Friday, 7 February 2014

Aduhai Redza (Bab 6): Qaisy

“KENAPA kau bawak dia?” Rex menyoal. Tika itu mereka berdua sedang duduk di atas sebatang kayu yang memang sedia ada di situ. Agak jauh dari Tia, Paan dan Apek. Dia sengaja duduk jauh-jauh sebab dia nak merokok. Dia tak naklah sebab dia merokok, orang lain yang dapat penyakit. Tapi, Sam ni sibuk nak mengikut sama. Jangan salahkan aku sebab jadi perokok pasif.
Rex dan Sam memerhatikan Tia dari tempat duduk mereka. Entah apa yang ditanya Paan dan Apek pada Tia mereka tak tau. Sampai naik merah muka Tia jadinya. Janganlah diorang borak benda yang pelik-pelik. Memang aku rembat Paan dengan Apek tu.
               Sam petik tali gitar. “Saja. Nak tolong kau.” Mudah jawapan Sam. Rex turut sama memetik tali gitarnya. Mulutnya menghembuskan asap rokok yang telah disedut tadi. Lega. Petang itu sahaja sudah tiga batang rokok disedut.
Rokok ditangan kiri yang dah tinggal suku dicampak ke tanah. Kaki kiri memijak saki baki puntung rokok yang masih menyala. Biar terpadam. Kang tak memasal ada kebakaran pulak hanya kerana puntung rokoknya. Wah wah.
               Rex memandang sisi wajah Tia di hujung sana. Tia sedang tergelak kecil dengan tangan ke bibirnya. Matanya yang tak berapa bulat tu turut sama menyepet tiap kali dia gelak. Comel. Aku dah lupa macam mana aku boleh tersuka kat dia. Sebab apa eh? Senyuman dia? Mata dia? Muka dia? Hm.
Entah apa yang dibualkan dengan Paan dengan Apek sampai gelak-gelak macam tu dia tak tahu. Timbul sedikit rasa cemburu di hati. Cemburu? Kenapa mesti ada rasa cemburu? Sebab dia gadis setahun lalu? Sebab kau tak berkesempatan nak berborak riang-ria macam tu dengan dia? Entah. Tak tahu. Mungkin.
               “Tak makan hati ke?” Provok Sam. Tangan masih lagi memetik tali-tali gitar. Perlahan. Memainkan melodi ikut suka hati. Tak ada tempo. Bedal jelah melodi apa pun.
               Rex tarik nafas dalam-dalam. Dia menengadah langit petang yang penuh dengan burung-burung yang hendak pulang ke sarang masing-masing. Tenang. Tapi tenang lagi hati dapat tengok muka si Tia. Ah, sudahlah! Ayat bunga-bunga kalau takat kat hati tak ke mana pun. Cuba cakap depan-depan mahu terketar-ketar. Over!
Rex mengeluh. Kenapa mesti mengeluh? Diri sendiri juga yang macam tak nak mendekati, bukannya salah sesiapa. Sam dah tolong pun tak nak terima pertolongan tu. Jual mahal. Macamlah diri tu punya cara nak mendekati Tia tu. Serabut pulak malam-malam cenggini. Ala, serabut sebab Tia dah dekat. Cuba Tia tak ada, serabut macam ni jugak ke?
Hai, hati. Kenapa tak nak mulakan langkah mendekati? Kenapa nak bermain secara selamat – sekadar memerhati dari jauh, makan hati berulam jantung? Nanti bila dah tak dapat mulalah nak meraung sini sana padahal diri sendiri yang mengalah sebelum berperang. Mengada, mengada. Cukup baguslah kau ada kawan macam Sam yang berusaha nak merapatkan kau dengan dia – si jantung hati.
               “Kalau aku tanya jangan marah.” Perlahan Sam menutur ayat. Berhati-hati. Rex diam. Tak menyahut.  Menunggu soalan yang bakal ditanyakan oleh Sam.
               “What so special about her?”
               Tangan kanan menongkat dagu. “Dia biasa-biasa. Tu yang special.” As simple as that.  Tiada jawapan lain. Dia tak perlukan tempoh masa yang lama untuk bagi jawapan. Lagipun dia tak ada sebab untuk jatuh suka pada Tia. Apa yang dia tahu perasaan tu wujud dan terus bertapak di hati. Senyap. Sam menguis-nguis tanah dengan hujung selipar. Biasa-biasa, huh? Hanya dengan menjadi biasa-biasa dia dah jadi istimewa.
               “Kalau dia tak biasa-biasa?”
               “Then, dia bukan Tia.” Laju Rex menukas. Dia tahu apa yang Sam cuba nak buat. Sam nak menebak perasaannya. Sam nak dia jujur dengan perasaan sendiri tapi macam mana? Perasaan takut tu lebih kuat menguasai dirinya ketika itu. Tiap kali bayangan setahun lepas – Tia dan lelaki itu dia jadi lemah.
Untuk apa menggapai benda yang mustahil untuk digapai dan dicapai? Lagipun, perasaan tu dah setahun pun. Dah basi. Apa yang Tia akan fikir kalau dia tahu Muhammad Redza dah ada perasaan padanya sejak setahun lalu? Sedangkan waktu tu dia dan Tia adalah dua entiti yang tidak mengenali. Tak ke macam pelik? Tak pernah kenal tapi boleh suka. Setahun pula tu. Bukannya sehari dua.
               Suasana kembali sunyi. Masing-masing memandang terus ke langit malam.
               Deringan telefon mematikan suasana sunyi antara mereka. Sam menyeluk poket seluarnya mengeluarkan telefon. Butang hijau ditekan dan dilekapkan ke telinga.
Rex tak ambil peduli. Masih terus melayan perasaannya dan semua persoalan yang berlegar-legar di dalam otaknya. Gitar sudah pun dibiarkan terbaring di sebelahnya bersandar pada batang pokok yang menjadi tempat duduk mereka.
               “Rex, aku kena balik.”
               “Okay. Hati-hati.” Monotone.
               “Nanti kau hantar Tia balik.”       
               Rex angguk. Tak dengar. Fikirannya menerawang jauh. Tak tahu dah sampai ceruk mana. Yang pasti dia memang tak dengar pun apa yang Sam cakap tu. Apa yang dia dengar adalah perkataan ‘balik’. Yang lain-lain memang tak dengar langsung.
               “Thanks.”
               Eh? Rex tersedar. Dia cakap apa?
               “Ulang balik.”
               “Apa?” Sam kerut dahi. Ulang balik apa?
               “Tadi, kau cakap apa?”
               “Aku nak balik.”
               “Bukan. Bukan. Selepas tu.” Rex menggelabah. Dia macam cakap sesuatu. Sesuatu…tapi apa? Macam ada kaitan dengan Tia. Rasanya dia macam ada cakap suruh hantar Tia balik atau something.
