Wednesday, 4 September 2013

Tunggu Aira di Kota Bandung (Bab 5): Nirrosette



TELEFON BIMBIT YANG BERGEGAR mematikan lamunan Aira yang sudah hanyut dibawa angan di salah sebuah bangku di perpustakaan. Pesan Farah tadi suruh tunggu di sini dahulu sebab sesi konsultasinya masih belum tamat. Dah nak dekat periksa macam ni, memang non stop hits konsultasi dan kelas tambahan la gamaknya. Minggu depan mula periksa, minggu ni baru kelam kabut cari pensyarah nak clear doubts. Mujur jugak Aira dah mula dari awal. Aira tahu dia bukan born smart. Dia perlu mula ulangkaji dari awal kalau nak ‘compete’ dengan penuntut yang lain kalau nak kejar first class degree seperti yang abah minta tu.
Untuk kesekian kali perut Aira berbunyi lagi. Perut Aira dah lama bergendang sejak dari tadi tapi tak nak lah Aira turun makan di kantin sendiri.Walaupun dah hampir satu semester di Intitut Pendidikan Nasional ini, Aira tak ada kawan rapat selain Farah. Memandangkan Aira tak punya kelas tetap, setiap modul Aira akan bertemu dengan kumpulan yang berbeza-beza. Jadi kawan setakat untuk hai-hai bye-bye tu ada la, tapi kalau kawan tahap kamceng gila macam Farah tu…sampai hari ini Aira masih tak jumpa.
Sekali lagi perut Aira berbunyi. Aira menggerutu geram. Kalau tahu terpaksa tunggu Farah lama gila macam ni, Aira lebih rela beli nasi bungkus makan di hall. Lagi aman, tahu tak? Dengan malas Aira mengangkat kepalanya yang tadi beralas lengan lalu mencapai telefon bimbit yang dibiarkan terdampar di atas meja. Satu mesej whatsapp baru sahaja diterima.
‘Call abang sekarang.’
Aira mencebik sedikit membaca pesanan ringkas dari abang kesayangannya yang bernada perintah. Amboi banyak cantik muka dia! Dah lah mesej sebulan tak sekali. Tiba-tiba mesej macam ni nak suruh-suruh? Blah la!
‘Tak nak!’
Ringkas sahaja Aira membalas. Biar abang tahu Aira merajuk!
‘Aira! Call abang la!’
Aira biarkan sahaja telefon bimbitnya begitu. Malas lagi mahu membalas. Namun seketika kemudian telefon bimbitnya bergegar lagi, tanda ada satu mesej lagi baru masuk.
‘Abang baru sampai Singapore!’
WHAT?! Terbeliak biji mata Aira apabila melihat mesej terakhir dari abangnya, Yusuf. Dia yang tadinya masih bermalas-malasan terus sahaja duduk tegak. Terkebil-kebil membaca mesej terakhir abang. Biar betul? Bukan ke abang masih kat Melbourne? Dah kenapa abang tiba-tiba balik secara mengejut ni? Tanpa berdalih lagi jemarinya laju sahaja mendail nombor yang tertera di skrin.
“Abang!!” Sebaik sahaja salam dibalas terus sahaja Aira menjerit. Tapi untuk seketika sahaja, apabila menyedari dia masih berada di perpustakaan terus sahaja dia menekup mulut. Termalu sendiri! Begnya terus digalas dan langkahnya panjang menuju ke arah pintu keluar.
“Hah! Abang cakap dah sampai Singapore baru tau nak call! Bertuah punya adik!” Yusuf mengomel sendiri. Tu la, konon nak surprise sangat. Dah sampai tanah air baru sedar tak bawa kunci rumah. Telefon mama dan abah, langsung tak berjawab. Macammana nak balik rumah kalau macam ni!
“Abang kat mana sekarang?”
“Arrival Terminal 2 la cik kak oi. Baru keluar kapal terbang. Luggage pun belum ambik ni.”
“Okey, tunggu sana sampai Aira datang.” Aira melirik sekilas ke arah jam di pergelangan tangan. Dah pukul lima. Peak hour ni. Kalau naik teksi, mesti jam. Sejam baru la sampai lapangan terbang. Tapi tak apalah. Biar abang tunggu! Padan muka dia! Aira dah gelak kejam dalam hati.
