisyah lagi laju menyoal.
“Dah tak ada boyfriend…macam mana nak cerita.” Jujur Najihah jawab. Macam tak ada apa yang perlu dia risau.
“Bagus…kalau ada orang pinang, ibu terima je nanti.” Mak Cik Aisyah tersenyum simpul. Bunyi macam dah ada kira-kira yang nak Mak Cik Aisyah buat.
“Aih-aih…ibu jangan suka-suka, bu. Orang tak nak…nanti orang lari rumah.” Najihah takut, tapi sempat mengugut.
“Itulah kamu…sikit-sikit ugut. Langsung kamu tak kesian dekat ibu.” Nada Mak Cik Aisyah berubah menjadi ayat sedih. Seolah-olah berkecil hati.
“Ibu...jangan la gitu, bu. Orang tak maksud apa-apa.” Jiha bangun dan peluk Mak Cik Aisyah dari bekang. “Orang muda lagi. Ibu kena beri peluang orang cari pilihan orang sendiri.” Najihah pujuk lembut tapi dalam masa yang sama maksud dia tegas. Mangkuk mee yang dah kosong diangkat terus ke singki.
“Ibu bukan nak suruh kamu kahwin sekarang…tapi kamu kena fikir pasal masa depan. Cari orang yang boleh bimbing kamu, orang yang ibu dan abah percaya untuk jaga kamu.” Nada Mak Cik Aisyah penuh mengharap.
“Memang semua orang nak cari lelaki macam tu. Tak apa bu…ibu jangan risau. Bila jodoh sampai nanti…kahwin la orang. Nak kena mandi bunga dulu kut, bu?” Najihah gelak. Mak Cik Aisyah juih bibir.

Pagi-pagi lagi Alia dah bertandang ke rumah Najihah. Dia bagi alasan nak pinjam novel daripada Najihah. Dah lama katanya tak baca novel. Tapi, dari air muka dia tu dah tunjuk masalah. Herm…jangan tipulah orang yang kenal dia dari kecik lagi ni hah.
Setelah puas bertanya, barulah Alia cerita hal sebenar. Rupanya dia perang dingin  dengan boyfriend dia si Aidysham tu. Orang bercinta memang macam ni, janji nak keluar sama-sama hari ni, tapi Sham batal pulak. Itupun beri tahu last minute…masa Alia tengah siap-siap depan cermin masa tu lah baru nak batal. Mahu tak terencat si Lia tu.
Bercinta jarak jauh memang susah. Si Sham baru dapat kerja kat Putrajaya sekarang ni. Dia dah jadi pegawai kerajaan. Dalam dua bulan, sekali je baru dapat jumpa. Bila tak jadi nak jumpa, tu yang Lia macam meroyan tu. Teruk betul minah ni kan.
Bosanlah cerita pasal orang tengah cintan-cintun ni. Nak cerita pasal Amin kejap kat budak Alia ni.
“Kau tahu Lia…petang semalam Amin bergaduh dengan Pak Cik Lan driver.” Najihah baling bantal kecil pada Alia.  Alia tersentak.
“Macam mana boleh jadi?”
“Amin tak nak approve claim Pak Cik Lan. Riuh-rendah dia orang bertikam lidah. Langsung dia orang tak hairan dengan aku yang cuba nak settle. Cik Rahim dengan Fitri dah macam tunggul. Lastly, aku panggil pak aji…ape lagi kena kaunseling la dalam bilik pak aji tu.”
“Aku boleh tabik springlah kalau Amin nak respect kau. Pak aji tu pun dia boleh redah cam tu je. Semua orang dah meluat dengan perangai Amin. Dia orang tak nak jadi macam kes lepas sampai kena panggil polis. Sikit punya pasal…semua bertumbuk. Termasuk Cik Rahim yang cuba nak lerai kes dia orang tu. Serik dah semua orang kalau nak cuba masuk campur hal Amin.” Panjang Alia bercerita. Maklumlah dah tiga tahun kerja kat situ. Banyaklah dia tahu berbanding Najihah.
“Dashyatnya…habis tu buat police report?”
“Tak adalah…company mana mahu kecoh-kecoh. Settle luar balai la.”
“Amin tu kena bagi dia pengajaran…kalau tidak entah bila dia boleh sedar.” Najihah merenung jauh.
“Aku pelik jugak, kenapa company tak buang je dia. Senang…aman sikit. Tapi, apa yang aku dengarlah…HOD dia orang yang pertahankan Amin.”
“Aku tahu jugak cerita ni dari Haji Ramli.”
“Haih…sampai bila company nak simpan dia lagi?” Berat bunyi keluhan Alia.
Sekurang-kurangnya kerja Alia tak perlu berhadapan dengan Amin melainkan Amin hanya mengganggu dia bila terserempak. Tapi Najihah lain, dia salah seorang yang perlu bertanggungjawab dalam masalah pekerja. Macam mana nak handle masalah pekerja macam Amin, kalau Amin langsung tak ada rasa hormat pada orang.
Sebenarnya Alia, aku tahu lebih dari itu sebab Haji Ramli yang bagi info. Banyak cara Haji Ramli buat untuk singkir Amin, tapi dia disokong kuat oleh ketua jabatan dia. Ketua jabatan dia En. Razif, saudara  kepad Amin. Jadi, Amin ada backup yang kuat di sini. En. Razif memyokong Amin sebab dia sukar mencari pengganti, memandangkan Amin lebih mengenali pemandu lebih daripada dia. Amin juga adalah ‘mata-mata’ pada En. Razif. Amin tu dah siap dapat surat amaran terakhir dah pun. Tapi langsung tak ada kesedaran nak berubah.

Satu lagi cerita, budak Amin tu percaya aku dah kahwin. Dia betul-betul ingat abah aku itulah suami aku. Lantak dialah!! Biar dia hormat sikit dengan aku yang kononnya dah bersuami ini.

