Monday 7 July 2014

Puzzle (Bab 1): N Husna

“Nak ke mana tu? Dah malam ni…”
Suara Mak Jah menghentikan langkah kakinya yang sudah terpacak di hadapan  muka pintu kayu sebesar gol bola sepak di Stadium Negara. Ain toleh. Dia tarik senyum serba salah.
            “Keluar kejap.”
Sebelum sempat Mak Jah bersuara, selipar oren Adidas dia sarung di kaki. Kedengaran derap kakinya berlari ke luar pagar besi. Langit sudah lama gelap. Sekadar biasan daripada cahaya lampu jalan dan juga bulan yang dilitupi awan mendung. Rumah – rumah di lorong itu masih terang dengan cahaya – cahaya neon. MP3 yang berlagu dengan Run This Town by Jay – Z feat Kenya West dan Rihanna dia kuatkan volume nya.
            Belum sempat nafasnya termengah – mengah, sudah tersergam bangunan yang dia tuju dihadapan mata. Kelihatan anak – anak muda seusia dirinya berkeliaran di hadapan deretan bangunan dua tingkat itu. Ada yang sibuk berbual  antara satu sama lain. Tak kalah juga dengan mereka yang asyik dengan aksi – aksi liar yang sukar untuk diperjelaskan.
            Kakinya dilangkahkan menuju ke kedai di hujung deretan bercat biru itu. Semua mata yang memandang dia biarkan begitu sahaja. Pintu kaca dia tolak perlahan. Ada satu dua meja yang sudah penuh berpenghuni. Masih ada satu lagi kerusi di penjuru kedai kecil itu yang kosong. Yang pasti, port kegemarannya itu masih belum pernah terusik setiap kali dia datang.
            “Hey! Lambat ini malam?”
Suara Elbert menghentikan langkah kakinya. Lambat? Dia kerut kening. Jam di dinding kedai dia pandang sekilas. 9 malam. Agak lewat untuk dia yang selalu ada di situ seawal 7 malam.
            “Biasalah, bos… Rumah jauh!” Dia jawab sambil terus menuju ke kerusi di penjuru kedai. Pengunjung yang lain asyik dengan dunia masing – masing. Jauhlah sangat, wei… Rumah hujung mata pulak!
            “Mau berapa lama ini malam? Partner?” Suara Elbert berlagu lagi. Dia toleh. “Nope! You ni, bos. Ini bukan first time maaa…”
Dia balas sambil mengawang – awangkan tangan, mengisyaratkan si pemilik kedai pergi jauh daripada kawasan itu. Ada sebotol air berwarna hijau diletakkan kemas di atas meja kegemarannya. Dia senyum. Satisfied! Service baik punya!
            Langkah Elbert dia pandang dengan senyum berbunga. Untuk jadi regular customer kedai macam ni. Tunjuk muka dua – tiga kali, tentu – tentu yang keempat akan dapat layanan istimewa.
            Matanya menerawang ke seganap penjuru. Meneliti mana – mana yang mampu memuaskan hatinya malam ini. Dapat selak satu – dua helai malam ni, memang tidur lena…. Dia tarik senyum. Sebelum tangannya ligat mencapai sesuatu daripada rak separas pinggangnya itu.



RUANG tamu rumah nampaknya sudah gelap. Pagar kecil di penjuru kanan tembok putih rumah dia tolak dengan tangan kanannya sebelum tangan kiri mencapai mangga putih yang tadi tersangkut di penyangkuk pagar. Perlahan – lahan, dia menapak ke pintu rumah. Tangan kanan yang sudah sedia di poket bermuda mencari anak kunci pintu rumah.
            “Daripada mana?”
Huh! Terbeliak matanya. Terkejut mendengarkan suara yang tiba – tiba muncul. Perlahan, dia toleh 90° ke belakang badan. Lelaki separuh abad yang cukup dia kenal sedang tegak berdiri dengan tangan bercekak pinggang.
            ‘AiseymanTiming error!’ Dia berbisik dalam hati. Tadi macam dah line clear!
            “Ehem!” Dia berdehem pendek. Sebelum tarik senyum kelat, menyembunyikan getar yang muncul. “Keluar kejap… Pak Man baru balik?” Dia tanya serba salah. Ini bukan masa untuk berbual mesra lah, wei!
            “A’ah…” Suara Pak Man kedengaran perlahan. Tapi cukup kuat membuktikan lelaki itu cuba menahan ayat seterusnya daripada keluar. Pintu yang sudah ternganga sedikit luas, dia tolak lagi. Tangannya terdepa, mempersilakan Pak Man masuk.
            “Jangan balik lewat macam ni lagi. Tak elok…”
Pesan Pak Man dia balas dengan angguk. Telapak tangannya dia gosokkan di atas peha berlapik bermuda coklat yang kelihatan lusuh.
            “Sudah… masuk”
Tegas. Perlahan. Dia mengundur. Membawa diri ke bilik di tingkat atas. Selamat…
 