“Abang tunggu kat Coffee Bean. Cepat tau!” Aira tak sempat pun nak balas apa-apa, abang Yusuf dah terlebih dahulu matikan talian. Hampeh! Satu mesej dihantar kepada Farah, memberitahu bahawa dia perlu pulang untuk menjemput abang. Langkah Aira terus dipanjangkan ke perhentian bas. Minta-minta la ada teksi lalu kat sini. Amin!



“DAH BESOK baru nak sampai la?” Sambil mengacau Iced Red Velvet Cocoa, Yusuf menyoal Aira yang baru muncul entah dari mana. Aira dapat mengesan nada rajuk di situ. Tapi nak buat macammana? Seperti yang Aira jangkakan, jalan jammed teruk tadi. Dah lah jam, ada kemalangan pulak tu. Memang macam dah jatuh ditimpa tangga. Terpaksa la abang Yusuf tunggu kan. Mama merayap dengan kawan-kawan dia pergi spa kut. Abah pulak sibuk memanjang kat ofis. Memang harus la kan tak jawab telefon. Nak tak nak terpaksa juga Yusuf tunggu Aira, bukannya ada pilihan lain pun.
“Dah desperate baru cari Aira la?” Aira membalas soalan dengan soalan. Hah ambik kau sebijik! Nak merajuk konon! Tolong eh, Aira lebih berhak nak merajuk okey!
Yusuf tertawa kecil mendengar jawapan Aira. Tanpa dipelawa Aira terus sahaja melabuh duduk di hadapan Yusuf dan menyuap kek coklat yang berbaki separuh ke dalam mulut. Lapar gila okey? Dah lah pagi tadi tak sarapan, lepastu tunggu nak makan tengahari dengan Farah macam tunggu kucing bertanduk, lepastu tersangkut dalam kesesakan lalu lintas hampir sejam, memang Aira gila kalau dia tak lapar.
“Aira dari mana ni? Kenapa lambat sangat?”
“Aira dari kampus la. Tau tak kampus Aira kat ceruk mana?”
“Err Kent Ridge?”
“Itu kampus untuk NUS (National University of Singapore) la!” Pantas sahaja Aira menyangkal. Asal boleh je mamat ni!
“Huh?” Yusuf mengerut dahi, tak mengerti. “Bukan Aira study kat NUS ke?”
“Abang.” Aira dah bagi Yusuf the-deadly-stare. “Masa bila pulak Aira belajar kat NUS ni?”
“Kan abah tuari kata Aira shortlisted untuk law!”
Aira masih lagi dengan pandangan maut menikam mata abang Yusuf. “Didn’t you hear that Aira dah kena reject pun?”
“Eh? Kenapa?”
“Argh abang!” Aira rasa macam nak tarik rambut sampai gugur. Dia malas lagi mahu terangkan. Nampak sangat apa yang Aira komplen berbulan-bulan yang lalu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Langsung abang Yusuf tak ingat pun! Tak guna! Buang air liur je bercerita! Buang kredit! Buang masa! Huh! Aira dah peluk tubuh, bersandar di belakang kerusi. Merajuk!
Yusuf masih lagi cuba mengorek peti minda. Cuba ingat kembali perbualannya yang terakhir dengan Aira. Yang Yusuf ingat, kali terakhir mereka borak, hampir dua bulan lepas. Waktu itu sememangnya Yusuf memang melampau sibuk tahap tak cukup kaki dan tangan dah. Yusuf ingat Aira menangis di telefon. Okey, tipu.  Aira bukan jenis yang reti menangis. Tapi Yusuf dapat kesan nada suara Aira yang macam-nak-nangis di talian. Kenapa ya Aira emosi sangat waktu itu? Oh shoot! Seperti lampu mentol yang tiba-tiba bernyala, Yusuf ingat semuanya!
“Sorry Aira. Memory card abang lagging sikit.” Yusuf bersuara apabila Aira masih lagi mogok tak nak bicara. Wajahnya masih lagi masam mencuka. “How’s life in NIE?” Yusuf menyoal lagi apabila Aira tetap diam, tak membalas apa-apa.
Mendengar perkataan NIE (National Institute of Education), barulah Aira tersenyum sikit. “Haa ingat pun!”
“Sorry.” Sekali lagi Yusuf memohon maaf. Serba salah jugak, macammana la perkara penting macam ni Yusuf boleh terlepas pandang? Memang patut pun Aira merajuk. Tak kena bambu ni kira dah cukup baik dah tu. “Macammana study so far? Okey?”