Monday, 15 June 2015

Kita ≠ Couple (Bab 2) ~ Aeliah Mazta

E-jan memanggil G’na yang sedang rancak berbual dengan Khay. G’na menoleh. E-jan sengih sambil menggeleng kepala. G’na kembali menyambung ceritanya yang tertangguh. Sekali lagi namanya dipanggil. Dia menoleh. E-jan sekali lagi sengih tanpa berkata apa-apa. G’na kembali menyambung tumpuan mendengar cerita Khay pula. Sekali lagi namanya dipanggil.
            “ Kau nak apa?!” soal G’na geram dicelah-celah kebisingan kelas.
            E-jan tetap sengih tanpa sepatah kata. Dia kembali memandang buku yang terbuka di atas meja.
            G’na menyeluk poket tepi begnya. Dia mengambil getah sayur yang memang sengaja disimpan di situ. Nak beramah mesra lagi kan. Okey, no hal.
            “ Aww! G’na!!!” E-jan menjerit sambil berdiri dan menampakkan gaya-gaya mahu membalas serangan.
Sepantas kilat G’na berlari keluar kelas untuk menyelamatkan diri. Kali ini entah kenapa dia berani untuk berlari jauh dari kawasan kelas. Biasanya dari pintu depan ke pintu belakang kelas sahaja yang menjadi trek larian apabila berbalas serangan dengan E-jan, tetapi hari ini memang sengaja tempah keranda.
G’na bersembunyi di dalam tandas perempuan. Okey, aku rasa tak aci sembunyi dalam ‘kubu’ pertahanan wanita, memang sampai bila-bila musuh lelaki tak akan masuk. Dia pun keluar kerana tak sanggup berlama-lama di situ, boleh muntah darah. Selangkah, dua langkah dan dia berpatah balik ke belakang apabila dia hampir bertembung dengan cikgu Fauziah, penolong kanan HEM.
“ G’na. Awak ingat saya tak nampak? Buat apa kat sini, bukan ada kelas ke?” tegur cikgu Fauziah.
G’na menoleh sambil tersenyum. Uihh..habis la aku. Tak sempat nak menyorok.              “ Saya..saya..” Tergagap pulak.
“ Buat apa getah sayur kat jari tu?” soal cikgu Fauziah lagi.
“ Eh?” G’na cepat-cepat membuang getah sayur di tangannya.
“ Suka hati awak je buang kat situ. Ambil balik getah tu!” arah cikgu Fauziah.
G’na yang terkejut cepat-cepat mengambil getah itu semula. Dia menyedari dirinya diperhatikan seseorang. Seorang budak lelaki yang berdiri di sebelah cikgu Fauziah bersama beg sandang sedang senyum mengejek.
“ Cikgu ada hal sikit. Awak tolong hantarkan pelajar baru ni pergi kelas 5 Sc 1. Sebelah kelas awak kan,” kata cikgu Fauziah.
G’na mengangguk. Oh, budak baru rupanya! Patut la tak pernah nampak. “ Arahan diterima, cikgu.”
“ Jangan banyak main, SPM tahun ni kan,” pesan cikgu Fauziah lagi.
“ Baik, cikgu,” balas G’na sambil tersengih-sengih.
Cikgu Fauziah berlalu pergi meninggalkan mereka berdua di situ. G’na memandang ke arah budak lelaki tadi, tajam. Nasib baik kau budak baru, kalau tak aku dah lama lastik kau sampai lebam. Nak berkenalan nama siapa, dari mana, kenapa pindah dan bla bla, memang kirim salam je la.
G’na menaiki tangga sambil diekori pelajar baru tadi. Sampai sahaja di hadapan kelas 5 Sc 3, G’na berhenti. Dia memandang lelaki itu.
“ Kelas kau depan ni je,”beritahu G’na sambil memuncungkan mulut.
“ Huh?” Lelaki itu mengerutkan kening sambil memandang wajah gadis di sebelahnya.
“ Okey. Aku ada hal sekejap. Ingat tau, depan ni je. Terima kasih.” G’na tampal senyum. Matanya melirik ke arah name tag di tali leher lelaki itu, Sayed Kareef.
 “ Thank you,” ujar lelaki tadi.
G’na mula melangkah meninggalkan budak tadi mencari jalan lurus sendiri. Dia bersembunyi di dalam kelas 5 Ak 1 yang kebetulan pelajarnya di perpustakaan. Dia mengintai budak tadi dibalik pintu. Dia melihat lelaki itu masuk ke kelas yang ditunjukkan tadi, ya, kelas. Tetapi kelas yang budak tadi masuk adalah kelas 5 Sc 2, kelas aku! Akhirnya! Ketawanya pecah apabila melihat budak lelaki tadi keluar dari kelas itu sambil menggaru-garu kepalanya.
Budak lelaki itu mendongak ke atas melihat papan tanda nama kelas.
G’na senyum keji. Hah, baru nak tengok, tadi sebelum nak masuk kelas orang tak tengok dulu. Berani lagi ketawakan aku, kan dah malu. Lepas ni, dia akan masuk dan tak akan keluar. G’na pun mula keluar dari kelas 5 Ak 1 dan melangkah kembali ke kelasnya.
“ G’na! Kau pergi mana?” soal Fateh apabila melihat kelibat G’na masuk melalui pintu belakang kelas.
“ Tak jumpa jalan pulang..” balas G’na dengan nada bergurau.
“ G’na!” teriak E-jan. Dia datang menghampiri G’na.
G’na cepat-cepat menoleh ke arahnya, takut serangan tiba-tiba. “ Dah la, aku tak nak main,” ujar G’na malas.
“ Kau okey ke?” soal Fateh.
G’na tak menjawab.
“ Ye la tak nak main, peluru kau dah makan orang sekali, peluru aku tak lagi. Pandai kau,” bebel E-jan tak puas hati.
Ketawa pecah.
“ G’na, rugi la kau. Tadi ada budak baru sesat masuk kelas kita..” kata E-jan sambil kedua-dua keningnya terangkat.
“ So?” soal G’na acuh tak acuh.
“ Handsome!” sepatah kata keluar dari mulut E-jan sambil menunjukkan ibu jarinya.
“ Please, jangan kata kau cenderung ke arah tu…” sinis kata G’na sambil matanya dikecilkan.
“ Gi-la!” kata Fateh sambil ketawa.
G’na turut ketawa.
“ Nak terus gelak ke jerit?” soal E-jan dengan senyum senget.
“ Ha. Ha. Ha. Gelak la, kelakar kut!” G’na terus ketawa.
“ Fine.” E-jan menarik getah sayur yang dari tadi dijarinya dan disasarkan ke lengan G’na.
“ Awwww!!” jerit G’na.
“ Rasakan!” kata E-jan sambil jelir lidah ke arah G’na.
“ Kau!!” jari telunjuk G’na dah tepat ke hidung E-jan.
E-jan menjulingkan matanya melihat jari telunjuk gadis itu sambil ketawa puas hati. “ Win-win situation, kan?”