               Sam sengih. “Hantarkan Tia balik. Aku kena balik. Urgent.”
               Uhuk. Uhuk. Uhuk.
               Say what? Hantar Tia balik? Terpejam celik mata Rex mendengar ayat yang baru keluar dari mulut Sam. Oh, tidak! Aku dengan Tia atas motor berdua? Itu sangatlah tidak kelakar. Tak kelakar. Kalau suruh dia panjat pokok ke gunung ke dia masih sanggup tapi hantar Tia balik? Kalau nak pura-pura pengsan waktu ni boleh tak?
               “Kerja gila. Kau la hantar dia.”
               “Please. Aku kena balik ni.”
               “Sam…” Suara mintak kesian. Mukanya turut berubah riak. Berkerut-kerut dahi jadinya. Dia tak nak! Dia tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Dia belum bersedia. Tak. Tak. Sam ni pun, janganlah asyik memanjang nak buat kerja gila gitu. Boleh mati terkejut tau tak?!
               “Sorry. Esok aku belanja waktu rehat.”
               Rex mengeluh. Lemah. Pujukannya tak menjadi. Dia mencuri-curi pandang wajah Tia yang masih lagi rancak berborak dengan Paan dan Apek macam dah kenal lama. Amboi, dengan aku tak nak pulak borak macam tu. Ni yang nak sedih ni.
               “Hati-hati. Jangan nak laju.” Rex mengalah. Tak ada gunanya nak suruh Sam tukar fikiran saat dia dah membuat keputusan.
               “Thanks. Jomlah gerak sana.”
               Rex dan Sam sama-sama bangun dari duduk. Mencapai gitar masing-masing yang tadinya disandarkan pada batang pokok. Langkah kaki diseret lemah menghampiri Tia, Paan dan Apek di hujung sana.
               Sam menepuk bahu Paan dan Apek. Refleks mereka berdua berpaling ke belakang. Gitar di tangan Rex beralih tangan – Paan menyambutnya dan tangan mula memetik gitar itu. Tia tunduk menekur tanah. Tak berani nak angkat muka. Entah kenapa tiap kali Rex ada berhampiran dia jadi tak keruan. Kenapa? Dia sendiri pun tak tahu. Dia tak pernah rasa macam ni.
               “Aku kena gerak balik ni. Pape roger jelah.” Sam bersuara. Tangan Paan dan Apek dicapai – bersalaman. 
               Tia bangun dari duduk.
               “Eh, Tia nak pergi mana?” Sam menegur. Tia kerut dahi. Lah, tadi kata nak balik, kan? Takkan nak suruh aku jalan kaki balik rumah pulak?
               “Baliklah.”
               “Oh, nanti Rex hantarkan. Aku kena balik cepat. Ada benda.” Sam melirik pada Rex yang duduk tidak bersuara di hadapan Apek. Berubah wajah Tia saat telinga menangkap ayat yang dituturkan. Rex hantarkan?
               “Tapi…” Perlahan Tia menggumam.
               “Sorry. Gerak dulu.” Gitar dicapai dan dimasukkan ke dalam begnya. Tali beg ditarik melepasi bahu. Langkah kakinya terus dibawa menghampiri motosikal. Kunci dicucuh ke tempat kunci dan enjin dihidupkan. Sam garu leher. Err.
               “Rex.”
               Rex angkat muka. Sam menggamit Rex supaya datang kepadanya. Rex bangun malas-malas, berjalan menghampiri Sam. Apa lagi dia ni?
               “Apa?”
               “Helmet. Kau tak bawak lebihkan?” Rex mengambil helmet ditangan Sam. Sunyi. Rex memandang lama helmet di tangan.
               “Mulakan langkah.” Bisik Sam ke telinga Rex. Rex mendengus. Apa-apa jelah. Langkah apa je aku nak mulakan? Dahlah suruh hantar Tia, sekarang nak suruhkan mulakan langkah. Mengarut karut-marut betul dia ni.
               Sam tepuk bahu Rex. Seolah-olah memberi sedikit kekuatan kepada Rex. Rex senyum acuh tak acuh. Dia tak tahu apa dalam fikirannya tika itu. Kosong! Kalau nak diikutkan dia bukannya tak boleh nak cakap macam biasa tapi suara macam tersekat di celah-celah kerongkang tiap kali Tia ada di depan mata. Aneh kan?
               “Hati-hati.” Sekali lagi pesanan itu diluahkan. Sam angguk. Sekelip mata motosikal Sam hilang ditelan malam.
Rex mengeluh lagi. Tak tahulah dah berapa banyak kali dia mengeluh. Rex memalingkan tubuhnya. Tia sedang berdiri tidak beberapa jauh darinya. Rex mengurut-urut pangkal tengkuknya. “Nak balik?” Dia memandang Tia yang tampak tak selesa.
               Tia menganggukkan kepalanya lambat-lambat. Rex mengalihkan tumpuannya dari Tia kepada Paan dan Apek yang masih lagi berborak entah apa. Dia berjalan mendekati mereka berdua.
               “Aku balik jugaklah. Hantar Tia.”
               “Okay. Bak rokok sebatang.”  Gitar ditangan Paan bertukar tuan. Rex menghulurkan dua batang rokok kepada Paan. Selesai bersalaman, Rex menggamit Tia supaya mengikutnya. Tia akur. Mereka sama-sama berjalan menghampiri motosikal Rex yang diparkir di bawah pokok.
               “Helmet.” Ringkas Rex bersuara sambil menghulurkan helmet ditangan kepada Tia. Wajah Tia langsung tak dipandang. Tia mengambil helmet itu lambat-lambat. Kekok.
Rex menghidupkan enjin motosikalnya. Rex sudah pun duduk di atas motosikal. Tia masih lagi ragu-ragu. Lama dia memandang tempat di belakang Rex.
               “Naiklah.”
               Tia telan air liur. Bahu Rex dipaut, kakinya memijak tempat pemijak. Dia sudah pun duduk di atas motosikal itu. Rex tarik nafas dalam-dalam. Jantungnya dah berdegup macam nak gila! Otak dah tak boleh nak berfikir apa-apa. Yang dia tahu, dia mahu cepat sampai ke rumah Tia. Dia tak sanggup nak berlama-lama di atas motosikal itu. Tia memandang belakang badan Rex.
               “Nanti bagi direction.”
               “Hmm.” Gumam Tia.
               Bibir Rex bergerak menyebut bismillah dan motosikalnya laju meninggalkan tempat lepaknya membelah suasana malam.