“Honestly?” Aira bertanya dengan sebelah kening terjongket. “Aira tak boleh buat presentations. I think I suck really bad. And I don’t like most of the modules. But do I have a choice? No. So, suck it up.”
“That bad?” Yusuf menyoal, penuh simpati. Tapi nak buat macammana? Abah memang macam tu. Hitam kata abah, hitamlah. Putih kata abah, putihlah. Memang susah nak toleransi dengan abah ni. Cuma di antara mereka dua beradik, Yusuf je yang berani bersuara. Yusuf boleh tolong bend sikit rules abah. “Sorry I wasn’t there to help you out. Kalau abang ada, mungkin abah akan dengar cakap abang.”
“It’s okay. Abah had his mind made up. Abang pujuk macammana pun abah tetap tak akan bersetuju.”
“Aira dengan abah okey?”
“Aira keluar dari rumah tu. Aira tak boleh pandang muka abah. Aira takut nanti kurang ajar.”
“What?” Hampir-hampir rahang Yusuf jatuh ke lantai. Terkejut mendengar jawapan adiknya yang satu itu. Sepanjang hidup Yusuf, tak pernah sekali pun Aira menjawab kata-kata mama atau abah. “His decision really affected you this time, I guess? Till you had to move out just to hold your tongue?”
Yusuf masih ingat lagi, waktu Aira nak sambung belajar lepas ‘O’Levels pun abah yang tentukan suruh masuk maktab rendah mana. Bila Aira pilih matapelajaran apa untuk ‘A’Levels pun, abah yang tentukan. Aira dapat ambil bahasa Melayu dan sastera pun sebab Yusuf yang back up. Kalau ikutkan hati abah, abah memang nak Aira ambil matematik, ekonomiks dan sains sahaja. Tapi Yusuf pandai bodek. Kata Yusuf peluang untuk Aira masuk universiti lebih cerah kalau ambil bahasa Melayu dan sastera sebab Aira boleh ace it. Jadi satu gred dah secure.
Kalaulah Yusuf tak ada waktu itu, jangan harap Aira dapat ambil. Abah memang anti Malay society through and through kut. Anti beyond repair punya bak kata orang. Tak tahu lah nak buat macammana lagi untuk abah lihat minat Aira terletak kat mana sebenarnya.
Mendengarkan soalan Yusuf, Aira tertunduk, merenung sepasang flats yang tersarung di kaki. “Abang tak ada, mama pun tak boleh kata apa. Aira takut tak ada orang boleh kawal Aira kalau Aira betul-betul hilang sabar.”
“Tak apa. Abang faham. So, Aira duduk kat mana sekarang?”
“Aira duduk kat Hall of Residence kat NTU/NIE. Asrama lah kira,” jelas Aira tak berselindung.
Oh. “Jadi…dah berapa lama Aira tak balik?” Soalan Yusuf membuatkan Aira yang tadinya tertunduk terus mengangkat wajah, menentang pandangan abangnya yang redup, memohon jawapan.
“I’m sorry?”
“Dah berapa lama Aira tak balik?” Ulangnya sekali lagi dalam nada yang sama. Nada yang membuat Aira rasa bulu romanya ternaik tegak. Tak, nada abang langsung tak kasar. Lembut lagi ada. Dan entah kenapa mendengar soalan abang dalam nada lembut macam tu membuatkan Aira rasa seolah-olah abang sedang menghiris hatinya halus-halus.
“Entah.” Aira angkat bahu tanda tak tahu. Memang sungguh Aira tak ingat. Kali terakhir mereka jumpa waktu nenek di hospital lebih kurang sebulan dua yang lalu. Mereka makan tengahari bersama dan perbualan terakhir dengan abah bukannya menyenangkan. Siap bagi deadly reminder suruh kejar first class degree. First class degree apakenama kalau third class degree pun Aira tak yakin boleh genggam.
“Aira tak kesian mama?”
“Kesian.”
“Tak sayang mama?”
“Sayang.”
“Tak rindu mama?”
“Rindu.” Sepatah-sepatah Aira menjawab. Tipu la kalau Aira kata tak kesian, tak sayang dan tak rindu. Ikutkan hati nak je balik tiap-tiap hari makan masakan mama. Tapi mengenangkan abah dan endless lecture abah, lebih baik tak payah balik kalau menyakitkan hati je.
“Dah tu balik.”
“Abah?”