G’na menjeling E-jan dan mula melangkah ke tempat duduknya. 

Friday, 12 June 2015

Si Pemandu Hati (Bab 3) ~ Nazira Ilias

Dah 6.30 pagi, Najihah tekan butang stop pada penggera telefon bimbit. Dia mengatur langkah ke bilik air mengambil wudhuk. Kalau terus mandi, jawabnya terbabas Subuh. Lepas solat, sempat lagi dia terlelap di atas katil.
“Ya Allah… tidur lagi budak ni, dah pukul 7 tahu tak? Bangun cepat, mandi!” Mak Cik Aisyah tarik kasar selimut dari badan Najihah. Brutal betul Mak Cik Aisyah ni. Terkejut akak!
Najihah bangun dengan malas. Tuala yang tersangkut di penyidai, dia capai dan jalan masuk bilik mandi dengan mata separuh tutup.
“Jiha.. apa kamu buat lama-lama dalam bilik air tu. Kamu tidur ke apa?” Lebih kurang 20 minit macam tu, Mak Cik Aisyah terjerit-jerit panggil Najihah yang masih tak keluar dari dalam bilik mandi.
“Mana ada. Kenapa bu? Lama sangat eih orang mandi? Dah nak keluar dah ni…jappppp!” Najihah jerit dari dalam bilik air.
“Okey siap cepat…boleh sarapan! Dah pukul berapa dah ni.” Mak Cik Aisyah membebel-bebel di hadapan pintu bilik air Najihah.
Untung sebenarnya kalau duduk di rumah ibu bapa, ada orang yang boleh kejutkan bila bangun lambat. Dan sebab itulah perangai Najihah pun melampau-lampau.
Lama sangat ke Najihah di dalam bilik mandi tadi? Mesti ibu risau sebab dia pernah tertidur di dalam bilik mandi. Tapi, itu cerita lamalah. ‘Penyakit’ tu dah hilang sejak masuk hostel di universiti. Pernah jugak Mak Cik Aisyah tanya Najihah dahulu yang berbunyi begini...
“Jiha…macam mana kamu boleh lena dalam bilik air tu? Kamu bersila ke, mencangkung ke…tak pun kamu baring betul-betul?”
“Entahlah bu…buat gaya bebas je.” Najihah ketawa kuat bila dengar Mak Cik Aisyah tanya begitu.
Pukul 8.10 pagi dia h sampai di pejabat. Bermakna ada 20 puluh minit lagi untuk memulakan kerja. Wah, sesaknya nak masuk sini. Dia terpaksa mengecilkan badan untuk membolosi ruang Jabatan Operasi untuk sampai di meja kerja. Semua yang ada di situ pandang Najihah tak lepas. Lagak macam tak pernah tengok perempuan je mereka semua ni. Manakala ada dua tiga orang pekerja sudah mengetahui bahawa dia adalah orang baru di situ. Jabatan ini biasanya dipenuhi dengan pemandu-pemandu yang keluar masuk tak kira masa untuk menyemak jadual trip perjalanan bas mereka.
Ruang pejabat Najihah ditempatkan di dalam bangunan utama bersama enam jabatan lain. Manakala, jabatan Alia ditempatkan di bangunan bersebelahan sahaja.
Sebaik sahaja Najihah duduk di kerusi, dia disapa oleh seorang pemandu. Mestilah pemandu lelaki. Menurut Suzana syarikat ini belum pernah lagi mencipta sejarah untuk mengambil pemandu dari kalangan wanita.
“Eksekutif  baru kat sini?” Tanya seorang pemandu yang agak berumur. Senang saja nak kenal dengan driver di sini sebab mereka semua beruniform syarikat yang berwarna biru.
“Ye…baru start hari ni.” Pendek Najihah jawab.
“Cik atau puan?” Pemandu itu menambah. Najihah berfikir sebentar mencari jawapan. Pemandu yang sebaya abah Najihah itu tersenyum. Nak tahu samada dia sudah berkahwin atau belumlah tu. Sibuk betul orang tua ni.
“Hermm…PUAN!” Najihah selamba.
“Eh tipulah!! Tak nampak macam orang dah kahwin pun. Muka pun berseri-seri je.” Pemandu tadi cakap dengan yakin.
Eh! Boleh kenal ke orang dah kahwin ke tak? Bahaya orang tua ni. Tipu pun tak lut.
“Oh…dah kahwin rupanya. Anak berapa?” Seorang pemandu lagi mencelah. Ini soalan perangkap.
“Tiga orang. Dua perempuan satu lelaki. ” Lancar betul mulut Najihah ni kalau masuk bab menipu. Bukan apa, saja nak tutup cerita kahwin-kahwin ni.
Tak lama lepas itu, Haji Ramli dilihat melintas bilik operasi untuk menuju ke bilik dia. Keadaan bertukar menjadi senyap. Nak tunjuk hormatlah mereka tu. Belakang pak aji tu, bukan main mereka.
 “Ain…ikut saya ke dalam. Ada beberapa perkara nak dibincang.” Haji Ramli mengarah.
“Baik, Tuan Haji.” Hamba menurut perintah. Dia mengekori Haji Ramli dari belakang dengan membawa sekali planner.
Haji Ramli menerangkan tentang selok-belok bidang tugas Najihah dengan lebih lanjut. Pak aji tu juga menunjukkan prosedur untuk membuat laporan sesuatu kes saman melalui Gantt Chartt. Selain tu, Najihah perlu tahu mengenai PERKESO, KWSP, PUSPAKOM  dan banyak lagilah tugas dia. Kalau nak cerita semua kat sini mahu dua tiga bab pulak karang dengan naratif aje. Mengantuk je semua yang baca cerita ni.
Hampir ke tiga jam jugalah Najihah bertapa di dalam pejabat Haji Ramli. Walaupun pendingin hawa cukup kuat di sini, tapi peluh dingin tetap memercik di dahi Najihah yang sedang pick-up arahan daripada Haji Ramli.
“Cukuplah tu Ain…saya tahu awak pening nak cacth up semua benda ni. Tengok dahi awak yang berkerut tu pun saya dah dapat agak.” Haji Ramli ketawa kecil.
“Eh…sampai macam tu sekali ke Tuan Haji?” Najihah risau. Terover acting pula.
“It’s okay…awak boleh semak semua dokumen tu di luar. One more thing…di belakang tempat duduk awak ada sebuah bilik kecil. Bilik tu ada semua maklumat mengenai saman dan rekod-rekod pekerja. Awak boleh masuk ke situ untuk ambil segala rekod dan buat rujukan. Awak boleh minta tolong daripada Laila. Sebahagian daripada tugas dia memang untuk membantu awak di sini.” Panjang lebar Haji Ramli membuat penerangan.
“Ok, Tuan Haji…kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu.”
Dia melangkah ke meja kerja dia dengan berkira-kira mengatur plan kerja. Sebaik sampai, ada seorang lelaki dalam lingkungan 40an datang mendekati.
“Cik Ain…tinggal kat mana?”
“Panggil Ain je…En. Rahim. Rumah saya dekat Taman Cempaka.” Jawab Najihah sambil membelek-belek dokumen yang bertimbun di atas mejanya.
“Eh…tahu nama saya?” En. Rahim terkejut.
“Hish En. Rahim ni…apa guna pakai pas pekerja yang besar gedabak tu kalau bukan nak tunjuk nama En. Rahim.” Najihah tersenyum sambil menggeleng kepala.
“Hehehe…” En. Rahim tepuk dahi. “Sorylah Cik Ain…orang tualah katakan.” Ketawa kecil pulak En. Rahim ni.
“Tak ada hallah.” Tak sempat Najihah menghabiskan kata-kata, telefon di mejanya berdering. Najihah dan En. Rahim sama-sama merenung set telefon tersebut. Najihah jawab. En. Rahim dah bergerak ke tempat dia.
“Hello Jiha…aku ni.”
Alia!!!! Pandai dia guna ‘kemudahan percuma’ di syarikat ni.
“Weh kau... ingatkan siapa tadi. Kenapa babe?”
“Jap lagi lunch time…kita makan sama-sama kat café eih.” Najihah tengok jam di tangan, ada setengah jam lagi untuk keluar rehat. “Aku pergi kat tempat kau. Kau tunggu je situ.”
“Ok.” Najihah jawab tanpa banyak soal.