TIA turun dari motosikal. Helmet dikepala ditanggalkan lalu dihulurkan kepada Rex. Rex menyambut. Masing-masing bisu. Tak bersuara langsung. Yang bersuara pun hanya Tia sebab nak bagi arah ke rumahnya kalau tak memang senyap sunyi jelah sepanjang perjalanan tu. Rex menanggalkan helmetnya. Rambutnya yang serabai disisir dengan jari-jarinya.
               Anak matanya memfokuskan pandangan pada rumah di hadapannya. Oh, kat sini rumah dia. Tia jadi tak keruan dengan suasana sunyi antara mereka. Hujung selipar menguis-nguis pasir di atas jalan itu. Dari arah rumahnya kedengaran bunyi pintu dikuak dari arah dalam. Dua lelaki berjalan keluar ke arah mereka.
               “Err, abang Zack. Kenalkan ni Redza.” Tia membuka mulut sebelum sempat abangnya bertanya apa-apa. Sesekali dia melirik jam dipergelangan tangan. 7.15 malam. Fuh, ni nak kira selamat ke tak?
               “Zack. Abang Tia.” Zack menghulur tangan kanan.
               Huluran tangan disambut. “Redza.” Jeda. “Sorry. Saya tak tahu jalan. Tu yang sesat dua-tiga kali.” Rex menundukkan kepalanya, memohon maaf. Bukannya dia sengaja nak menghantar Tia lewat (okay mungkin takdelah lewat mana bagi akulah) cuma tadi adalah 2-3 kali dia tersalah masuk lorong. Yelah, sibuk berkhayal. Orang tu cakap lain, dia pulak dengar lain.
               “Zafran.” Zafran pula menghulur tangannya. Rex senyum. Huluran tangan bersambut. Rex jadi tak selesa. Kekok dengan keadaan mereka. Rasa bersalah pun ada sebab hantar anak dara orang waktu-waktu macam ni.
Masa atas motor tadi dia sudah merangka-rangka ayat jika ditakdirkan kedua-dua ibu bapa Tia yang keluar menyambut anaknya di muka pintu tapi nampaknya ayat itu boleh disimpan sahaja kemas-kemas.
               “Maaf menyusahkan kena hantar Meen balik.”
               “Takpe. Salah kawan saya jugak bawak Tia.” Rex sekadar berbahasa. Dia tak tahu ayat apa yang perlu dia cakap waktu itu. Kalau diikutkan hati dia nak terus pergi dari situ tapi macam tak hormatlah pulak.
               “Err…saya mintak diri dulu.” Rex mengerling jam di pergelangan tangannya. 7.15 malam. Dah nak masuk maghrib. Ha, elok sangatlah hantar anak dara orang waktu maghrib macam ni. Sam la ni pi mengajak si Tia.
 Zack dan Zafran serentak mengangguk. Tia hanya kaku berdiri di sebelah abangnya. Tangan Zack masih lagi kemas di atas bahunya.
               Rex menyarung helmetnya. Tongkat motosikal ditolak naik. Dia memandang Zack dan Zafran kemudian beralih pada Tia. Lama. Dan tak lama kemudian, motosikalnya menderu laju meninggalkan perkarangan rumah Tia. Tia memandang motosikal Rex sehingga hilang dari pandangan mata. Rex.



REX merebahkan badannya di atas tilam empuknya. Terasa sakit badannya berlama-lama di atas motosikalnya tadi. Selepas sahaja dia menghantar Tia pulang, dia tidak terus pulang ke rumah tetapi dia membawa motosikalnya pusing-pusing meredah bandar. Singgah solat maghrib pun di surau yang ada ditepi jalan.
Dia mahu menenangkan fikirannya. Dia mahu pulang tanpa rasa bebanan di hati. Selama setahun dia mampu menutup semua rasa dengan hanya beberapa keping gambar tetapi bila dah depan mata, segala perasaan itu macam meledak keluar. Tak putus-putus. Macam tiada noktah. Rex menghela nafas. Berat.
               Tadi, sampai je rumah umi dengan abah tengah menunggunya di ruang tamu sambil menonton televisyen. Macam-macam soalan yang abah tanya tapi dia hanya menjawab dengan satu ayat ‘entah’. Dan selepas tu suara abah dah langsung tak kedengaran. Dia dengan dunianya.
Otaknya tak mampu nak memikirkan sebarang jawapan untuk setiap persoalan abah. Selepas abah dah puas berleter panjang berjela (yang dia yakin dia tak dengar langsung) dan umi pun macam nak suruh abah sambung leterannya esok pagi, dia terus panjat tangga naik ke bilik.
               Bilah-bilah kipas diperhatikan macam baru pertama kali bilah kipas itu dilihat. Segala macam persoalan kembali mengasak diri. Dia tahu apa yang Sam lakukan untuk dia berasa selesa dengan Tia tapi siapa je yang akan selesa tiap kali dia terpaksa berdepan dengan seseorang yang dia suka? Seseorang yang disukai dalam diam dan dalam tempoh yang lama? Orang gila pun tau erti putus asa!
               Telefonnya bordering memenuhi setiap ruang biliknya yang hanya ada sebuah katil, almari dan meja belajar. Tangan menyeluk poket seluar dan terus butang hijau ditekan tanpa melihat skrin.
               “Hello.”
               “So, macam mana?” Suara Sam ceria di hujung talian. Rex bangun dari baring dan bersandar pada dinding memandang ke luar jendela yang dibiarkan terbuka luas. Entah kenapa suara mamat kat hujung sana ceria semacam dia malas nak ambil tahu. Agaknya dia mengharapkan sesuatu kot.
               Rex tarik gitar rapat ke dada. “Entah.” Sekali lagi jawapan ‘entah’ menjadi pilihan hati. Macam dah tak ada jawapan lain yang boleh diberikan. Yelah, jawapan entah tu adalah jawapan paling mudah dan ringkas. Jawapan yang tak memerlukan ayat panjang-panjang. Hanya entah.
               “Korang tak berborak langsung?”
               “Tak.” Lemah. Hampir separuh berbisik suaranya tika itu.
               “Setahun, Rex. Setahun kau suka dia. Sekarang ni dia dah depan mata. Bukan lagi dalam gambar. She’s there, Rex!” Sam makin hilang sabar dengan Rex. Apa yang dia takutkan sangat? Takut kena reject? Come on la! Tolak tepi la bab-bab reject tu. Yang penting sekarang ni berkawan. Kawan jelah dulu. Apa yang susahnya? Bukannya kena panjat gunung ke hape.
               Rex meraup mukanya dengan tangan kanan. Kotak Dunhill di dalam poket seluar dikeluarkan dan diletakkan di tepi. Ekor mata memandang kotak Dunhill itu. “Susahlah, Sam. Sebab dia depan matalah jadi susah.” Rex meluah.
Kotak Dunhill itu dicapai dan penutupnya dibuka. Sebatang rokok dikeluarkan dan dibawa ke bibir. Tangan mengagau mencari lighter dan pemetik api itu dinyalakan. Berkepul-kepul asap memenuhi ruang biliknya.
               “Apa yang susah? Habaq mai.” Keluar terus loghat utara Sam. Rex ketawa. Dah lama dia tak dengar loghat utara Sam tu.
               “Susah sebab kau macam force aku buat sesuatu yang aku tak boleh buat.” Rex pandang langit malam melalui jendela biliknya. Kedengaran keluhan dari mulut Sam yang berada di hujung talian. Rex tahu Sam buat semua tu untuknya.
               Rex pejam mata rapat-rapat. “Aku bukan force kau. Aku nak kau berkawan je dengan dia.” Suara Sam masuk ke corong telinga. Terus ke otak. Turun ke hati.  Aku tahu, kau nak aku berkawan dengan dia. Rex menyedut lagi asap rokok.
               “Kawan yang macam mana?”
               “Kau tak jealous tengok dia dengan Paan? Dengan Apek?” Rex buka mata perlahan-lahan. Jealous? Ada. Tipu kalau dia tak cemburu bila melihat Tia dengan Paan dan Apek tadi.
               “Dah tu kau nak aku buat apa?”
               “Act normal. Buat macam takde apa-apa. Just kawan. Macam kau dengan aku.”
               “Hmm.” Gumam Rex. Habis sebatang rokok dihisap. Sebatang lagi rokok dikeluarkan dari kotak. Bila otak serabut macam ni, satu kotak rokok pun dia boleh habiskan dalam tempoh tak sampai 2 jam. Ah, kata nak berhenti merokok!
               “Dahlah beb. Jangan fikir. Jumpa kat sekolah esok.” Sam dah malas nak mengasak fikiran kawannya itu. Biarlah dia fikir sendiri. Perasaan dia, bukan perasaan aku. Pandai-pandailah dia handle semua tu.
               “Thanks.”
               “Kawankan?”
               Rex senyum. Yup, kawan!
               “Oh, lupa nak cakap. Darina text aku.” Kedengaran keluhan berat keluar dari mulut Sam. Rex gelak mendengarkan nama itu. Darina…Darina.
               “Dia nak apa?” Rex menyoal ingin tahu.
               “Dia nak jumpa aku.”
               “Jumpa jelah.”
               “Teman aku esok. Kang dia buat apa-apa kat aku naya je.”
               Rex gelak besar. Dalam otak tengah membayangkan Darina membuat sesuatu yang bukan-bukan pada Sam. Alahai, Sam! Rokok kedua sudah habis disedut. Lega. “Okay. Jangan lupa belanja waktu rehat.” Rex mengingatkan.
               “Kau ingat ke?”
               “Ingatlah! Kau jangan nak mengelat.”
               “Yelah yelah. Okay. Jumpa kat sekolah esok.”
               “Hmm.”
               “Eh, Rex.”
               Rex tarik bantal. “Apa lagi?” Tak habis-habislah dia ni.
               “Ada gaya macam perempuan punya luahan hati ke hati tak?”
               “Dah! Pergi tidur sana.” Merepeklah dia ni.