“Just balik.”
Aira terdiam. Kalau ikut pelan asal, memang Aira ke lapangan terbang sebab tak nak ikut abang pulang ke rumah.
“Aira?” Yusuf memanggil lagi bila Aira seakan-akan sudah ‘hilang’ dalam dunianya sendiri. “Balik dengan abang jom?”
Lambat-lambat Aira mengangguk. “Okey,” putus Aira akhirnya. Lagipun minggu ni study break week. Dah tak ada kelas lagi dah jadi tak perlu kelam kabut balik hall esok. Just tolerating one more day with abah won’t kill me kan?

Monday, 2 September 2013

Tunggu Aira di Kota Bandung (Bab 4): Nirrosette

“OIT! SENYUM SORANG-SORANG MAKRUH!” Aira tersedar dari lamunan apabila bahunya dicuit seseorang. Matanya hinggap ke arah Farah yang sudah pun melabuh duduk di kerusi setentangnya.
“Suka-suka je keluarkan hukum sendiri. Tak credible sungguh.” Aira membidas tak bersetuju. “Aku tunggu kau dah setahun agaknya kat bangku ni. Dah tidur bangun tidur bangun dah tahu tak.”
Farah tertawa kecil mendengar Aira mengomel. Bukan selalu Aira mengomel macam ni. Tapi kali ini memang Farah lambat gila. Memang patut pun kena lecture. Janji pukul empat nak makan sama-sama, sekarang dah masuk pukul enam. Melampau gila la tu kan.
“Sorry, lepas discussion tadi aku solat asar dulu kat musollah.” Farah melekapkan kedua-dua telapak tangannya menghadap Aira. “Ampun Aira, oleh disebabkan kau dengan baik hatinya dah tunggu aku, maka aku akan belanja kau makan hari ni okey.”
Aira mengangkat mata ke langit. “Nak makan apanya, kantin dah tutup pun!” Aira mengeluh pendek. Fringe yang sudah jatuh menutup dahi diselitkan ke belakang telinga. Pukul lima petang tadi gerai makanan Western kegemaran Aira dah tutup. Dah tu nak makan apa!
“Sorry,” tutur Farah penuh bersalah. “Kita pergi Jurong Point jom?”
“Kau drive. Aku malas.” Aira menjawab ringkas. Dia bangun dari bangku, begnya digalas ke bahu.
“Okey.” Farah angkat ibu jari tanda bersetuju. “Oh Aira, tadi ada orang distribute flyer ni.” Sehelai kertas A5 berwarna biru laut diserahkan kepada Aira.
Aira menyambutnya malas. “Apa ni?”
“Pertandingan menulis puisi. Siapa menang akan dihantar ke Bandung untuk bengkel penulisan puisi.”
Langkah Aira terhenti. Dia memusingkan tubuhnya, menghadap Farah di sebelah. “You know I don’t write for competitions, do you?”
“Aku tau! Tapi tak salah kan kau cuba? Tema dia tentang alam sekitar. Aku confident kau mesti dah tulis banyak puisi pasal ni. Kau kan suka beach, park tu semua. Kau hantar je lah mana-mana puisi kau yang ada.”
“Aku rasa aku pernah beritahu kau, tulisan aku bukan untuk dibaca kan.”
“Tapi Aira –”
“No.”
“Ai…”
“Don’t push your luck, Farah. Aku pernah beritahu kau sekali dan aku tak nak ulang lagi. Aku tak akan tulis untuk mana-mana competition. Faham?”
Farah terdiam. “Faham.” Sepatah dia membalas.
Tanpa menunggu lagi Aira terus melangkah. Flyer yang diberikan Farah tadi dikepal menjadi bola sebelum terus dilontarkan masuk ke dalam tong sampah berdekatan.
Farah hanya mampu menggelengkan kepala. Sampai bila-bila pun Farah tak akan faham kenapa Aira tak pernah nak kongsikan tulisannya dengan orang lain. Aira, Aira! Hesy.



“KAU OKEY ke tak ni?” Farah pandang Aira yang dah lembik macam katak tersandar di tepi pintu bilik.
“Aku okey.” Aira angkat ibu jari tanda dia tak apa-apa.
“Okey apakenama macam tu! Macam nak mati je aku tengok.” Farah melangkah mendapatkan Aira, memapahnya kembali untuk duduk di atas katil.
