Thursday, 25 June 2015

Kita ≠ Couple (Bab 4) ~ Aeliah Mazta

Beg diletakkan di atas kerusi lalu G’na melangkah ke pintu dan menjenguk ke kelas 5 Sc 1. Matanya dilemparkan ke meja depan, meja seseorang. Lelaki itu tak sampai lagi rupanya. Patut pun cerah lagi langit tadi. G’na kembali masuk ke kelas dan duduk di tempatnya. Buku nota Biologi ditarik keluar dari bawah meja.
            Dan tiba-tiba…
            Pap!!
            Buku teks Fizik dihentak di atas meja G’na. Terkejut dia dibuatnya. Siapa senget sangat tak bagi salam ni? Kalau dibuatnya aku sakit jantung? Siapa nak tanggungjawab? Tak sempat berwasiat segala bagai lagi. G’na menoleh memandang seseorang yang berdiri di sebelahnya. Muka makhluk yang agak macam nak makan manusia. “ Eh?”
            Lelaki itu mengangkat kening.
“ Kau siapa? Budak baru ke? Kelas 5 Sc 2?” soal G’na dengan muka suci. Serba salah rasanya. Nak tergelak ada, nak serius pun ada bila tengok muka entah apa nak ditafsirkan kat depan ni.
            “ Puas hati kau?” soal Keef datar.
            G’na mengangkat kening sebelah. “ Apa dia?”
            “ Berani kau letak chewing gum atas rambut aku?!” berang Keef.
            “ Sebab aku berani la aku buat. So?” G’na buat muka tak bersalah.
            “ You need to repay this.” Mata Keef tajam memandang G’na.
            “ Percaya la, aku tak bersalah.” G’na buat muka.
            Mata mereka bertembung. Renungan tajam tembus ke dinding.
Keef melangkah keluar dari kelas 5 Sc 2. Buang air liur bercakap dengan orang tak faham bahasa manusia ni! Kau berhutang dengan aku, perempuan.
            G’na ketawa sambil memegang perutnya.“ Tak nampak tadi toyol pakai baju sekolah?” soal G’na kepada Khay yang baru datang. “Sumpah lawak gila muka dia bila kepala botak.”
            “ Huh? Toyol pakai baju sekolah?” soal Khay hairan.
            “ Ha’a. Budak toyol.” balas G’na sambil ketawa lagi. “ Pergi la mengintip kelas sebelah sana. Cari toyol tu. Toyol zaman sekarang pergi sekolah.”
            Khay bangun dan melangkah ke kelas 5 Sc 1. Matanya terfokus ke satu makhluk yang berkepala botak. Ketawanya pecah. Dia kembali ke kelas.
            “ Gila kau!” kata Khay sambil ketawa.
            “ Cari fasal lagi. Siapa suruh. Lapang sikit mata aku sekarang ni. Semak dah tebas!” G’na senyum bangga.
            “ Jangan cakap itu kerja keji kau jugak?” soal Khay sambil mengelap matanya yang dah berair ketawa sakan tadi.
            “ Nak ikut cerita sebenar, aku la yang bertanggungjawab sebab dia botak.” G’na ketawa.
            “ Macam mana boleh jadi?” soal Khay ingin tahu.
            “ Letak chewing gum tiga empat kat atas kepala, kasi letak dalam, tinggalkan beberapa cm je nak jejak permukaan kulit kepala.” Ketawa G’na makin galak.
            “ Euww! Tak mengaku aku ada kawan tak senonoh macam kau ni!” Khay dah geleng kepala.
            “ Memang tak la aku kisah.” G’na buat muka.
            Ketawa mereka berdua pecah lagi.


Sudah lebih sepuluh kali G’na menguap. Matanya dirasakan hampir mahu tertutup. Dia kerap mengerling jam di tangan. Lambat lagi ke nak balik? Duhai mata minta bertahan. Please tolong help. Dia melihat cikgu Tengku sudah menjadi dua, tiga dan banyak di hadapan. Cikgu Tengku sedang membuat jurus pembahagi bayang macam dalam cerita Naruto kegemarannya dan abang-abangnya. Dia menampar perlahan pipinya berulang kali. Pelbagai cara dia lakukan untuk tetap bertahan hingga ke saat akhir.