“AIK…sikit je makan. Tak habis pun.” Tanya Alia.
“Aku memang macam ni… kalau berubah tempat, selera lambat nak mari. Macam lah kau tak kenal aku?”
“Ada juga orang pelik macam kau ni. Tapi yang buat aku lagi pelik…kalau makan kat mana-mana restoran even first time…lalu je, berselera je kau makan aku tengok.” Alia mengutuk.
“Aku tak pelik lah…aku unik.” Najihah angkat kening. “Itu lain, suasananya enjoy…mestilah berselera. Kat sini suasana bekerja…first day pulak, macam-macam aku nak kena pick up. Bila aku dah adapt tempat ni, kau tengoklah nanti berapa banyak aku boleh makan.” Najihah tergelak.
“Tulah…siapa suruh belajar tinggi-tinggi, kan dah pening kepala.” Alia ketawa perlahan.
“Apa punya nasihatlah kau bagi kat aku ni… tak ada motivasi memajukan diri langsung. Menjahanamkan lagi adalah.” Najihah mengeluh.
“Seriusnya. Nak lawak pun tak boleh dah.” Alia mencemik.
“Kalau aku tau macam ni punya susah bekerja, baik aku jadi doktor je dulu.” Najihah tiba-tiba tergelak besar.
“Kau punya penyesalan tu… tak logik langsung!” Alia ketawa kuat. Kemudian Najihah turut ketawa dengan idea bodoh dia tu. Orang lain yang sedang menjamu selera tertoleh melihat mereka.
“Tak payahlah Jiha oii…dah tak ada makna nak tukar profesyen. Eh, Jie…aku baru teringat nak tanya kau satu benda ni.” Bunyi macam serius. Najihah angkat kepala tunjuk reaksi bertanya. “Kau ada jumpa budak operasi tak? Amin nama dia.”
“Tak ada pun…En. Rahim ada lah.” Najihah jawab acuh tak acuh.
“Cik Rahim yang tua bangka tu nak buat apa?”Alia mencemik. “Kalau kau nak tahu, Amin tu supervisor kat operasi tu. Satu sekolah dengan kita dulu. Tapi yang itu…aku sure kau tak heran. Aku cuma nak bagi tahu kau yang dia tu perangai tak semenggah orang. Suka hati atok nenek dia je nak buat apa kat sini. Kalau bab bergaduh, bagi je kat dia. Kau cuba tanya dia perempuan mana yang kerja kat sini…tak pernah bertekak dengan dia. Ada je point dia nak bergaduh dengan orang.” Panjang pula Alia cerita pasal orang yang bernama Amin tu.
“Aku bukan apa…aku tak nak dia cari pasal dengan kau je. Sekarang aku dah bagi tahu…at least kau boleh berjaga-jaga dengan mamat kurang ajar tu.” Ada lagi penambahan ayat dari mulut Alia. Laser juga mulut Alia ni.
“Ok-ok…aku dengar nasihat kau tu.” Akhirnya Najihah baru dapat bersuara walaupun dia belum benar-benar menerima kesahihan cerita sebelah pihak Alia.