“Mulut kau celupar la. Aku okey. Sungguh ni.” Aira bersungguh-sungguh cuba membuktikan yang dia sememangnya okey. Tapi wajahnya yang tak bermaya langsung tak nampak okey pun!
“Kau salah makan apa ni sampai muntah-muntah teruk macam ni sekali?” Seingat Farah, untuk makan malam tadi Aira cuma makan megi Tom Yam je dengan air milo panas. Bukannya Aira tak pernah makan megi tu. Takkanlah alergi kut!
“Bukan salah makan la. Aku memang biasa macam ni before presentation.”
“What?” Terjegil mata Farah memandang Aira. “Maksud kau?”
“Aku memang nervous teruk la. I tend to vomit one day or at least a few hours before presentation.” Aira menyembamkan wajahnya ke atas bantal. Cuba menahan rasa loya yang mula melonjak naik ke anak tekak. Tak tahu lah kenapa, memang sejak kecil kut dia ada symptomps macam ni. Sebelum apa-apa pembentangan, Aira memang gementar gila sampai tahap akan muntah. Muntah sekali je tak apa, ni tidak. Muntah berlambak-lambak seolah-olah apa yang Aila telan tahun lepas pun semuanya keluar balik. Ni bukan hiperbola okey. Sungguh ni!
“Habistu macammana kau baik? Kau makan apa?”
“Nanti dia hilang sendiri.” Balas Aira ringkas. Dia yang tadinya tertiarap di atas katil kini mengubah posisi, terlentang pula. Tetap juga Aira tak selesa. Dia akhirnya bangun, mencapai tumblernya di sisi katil yang berisi air suam lalu diteguk sedikit demi sedikit sampai habis. Usai minum, Aira pun bangun dari katil. Nota-notanya yang tadi bersepah di atas meja tulis dikumpulkan. Hoodie yang tersangkut di atas kerusi pula disarungkan ke tubuh.
Farah terkebil-kebil memandang Aira. Dah nak dekat sebelas malam ni, nak ke mana pulak budak Aira ni? “Kau nak pergi mana ni Aira?”
“Aku pergi study room kat common hall kejap. I need to get up and about. Kalau tak nanti aku muntah lagi.” Aira capai pula lanyard yang terdampar di atas meja lalu dikalungkan ke leher. Lanyard ni kira macam nyawa okey. Kad matrik, kad ezlink, kunci bilik, kunci rumah, thumbdrive…segala harta benda penting semuanya disangkutkan di situ. Mudah nak cari bila letak semua benda penting di satu tempat. Tapi kalau hilang…memang sengsara la.
“Kau biar betul? Kau tidur je lah! Rehat!”
“Tak boleh!” Laju sahaja Aira menggeleng. Skrip untuk pembentangan esok Aira belum hafal sampai lancar lagi. Aira tak macam orang lain, Aira tak boleh spontan. Kalau mengajar, Aira memang tak ada masalah sebab audience lebih muda. Tapi kalau perlu buat pembentangan di hadapan pensyarah dan kawan-kawan yang seusia ataupun lebih tua…Aira memang gugup! “Aku tak ready untuk esok,” jujur Aira membuat pengakuan.
“Kau ni takut sangat. Whack je la. Mesti boleh punya!”
“Farah, aku bukan macam kau. You might think presentations and speaking up are easy but for me it isn’t,” entah kenapa nada suara Aira terasa ‘stiff’ pada pendengaran Farah.
“Aira…” Farah cuba memujuk. “Nanti bila kau mengajar, every lesson is a presentation, alright? Kau kena cuba biasakan diri kau mulai dari sekarang.”
“Kau tak faham.” Aira menggeleng. Dia meraup wajahnya kasar. Aira tak ada masalah berkomunikasi dengan mereka yang lebih muda dari Aira. Aira sendiri pernah menjadi mentor di maktab rendah dahulu, mengajar juniornya sastera. Sebab itu Aira nekad nak ambil kerjaya perguruan ini. Sebab Aira nak sentiasa dekat dengan bahasa Melayu dan sastera. Aira dah buat keputusan, kalau dia ambil Malay Studies di NUS pun, selepas grad nanti Aira tetap akan jadi guru sebab Aira memang tak boleh jadi wartawan. Sememangnya Aira tak reti nak temubual orang bagai. But abah just had to come in and ruin all her plans!