Akhirnya, semboyan kemenangan berbunyi. Dia tersenyum sambil tangan pantas mengemas buku dan alat tulis di atas meja.
“ Khay, kau pergi dulu. Tunggu aku kat pondok. Aku ada hal sikit nak settle kan. Okey?” kata G’na sambil mengenyitkan matanya.
“ Okey. Jangan lama-lama tau,” pesan Khay sambil berlalu.
G’na mengangguk. Dia berdiri di hadapan pintu kelasnya. Dia menunggu seseorang.
“ G’na, tak balik lagi?” soal Nabil, kawan kelas 5 Sc 3.
“ Nak balik la ni. Tapi ada kerja sikit,” jawab G’na.
“ Okey. Bye.” Nabil melambai tangannya ke arah G’na.
G’na melambai kembali ke arah Nabil. “ Hati-hati bawa motor!” pesan G’na.
“ Okey!” balas Nabil.
Keef melangkah keluar dari kelasnya dan menuju ke arah G’na.
G’na memandang lelaki itu selamba. Muka tempe macam ni ramai pulak peminat. Buta agaknya.
“ Apa masalah kau dengan aku hah?” soal Keef tak puas hati. “ Ada aku usik kau?”
“ Kau rasa?” soal G’na.
“ Aku rasa macam nak bagi penampar je kat muka kau sekarang ni dowh,” datar Keef menjawab.
G’na ketawa sesaat. “ Nak tau sangat?” G’na menyoal lelaki di hadapannya itu.
“ Memang aku nak tau sangat. Kenapa kau benci aku sampai berani kau sentuh aset aku ni?!” Keef menunjuk kepalanya yang terpaksa dibotakkan akibat chewing gum sesat perempuan ni! Suaranya dah dikawal sebaik mungkin dari terus meninggi.
“ Yang pertama, dengan sengaja atau tak sengaja aku tak peduli, kau ada gelakkan aku sebab cikgu Fauziah marah aku kan hari tu. Yang kedua, seriously boleh muntah hijau tiap hari aku dengar nama kau. Macam good-good je kau eh. Flirting..Flirting kat perempuan. Yang ketiga, aku paling pantang bila aku cakap, orang buat bodoh. Aku suruh kau tunduk sikit je pun sebab aku tak nampak ustazah tulis apa, kau tak nak, padan muka rambut tu dah wassalam,” jelas G’na panjang lebar.
“ Oi perempuan, sebab yang pertama tu aku boleh terima. Memang aku ada gelakkan kau. Tapi tak la sampai guling-guling atas tanah dowh. Sebab yang kedua, aku pun pantang bila orang cakap tak pandang kiri kanan depan belakang. Bila masa aku mengurat perempuan? Ada kau nampak aku layan? Aku pun tak minta la dia orang sebut-sebut nama aku depan kau. Sebab yang ketiga tu, satu perkataan je aku boleh kasi kat kau,” kata-kata Keef terhenti sambil menunggu respon dari gadis di hadapannya.
G’na mengangkat keningnya bertanya.
“ Tunggu,” kata Keef sepatah sambil matanya tajam merenung G’na.
G’na mencebik. Dia ingat dia je boleh tenung macam singa jantan kebulur macam tu? Aku pun lagi hebat la. Nak lawan mata ke?
“ Tunggu la. Tunggu sampai lebam,” kata G’na acuh tak acuh.
“ Gigi kau.” Keef buat muka serius.
Kini giliran G’na pula yang merenung lelaki itu tajam. Dia menunggu dengan penuh sabar perkataan seterusnya yang akan dikeluarkan. Kenapa dengan gigi aku? Ada cili terselit ke? Waktu rehat tadi, aku cuma makan kuih donat je.
“ Gigi taring kau. Obvious sangat. Siong,” Keef menutur selamba.
G’na kaku. Kata-kata yang singgah ke gegendang telinganya tadi membuatkan dia bagai terkedu seketika.
