“SIAPA AMIR tu tok? Tak pernah nampak pun sebelum ni...”
soal Alisya petang itu sewaktu dalam perjalanan menuju ke rumah Wani, sepupunya
yang terletak selang 3 buah rumah dari rumah Tok Cah. Tok Cah dan Alisya hanya
berjalan kaki menyusur jalan kampung.
“Alis
tak ingat ke? Itulah budak yang tok bela dari kecil...” kata Tok Cah. Selendang
di kepala di betulkan. Alisya cuba mengingati perkara lampau.
“Tak
pernah nampak dia pun selama ni..” kata Alisya. Meskipun dia hanya pulang ke
kampung setahun sekali untuk hari raya, tapi dia tidak pernah nampak lelaki itu
di rumah Tok Cah. Tok Cah menguntum senyum.
“Dia
balik rumah kakak dia waktu tu...sebab tu kamu tak pernah jumpa dia..” kata Tok
Cah.
“Kakak?”
soal Alisya lagi. Tok Cah angguk.
“Lepas
mak ayah dia meninggal, dia tinggal sorang diri. Tok bela dia sekejap sebelum
kakak dia ambil dia duduk dengan diorang di bandar. Tapi, lepas dia habis
belajar sekolah menengah, dia balik ke sini dan duduk di rumah arwah mak ayah
dia sorang-sorang. Dia dah tak nak duduk dengan kakak dia lagi di bandar..”
kata Tok Cah sambil berjalan.
“Kenapa?”
soal Alisya ingin tahu.
“Kata
dia...kakak dia tu pun, bukannya senang sangat dok kat bandar tu. Abang ipar
pulak, tak berapa suka dia. Jadi, dia balik tinggal kat kampung sini. Nasib
baik ada dia...dia banyak tolong tok..” kata Tok Cah lagi. Alisya diam. Mereka
sama-sama merenung jalan. Rumah Wani sudah nampak bumbungnya.
“Kalau
tak ada Amir tu, susah tok. Dialah yang selalu menolong tok beli barang dapur,
bawak tok pergi klinik bila tok sakit dan selalu teman tok bila tok sunyi...”
sambung Tok Cah lagi. Alisya terdiam mendengar kata-kata Tok Cah.
Dipandang
Tok Cah dengan rasa lirih. Kasihan neneknya. Kalaulah ibunya dapat mendengar
luahan neneknya waktu ini...Alisya merenung langkah Tok Cah yang sudah masuk ke
perkarangan rumah Wani.
“LAMA kita tak jumpa. Kau
makin cantik...” kata Wani yang sejak tadi asyik memuji Alisya. Tok Cah masih
berborak di dalam rumah. Alisya dan Wani
memilih untuk bersembang di depan rumah, di bangku yang terletak di bawah pokok
mangga depan rumah.
“Apa
yang cantiknya...” cemuh Alisya yang tidak selesa dipuji. Wani tersengih.
Matanya masih merayap ke wajah Alisya. Gadis ini sudah jauh nampak matang
berbanding usianya yang sebenar. Tingginya mengalahkan model. Kulitnya putih
gebu.
“Kau
warnakan rambut kau ke?” soal Wani sambil memegang hujung rambut Alisya yang
panjang paras pinggang. Alisya tersenyum.
“Sikitla...depan
ni je...nampak eh warna dia?” soal Alisya gusar.
“Taklah
sangat. Tapi kalau duduk bawah cahaya matahari ni...nampaklah ketara beza warna
hitam dan warna coklat...” kata Wani. Alisya menjelirkan lidah. Segan bila
rahsianya diketahui Wani.
“Aku
tengah ambil kelas memandu sekarang. Mungkin tak boleh nak teman kau lagi
sekarang jalan-jalan kat kampung. Tapi, lepas habis kelas aku, aku jumpa
kau...” kata Wani. Alisya mengangguk.
“Tak
apa. Aku boleh jalan sorang-sorang dulu...” kata Alisya. Wani tersenyum.
“Kau dah
jumpa abang Amir?” soal Wani tiba-tiba. Mata Alisya membuntang. Wajah lelaki
yang ditemuinya pagi tadi tergambar di mata.
“Dah..”
pantas Alisya mengangguk. Wani sengih lebar.
“Hensem
kan dia..” kata Wani dalam senyum gatal. Matanya dikenyitkan kepada Alisya.
Alisya terdiam.
“Hmm...okayla...” balas Alisya. Wani dan Alisya
saling ketawa kecil.
“Tapi,
dia tu...macam scary sikit. Mata
dia...macam menakutkan...” tambah Alisya. Wani ketawa lagi.
“Dia tu,
jarang nak bercakap dengan orang perempuan. Terlebih pemalu kot...Aku tanya
sepatah, dia jawab sepatah...Tak best
betul...potong stim nak bersembang
lama-lama..” Wani galak bercerita tentang Amir. Alisya sengih. Kakinya dihayun
perlahan-lahan dari bangku. Langit petang kian menyusur malam.
No comments:
Post a Comment