            “Mak Jah!” Suaranya memenuhi ruang dapur. Mak Jah yang sedang asyik membasuh pinggan sekadar menoleh sekilas. “Baru bangun, Ain?” Wanita separuh abad itu bertanya. Ain angguk kepala. Kepalanya digerakkan ke kiri dan ke kanan. Menghasilkan bunyi berdetap, buat Mak Jah toleh dengan kening berkerut.
            “Jangan buat macam tu, boleh?” Wanita dalam lingkungan separuh abad itu memandangnya tajam. Tak serupa anak dara sungguh!
Pertanyaan Mak Jah dia balas dengan sengih. “Ehe… Lambat sikit nak bolehlah, Mak Jah…”
Tangannya sudah menuang jus oren ke dalam gelas panjang yang dihulurkan Mak Jah tadi. Dia teguk pantas. Menghilangkan dahaga.
            “Ain ke mana malam tadi?”
Dia buat muncung penguin. Aura tak nak jawab soalan. “Keluar?” Dia jawab dengan tanda soal. Mak Jah buat muka. “Mak Jah tahu Ain keluar. Tapi ke mana?”
            “Someway?” Dia balas dengan tanda soal kedua. Perlahan, kedengaran keluhan Mak Jah. Tangan yang tadi laju mengupas bawang sudah berhenti meneruskan kerja. Pisau kecil sudah terletak kemas di atas meja. Ain pura – pura tidak faham. Dia teguk lagi gelas yang sudah hampir kosong.
            “Tak elok anak gadis keluar malam – malam, Ain…”
Suara Mak Jah menegur kedengaran perlahan tapi tegas. Ain telan air liur. Dia angguk kepala perlahan.
            “Ain keluar bukan buat benda tak baik, Mak Jah… Duduk dalam Junky Street tu je…”
            “Buat apa dalam tu malam – malam? Balik sekolah pun Ain pergi situ kan?” Mak Jah tanya penuh sabar. Muncung penguin muncul lagi. Ain angguk menjawab. “Dah tu? Malam – malam pun nak ke situ lagi?”
            Dia angguk pantas. Sambil tarik senyum menahan gelak. Mak Jah geleng kepala. “Pandai menjawab!” Satu cubitan kecil jatuh di tangannya.
            “Kalau mummy tahu, macam mana?” Soalan Mak Jah dia jawab dengan geleng.
            “Mak Jah cakap dengan mummy?”
Dia tanya pantas. Sengaja, cuba mencungkil andai pembantu rumah yang dia sudah anggap bagaikan ibu itu pernah berkongsi cerita dengan ibu kandungnya.
            “Mak Jah tak sempat nak cerita lagi…”
Mak Jah cakap sambil tarik senyum. Kalau sempat, memang miracle sangatlah tu!
            “Mak Jah jangan risau… Ain duduk diam – diam dalam Junky Street tu. Tak buat apa – apa…”
            “Mak Jah tahu, Mak Jah ni bukan ibu kandung Ain… Tapi…”
            “Ain tahu Mak Jah sayang Ain…” Dia sambung sendiri. Dia tahu akan niat baik wanita di hadapannya itu. Dan dia tahu wanita itu lebih risau tentang dirinya berbanding ibunya sendiri. Namun, dia lebih tahu apa yang dia lakukan.
            “Ain tak akan susahkan Mak Jah…”
Dia tunjuk pinky swear depan mata Mak Jah. Pipi Mak Jah dia cium sebelum kaki melangkah ke ruang tamu. Mak Jah geleng kepala. Dia jadi tidak tahu untuk berkata apa lagi.


             “Kau pergi mana malam tadi?”
Suara Dayn menyapa telinga. Punggung belum sempat lagi berlabuh atas tembok hitam itu, soalan yang dia dengar sejak daripada rumah tadi sudah mula kedengaran kembali.
            “Apahal?”
Dia balas dengan soalan. Tali sneakers yang sudah terurai sejak daripada tadi dia ikat ketat. Syed dan Aim yang sedang berlari mengejar bola dia pandang dengan kening berkerut.
            “Kau tak datang sini. Saja tanya…”
Jawapan Dayn dia balas dengan angguk. “Aku lepak Junky… Malas nak turun sini. Dell dengan Missy mana?”
Ketiadaan dua rakannya yang selalu muncul awal itu buat dia ajukan soalan tiba – tiba. Jam dah lama terlajak ke 6 petang. Mustahil sangat budak berdua tu tak ada lagi.
            “Missy ada hal. Dell tadi ada. Blah mana entah dengan Abi. Cakap sekejap, dah lebih daripada sekejap pun tak muncul lagi ni.”
            Dia angguk faham. Botol mineral dia ajukan pada Dayn yang sudah berpeluh satu badan. Radio buruk yang selalu berlagu sudah senyap tanpa suara. “Banyak step kau buat hari ni?” Dia tanya ingin tahu. Dalam ramai – ramai, dia yang paling malas turun training. Untungnya, dia selalu cekap untuk hafal setiap step yang dia baharu pertama kali cuba.
            “Tak jugak… Masing – masing macam malas nak training hari ni. Aku pun join malaslah…”
            “Bukan ada battle ke next week?” Dia tanya sambil mana menerawang ke seluruh pelusuk Teen Park yang sesak dengan remaja – remaja pelbagai aksi. Angguk Dayn di sebelah menjawab pertanyaannya.
            “Ambikkan beg aku tu…” Tangan bersarung dengan arm guard merah itu menunjukkan tepat pada beg hitam di sisinya. Dia tarik beg hitam itu sebelum dihulurkan pada pemiliknya.
            “Nah!” Mata yang tadi asyik memerhati Aim dan Syed statik dengan air freeze beralih arah pada tangan yang tiba – tiba muncul di hadapan mata. Ada Toblerone yang menyapa mata. Dia angka kening bertanya.
            “Bagi kat kau. Aku singgah 7E on the way tadi. Suddenly the toblerone remind me to you?” Ayat yang berakhir dengan tanda soal itu buat dia tarik sengih. Dayn turut sama tarik sengih.
            “That toblerone ada muka aku ke?”
            Dayn geleng dengar ayat keluar daripada mulutnya. “Sikitlah… Kinda kau macam model kat billboard tu. Senyum kat aku atas pembalut toblerone tu?”
            “Aha… Memanglah sangat…”

Dia sengih pada Dayn. Gaya macam apa entah nak nampak muka dia muncul atas paket toblerone macam dia model billboard. Merepek!

No comments:

Post a Comment