“ Siong.” Keef sengaja mengulang sambil ketawa.
“ Kau!” G’na cuba menahan marah.
 “ Siong. Cool dowh.” Keef ketawa.
Ini satu penghinaan bagi G’na. Tak ada sorang pun yang berani jadikan giginya isu! Gigi aku, kau buat gurau! Memang dah puas hidup mamat ni!
Keef masih ketawa dan mengulang-ulang perkataan siong di hadapan G’na.
“ Dah la gigi berbesi warna biru segala bagai. Elok lagi gigi aku yang kau kata siong ni, tak payah nak berabih duit macam tu!” bebel G’na.
Keef berhenti ketawa. Muka kembali serius. “ Kau!” jari telunjuk Keef tepat ke hidung G’na. “ Ini namanya braces. Jangan tunjuk sangat asal usul orang hulu kau tu. Simpan sikit.”

“ Gigi besi!” G’na menyebut sambil menunjukkan muka toya. G’na meninggalkannya sambil ketawa. Puas hati aku. Darah aku boleh makin tinggi kalau asyik melayan kau je. Cop! Tak baik untuk kesihatan aku betul. Lepas ni perlu berhati-hati. Nampaknya musuh sudah aktif. Arghhhh! Gigi aku! Siong? Huh! 

Wednesday, 24 June 2015

Si Pemandu Hati (Bab 6) ~ Nazira Ilias

Lepas buat salinan satu set borang tuntutan insuran, Najihah kembali ke meja. Sibuk-sibuk je Amin datang mengekor dia. Saja la tu nak sembang-sembang. Waktu dah masuk ke 5.40 petang. Waktu pejabat dah habis. Separuh daripada pekerja di sini dah balik. Najihah macam biasa, lebih kurang jam tujuh baru keluar pejabat. Jarang-jarang dia nak balik awal. Separuh pekerja lagi pun balik sama seperti Najihah.
Ingat benda apalah yang Amin ni nak tanya. Rupanya dia nak tahu samada Najihah mempunyai lesen memandu atau tidak. Hairan sangat dia sebab tak pernah nampak Najihah memandu. Dahlah Najihah ni memang allergic kalau disuruh memandu. Boleh pitam tiba-tiba. Jenuh Najihah nak cipta jawapan paling best untuk tutup mulut Amin. Tapi semuanya tak berkesan. Amin ni memang suka cari kelemahan Najihah.
“Kalau kau nak tau sangat, aku bukan tak boleh drive. Aku kurang berani je.” Najihah terus pekup mulut. Aiseh, apesal boleh terlepas cakap? Inilah padahnya, kalau pantang terima cabaran sehingga boleh menjerat diri sendiri.
Amin gelak macam orang gila. “Ingatkan berani sangat. Rupanya penakut. Penakut tak bertempat!” Amin menambah penghinaan lagi terhadap Najihah. “Tapi tak apa, jom aku bawa kau test drive kat belakang sana tu.” Amin tunjuk dengan jari telunjuk dia. Di sana memang tersedia dengan satu kawasan untuk bakal pemandu bas membuat ujian memandu.  
“Kau jangan cabar aku Amin…kau ingat aku takut sangat ke? Hah jomlah, jom!” Najihah sinis seolah-olah hebat sangat. Berlakon je lebih tu, padahal takut nak mampos. Matilah aku, gatal mulut sangat boleh setuju cakap si mangkuk ayun tu.
“Jom naik kereta aku. Aku drive…sampai sana kita tukar.” Amin lambung-lambung kunci kereta dia.
Najihah sempat berfikir, samada betul atau tidak tindakan yang dia buat. Walaubagaimanapun, dia naik jugak kereta Wira sedan Amin yang berwarna hitam berkilat. Berkilat lebih kurang tuan dia. Bila sampai dikawasan tersebut, dia orang tukar tempat duduk.
“Amin, salah tau kita masuk kawasan ni. Kau jangan burukkan nama aku kat sini. Kau tu ingat sikit…nak aku tambahkan lagi rekod warning letter kau ke? Kang tak pasal-pasal pulak aku kena buat warning letter pertama untuk diri aku sendiri.” Najihah mengomel sambil risau.