Abah paksa Aira tolak tawaran di NUS. Abah beri kata dua, kalau nak ke NUS perlu ambil jurusan lain – akauntan, bisnes, guaman – atau ke NIE tetapi ajar matapelajaran lain selain bahasa Melayu dan sastera. Aira mana boleh jadi akauntan atau peguam atau business woman semua tu! Memang la keputusan A’Levels Aira bagus, tapi communication skills Aira hancur! Aira ingat lagi, abah yang beria-ia suruh Aira cuba apply guaman. Aira shortlisted. Tapi dalam bilik temuduga, Aira gugup! Sampaikan bila ditanya penemuduga nama siapa pun Aira susah benar nak jawab. Terang-terang permohonan Aira ditolak!
Mujur waktu temuduga untuk tawaran pengajian di NIE, Aira okey. Memang harus la okey sebab orang yang menemu duga tu senyum je sepanjang masa. Takde la macam singa kelaparan macam yang temu duga untuk guaman tuh.
“Aira…” Farah bersuara lagi, lembut memujuk. Sungguh, Farah betul-betul nak faham Aira kalau Aira beri peluang. Sebab walaupun dah hampir tiga tahun berkawan Farah rasa masih banyak lagi tentang Aira yang Farah tak tahu. Farah masih tak faham kenapa Aira begitu takut untuk luahkan pandangan di khalayak. Farah masih tak faham kenapa Aira tak nak kongsikan bakatnya dalam bidang penulisan pada orang lain. Farah jugak tak faham kenapa Aira ada di sini, ambil Geografi dan Matematik sedangkan sedari dulu lagi dah terang dan nyata minat Aira tumpah pada bahasa dan sastera!
“Sorry, Farah. Sebelum aku muntah lagi baik aku pergi study room dulu. Happy mugging!” Tanpa menunggu lagi Aira terus melangkah keluar. Farah hanya mampu merenung pintu kamarnya yang sudah tertutup rapat dengan rasa hampa. Dia memandang meja tulis Aira yang penuh dengan buku-buku rujukan dan gumpalan kertas putih yang belum sempat dibuang ke dalam tong sampah. Entah kenapa Farah terdorong untuk bangun, melangkah ke meja tulis Aira untuk menyusun apa-apa yang patut.
Ek? Dahi Farah berkerut sedikit apabila terpandangkan buku nota hard cover milik Aira yang terbuka luas di atas meja. Dia terpanggil untuk melangkah setapak lagi, supaya dapat melihat isi yang tercurah di atas buku nota tersebut dengan lebih jelas. Mata Farah laju sahaja menyapu bait-bait yang tertera di situ. Farah melopong sendiri. Masya Allah. This. Is. Good!

Kau Belacan, Aku Keju! (Bab 5): Ayuna Asma



BENCI betul aku hari Isnin ni, kena pakai tali leher lah, kena pakai blazerlah, rimas betul macam ni. Rungut Faeq sambil membetulkan tali leher dan blazer yang dipakainya.
“Fuyoo! Handsomenya cikgu pagi-pagi macam ni dah pakai tali leher dengan blazer. Handsome dah mengalahkan Aaron Aziz lagi, macam ahli korporat pun ada juga cikgu.’ Usik pelajar-pelajar tahun lima di tepi kaki lima tatkala melihat guru  matematik mereka lalu sambil membetulkan tali leher dan blazernya menuju ke tapak perhimpunan.             
“Awak semua memang pandai bodek saya kan?” jawab Faeq sambil mengerling ke arah anak-anak muridnya yang sedang berdiri di kaki lima sambil menunggu waktu perhimpunan.
 “Dah! Semua pergi ke tapak perhimpunan, sekejap lagi loceng dah nak berbunyi.” Arah Faeq kepada pelajar-pelajarnya yang masih berkeliaran di situ. 
Mohd Faeq Haiqal bin Hanifah begitulah empunya nama. Orangnya tinggi lampai, berkulit kuning langsat, berambut ikal dan berkaca mata. Dia boleh dikategorikan sebagai seorang guru yang agak kacak di sekolah itu berbanding dengan guru-guru lelaki yang lain dan ditambah dengan statusnya yang masih muda dan membujang. Faeq telah menjadi guru kegemaran di kalangan para pelajarnya. Selepas tamat pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang pendidikan matematik, Faeq terus ditempatkan di sebuah sekolah di kampung halamannya iaitu di Sekolah Kebangsaan Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.