 Sehari suntuk Najihah mempelajari perkara baru. Lepas habis rehat tadi, terus dia berjumpa dengan IT Technician di sini. Belajar semua sistem yang dia patut tahu. Perkara yang memang perlu dia beri tumpuan seratus peratus. Kalau tidak, boleh mati kutu dia tak reti nak buat kerja nanti dengan segala sistem yang ada.
Keluar sahaja Najihah di luar pintu pejabat, dah boleh nampak kereta Pak Cik Nazim di luar pagar. Tak sabar nak balik rumah lepas terasa penat bekerja hari ni. Almaklumlah dah lama membuta dekat rumah. Hari ni rasalah kepenatannya.
“Macam mana kerja?” Tanya Pak Cik Nazim sebaik sahaja Najihah membolosi kereta.
“Ermm…sakit kepala la bah. Semua nak kena belajar.” Najihah bersandar lesu.
“Dah namanya baru masuk kerja…mestilah kena balajar benda baru. Kerja tak sama dengan belajar. Belajar sekurang-kurangnya bertanggungjawab pada diri sendiri dan keluarga. Tapi, bila kamu dah bekerja…tanggungjawab lebih daripada tu. Kamu kena bertanggungjawab pada syarikat merangkap majikan, orang atasan dan orang bawahan juga. Besar amanah tu…jadi kena pikul baik-baik. ” Pak Cik Nazim berceramah. Adoi, banyaknya tanggungjawab Najihah!
“Ye bah…orang ingat semua tu.” Jawab Najihah lemah. Kepala dia tiba-tiba ingat kembali pelawaan Alia ketika waktu makan tengah hari tadi.
“Kau pergi balik kerja ni naik apa? Abah kau jadi driver eih angkut kau?”
“Amboi-amboi…aku rasa ringan je tapak tangan ni nak lempang mulut engkau.” Najihah buat aksi nak lempang pipi Alia.
“Emo pulak.” Alia menyeringai gigi. “Kau jangan marah-marah…aku nak offer benda baik kat kau ni. Apa kata…aku je yang ambil dan hantar kau. Senang kan sebab kita ke tempat yang sama.”
“Memanglah kita ke tempat yang sama…tapi kita datang dari tempat yang berbeza. Apa kau dah lupa? Rumah aku tu lagi jauh dari rumah kau.” Sanggah Najihah pula.
“Alah…tak jauh mana sangat pun.  Tiga, empat minit je nak ke rumah kau kalau naik kereta.” Alia berkira-kira.
“Kau sanggup ke hari-hari?” Najihah serius.
“Sanggup!” Laju Alia jawab. “Aku charge lebih petrol nanti..baru kau tak rasa bersalah nak tumpang aku.”  Alia berseloroh.
Najihah menunjal kepala Alia. Tak guna punya kawan!
Lama Najihah mengelamun, tak sedar dah sampai ke rumah. Sempat jugak Najihah jenguk Mak Cik Aisyah yang sedang cabut rumput dalam pasu bunga. Lepas tu, dia terus naik ke bilik. Campak tudung atas katil, tukar baju dan solat Asar. Kemudian terus rebah atas katil. Nak buang rasa penat kejap. Tapi rasanya hanyut terus gamaknya.