Amin tergelak. Mata Najihah melilau tengok keadaan jalan kosong kat situ.
“Alah kejap je, tak ada sapa nampak. Jalan cepat.” Amin yang ada kat sebelah Najihah, bagi arahan.
“Amin…betul ni? Kau tak menyesal bagi aku drive kereta kesayangan kau ni?” Najihah masih sempat lagi bertanya buat kali terakhir. Dia rela memandu sebab kat situ lengang dan tak ada kereta lain. Dan yang paling penting kat situ tak ada traffic light. Itu faktor utama.
“Iyelah… tapi kalau jadi apa-apa dekat Wira aku ni, Storm bapak kau kena bertanggungjawab.” Amin cakap serius. Dia pun takut jugak tu nak bagi Najihah pegang stereng dia.
Storm tu tak pernah bersalah! Jangan harap. Kau dah sedia ke? Pakai seat belt tu.” Arah Najihah pulak.
Najihah tadah kedua tangan dia. Amin tengok Najihah dengan pelik. “Apa kau tengok-tengok lagi? Cepatlah baca doa naik kenderaan. Mintak perlindungan sikit. Ish, itupun nak kena aku ajar ke?” Najihah siku tangan Amin. Tiba-tiba riak wajah Amin dah macam hilang ingatan.
“Alamak Ain…terlupa pulak aku macam mana bunyi doa tu.” Amin garu kepala. Cakap jelah kau memang tak tahu, senang cerita.
“Banyaklah hang punya bunyi. Padanlah nama hang Amin… pandai mengaminkan doa je. Dengar sini aku baca… hang aminkan sudah.”  Najihah baca doa naik kenderaan dengan khusyuk. Amin tunduk tadah tangan. Kemudian Najihah menghidupkan enjin kereta. Terketar-ketar juga dia nak memandu sejak berlaku peritiwa hitam dalam hidup dia dahulu.
“Sayang, bawa slow-slow eih. Tak apa, abang ada kat sini. Jangan takut!” Amin cakap sambil tergelak-gelak kecil. Geli hati dengan kata ganti nama yang dia gunakan sendiri.
Hish dia ni, ni yang bertambah semangat nak memandu selaju yang mugkin ni. Huh boleh ke tidak ni? Gugup jugak bila dah lama tak memandu. Najihah tolak gear 1 dan tekan pedal minyak kemudian tekan minyak lagi dengan menambah kelajuan kepada gear 2, 3, 4, dan 5. Kalau Wira ni ada gear 6, gear 6 Najihah bedal.
Kelihatan Amin dah capai pemegang di bumbung kereta yang tak jauh dari kepala dia. Kedua belah tangan dia kat situ. Biar padan dengan muka engkau, aku suruh pakai tali pinggang keledar tadi tak nak. Degil! Najihah redah semua laluan kat situ. Macam nak terbalik bila dia tempoh selekoh.
“Fuhh…laju doh!” Najihah menjerit di dalam kereta. Amin pucat.
“AIN SUDAH, BERHENTI. BREAK!!!!!!!!” Suara Amin bukan kepalang menjerit. Najihah tersentap. Terus dia tekan pedal break. Berbunyi tayar kereta bila dia tekan break mengejut.
“Macam nak tercabut tangkai jantung aku ni dengar kau jerit.” Tak sempat habis Najihah membebel, Amin terus buka pintu kereta. Dia merangkak keluar ke tepi jalan.
“Uwekkk…” Tak sangka Amin boleh keluarkan isi perut.
Najihah tengok Amin melalui cermin pandang belakang. Tak tahu apa yang perlu dibuat. Sudahnya, dia keluar jugak tolong Amin. Tolong tengok je pun, takkan nak pergi tolong gosok-gosok belakang dia.
Lepas habis muntah, Amin terus terbaring atas jalan tar menghadap langit yang mendung macam nak hujan kejap lagi. Sambil tu, dia gosok-gosok dada dan perut dia. Kalah perempuan yang morning sickness. Kelakar pulak si Amin ni. Najihah duduk tak jauh dari Amin.