               Sam ketawa. Rex geleng kepala. Talian ditamatkan. Dia melangkah ke jendela untuk menutupnya. Kemudian, langkah kaki dibawa pula ke bilik air. Daripada aku serabut-serabut tak tentu hala macam ni eloklah aku solat Isyak. Pintu bilik air ditutup.

Tuesday, 4 February 2014

Kau Belacan, Aku Keju! (Bab 7): Ayuna Asma

“ASSALAMUALAIKUM Yuna.” Lembut suara Zarra memberi salam di hujung talian.
“Wa’alaikumsalam. Zarra ke yang telefon aku ni? Aku ingat ustazah pilihan mana pulak telefon aku pagi-pagi buta ni.” Ayuna bertanya bertalu-talu kepada  Zarra.
“Amboi-amboi, mentang-mentang aku bagi salam terus kau kata aku ustazah pilihan kan, agaknya kalau aku bagi tazkirah entah-entah kau kata aku hajjah pulak kan.” Kata Zarra sambil pura-pura merajuk.
“Alah, merajuk pulak kau ni Zarra, tak comel lah kalau merajuk-rajuk camni.” Ayuna memujuk Zarra.
“Aku bukan apa Zarra, biasa kau telefon main terjah je terus, tak de salam malam dah, tup-tup hari ni bersalam bagai, tak ke terkejut aku dibuatnya. Hahaha.” Ayuna ketawa perlahan.
“Eh! Aku ulang semula soalan aku tadi, yang kau telefon aku pagi-pagi buta ni kenapa?” Ayuna bertanya lagi.
“Wei makcik, pagi buta apanya. Kau dah buta apa, matahari dah tegak atas kepala ni.” Zarra bersuara keras.
“Hahaha, dah tengah hari ke?” Ayuna bertanya kebingungan selepas terkejut mendengar telefon bimbitnya berbunyi.
“Itulah anak orang kaya, tak payah susah-susah nak kerja cari makan macam aku ni, duduk membuta kat rumah je, seronok kan?” Zarra mengenakan Ayuna.
“Amboi, sentap aku dengar Zarra! Aku terlelap lepas subuh tadi, sakit kepala sebab kurang tidur kut. Semalam aku berjaga sembahyang sunat tahajudd dan mengaji minta Allah permudahkan urusan aku.” Panjang lebar Ayuna memberi penerangan kepada Zarra. 
“Oh, itu macam ka? Sorry  ye Yuna.” Zarra menyedari keterlanjuran bicaranya.
 “Eh! Aku call kau ni sebab nak bagi info kat kau.” Zarra menyambung bicaranya.
“Info apa tu? Gossip panas ke gosip suam-suam suku je?” Ayuna cuba memancing minat Zarra untuk berceloteh lebih panjang.
“Gosip apa bendanya!” jawab Zarra.
“Aku tengah baca news ni. Keputusan peperiksaan KPLI dah keluar dan katanya dah boleh check kat website KPM senarai nama yang lulus ujian bertulis tu. Soalan cepu gangsa aku pulak, kau dah check ke belum?’ laju Zarra bertanya kepada Ayuna.
“Eh! Ye ke? Cepat juga keputusan dah dikeluarkan. Baharu sebulan aku pergi exam tu. Hurmm, nervous lah pulak aku ni. Minta-minta adalah rezeki aku kat sana.” Ucap Ayuna perlahan.
“Oh, kalau macam tu kau pergi lah check dulu tapi sebelum tu pergi mandi dan ambil wuduk, solat Dhuha terus minta dimurahkan rezeki kau yang dah sedia murah tu. Okey lah aku chow dulu Yuna, ada banyak kerja nak dibuat. Assalamualaikum.” Kata Zarra sambil menamatkan talian telefonnya.
“Waalaikummussalam.” Jawab Ayuna.
Termanggu seketika Ayuna di birai katilnya. Seketika dia teringatkan pesanan Zarra agar dia mandi dan melakukan solat Dhuha. Ayuna melihat ke arah jam dan jam menunjukkan arah hampir ke pukul sembilan pagi. Ayuna bingkas bangun dan menuju kebilik air untuk membersihkan diri. Selesai membersihkan dirinya Ayuna melakukan solat sunat Dhuha. Dengan penuh kekhusyukkan Ayuna menghambakan seluruh dirinya kepada Allah SWT dan menyerahkan nasibnya ke tangan Yang Maha Pencipta-Nya.
Selesai berteleku di atas sejadah memohon petunjuk dan hidayah-Nya, Ayuna bangun dan menuju ke komputer ribanya. Ayuna membuka laman web KPM dan melihat senarai nama calon yang berjaya dalam ujian bertulis dan layak untuk menjalani ujian lisan pula. Bebola mata Ayuna tertancap ke arah skrin komputer ribanya dan secara tiba-tiba manik-manik jernih mula merembes dan membasahi mata dan pipi Ayuna.
Alhamdulillah. Perkara pertama yang keluar dari mulut Ayuna selepas manik-manik jernih membasahi pipinya.
Ayuna bangkit dan mencapai telefon bimbitnya di atas katil dan menaip pesanan buat sahabat-sahabatnya.
 ‘Alhamdulillah! Thanks to Allah SWT for his blessings and very-very thankful to all of u for supporting and understanding! I love u all!’ ringkas pesanan yang dihantar kepada Zarra, Khairy dan Zoey tetapi membawa seribu maksud yang amat bermakna.