Hampir ke pukul 9.30 pagi, Najihah tenampak ada seorang lelaki yang baru masuk ke bahagian operasi. Dah sejam waktu kerja berlalu. Pukul berapa lelaki ni masuk kerja? Kelihatan Cik Rahim mahu melintasi mejanya dan Najihah sempat menggamit tangan memanggil Cik Rahim. Cik Rahim berpatah balik mendapatkan Najihah. Orang di sini semuanya panggil ‘cik’ dan bukannya dengan ‘encik’ sebab dah terbiasa begitu. Mereka cuma ambil hujung suku kata ‘encik’ itu je. Betul jugak kan, macam susah je nak pangil ‘encik-encik’ ni. Sebut ‘cik’ sudah.
“Ada apa Cik Ain?”  Cik Rahim menunggu jawapan.
“Sapa yang duduk kat meja sebelah kanan tu? Dia baru sampaikan?”
“Amin…supervisor kat sini. Dia memang selalu datang lambat.” Sekarang ni, Cik Rahim tunjuk muka bosan bila bercerita pasal orang yang duduk di meja sebelah kiri dia tu.
“Semalam tak nampak dia pun.”
“Semalam off day dia. Kenapa Cik Ain?”
“Tak ada apa. Saya ingat siapa tadi.” Najihah cuba berselindung.
Inilah rupanya budak Amin tu, datang lambat buat company ni macam bapak dia yang punya. Lepas ni apa pula perangai buruk dia?
Lepas Cik Rahim kembali ketempat dia, Najihah nampak Cik Rahim dan Amin borak-borak seketika. Kemudian Amin toleh ke belakang pandang Najihah. Mugkin baru tersedar kewujudan Najihah di situ. Najihah hanya meyelak-nyelak dokumen nak tunjuk yang dia sedang bekerja sedangkan ekor mata dia tengok Amin dari jauh. Sekarang ni, Amin sedang jalan menghampiri meja Najihah.
“Eh siapa ni…orang baru?” Amin menyapa Najihah sambil tersenyum riang. “Cik Rahim…siapa nama awek ni?” Tanya Amin kepada Cik Rahim. Macam gaya Mat Rempit je.
“Tanyalah pada tuan punya badan sendiri.” Acuh tak acuh je Cik Rahim jawab. Tiba-tiba Amin jalan ke pintu hadapan memeriksa rak punch card. Dia tercari-cari sesuatu, kemudiannya dia mengeluarkan satu kad.
“Nur Ain Najihah Binti Mohd Nazim.” Amin baca kuat-kuat sambil tangan dia pegang satu card.  Umur dia pun sebaya sayalah Cik Rahim.” Amin membelek-belek punch card Najihah yang tertera nombor kad pengenalan dan jabatan. Cik Rahim buat tak reti je.
Amin letak balik kad Najihah dan pergi jenguk Najihah di meja. Jenuh Najihah menjawab soalan daripada Amin. Apa dia ingat syarikat  ni bapak dia punya ke boleh bersembang bila-bila dia suka. Dalam berborak Najihah sempat juga Najihah siapkan satu laporan. Daripada bersaya awak bertukar menjadi aku dan engkau. Entah macam mana boleh sampai pula ke topik zaman persekolahan dulu.
“Tak sangka kita satu sekolah dulu. Kalau aku tau kau comel macam ni…dulu lagi aku dah mengorat sampai dapat.” Amin senyum meleret-leret.
“Kau dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Sapa yang tak kenal dengan perangai jahat, lawan cikgu, kuat gaduh kau tu.” Najihah buat serangan tepat pada Amin sekarang ni.
“Sampai hati kau, Ain. Itu dululah…hari ni aku dah berubah.” Mendatar je suara Amin. Takkan sedih kut? Muka gangster.
“Hari ni? Hari ni baru nak berubah? Tak apa…biar aku tengok sejauh mana perubahan kau tu.” Najihah angguk-angguk kepala.
“Kau cabar aku ke Ain?” Amin merasa terpukul.
“Aku cabar ke? Aku cakap nak tengok je.” Najihah berkias-kias. Kalut betul mamat ni. “Dah…aku nak buat kerja ni.” Najihah buat muka serius. Amin dah kembali ke tempat dia. Najihah sambung kerja.
Keadaan pejabat senyap sunyi tiba-tiba bila ada sorang lelaki berpakaian kemas siap berkot dan bertali leher melintasi bilik operasi. Ada juga yang tunduk hormat.
“Dato’.” Amin menyapa. Dato’ Ramlan hanya mengangguk kepala.
Dato’ menuju ke sebelah kiri bilik operasi. Bilik Dato’hanya selang tiga buah sahaja dari bilik operasi.
“Ain…kalau kau nak tahu, tulah owner company ni.” Amin cakap dari tempat duduk dia selepas Dato’ dah selamat masuk ke bilik.
“Oh…patutlah aku tengok muka kau kecut tadi. Rupanya nampak bos besar. Itulah asyik bercakap tak henti-henti.” Sindir Najihah.
Amin ingat Najihah tak kenal ke tuan punya syarikat ni. Haji Ramli dah bawa dia berjumpa dengan Dato’ dah pun sebelum ni. Kenalah jumpa bos besar dulu sebelum mula bekerja.

“Jiha jom…kau tak nak lunch ke?” Alia datang menghampiri meja Najihah. Boleh tak sedar jam dah masuk ke waktu rehat.
“Ikut boleh?” Amin tiba-tiba mencelah.
“Boleh blah! Lain kali je, hari ni dia makan dengan aku. Esok dengan aku. Lusa dan tulat pun dengan aku jugak.” Jawab Alia dengan suara kasar. Najihah tengok je. Tak dapat rentak lagi nak faham keadaan dua makhluk di hadapan dia ni.
“Heh Alia…sombong betul! Mentang-mentang dah ada geng...besar kepala pulak” Amin tak puas hati. Sebijik perangai dia macam waktu sekolah dulu-dulu. Langsung tak matang.
“Apa kau ingat kau je yang boleh angkat geng? Kau je yang boleh besar kepala? Aku tak boleh…macam tu?” Lagi tinggi suara Alia mengalahkan Amin. Hish, tak boleh dibiarkan budak berdua ni.
“Lia, Amin…sudah-sudah la! Korang bukan zaman sekolah lagi tau. Jom!” Najihah tarik tangan Alia keluar dari situ. Amin sempat tendang meja dia tunjuk protes.
Alia berjalan laju ke café hingga Najihah tertinggal di belakang. Marah betul Alia dengan Amin. Benci benar dia. Sebut nama Amin pun dia tidak sudi. Inikan pulak nak duduk semeja menjamu selera. Memang tidak berseleralah Alia jawabnya. 
“Ermm Lia, aku dah bincang dengan abah aku semalam pasal kau nak ambil hantar aku tu.” Najihah buka cerita lain, tak sebut pasal Amin.
“Dah tu?” Alia angkat kening.
“Abah aku yang hantar selagi dia tak ada hal kat luar kawasan ni. Kalau dia ada hal.. aku minta tolong kaulah. Boleh?”
“Boleh je…dah aku offer ambil dengan hantar kau hari-hari, takkan sekali-sekala pulak tak boleh.” Alia geleng kepala.                 
“Thanks, Lia!”
“Thanks  je tak cukup…belanja aku makan hari ni.”
“Kejam la kau ni…aku baru kerja dua hari. First gaji nanti…aku belanjalah.” Najihah buat suara sedih.
“Eleh…buat muka kesian pulak. Iyelah aku tau…saja nak test.”
“Heheh…kau memang kawan yang memahami la.” Najihah membodek.
“Jiha…pasal tadi, kau dah tengok sendiri kan. Macam mana dia suka cari pasal…ini baru sikit. Lepas ni kau kena berhati-hati dengan dia. Tempat kau tu, dekat je dengan dia. Memang senang sangatlah dia nak ambil kesempatan kat kau.” Bersungguh-sungguh Alia berpesan. Najihah hanya menganggukkan kepala.