“Tangkai jantung kau je yang kau kira…tangkai jantung aku ni kau tak nak kira? Sikit lagi nak terputus. Huh lega!” Amin baru mula bersuara bila perasan yang Najihah ada di sebelah dia. Dia mengucap syukur. Baru reti nak bersyukur  mamat ni. “Aku tak kahwin lagi tau.” 
“Haha amik kau. Nak sangat!” Najihah tergelak.“Kau jangan pandang rendah disebalik baju kurung cotton aku ni. Kau ada rasa naik Evo tak tadi?  Aku cuma tak berapa berani bila ada kereta banyak kat jalan raya. Bila clear je jalan macam sekarang, aku pecutlah.” Seronok Najihah bercerita sambil tangannya membuat gaya pecut.
“Agak-agaklah…kau ingat kereta aku ni macam kereta Raleigh Dhaka? Nasib tak terbang bumbung pintu ni semua.” Amin gosok-gosok pintu kereta dia. Lepas tu, dia jalan sampai ke belakang kereta.
“Jangan risau…belum tercabut lagi ekzos kereta kau tu.” Najihah ketawa kecil.
“Taubat dah aku. Boleh kena strok kalau kau drive. Huuuuu…” Amin pegang dada.
Padan muka dia. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Lain kali tak ada lah dia berani sangat nak cabar aku macam-macam. Aku pun tak sangka yang aku berani memandu laju-laju. Beranilah sebab tak ada lampu isyarat. Ada sejarah hitam dengan lampu isyarat tu, nantilah cerita.
“Jom Amin, hantar aku balik office. Dah lewat dah ni, aku ada kerja nak kena siap.” Najihah berkira-kira sambil melihat jam tangan dia. “Ataupun kau nak aku yang drive? Aku bukan apa, takut kau muntah kali kedua je.” Najihah tersenyum simpul.
“Jangan harap dah kau boleh pegang stereng kereta aku ni lagi.” Amin memberi amaran.
“Apa kau ingat aku hingin sangat dengan stereng kiat kau tu??” Najihah mencemik.  Lepas tu, dia orang berdua terus masuk kereta.
“Eh Amin… berhentilah! Kau nak bawa aku ke mana? Woi…dah keluar pagar pulak. Nak ke mana ni hoii?” Najihah mula berang bila tengok Amin buat bodoh dengan memandu keluar daripada kawasan syarikat. Dia pulas lengan Amin yang berlapik baju. “Amin…kau berhenti sini!” Najihah mengetap gigi.
“Auw, auww…lepasalah Ain! Bisalah tangan kau ni.” Amin sedikit meronta. Lepas dah rasa sakit, baru dia ni reti nak berhentikan kereta kat tepi jalan besar.
“Aku boleh hilang sabar dengan kau ni. Apa salahnya kau cakap baik-baik dengan aku. Cakap cepat kau nak bawa aku ke mana?” Semua gurauan dengan Amin tadi dah terbang melayang. Sekarang dia marah Amin sungguh-sungguh.
“Maaf.” Pendek ucapan Amin.
Amin minta maaf?? Jangkaan Najihah meleset bila dia ingat Amin akan marah dia kembali.
“Aku nak bawa kau pergi makan kat depan tu je. Bolehkan?” Dengan serba salahnya Amin bertanya.
“Kenapa baru sekarang kau nak tanya boleh ke tak? Eh, kau ingat aku ni apa? Ikut kepala kau je nak bawa aku ke mana kau suka. Kenapa kau tak bagi tahu elok-elok, aku boleh considerlah.” Najihah marah Amin lagi. Tak taulah nak buat macam mana dengan dia ni. Nasihat macam mana pun, masih tak berkesan.

Najihah pulang ke rumah dengan muka cencurut. Mujur Maghrib masih lagi berbaki, sempat Najihah menunaikan Rukun Islam yang ke dua itu. Masa sampai rumah tadi, semua orang tak ada di tingkat bawah ni. Mak Cik Aisyah confirm ada di bilik. Pak Cik Nazim pulak pergi masjidlah kalau waktu Maghrib begini. Kalau tidak, jenuh nak menjawab pasal orang yang menghantar dia ke rumah tadi. 
