Monday 23 December 2013

Airis (Bab 1): Syasyaja



Dia hanya perlu bertatih, tak perlu gopoh
Kerna apa yang ada di semesta langit dan bumi itu
Milik Yang Esa, Yang Maha Mengetahui isi dalamnya

“AIIII...” Panggil satu suara dari luar bilik tidur. “Aiii.. tak de kelas ke hari ni?” Suara tadi kini berselang-seli dengan ketukan di muka pintu.
               Gadis di sebalik gebar selesa warna merah darah tu bergerak sedikit. Ternyata, suara nyaring di luar bilik tidur tadi mengganggu tidurnya.
               “Airis.. bangun.” Suara mama masih di tahap decibel normal tapi sebelah tangan dah mencekak pinggang. “Airis Zaquan!” Suara mama naik satu decibel, nyaring.
               Dia yang masih berbungkus elok di sebalik gebar selesa merengek perlahan. Mama.. Ai nak tidur ni, janganlah kacau. Tolonglah.. tolong.
               “Airis.” Mama dekat luar bilik tidur dah mula hangin. Kita duk panggil dia, dia boleh buat pekak? “Airis, dengar tak mama panggil ni?”
               Yeee... dengar.” Jeritnya kuat. Sebelah tangan menarik bantal menutup telinga.
               “Airis, bangunlah. Nanti lambat pulak ke kelas.” Mama masih cuba bersabar. Anak dara sorang ni memang ada masalah bangun pagi. Entah ikut perangai siapa, dia pun tak tau.
               Sayup-sayup sahaja kedengaran suara mama. Lambat-lambat matanya dicelikkan. Gebar selesa ditolak ke tepi. Dia masih berbaring dalam posisi menelentang. Terkebil-kebil matanya memandang kipas di atas kepala.
               “Airis.. jangan buat mama naik angin.”
               Yeee.. dah bangun.” Dia bangun duduk bersandar pada kepala katil. Tangan kanan dipanjangkan mengambil jam digital di atas meja. Mata dipicingkan memandang angka-angka digital yang kelihatan kabur tu.
               Nampak-tak nampak je nombor-nombor yang tertera di skrin jam tu. Jam dibawa betul-betul ke depan muka. Mata dipicingkan lagi. 0730 Hours.
               Oh, shit! Membulat terus matanya melihat angka tujuh yang tertera di skrin. Terkocoh-kocoh dia turun dari katil. Jam digital tadi dicampak ke atas tilam. Aku dah lambat! Lambat dah ni, weh!
               Dia memang ada habit bangun lambat. Tak tau la ikut siapa. Nak kata mama? Mama tu sebelum Subuh dah bangun mandi, ayah pun sama. Langkah diatur laju menuju ke bilik mandi.
               “Airissss..” Mama dekat luar bilik dah main picit-picit pelipis kepala. Pening melayan budak sorang ni la.
               “Bangun dah!” Jerit Airis kuat. Tangan kanan merentap kasar tuala di penyidai. “Shittt!” Airis terus terduduk menahan perit di kaki. Itulah, lain kali tariklah kuat lagi penyidai tu, memang seronok bila terhempap kaki sendiri kan.
               “Airis, kenapa tu?” Risau pulak apabila terdengar ada bunyi benda jatuh.
               “Tak de pape!” Penyidai yang dah terbaring di lantai tu diangkat kemudian diletakkan ke tempat asal. “Aaaagghhh..” Dengan terhincut-hincut dia melangkah ke bilik mandi. Tak fasal kaki bengkak sebelah hari ni.
               Selepas sepuluh minit, Airis keluar dari bilik mandi. Baju kurung kain kapas bercorak polka dots warna ungu-hijau disarung terus ke badan. Nasib baik dah gosok baju ni malam semalam. Kalau tak, lagi haru.