Malam-malam begini memang bosan sebab tak ada aktiviti nak buat. Nak harapkan kak long, tak muncul-muncul sampai sekarang. Berjanji je lebih kata nak chatting malam ni.
Okay sis, next Saturday…kita chat lagi eik. Oyasumi nasai! Sayonara!
 Janji tinggal janji je. Sibuk sangatlah tu dengan kerja dia. Kerja, anak, suami semua nak handle. Mesti dah lupakan Najihah yang tengah tunggu dia macam buah tak gugur. Ni nak marah ni.
Sila fikir dengan baik-baik ya, Najihah. Kakak ipar kau tu banyak lagi kerja selain nak layan kau. Sudahnya, dia berteleku di hadapan komputer riba sambil menopang dagu dengan mata separuh tertutup.
<melissa_1701> Kon Ni chi Wa!!!!
Yeay! Cik kak ni dah datang. Tak sia-sia tunggu setengah jam. Sampai habis sekotak Rocky dia bedal.
<najihah_nazim> you’re late kak long… kena denda.
<melissa_1701> so sorry sis, very tired…I’ve done my presentation at noon. So, now can take a
                           deep breath…fuhhhh
<najihah_nazim> iyelah...wanita berkerjaya memang la macam tu
<melissa_1701> amboih…macam la orang tu tak ‘bekerjaya’. Congrats sis..boleh belanja Kak
                            Long nanti :p
<najihah_nazim> congrats after a third weeks? Hermmh…
<melissa_1701> ok apa dari tak ada . Kak long baru tahu la dik…nak harap adik bukan nak
                            cerita huhu
<najihah_nazim> saja la tu nak buat sedih. If I didn’t mention it...at the ends you’ll still got that
                              information, right? Hahaha…  doesn't matter what, thanks kak long. Nanti
                              orang belanja kak long makan cendol mamak kat bawah pokok ketapang.
<melissa_1701>  jangan cakap cendol-cendol kat sini.. nanti kak long homesick
<najihah_nazim> balik raya tak pernah miss still nak homesick kahkahakah. Kak long….last
                              Saturday…orang makan CENDOL PULUT dekat kedai Bismillah. Sedap kak
                              long…tak pernah lagilah makan sesedap hari tu…slrrrrppppp!

Najihah sengaja mengapi-apikan kakak ipar dia.
<melissa_1701> you’re too much dik…sob, sob, sob . Tak apa lah…kak long masih setia                 
                           dengan sashimi, udon, danburi, ramen….dan banyak lagi dik
<najihah_nazim> Euww…silap oranglah kak long. Saya kan benci dengan seluruh keturunan
                              sushi dan seangkatan dengannya. Kuey Teow Doly Special waiting you kak  
                              long. Mee Udang Mak Jah pon.  *gelak jahat*
<melissa_1701> *tumbuk dinding*
                            Along & Irfan…tengah main snow ball dekat luar. Dia orang tengah jerit-jerit
                            panggil you datang sini

Najihah jeling sekilas jam pada taskbar skrin. 10.25 pm.
<najihah_nazim> Pukul berapa sekarang ni Kak Long?? Agak-gaklah nak tipu orang pun.

Kak Long cuma balas dengan ‘hahaha’ je bila dia tidak berjaya mengalahkan Najihah. Gila apa nak main kat luar dalam waktu-waktu begini. Awal sejam aje pun waktu di sana. Macamlah Najihah tak pernah ke sana. Ada hati nak tipu dia. Inilah kesannya bila selalu sangat makan makanan yang dibeli dari mesin hahaha.  Kalau boleh, semua benda orang Jepun nak beli dari mesin. Termasuklah Kak Long yang sorang ni.

Thursday, 11 June 2015

Kita ≠ Couple (Prolog ~ Bab 1) ~ Aeliah Mazta

Prolog.
“ Along, Angah, Alang, Ateh…ayah nak kau orang tengok-tengokkan Acu tu. Jaga dia bila mak ayah keluar pergi kerja. Dengar tak?” suara Encik Omar bergema satu ruang tamu.
            Keempat-empat anak lelakinya mengangguk faham.
            “ Kalau terjadi pape kat Acu, ayah salai kau orang semua hidup-hidup 40 hari 40 malam. Dengar?” wajah lelaki berumur dalam lingkungan 40-an itu serius.
            Mereka mengangguk serentak. Arahan diterima, ayah!