‘Tiiittt’. Ayuna membuka inbox telefonnya tatkala mendengar bunyi pesanan khidmat ringkas masuk ke telefonnya.  Ayuna! Congrats and good luck in everything u do! I’ll always on your side!. Tersenyum Ayuna tatkala membaca pesanan yang dihantar oleh Khairy. Sesungguhnya Ayuna amat bersyukur kerana dikurniakan seorang sahabat seperti Khairy dan seboleh-bolehnya Ayuna tidak mahu kehilangan Khairy sebagai seorang sahabat.
Congrats cikgu Ayuna! You will rock your world! pesanan ringkas yang diterima daripada Zoey.
Macam-macam Zoey ni. Ngomel Ayuna sambil tersenyum membaca BBM messenger dari Zoey.
Oh cikgu Ayuna, nanti jangan lupa belanja and congrats! tertawa kecil pula Ayuna tatkala menerima BBM messenger dari pada Zarra. Ayuna lantas menaip pesanan di BBMnya lots of love and thanks to all of u my BFF, lalu Ayuna menghantar pesanan itu kepada ketiga-tiga rakan baiknya.
Tit… tit… titt.. BBM Ayuna berbunyi lagi menandakan salah seorang rakannya membalas pesanannya tadi.
LOVE? ringkas pertanyaan Khairy menyebabkan Ayuna menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Alamak! Ni yang aku malas ni! bebel Ayuna sambil meletakkan BBMnya di meja.

Khairy memerhatikan BBMnya sambil laju tangannya menaip laporan untuk diserahkan kepada Mr. Puah pengurus di Public Bank cawangan Selayang tempat dia bekerja. Hurmm, tak balaslah tu. Tutur Khairy perlahan tatkala melihat BBMnya diam seribu bahasa sambil tekun menyiapkan laporan yang diminta oleh pengurusnya. 

Airis (Bab 6): Syasyaja


HARI NI, hari minggu. Luth tak de apa-apa aktiviti yang nak dibuat selain menyiapkan assignments yang tak pernah (atau takkan) berkurang tu.
               Dari pagi sampai tengah hari ni, kerjanya hanya main game. Assignments? Haa.. tu nanti-nantilah dia fikir bila nak disiapkan. Sekarang ni tak de mood.
               Luth melangkah keluar dari bilik tidurnya. Kepalanya dijengahkan ke tingkat bawah. Telinga cuba menangkap jika ada suara dari televisyen. Tak de.
               Dia melangkah pula ke bilik tidur milik Eqa yang berada di hujung sebelah kanan. Tangan kanan menggenggam penumbuk sebelum diketuk pada pintu. Tok! Tok!
               Telinga dilekapkan pada permukaan pintu. Senyap, tiada sahutan. Tok! Tok! Pintu diketuk sekali lagi. “Eqa.”
               “Go away la.”
               Terjongket sedikit kening kiri Luth. Ini yang buat dia pelik. Seminggu ni, Eqa tu asyik hangin aje dengan dia. “I ada benda nak cakap ni.”
               “Cakap aje la..”
               “Bagilah I masuk.” Tangan kiri memulas tombol pintu. Kunci. Amboi.. sejak bila adik sorang ni pandai kunci pintu bilik ni? “Eqa..”
               “I’m busy.”
               “You’re not.” Ek eleh.. macam la dia tak kenal nada suara tu. Tu nada suara orang merajuk. Tapi kenapa Eqa nak merajuk dengan dia?
               Klik! Pintu bilik tidur dibuka dari dalam. “You ada lima minit.” Pintu bilik tidur hanya dikuak sedikit.
               “Bagi la I masuk..” Terus saja Luth menolak pintu dengan tangan kiri. Alah, kalau setakat Eqa yang halang.. bukannya susah nak tolak.
               “You ni tak faham bahasa ke? I busy la.” Marah Eqa. Dia masih berdiri di hadapan pintu.
               Luth mengangkat bahu. Dia terus duduk di birai katil. “Orang kalau busy.. tak denya nak baca zine macam ni.” Zine yang bersepah-sepah di atas katil Eqa diangkat tinggi. “Come here.”
               “You nak apa ni?” Malas-malas Eqa melangkah menghampiri Luth. Dia berdiri sambil memeluk tubuh.
               “An explanation.”            
               “Apa benda you cakap ni?”
               Luth bangun dari duduknya. Tangannya menarik lengan Eqa supaya sama-sama duduk di sebelahnya. “Now. Talk.”
               “You ada benda tak bagi tahu I.”
               Berkerut dahi Luth mendengar jawapan Eqa. “Apa?”
               “You dengan kawan I, Si Lili tu ada apa-apa kan?”
               “Lili?”
               “Ha la!”
               “Siapa Lili?” Eqa ni, macamlah dia kenal dengan semua kawan-kawan Eqa tu.
               “Urghh..” Eqa menoleh ke belakang. iPad yang diletakkan bersebelahan dengan bantal diambil. Aplikasi Facebook dibuka. “Ni apa ni?”