               Memang pagi ni dia boleh kalahkan lipas kudung, laju betul dia bersiap. Bedak ditepek ala kadar di muka sebelum tudung berwarna ungu diletakkan di atas kepala. Nak pakai tudung bukan lama sangat pun, tak sampai seminit dah siap.
               Airis kembali ke katil yang mak aihh bersepah betul. Jam digital di tengah katil dikembalikan ke tempat asal. Cadar katil ditarik ala kadar sebelum gebar selesa dibentangkan di atasnya. Ini namanya taktik tak nak kantoi tak kemas katil.
               Tote bag di atas meja studi diambil sebelum melangkah keluar dari bilik tidur. Dengan kaki yang terhincut-hincut tu, Airis berlari-lari anak menuruni anak tangga ke tingkat bawah.
               “Airis.. berapa kali mama nak pesan, jangan lari masa turun tangga.” Anak sorang ni la, payah betul nak mendengar kata. “ Minum dulu, meh.”
               Airis yang baru nak melangkah ke ruang tamu, terus menukar haluan kaki. Tak pe, Airis.. makan tak sampai lima minit pun. Kesian kat mama dah bangun awal pagi nak siapkan sarapan.
               “Kenapa pulak kaki tu?” Mama baru perasan Airis yang jalan terhincut-hincut tu.
               Airis menarik sengih. “Accidente.” Kerusi di kepala meja, ditarik. “Ma tak makan sekali?”
               “Ma dah makan dengan ayah tadi.” Gelas yang penuh dengan air susu diletakkan di hadapan Airis. “Lain kali, jalan tu hati-hati sikit. Teruk tak, kaki tu? Dah sapu ubat? Nak pergi klinik tak?”
               Automatik, Airis terus tergelak kecil. Kelakar pulak apabila mama bertanya macam peluru machine gun. “Anak mama ni kan, kuat lagi perkasa.. tak heran la setakat bengkak sikit.”
               “Ada aje yang nak dijawab.” Mama menggeleng perlahan. Roti bakar yang sudah siap disapu dengan Nutella dihulurkan kepada Airis.
               Thanks, ma.Bismillahirrahmanirrahim.. roti terus dimasukkan ke dalam mulut. Dia cuba untuk kunyah laju-laju dan... “Uhuukk.. uhuukk..” Tangan kiri menepuk-nepuk dada. Perit gila tersedak!
               “Cuba la makan tu perlahan-lahan.” Gelas yang berisi air susu tadi dihulurkan kepada Airis. “Tak adanya lari kolej awak tu la.” Sempat lagi tu mama perli Airis.
               Airis hanya menarik sengih sambil minum air. Elok sahaja perit di tekak hilang, dia terus sumbat baki roti tadi ke dalam mulut. Kunyah sekali-dua, lepas tu dia terus minum susu. Kalau nak kunyah sampai hancur, memang dia menempah maut lambat ke kolej la.
               Kedua belah tangan dilap dengan tisu. “Pergi dulu, ma.” Tangan kanan mama disalam penuh hormat sebelum satu kecupan singgah di pipi kirinya.
               Bawak kereta elok-elok.” Pesan mama sambil mengiringinya ke pintu utama. “Jangan laju-laju.”
               “Insya-Allah.” Ibu jari menekan butang warna hijau pada central lock.Bye, ma. Assalamualaikum.” Pintu di bahagian pemandu dibuka.
               “Balik pukul berapa ni?”
               Airis yang baru nak melangkah masuk, menoleh pandang. “Petang around four macam tu.”
               “Elok-elok drive.” Pesan mama sekali lagi.
               Sempat lagi Airis menganggukkan kepalanya sebelum melangkah masuk ke dalam perut kereta. Bismillahirrahmanirrahim.. enjin kereta dihidupkan sebelum brek tangan diturunkan. Perlahan-lahan Perodua Myvi warna putih mengundur keluar dari perkarangan rumah teres tingkat tu.