Lepas siap mandi semua, Najihah turun ke ruang tamu. Mak Cik Aisyah dah ada di situ menonton Buletin Utama. Dia terus duduk sambil berlunjur kaki dekat sofa bentuk L. Telefon bimbit dia letak di celah sofa di tepi paha.
“Lambat balik hari ni, keluar dengan Lia? Letih sangat ke sampai kelat muka tu?” Mak Cik Aisyah buka mulut selepas terdengar Najihah mengeluh lepas dia henyak punggung kat sofa.
“A’ah bu, biasalah. Kerja mana tak letih.” Najihah terus jawab soalan kedua Mak Cik Aisyah. Soalan pertama kena abaikan. Tak nak buka cerita pasal budak yang hantar dia balik tadi.
Janganlah Mak Cik Aisyah tanya dengan siapa anak dia ni balik tadi. Angin je bila ingat balik pasal budak yang bernama Amin tak ada disiplin tu. Selepas keluar dari restoran, dia boleh bawa Najihah singgah rumah dia. Meluap-luap betul bila ingat hal tadi.
“Ain, sekarang aku cakap dengan kau baik-baik ni. Jom singgah rumah aku, depan tu je. Aku nak buang air kejap.” Amin tanya dengan mulut manis. Tapi bunyi macam kena ikut cakap dia je. Terkena lagi aku nampaknya. Takkan aku nak tahan dia buang air pulak. Karang kalau terkena batu karang, bukan aku orang yang akan bertanggungjawab.
Nak tak nak kenalah Najihah berkenalan dengan mak dan adik dia. Takkan Najihah tak buat ramah-tamah bila mak dia datang jemput Najihah sampai di pintu kereta.
Bersabar aje lah Najihah dengan sikap Amin yang main sedap cakap depan mak dia pasal Najihah. Najihah yang tak tahu apa-apa ni, dah tak reti nak menyampuk. Akhirnya, Najihah diam je daripada dia cakap yang bukan-bukan.
“Ain tegurlah dia kat tempat kerja tu… mak cik ni dah tak tahu nak buat apa kat dia. Dah berapa dah surat amaran yang sampai kat rumah ni. Mak cik takut dia kena buang kerja je nanti. Selama ni, dialah tempat kami semua bergantung sejak ayah dia tak ada.” Sayu suara mak Amin. Ish…tetiba aku touching. “Tapi dia ni keras kepala sangat…adik-adik dia pun takut dengan baran dia. Mana tahu Ain boleh lembutkan hati dia.” Argh sudah…aku pulak yang kena, bisik hati Najihah. “Lagipun nilah kali pertama dia bawa balik anak dara orang ke rumah.” Ceria sungguh suara mak Amin pada akhir ayat dia. Dan ayat ni buat Najihah rasa senak.
“Abang suka kat dia mak…sebab tu abang bawa dia jumpa mak.” Selamba Amin buat pengakuan berani mati di hadapan depan mak dan adik dia.
Najihah terlopong. Rasa macam nak cekik-cekik dia ni. Perlu ke dia orang berbincang anak-beranak depan aku. Ana si adik Amin pun terlopong jugak. Mak Amin, aku dah tak tahu rupa dia macam mana. Sebab aku terus pejam mata. Ngeri nak tengok semua muka kat sini.
Lia, tolong aku! Kenapalah aku tak ikut nasihat kau awal-awal lagi. Kalau aku tahu, tak hingin aku naik kereta dia. Tapi bukan salah aku Lia, dia yang paksa-paksa aku. Bencilah macam ni! Nampaknya aku kena buat pembetulan kat sini. Tolong tarik nafas Najihah!
“Mak cik jangan salah sangka ya. Saya cuma berkawan dengan Amin macam semua kawan kat pejabat tu.” Okeh…cukup ayat aku tu. Mesti senang je nak faham. Najihah terus mintak diri. Lagi lama duduk situ, lama banyak bala datang. Boleh kancing gigi aku kat sini.