               Lili Nellydia
               Babe, abang kau sumpah hensem! Gentleman pulak tu. I loike ♥

               “Sebab benda ni you marah dekat I seminggu?” Luth menoleh memandang Eqa.
Kalau ikutkan hati, dia nak aje bantai gelak tapi apabila pandang muka tak-puas-hati Eqa, terus dimatikan saja niat tu. Karang ada jugak yang makan penampar bisu.
               “Helo!” Terus saja dia menampar lengan Luth. “Apa yang you buat sampai dia kata you macam tu?”
               Luth mengangkat bahu. “You kena terima kenyataan. Abang you ni memang handsome.”
               “Stop kidding me lah, Luth.” iPad kembali diletakkan di atas tilam. “You jangan nak macam-macam eyh dengan I.”
               “Kejap.” Luth ambik iPad tadi. Dia tekan link ‘view 6 more comments’. Satu persatu komen di antara Eqa dan Lili dibaca. “Ohhh... dia ni.”
               “So now you remember her, la?”
               “I bukan dah cerita ke benda ni dekat you?”
               “Bila masa pulak?”
               Luth menarik sila ke atas tilam. “Kan masa I dropkan you dekat sekolah minggu lepas. Ada this one girl datang dekat I lepas tu dia cakap hai. So, I hye her back la.”
               “Then, why on earth dia cakap you ni gentleman? You ada buat apa-apa lagi ke?”
               Luth mengangkat bahu. “Dia rasa cara I cakap hai tu gentleman, kut?”
               Eqa mencebik. “You jangan nak perasanlah, Luth.”
               “Seriously, you marah dekat I fasal post ni? Bukan sebab lain?”
               “Ha la.” Tangan dibawa memeluk tubuh. “I tak akan biarkan mana-mana perempuan get near you, okay.”
               Luth tergelak kecil. “Jealous much, eyh?”
               Eqa mengangkat bahu. Dia menarik sila ke atas tilam, lengan ditongkatkan ke belakang menahan berat badan. “You ingat I senang-senang ke nak share you dengan orang lain?” Dia menoleh memandang Luth. “Dia kena lepas semua test baru boleh jadi calon kakak ipar.”
               “Calon?” Dari bersila, Luth terus berbaring di atas tilam. “Kalau nak jadi kakak ipar you, macam mana? Kena buat gaya Hang Tuah nak pikat Puteri Gunung Ledang? Carikan tujuh dulang hati nyamuk?” Kaki kanan disilangkan ke atas lutut kiri.
               Eqa tergelak kecil. “Tak de la sampai macam tu...” Jeda. “Paling-paling pun, dia kena pandai masakkan Spaghetti Aglio Olio.”
               “Alah, senang je.”
               Eqa mengubah posisi duduk supaya menghadap Luth. Kening kiri dijongketkan. “Tu baru satu. Banyak lagi benda yang dia kena buat untuk jadi kakak ipar I.”
               “Contohnya?”
               “Dia kena buat abang I yang perasan handsome ni betul-betul sayang kat dia.”
               Luth menggelengkan kepalanya. “Mana pulak you nak tau I sayang dia ke tak? You ingat mata you macam Superman ke yang boleh tengok tembus sampai ke jantung?”
               “Bila you pandang dia macam you pandang umi.” Jawab Eqa tanpa memandang Luth. “You’re gonna look at her with full of respect.” Jeda. “At that time, I know you have found the right sister for me.”
               “Kalau Lili jadi kakak ipar you?”
               Automatik, tangan kanan Eqa terus melayangkan bantal ke muka Luth. “You jangan nak mengada, eyh! Dia tu budak under age, okey.”
               “Alaa.. lagi dua-tiga tahun, dia bukan under age dah.”
               “No way.”
               “Yes way.”
               “Luth!”
               Luth tergelak kecil. “Kalau I cakap, I dah ada calon kakak ipar untuk you. Macam mana?”
               “Is she beautiful?”
               “I don’t judge people on their physical appearance.”
               “Who is this lucky girl?”
               Luth mengangkat bahu. “Nantilah.. bila masa dah sesuai, I cerita.” Luth bangun dari baringnya. “Sekarang ni, I nak turun bawah. Makan.”
               “Luth..” Eqa menarik tangan kiri Luth. “Janganlah cerita separuh-separuh macam ni.”
               “Nantilah.” Tangan Eqa yang memaut lengannya, dileraikan. “I lapar ni. Nak makan.” Dia turun dari katil.
               “Sambung cerita lepas makan?”
               Luth hanya mengangkat bahu kemudian menarik senyum segaris. Tanpa pamitan, dia terus melangkah meninggalkan Eqa.
               “Luth!”
               Luth hanya membiarkan panggilan Eqa tanpa sahutan. Tangan kanan diangkat separas bahu kemudian dilambaikan. Sabar eyh, Eqa. I dalam proses mencari calon kakak untuk you ni. Wish me luck, lil sis!