Faeq ternyata amat bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berbakti di kampung halamannya sendiri. Mendidik kanak-kanak di kampung halamannya sendiri adalah satu anugerah yang tidak ternilai yang telah diberikan kepada Faeq dan dia sendiri bercita-cita tinggi untuk melahirkan lebih ramai lagi graduan university dari kampung halamannya disamping dapat menjaga kedua-dua ibu bapanya yang semakin dimamah usia.
‘Kringgg’ bunyi loceng sekolah menamatkan Faeq dari lamunannya. Dia segera berjalan menuju ke tapak perhimpunan. Kelihatan Guru Besar dan beberapa guru-guru yang lain telah mengambil tempat di kerusi yang disediakan khas kepada guru-guru di tapak perhimpunan. Selesai mengemaskan semula tali leher dan blazernya Faeq mengambil tempat duduk di posisi belakang sekali.
“Hai cikgu Faeq, duduk belakang lagi?” tegur satu suara manis dari sebelah kanannya.
Tersentak seketika Faeq dan lantas menoleh ke arah kanannya. Kelihatan cikgu Bazilah sedang tersenyum ke arahnya. Faeq membalas senyuman cikgu Bazilah dengan senyuman sumbing dengan hasrat tidak mahu meneruskan perbualan dengannya. Faeq terus membuka buku notanya dan mencatatkan beberapa perkara yang harus dilakukannya pada hari ini kerana minggu ini merupakan minggu bertugasnya sebagai guru pemantau.
“Amboi! Sombongnya cikgu Faeq kita ni, orang kat sini tegur dia tak jawab pula.’ Cikgu Bazilah memancing kata lagi.

Alahai minah ni, orang tak jawab tu tandanya tak sudi nak layanlah maksudnya. Itu pun tak faham-faham lagi ke? ngomel Faeq dalam hatinya sambil melemparkan senyuman malas kepada cikgu Bazilah.
“Minggu ni kita sama-sama bertugas sebagai guru pemantau kan?” sambung cikgu Bazilah lagi.
Alahai, tak habis-habis lagi ke. Aku sumpah tak de mood nak berborak dengan dia ni apatah lagi nak bertugas sama-sama dengan dia. Faeq terus mengomel dalam hatinya sambil mengangguk ke arah cikgu Bazilah.
“Seterusnya kita jemput guru bertugas kita minggu ini iaitu cikgu Faeq untuk menyampaikan pesanannya kepada kamu semua. Silakan cikgu Faeq.” Kata-kata Guru Besar menyedarkan Faeq dan dia bingkas bangun dan terus ke astaka untuk memberikan amanatnya kepada pelajar-pelajarnya.
“Assalamualaikum. Seperti yang awak semua sedia maklum saya dan cikgu Bazilah merupakan guru yang bertugas pada minggu ini. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan seperti masalah kesihatan atau sebagainya awak semua boleh berjumpa dengan saya atau pun cikgu Bazilah. Saya juga suka mengingatkan awak semua supaya menjaga displin dan tidak merayau-rayau di luar kelas pada waktu persekolahan. Seperti minggu-minggu bertugas saya pada sebelum ini, saya akan mendenda sesiapa sahaja yang berada di luar kelas pada waktu persekolahan tanpa membawa kad kebenaran keluar kelas. Itu sahaja pesanan saya untuk awak semua dan kita tamatkan perhimpunan dengan nyanyian lagu sekolah dan bacaan surah al- Asq.’ Ucap Faeq bagi menamatkan ucapannya.
Selesai acara perhimpunan pagi pada hari Isnin yang cerah itu Faeq melangkah laju menuju ke bilik guru sambil menanggalkan blazer dan tali lehernya.
 “Hai cikgu Faeq, tadi macam Aaron Aziz tapi sekarang dah macam Aziz Satar, tadi macam ahli korporat sekarang dah macam ahli keparat pulak.” Tegur pelajar-pelajar tahun lima yang berada di hadapan kelas mereka.
“Amboi-amboi awak semua, bukan main lagi kan. Sudah! Masuk kelas semua! Baharu tadi saya cakap saya akan denda sesiapa yang berada di luar kelas, belum apa-apa lagi awak dah melawan cakap saya?”
Faeq menjegilkan matanya kepada pelajarnya. Semua pelajar tersebut lari bertempiaran masuk ke kelas mereka. Faeq pula meneruskan langkahnya ke bilik guru bagi memulakan rutin hariannya.