Bab 1
Part I
-Tahun 2007-
Lampu bilik dipadam. Pintu bilik ditutup perlahan. Langkah gadis itu diatur menuruni anak tangga. Hati terus memanjatkan doa. Moga malam ini dapat lepas pergi melepak minum secawan dua teh tarik kat kedai mamak dengan kawan-kawan. Walaupun hanya teh tarik di kedai mamak tu cuma seringgit je harganya, yang nikmatnya kebersamaan kawan-kawan tu yang mahal. By hook or by crook, kena sampai juga kat sana!
            “ Acuuuuuu,” panggil Naufal panjang enam harakat.
            Lambat-lambat G’na menoleh ke arah Naufal, abang sulungnya.
            “ Nak pergi mana? Dengan siapa? Buat apa? Siapa bagi izin keluar? Mak ayah tau ke ni?” bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut Naufal.
            G’na tampal sengih. Ah, sudah! Mula la tu si pegawai penyiasat jalankan tugas. Nak goreng apa ni? Eh, bukan ke Along kat rumah dia? Sejak bila ada dalam rumah mak ayah ni?
            “ Ni, siapa bagi pakai baju macam ni? Meh, sini,” Naashif pula bersuara.
            G’na mengatur langkah menghampiri Naashif, abang keduanya. Ini lagi sorang, si perunding pakaian busana Muslimah. Baju itu tak boleh, baju ini tak boleh, pakai cawat baru tau! Kalau Along datang rumah ni, tak sah tak angkut Angah sekali. Mentang-mentang duduk setaman jadi jiran hadapan antara 40 buah rumah.
            “ Acu pakai baju masa kindergarten dulu ke? Sendat sana sini, kesian badan tu tak boleh bernafas. Kasi la ruang banyak sikit,” sinis Naashif menutur. “ Pergi naik atas balik pakai Angah punya sweater warna kelabu tu.”
            Hambek kau! Sekali sedas kena setepek kat muka. G’na mencebik. Bukan main berjam dia duduk berteleku depan almari baju nak pilih pakai apa untuk keluar malam ni. Buang masa betul la.
            “ Acu tau kan, piawaian pakai baju bagi perempuan tu macam mana? Mulut Ateh dah berbuih bagi tau. Lupa ke? Nak Ateh ingatkan balik? Ada yang tujuh hari tujuh malam tak habis kalau nak cerita pasal tu je,” Nabhan mula membuka mukadimah.
            G’na terus menggeleng laju. Warghhh.. lagi? Jangan kata mulut Ateh berbuih, otak aku pun dah menggelegak nak rebus Ateh punya pesanan tu. Alahai, abang keempat aku ni si pendakwah bebas. Biasanya lepas Maghrib, dia duduk bertapa dalam bilik. Kenapa hari ni bertapa kat ruang tamu pulak? Oh ya..ada Along dengan Angah datang.
“ Mana Kak Asma dengan Kak Fasha? Wazir dengan Furqan?” soal G’na sambil matanya memerhati sekeliling rumah. Dan sebenarnya helah juga nak ubah topik.
            “ Pandai dia cari jalan keluar,” perli Nabhan.
            “ Apa yang bising-bising ni? Dari atas lagi Alang dengar,” Naqiu yang baru turun memandang Naufal, Naashif dan Nabhan silih berganti. Tangannya mencapai kunci kereta di atas meja depan televisyen. Dia menghulurkan sweater biru kepada adik bongsunya. Sebenarnya dia berpatah balik ke dalam biliknya untuk mengambil sweater setelah mendengar arahan Angah kepada adik bongsu mereka tadi.
            “ Yang Alang pulak ni nak pergi mana?” soal Naufal dengan kening berkerut. Smart habis adik bujang aku sorang ni.
           “ Alang nak dating dengan Ratu Bongsu ni. Along nak ikut?” jawab Naqiu sambil kening kanannya terangkat.
            Naufal menggeleng. “ Ingatkan Acu nak lepak tak tentu arah. Dah pergi sekarang. Balik jangan lewat.”
            “ Baik! Arahan diterima!” seloroh Naqiu. Dia mengenyitkan mata kepada adiknya yang dah berdiri dengan muka sememeh di sebelah sofa dari tadi.
            G’na menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ketiga-tiga abangnya yang hampir merencatkan rencana gathering malam itu. Dia menarik nafas lega. Akhirnya!
            “ Belanja Alang dua cool blog oreo nanti,” bisik Naqiu ke telinga G’na.
            “ Dua? Perjanjian kan satu je?” rungut G’na.
            “ Nak setapak ke depan ke nak setapak ke belakang?” ugut Naqiu.
            “ Ye la, ye la! Setapak ke depan! Ugut, mana aci!”
            Naqiu sudah gelak besar. Geli hati melihat muncung G’na sudah panjang berinci-inci. Enjin kereta dihidupkan.
            G’na mengeluarkan telefon bimbitnya.
            + Gathering on. See you all there!
             Butang send ditekan. Dia senyum. Betul la sorang abang aku ni je yang boleh diharap berkompromi. You are my hero, Alang! My peguam bela also.
            “ Alang, bila masa Along dengan Angah datang? Kak Asma dengan Kak Fasha mana?” soal G’na.
            “ Masa nak masuk azan Maghrib tadi dia orang sampai. Acu la siap lambat sangat. Kan dah kena tapis.” Stereng kereta dibelokkan ke kanan. “ Nasib baik lepas keluar malam ni. Kalau tak muncung sehasta la gamaknya mulut orang tu.”
            “ Mana tau dia orang nak datang. Tiba-tiba je..” kata G’na perlahan.
            “ Dia orang tu pun datang sebab Kak Asma dengan Kak Fasha pergi kelas menjahit. Wazir dengan Furqan kat kedai ayah sejak petang tadi. Ayah nak main dengan cucu. Sementara tunggu tu, balik rumah kejap tengok Acu buat apa,” kata Naqiu sambil tersengih.
            “ Tak tengok pun tak apa..” G’na memeluk tubuh.
            “ Mana boleh tak tengok, kan ayah dah pesan kat kita orang suruh jaga Acu. Kena la jalankan tugas,” beritahu Naqiu.

           G’na menjeling abang ketiganya di sebelah. Jaga la Acu ni sampai lebam, abang-abang! Watlek watpeace je la.