Dari tadi Amin cuba jernihkan keadaan bila dia orang naik kereta. Tapi Najihah buat tak endah. Sakit hati dengan perangai Amin. Sebaik kereta Amin berhenti depan rumah, baru Najihah buka mulut. Mudah-mudahan, ini kali terakhir dia terpedaya dengan Amin. Lepas ni jangan harap dia nak terlibat apa-apa dengan Amin. Serik!
“Aku tak suka kau cakap macam tu depan mak kau. Kau jangan bagi orang tua tu salah faham pasal aku dengan kau.” Najihah menggenggam buku lima dalam usaha mengawal kemarahan.  “Hari ni je, dah berapa kali kau tipu aku. Kau tahu tak aku banyak kerja hari ni, aku tinggal kerja sebab aku ingat aku boleh percaya kau sebagai kawan. Patutnya, aku blah je sebelum pergi restoran tadi.  Tapi aku boleh sabar sebab aku ingat aku ikhlas berkawan dengan kau. Kau yang tak pernah nak hormat perasaan aku.” Najihah terus keluar dari kereta sebelum sempat Amin bela diri.
“Jiha….”
“Hah.” Huh…kus semangat! Najihah terus toleh tengok Mak Cik Aisyah. Marah dalam dada ni masih ada pada Amin.
“Tadi petang, Along ada telefon. Dia dan Kak Long kirim salam pada kamu.” Mak Cik Aisyah tiba-tiba gembira bila bercerita pasal anak lelaki tunggal dia yang nun duduk di perantauan. Dah empat tahun Along menetap di Jepun bersama anak dan isteri dia. Pernah sekali mereka sekeluarga ke sana. Kak Wawa dan Abang Kamal pun pergi jugak sama sebelum dia orang ada anak. Sekali je lah kita orang ke sana. Ingat duit banyak bertimbun-timbun ke boleh ke sana selalu?
“Kirim salam je bu, lain tak ada?” Najihah mula berubah mood menjadi ceria sedikit.
“Habis tu nak kirim apa pulak… kirim Al-Fatihah?” Mak Cik Aisyah buat lawak maut ni. Mata Najihah terbuntang. Makcik Aisyah ni makin selalu ingatkan Najihah pasal mati. Maklumlah orang tua tu selalu ke kuliyah agama kat masjid dalam kawasan perumahan ni. Sejak-sejak pencen ni, itulah aktiviti Makcik Aisyah. Kalau tak ke masjid, hidup dia dengan buku agama. Alhamdulillah. Tapi, tak macam anak dia ni yang …?
“Ish ibu ni…orang sihat lagi bu.” Najihah mengherotkan mulut. “ Bu, bila kita nak ke sana?” Najihah angkat kening dengan cara nakal.
Mak Cik Aisyah yang fokus tengok televisyen tadi, terus tertoleh tengok Najihah tak berkelip. “Ingat Jepun tu dekat macam nak ke Ipoh?? Yang naik bas pun sampai?”
Najihah gelak beredekah-dekah sambil jalan pergi buka pintu pada Pak Cik Nazim yang baru balik dari masjid.
“Apa anak dara gelak kuat-kuat ni?” Pak Cik Nazim yang masih dekat luar rumah tengok Najihah dengan geleng kepala. Najihah terus tutup mulut. Dan kemudian anak mata dia berlari tengok sofa bentuk L bila terdengar satu bunyi lagu.
Dia berlari mengambil telefon bimbit yang terbenam di celah-celah sofa. Lepas dapat telefon terus dia naik ke bilik.
“Jiha! Jiha!” Alia menjerit di hujung talian.
“Asal kau termengah-mengah ni, Lia?”
“Franco call aku tadi. Dia nak address rumah kau.” Alia cakap dalam satu nafas.
“Serius? Jangan cakap kau dah berjaya bagi nombor peti surat rumah aku!!! Even poskod pun dia tak boleh tahu.” Najihah pula termengah-mengah seperti Alia.
“Oppsss.” Alia terkial-kial. “Aku dah ba - gi…” Alia masih teragak-agak.
“Woiii!” Najihah jerit. Dia menggelupur atas katil.