Dia melajukan langkahnya apabila terpandangkan seorang gadis berbaju kurung warna hijau lumut yang tengah melambai sakan ke arahnya.
               Whaddaapp..” Sapa Tasha elok sahaja Airis berhenti di hadapannya.
               Airis hanya mampu angkat tangan kanan. Mengah ni, nyah. Nafas panjang ditarik dalam-dalam, biar paru-paru ni penuh dengan oksigen.
               “Bangun lambat lagi la tu.” Selamba je Tasha menempelak Airis. Dia memang faham sangat dengan perangai Airis ni.
               Airis mencebik. “Tak de la lambat mana, kan? Sempat apa sampai sebelum lapan setengah.” Airis tak nak kalah. Letak tote bag di bahu kiri dibetulkan.
               Yeahh.. right. Lagi lima minit kelas nak start, kan.” 
               Airis memandang ke atas. “Agak-agak kalau kau terus perli aku ni, memang boleh panjangkan lagi masa.”
               “Kau apasal bawak buku ni?” Berkerut kening Tasha memandang buku yang di dalam pelukan Airis tu.
               “Kenapa dengan buku ni?” Dia mengerling sekilas buku teks Multimedia di dalam pelukan.
               “Hari ni mana ada kelas Multimedia, weh.”
               “Eh, tak de?”
               “Weh, dah sebulan kut kuliah mula. Takkan tak ingat jadual lagi?” Selalunya, Airis la paling cepat ingat jadual.
               “Hari ni bukan hari Rabu?”
               “Wehhh..” Tak berkelip mata Tasha pandang Airis. “Hari ni Khamis, okey.”
               “Khamis?” Pelipis kiri digaru perlahan. Macam mana dia boleh ingat hari ni hari Rabu? Dan sejak bila dia ni jenis clumsy yang tak buat double check dekat jadual?
               “Dah la jom naik. Karang lambat, habis bising pulak lecturer tu.” Ajak Tasha. Kalau dipanjangkan isu salah bawak buku ni pun, bukannya boleh adakan buku yang tak ada tu.
               Excuse me.” Tegur satu suara garau di belakang Tasha.
               Serentak, Airis dan Tasha menoleh ke belakang. Airis, seperti biasa akan terlebih dahulu mengalih pandang apabila terpandangkan mamat berkemeja kelabu tu.
               “Boleh ke tepi sikit? Kita orang nak lalu.” Suara mamat berkemeja kelabu tadi memecah sunyi.
               Macam baru kena simbah air, Airis terus menarik lengan kiri Tasha. Tak perasan la pulak yang sejak dua minit yang lepas dia orang berdiri betul-betul depan pintu masuk perpustakaan.
               “Nak bersembang tak beragak tempat.” Kata mamat yang berbaju Polo tu pulak.
               Suara garau tadi menggamit perhatian Airis. Dia terus menoleh pandang, automatik kening kirinya terjongket tinggi. Helo, lobi fakulti ni hak milik awam kut tak payah nak kerek sangat la.
               “Terima kasih.” Pamit mamat berkemeja kelabu tu.
               Ek eleh.. kerek betul Si Akid tu.” Tasha tak puas hati. “Nasib baiklah Luth tu jenis bersopan-santun. Kalau tak.. memang aku bagi sedas-dua.”
               “Jom naik.” Ajak Airis. Dia ni memang automatik akan speechless kalau nampak mamat berkemeja kelabu tu. Tak tau la kenapa.
               “Eee.. bengang betul la aku.” Tasha belum habis merungut.
               Airis menoleh ke hadapan. Matanya tepat memandang belakang badan empunya kemeja kelabu tu. Wahai jantung, tolong la jangan berdegup laju macam ni sekali. Gaya kau dah macam nak melompat keluar dari badan pun ada ni.
               “Hoi, berangan!”
               “Hah?” Airis blur.
               “Kau ni makin kuat berangan la.”
               “Jom, naik.” Airis terus tarik lengan kiri Tasha supaya mengikut langkahnya. Helo, macam tak sedar diri kuliah akan mula dalam masa seminit dari sekarang. Ingat kau orang tu macam Superman ke apa?



