KAKI
DIKUISKAN ke tanah sambil mata menjeling ke arah jalan
melihat bayang-bayang bas yang tak kunjung tiba itu. Sudah 15 minit dia
menunggu bersama-sama 30 orang pelajar-pelajar yang lain. Honestly said, sumpah satu hapa
pun manusia ni dia tak kenal. Kecuali Azli -- si roommate -- dan juga Fatin
-- si classmate.
The rest?
Dia kenal sipi-sipi
saja. Hanya ingat muka, tapi tak dapat nak ingat nama.
Tullah Sun, lagi tak
datang meeting dan taaruf dua malam lepas. Serves
you right, bro! Padan muka. Sekarang biar kau sorang-sorang duduk tercongak
kat tepi jalan ni tatahu nak buat apa.
Fuhh.
Bahana sungguh cuti
semester kali ni. Tak pernah-pernah Ahmad Redha Ihsan ikut program-program
bermasyarakat macam ni. Tak pernah ya, diulang suara. Tidak pernah.
Never.
Nehi. Nada.
Ihsan melepaskan
keluhan.. kepala dah beringat nak lari dari situ. Kalau lari ni, aci tak?
Halahaih.
Something
is just… not right. Tak kena langsung dengan nama Sun dia
tu. This is just so wrong…
Entah mentera apa yang
Azli dah baca, alun kat telinga dia sampai dia boleh tercakap ‘yes’ hari itu. Sekarang ni kalau nak
lari, agak-agaknya Azli mengaku kawan tak lepas ni?
Kedebappp..
Bunyi benda jatuh dari
sebelah kirinya menganggu lamunannya. Ihsan menukar pandangan ke sebelah.
Seorang gadis yang memakai tees ungu sedang
mengutip botol-botol mineral yang sudah terjatuh ke tanah itu. Tergopoh-gopoh dia mengutip botol-botol air
mineral itu.
Terus kaki dihalakan ke
arah gadis itu. Dengan niat ingin membantu. Badan turut dibongkokkan, mengutip
botol-botol itu lalu diserahkan kepada si gadis.
“Nah.” Tangan
menyerahkan botol terakhir yang dikutipnya.
Gadis itu yang sibuk
menunduk dari tadi itu mengangkat muka. Tangannya mencapai botol yang
dihulurkannya. Lama fokus si gadis itu ke wajahnya. Keningnya berkerut-kerut
seakan-akan memikirkan sesuatu.
Ihsan tersenyum melihat
telatah gadis ini. Perkara-perkara macam ni dah selalu sangat dah dia jumpa. Mula-mula
jatuhkan sesuatu bagi dia perasan kelibat mereka… lepas ni mesti akan keluar
soalan-soalan macam ‘you looks so familiar’ atau ‘kita kenal tak?’.
Selalunya dia ikut saja
rentak permainan gadis-gadis itu. Kalau nasib baik (dan selalunya nasib dia
memang baik pun!), mesti nombor telefon si gadis di dalam genggamannya. Untuk
persiapan katanya.
“Thanks.”
Ihsan termangu seketika.
Aikkk? Hapersal
lainpulak ni.
Terima kasih? Hanya itu
yang diungkapkan oleh si gadis selepas beberapa minit berfikir. Tiada satu pun pickup line yang Ihsan bayangkan tadi
keluar dari bibir gadis yang bermuka pucat itu. Mana pergi ‘you looks so
familiar’ atau ‘kita kenal tak’?
“Saya pergi dulu eh.Thanks a lot.” Gadis itu bangun lalu mengangkat kotak yang
sudah terisi penuh dengan botol-botol itu. Dia tidak sedikitpun menunggu Ihsan
yang masih berfikir panjang tu. Banyak lagi kerja yang dia perlu uruskan
sekarang ni.
“Wait.
You join program kembara ni juga ke?” tanya Ihsan tiba-tiba.
Baju tees ungu yang dipakai gadis itu sama dengan baju yang sedang dipakainya.
“Yeap.” Gadis itu
menjerit dari jauh.
“Same
here!” Ihsan tersenyum. Senangnya, kan dah dapat jumpa
kawan. Baju ungunya ditunjukkan pada si gadis.
“Obviously,
bro..
tapi sebenarnya I got to go. See you!”
“Jap, jap…”
Ihsan berlari anak
menyaingi langkah si gadis. Kotak di tangan si gadis diambilnya laju.
“Let
me help you with this. Lee ni pun satu adakah kerja berat
macam ni dia suruh perempuan yang buat.”
“Saya boleh buat
sendirilah, saudara.”
Ihsan tersenyum.
Saudara? Dah masuk zaman Kesultanan Melayu Melaka ke macam mana ni? Eh ke zaman
P Ramlee dan Saloma?
“By
the way,I’m Sun.. and you?”.
Gadis itu diam, tak
menunjukkan reaksi. Geram betul bila Ihsan buat-buat tidak dengar apa yang
dikatakannya tadi.
“And
you?” Ihsan ulang lagi. Masih menyaingi langkah si gadis.
“Pluto.” Sepatah gadis
berteesungu itu membalas sebelum
menyambung, “kalau you nak hantarkan sangat kan? Tolong letak kotak ni kat
depan lamp post kat sana ye. Thank you!”
Si
gadis itu berlari anak meninggalkan Ihsan tanpa sempat dia membalas apa-apa.
Dia memandang kotak di tangannya. Sekarang ni dialah nak kena angkat kotak air
mineral ni di depan sana?
Ihsan tersengih monkey.
Itulah, tak ada kerja,
cari kerja kau Ihsan.
Haish si pluto ni!
Ingatkan bolehlah nak mengayat sikit… tapi…
But
wait?
Pluto?
Pluto ke nama dia?
Pluto yang planet tu
ke?
Kepalanya dok terbayang
silibus mata pelajaran Sains di sekolah rendah dulu. Pluto tu bukan nama planet
ke? Yellah planet yang mengorbit matahari kan? Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh,
Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun… Pluto.
Ihsan akhirnya dapat
menangkap sarkatikus si gadis baju ungu tadi. Lantas ketawanya meledak juga.
Ini mesti spesies nak menganjing nama samaran aku lah ni.
Wow!
Not bad, Pluto. Not bad.
Ingat kan orang bosan
dan skema je join program ni tapi cik Pluto ni macam cool je. Ihsan tersengih.
Nampaknya tak bosanlah dia empat hari ini nanti. Ada orang nak diganggu ni.
Ihsan mencalit hidung.
Cameron
Highlands, you wait!
No comments:
Post a Comment