DIA turun ke tingkat bawah. Rambut yang masih basah tu tidak dihiraukan. Basah ke kering ke, ada aku kisah? Kalau nak keluar, keluar jugak.
               “Kau nak pergi mana?”
               Suara nyaring tu mematikan langkah Akid. “Keluar.” Jawabnya tanpa memandang empunya suara tadi.
               “Kau ni dah la semalam balik pukul dua pagi. Ni nak keluar lagi?” Ayong yang berdiri di tangga paling bawah, dah berdiri sambil cekak pinggang.
               Akid angkat bahu. “Duduk rumah pun nak buat apa.” Jawabnya selamba. Dia berjalan melintasi Ayong dan terus ke dapur.
               “Tak kesian ke dekat ayah? Ayah tu dah la penat kerja, kau pulak kerja menghabiskan duit dia.” Ayong mengikut langkah Akid dari belakang.
               “Siapa lagi nak habiskan duit dia kalau bukan aku.” Jawabnya selamba sambil memasukkan nuget ke dalam mulut. “Keras gila kau goreng nuget.”
               “Ha ah, kerja kau memang kompelin je.” Ayong berdiri betul-betul di hadapan Akid. “Kau tu bangun tidur matahari dah terpacak atas kepala, lepas tu kata aku goreng nuget keras?”
               “Laa.. aku cakap betul apa. Tak caye?” Nuget yang masih berbaki separuh tu dihulurkan kepada Ayong.
               “Aku cakap betul-betul, kau main-main.” Ayong dah bercekak pinggang. “Cuba la kau duduk rumah sehari. Tak payah la keluar. Bukannya boleh mati pun kalau tak keluar.” Panjang lebar bebelan Ayong.
               Akid buat dengar-tak dengar. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. “Perempuan tu mana?”
               “Perempuan mana?”
               “Mak kau la.”
               “Apasal? Kau rindu dia?” Sinis betul soalan Ayong.
               “Aku malas la nak gaduh dengan kau, Yong.” Dia berlalu ke kaunter belakang. Air teh yang masih berbaki di dalam teko, dituang ke dalam gelas.
               “Perempuan yang kau cakap tu, mak kau.” Jeda. “Mak kau, Kid.”
               Dia yang tengah minum air tadi nasib tak tersembur. Belakang tangan dibawa mengesat bibir. “Sejak bila pulak janda anak satu tu jadi mak aku?”
               “Kau jangan, Kid. Darah yang mengalir dalam badan kau tu, darah dia jugak.”
               Gelas di tangan kanan dihempas ke atas kaunter. “Kau jangan nak mulakan, Yong!”
               “Aku cakap benda betul apa.” Ayong tak nak kalah. Akid ni bila nak sedar diri entah.
               “Perempuan tu tak de kena-mengena dengan aku.”
               “Kalau bukan sebab su..”
               “Apa yang bising-bising ni?” Tegur satu suara garau. Serentak, Akid dan Ayong menoleh pandang. Kelihatan ada seorang lelaki berdiri mencekak pinggang di muka pintu dapur. Di tangan kiri dan kanannya memegang beg plastik pelbagai warna. Baru balik pasar agaknya.
               “Tak de apa, yah.” Ayong terlebih dahulu menjawab. Nak tunggu Akid jawab? Heh, jangan harap.
               “Ni Akid nak pergi mana?” Mata ayah turun naik memandang Akid yang bersandar pada kaunter di belakang tu.
               Akid angkat bahu. “Keluar.”
               “Hari ni tak payah keluar.” Dia melangkah masuk ke dalam ruang dapur. “Hari ni mak nak masak spesial untuk kita.”
               “Oh, yeah!” Ayong la paling seronok sekali. Iyalah.. selama ni dia yang masak sebab dalam rumah ni dia duduk berdua je dengan Akid. Ayah dengan mak duduk rumah lain.
               Seorang wanita bertudung biru melangkah masuk ke dalam ruang tamu. Di tangan kiri dan kanannya penuh dengan beg plastik pelbagai warna.
               “Wuaahhh.. mak nak masak apa ni?” Ayong menyambut beg-beg plastik di tangan wanita yang dipanggil mak tadi.
               Dia menarik senyum lebar. “Nasi beriani ayam. Akid suka nasi beriani, kan?” Dia menoleh memandang Akid yang berwajah tegang tu.
               Akid buat tak tau. Telinga ni berdesing aje dengar suara wanita tadi. Eee.. macam mana Ayong boleh terima wanita tu masuk dalam keluarga mereka dengan hati terbuka?
               “Akid, mak tanya tu?” Suara garau ayah mematikan lamunan Akid.
               “Akid keluar dulu la.” Gelas hanya diletakkan di atas kaunter. Tak tunggu lama, dia terus melangkah keluar dari ruang dapur.
               “Akid!” Suara garau ayah kuat memanggil dari ruang dapur tapi Akid langsung tidak menyahut. Mungkin anak lelakinya itu dah keluar atau Akid memang tak nak menyahut panggilannya?
               “Biarkan je la dia tu, ayah.” Ayong terlebih dahulu mencelah. “Nanti apabila duit dia dah habis, pandai la dia balik rumah.”
               Terdengar keluhan berat keluar dari mulut ayah. “Ni semua salah ayah. Kalau ayah tak manjakan sangat Akid tu, mesti dia tak jadi macam tu.”
               “Ayah..”
               “Ayong, jom tolong mak masak.” Si Emak lebih pantas memintas. Dia tau suaminya itu tengah runsing.
               Ayong terus tak jadi nak meneruskan ayatnya. “Okey.” Satu senyuman ditampal pada bibir. “Ayah nak air? Ayong buatkan.”
               “Tak payah la, Yong. Pergi la tolong mak kamu masak.” Perlahan aje suara ayah.
Ayong mengangguk perlahan. “Ayong tolong mak masak dulu, yah.” Dia terus melangkah ke ruang dapur basah yang terletak di bahagian belakang.
Tapak tangan dibawa meraup wajah. Akid, dah lebih sepuluh tahun takkan la Akid masih tak boleh maafkan ayah? Apa yang ayah buat ni untuk kebaikan Akid dan Ayong jugak, nak.