“CPU scheduling is the basis of multiprogrammed operating systems. By switching the CPU ...”
               Elok je pensyarah dekat depan tu bukak mulut, mula la semua manusia dalam kelas tu nak menguap. Termasuklah, Airis. Nampak tak betapa tak menariknya subjek Operating System ni?
               Okey, subjek ni bukan tak menarik tapi tak tau la kenapa apabila subjek ni je macam susah nak fokus. Apa yang Airis tau, dua jam kuliah untuk subjek ni umpama lapan jam!
               Airis duduk sambil menopang dagu dengan tangan kiri. Mata tu, fokus betul dekat skrin projektor konon boleh tembus sampai kelas sebelah. Tangan kanan pulak naik keras pegang pen tapi sepatah hape pun tak ditulis atas kertas kajang tu.
In a single-processor system, only one process can run at a time; any others must wait until the CPU is free and can be rescheduled.” Puan Normah berhenti sekejap. “The objective of multiprogramming is to have some process running at all times, to maximize CPU utilization.” Sambungnya lagi.
Sekali lagi, belakang tangan dibawa menahan kuap. Mata ni ha dah berair mengalahkan orang menangis. Dia memang tak boleh ngam kalau pensyarah stok mengajar setakat baca teks dalam buku. Baca ayat buku teks tu boleh tahan lagi, tapi slide Power Point pun ayat gedebuk macam karangan Bahasa Inggeris tu apathehal?
“Ai.. berapa lama lagi ni?” Bisik Tasha yang duduk di sebelah kiri.
Airis tersentak. Eh, bukan budak ni tidur ke tadi? Lengan baju kurung diselak sedikit. “Sejam setengah.”
I’m going to dieeee.” Kepala diletakkan ke atas meja.
Airis buat dengar-tak dengar. Dia faham betul dengan apa yang dikatakan oleh Tasha tadi. Dia pun terkejut jugak, ingatkan dah nak habis masa kuliah.
Airis tunduk melihat kertas kajang yang dah mula penuh dengan contengan yang entah pape. Ada macam-macam jenis gambar dan ayat. Kalau gini la sepanjang semester, memang menempah tiket fail gamaknya.
There are several scheduling algorithms.. The first one is First Come First Served Scheduling. FCFS.”
Ahha! Airis terus angkat kepala memandang papan putih. Kedua belah tangan digerak-gerakkan sebelum tangan kanan mula menulis laju setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Puan Normah.
 “FCFS ni, menggunakan konsep first in first out. Siapa yang sampai dulu, dia la yang kita execute dulu.” Jeda. “Macam dalam contoh pertama ni.” Pen marker diketuk-ketuk pada papan putih.“Ada tiga proses; P1, P2 dengan P3.”
Airis hanya menganggukkan kepalanya. Perkataan FCFS dibulatkan besar-besar dengan pen warna merah, biar nampak! Tangan kanan cekap menyalin contoh soalan di papan putih. Siap dengan ilustrasi dan label lagi, punyalah nak bagi faham apa yang diajar oleh pensyarah dekat depan tu.
“Dari Gantt chart yang dah dilukis ni, kita boleh kira waiting time, average waiting time and turnaround time for each process.”
“Dia cakap apa, Ai?” Bisik Tasha perlahan.
Airis angkat bahu. Tangan kanan masih cekap menulis di atas kertas kajang. Dia pun tak tau apa yang dia salin. Tapi apa yang penting, dia salin. Nanti senang nak buat ulang kaji.
“Untuk Shortest Job First, Priority Scheduling dan Round Robin, caranya sama aje.” Pen marker berdakwat biru itu diletakkan di atas meja. “Okay, you may proceed with tutorial question number 5.12.” Selesai menghabiskan ayatnya, Puan Normah terus duduk di kerusi.
Airis terus angkat kepala dari tunduk menekur kertas kajang. Aik? Macam tu aje Puan Normah terangkan? Tak de ke nak tunjuk contoh jawapan ke apa? Belakang pen dah main ketuk-ketuk dahi. Sakit otak la belajar macam ni.
“Kalau gini kan, kita tak payah datang kelas pun tak pe.” Rungut Tasha. Dia duduk sambil menongkat dagu di atas meja. Bosan kalau setiap minggu menghadap situasi yang sama.
Airis angkat bahu. Datang kelas ke tak datang ke, sama je. Memang tak pernah faham pun apa yang diajar oleh pensyarah ni. So, sepuluh markah untuk cadangan Tasha tadi.
Entahlah, nak salahkan pensyarah ajar tak faham, macam kejam sangat pun ada. Dia orang sendiri tak pernah kisah nak bertanya kalau-kalau ada yang tak faham. Nak tanya macam mana, dia orang sendiri tak faham apa yang dia orang tak faham. Kompleks betul situasi!
 Lec suruh buat apa, Ai?”
Berkerut terus kening Airis. Lambat-lambat dia menoleh memandang Tasha di sebelah. “Kau ni memang dah set mute button apa dekat telinga kau?” Terjongket tinggi kening kirinya. Bengang ni.
Tasha menarik sengih, nak cover salah sendiri la tu. “Aku bukan tak nak dengar tapi memang tak boleh nak dengar.”
Airis dah mula berpeluk tubuh dengan sebelah bibir terjongket sedikit. “Soalan tutorial nombor 5.12.” Bengang, bengang jugak tapi info mana boleh kedekut.
“Kena submit?”
“Entah. Macam tak.” Macam la dia orang pernah kisah assignment kena hantar ke tak. Hantar ke tak, sama je.
So tak payah buat pun okey je kan?”
“Ikut suka kau la, Tasha...” Pen biru di atas meja dipegang. “Nanti final jawab asing-asing.”
Tasha dah tersengih kelat. Airis ni mulut dia boleh tahan laser jugak. Dia menarik keluar sehelai kertas kajang dari dalam fail. “Ajar aku, Ai.”
Airis mengulum senyum. “FCFS ni...” Seronok sebenarnya sekali-sekala dapat tembak kawan sendiri. Bukan tak boleh cakap elok-elok tapi ada setengah orang ni, kita kena jadi sinis baru dia nak terasa.
Dan masa kuliah yang masih berbaki satu jam tu dihabiskan dengan menerangkan semula apa yang dia faham kepada Tasha. Kongsi ilmu tu tak salah. Yang jadi salah, apabila kita kongsi ilmu yang entah pape­ dekat orang. Kongsi ilmu ni dapat pahala, tau kan?

No comments:

Post a Comment