APLIKASIFacebook dibuka. Jari telunjuk mula mengetuk-ngetuk meja studi sementara menunggu page loading. Almaklum la, dah nama pun menggunakan Wi-Fi kolej kediaman, maka harus la mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
               Hari minggu yang bosan. Patutnya dia balik ke rumah hujung minggu ni, tapi ibu dan abah tak de pulak. Ada banyak kenduri kahwin nak kena attend, katanya. Skrin laptop kini memaparkan ruangan ‘Home’ aplikasi Facebook.
               Jari telunjuk dilarikan di atas touch pad, kursor digerakkan ke atas dan ke bawah. Satu perkataan, bosan. Ramai mana la kawan yang nak online di hari minggu macam ni? Orang hari minggu melepak-santai dengan famili ada la.
               Sebaris nama ditaip di ruangan cari, butang ‘Enter’ ditekan. Profil empunya nama terpampang di depan mata. Gambar di sudut kiri tu dipandang lama. Apasal la kau ni macam Iyyad?
 “Hoi!”
“Hoi.. mak kau hoii..”
Tasha terus melambakkan tawanya melihat Kiesha yang melatah tadi. Kiesha ni memang pantang kena sergah, asal kena sergah mesti melatah.
               “Jahat la kau ni, Tash!” Tangan kanan terus menampar lengan kiri Tasha. “Sergahlah aku macam tu lagi.. kalau aku mati terkejut, aku datang cekik kau!”
               Tasha ketawa lagi. Geli hati betul dia dengan statement Kiesha tadi. “Boleh pulak kau nak bangun dari kubur lepas tu cekik aku.”
               “Eh, mestilah! Itu namanya bangun sebab nak kutip hutang.” Kiesha menjelirkan lidahnya. Sakit hati betul dengan Tasha ni. Eee!!
               “Melampau.” Tasha memandang ke atas. Tanpa meminta izin daripada Kiesha, dia terus duduk di atas katil Kiesha.
“Kau masuk ikut mana tadi?”
               “Ikut tingkap.” Sarkastik saja jawapan yang keluar dari mulut Tasha. “Mestilah aku masuk ikut pintu. Kau ingat aku ni Spiderman ke apa yang boleh panjat bangunan sepuluh tingkat ni.”
               “Pintu tu tak berkunci la?”
               Automatik Tasha menepuk dahinya. Pap! “Kiesha, apasal malam ni kau bercakap macam tak ikut logik ha?” Geram pula dia dengan Si Kiesha malam ni.
               Kiesha menggaru pelipis kirinya. “Aku rasa macam aku dah kunci pintu tu tadi.”
               “Tak, kau tak kunci pun pintu tu.” Jeda. “Sebab tu, aku boleh masuk bilik kau dengan senang hati. Lepas tu, dapat pulak tengok kau usyar Si Luth kan.”
               “Manede...” Kiesha memandang ke atas. “Tadi keluar dekat news feed dia tukar gambar. Aku pun tengoklah.”
Tasha mencebik. “Yang kau duk tenung je gambar dia tadi tu, kenapa? Jatuh cinta?”
“Apasal kau datang bilik aku ni?” Kiesha tak menjawab soalan. “Nak pinjam iron lagi?”
Daripada duduk, Tasha berbaring pula. Bantal golek dipeluk. “Roommate aku tak de malam ni. So, aku nak tidur sini dengan kau.”
“Barang-barang kau mana?”
“Kiesha, seriously aku rasa malam ni kau bercakap tanpa sedar.”
“Apa..”
“Aku siap usung segala baju-baldi-beg dengan semua barang-barang aku..” Jeda. “Kau boleh tak nampak?”
Kiesha menoleh ke belakang. Betullah, di tepi dinding tu elok bersusun baldi dan beg milik Tasha. Baju untuk ke kuliah esok pun ada sekali, siap dah digantung di belakang pintu. Kiesha.. apa kena dengan kau malam ni?
“Itulahhh... aku kata kau angau kat mamat Luth tu, kau tak nak mengaku.”
“Bukan angau tapi crushed.”
“Memang crush dengan angau tu makna lain-lain.”
“Angau tu suka. Crush tu..”
“Crush tu pun suka.” Tasha lebih cepat memintas.
“Crush tu macam secret admirer, okey.” Kiesha tak nak kalah. “Suka dari jauh.”
Tasha memetik jarinya. “Ahha! Tu.. kau kata suka dari jauh.” Ejek Tasha. “Kalau kau suka kat dia, mengaku ajelah. Aku ni bukannya jahat nak pergi report dekat Iyyad.”
“Cakap fasal Iyyad..” Kiesha menukar posisi duduknya supaya menghadap Tasha.
“Dia tukar topik dahhh..”
Kiesha memandang ke atas. “Kau nak dengar ke tak nak cerita aku ni?” Orang tengah semangat nak bercerita ni, dia boleh pulak main perli-perli. Debik sekali, baru tau!
“Haa... ceritalah, ceritalah.” Tasha bangun dari baringnya kemudian bersandar pada dinding di belakang. “Kenapa dengan Iyyad?”
“Dia called ibu aku.”
“Hah?”
“Haa.. macam tu la reaction aku masa ibu bagi tahu.”
“Ibu kau marah kau ke? Habis tu sekarang ni kau kena clash la dengan Iyyad? Ohemgee.. kempunan la aku nak makan Nasi Minyak kenduri kahwin kau orang.”
“Kau jangan nak drama queen sangatlah, Tash.” Si Tasha ni memang suka berdrama. Kita baru cerita sikit, dia dah melalut sampai mana entah. Merepek aje kerjanya!
“Siapa suruh kau cerita tak habis?”
“Aku belum sempat nak cerita, kau dah potong dulu.” Kiesha membesarkan matanya memandang Tasha. “Cubalah dengar dulu apa aku nak cakap.”
“Fine, aku salah. Memang aku aje yang salah.” Tasha mencebik. Nak merajuklah tu..
“Ibu aku okey je as long as aku pandai jaga diri, jaga maruah keluarga.” Kiesha terus menyambung ceritanya tanpa mempedulikan Tasha yang macam nak merajuk tu. “Lepas tu, ibu aku kata kalau boleh bawaklah Iyyad tu datang jumpa dia orang.”
“Hah! Aku cakap dah benda tu. Kau degil.” Dah berbuih mulut dia ni nasihatkan Kiesha supaya bawa Iyyad berjumpa dengan ibubapanya, tapi Si Kiesha ni degil. Ketegaq! Dalam kepala tu ada batu, kut.
“Nantilah.. apabila dah ready, aku bawaklah jumpa.” Apa Si Tasha ni ingat, dia tak cuak ke nak perkenalkan Iyyad pada ibu dan abahnya. Cuak okey!
“Nak tunggu kau punya ready..entah bilalah.” Jeda. “Kau orang tu dah berkawan lama tau tak? Apa yang kau orang buat, orang pandang. Kau jangan sampai berita tak elok sampai ke telinga ibu-abah kau, dah lah.”
“Ishh.. kau!” Kiesha menjeling tajam. “Memanglah aku dengan Iyyad tu dah berkawan lama tapi jumpanya jarang-jarang. Mana pulak nak timbul cerita yang tak elok.”
Tasha mengangkat bahu. “Sebab jarang jumpalah kau kena jaga-jaga. Orang sekeliling ni.. kalau nak buat cerita, dia orang mana fikir apa dah. Dia orang cerita apa yang dia orang nampak.”
“Aku dengan Iyyad tak buat apa-apalah.”
“Penatlah cakap dengan kau ni, Kiesha.” Tasha turun dari katil. “Daripada aku berlawan cakap dengan kau, baik aku makan Maggi.” Maggi cup dikeluarkan dari dalam beg. “Lagi bagus.”
“Eh.. buat untuk sorang je?”
“Kau nak ke?”
“Mestilah, nak!”
Tasha menghampiri meja studi milik Kiesha. Maggi cup yang diletakkan di atas rak diambil. “Aku ingatkan kau dah kenyang pandang muka Luth.” Sempat lagi tu Tasha memerli Kiesha.
Belum pun sempat Kiesha mahu menjawab, kelibat Tasha dah hilang di sebalik pintu. Tasha ni pun, ambil sajalah air dalam cerek elektrik atas meja tu. Gagahlah pergi bilik pantri semata-mata nak ambik air panas.
Kiesha kembali memandang laptopnya. Aplikasi Facebook ditutup. Kiesha.. Kiesha.. kau ni dah kenapa? Kau tenung gambar Luth tu hari-hari pun, bukannya kau dapat apa-apa. Lagi satu, hati kau ada dengan siapa sekarang ni? Iyyad ke Luth?