“Aku dah bagi pesanan baik punya, aku suruh dia cari sendiri. Kita kan kawan. Mana boleh bocor rahsia kau tu kan haha.” Alia gelak terkekeh-kekeh.
“Sengal kau Lia, gelabah aku.” Najihah dah bawa bertenang. Rasa macam beratus-ratus ekor rama-rama bebas dari sangkar. Lega tak terkata.
“Panik la kau ni..” Alia ketawa je dari tadi.
“Paniklah…kau ingat apa? Aku nak buat sujud syukur ni…bye.”

“Lia…jom makan kat luar hari ni. Bosanlah mengadap lauk sama hari-hari.” Najihah berdiri di hadapan printer. Terhegeh-hegeh betul printer ni buat kerja. Dah lah bising, orang kat bilik operasi pun boleh dengar. Kena mintak laser printerlah dekat pak aji kalau macam gini.
“Elok jugak tu.” Laju Alia respon. “Wei Jie, kau tengah print eik? Sakit telinga aku.” Alia pegang telinga dia.
“Ha’ah… kalau kau sakit telinga. Aku sakit hati tunggu menatang ni keluar.” Najihah capai kertas kedua yang baru keluar. Boleh tertidur nak tunggu 15 keping report ni siap dicetak.
Request la printer baru kat pak aji burger tu.” Alia gelak. “Eh…kau belanjakan nanti?” Bahagia je suara dia kalau bab tak nak keluarkan duit.
“Tak ada hal…kata nak merasa gaji sulung aku ni kan.”
“Sulung?? Dah nak masuk bulan ke berapa pun entah kau kerja…ada hati cakap gaji sulung.” Alia ungkit-ungkit janji Najihah dulu. Macamlah aku tak pernah belanja dia sebelum ni. Yang mencekik western food dulu tu apa? Duit siapa lagi kalau bukan duit aku.
“Haha…kan aku dah janji nak belanja. So mestilah kena clear kan semua hutang-hutang aku. Tak nak aku jumpa kau kat Padang Masyhar nanti.” 
“Bagus kalau kau fikir macam tu. Baik kau ingat betul-betul, ada tak lagi hutang kau pada aku…elok kau langsaikan semuanya hari ni.” Alia ketawa kecil mengenakan Najihah.
“Eh…sudahlah kau! Aku tengah buat kerja ni. 5 minit lagi aku sampai kat kereta kau.” Najihah matikan talian. Sementara tunggu kertas dicetak, dia berkemas-kemas meja sikit sebelum keluar.
Excues, Dato’ ada kat dalam?”
Terdongak Najihah memandang wajah orang yang bertanya dengan tiba-tiba itu. Kelihatan Najmi di hadapan meja. Excues? Sungguh kebaratan gaya bahasa driver ini. Bagilah salam, dapat juga pahala.
“Assalamualaikum…” Najihah mengucap dengan lembut. Dan Najmi terus jawab sambil senyum dengan tenang.  “Saya kurang pasti, tapi saya tak nampak Dato’ lagi hari ni.”
Najmi mengangguk. “Tahu tak Dato’ meeting di mana?”
“Tak.” Najihah geleng kepala sambil tersenyum merenung Najmi. Entah kenapa rasa tenang je bila tengok wajah dia.
“Ermm.. dalam pukul berapa ye Dato’ masuk office?” Najmi tanya lagi seperti ada hal penting yang dia perlu selesaikan dengan Dato’ Ramlan.
“Tak tahu…” Najihah ketawa pula dengan soalan Najmi yang satu pun dia tidak boleh jawab. Dia bukan orang yang susun jadual kerja Dato’. Najmi cuma tersenyum di situ. “Awak tak try call Dato’?”
“Yeah… but there was no answer.” Najmi jawab dengan jujur ala-ala kecewa. Aksen English dia tu macam bukan gaya orang Malaysia walaupun dia cakap dengan bahasa yang mudah. “By the way, thanks. Assalamualaikum…” Dia tersenyum memandang Najihah. Dan belum sempat Najihah menjawab Najmi dah berlalu ke arah bilik Dato’. Unsungkarable driver!
“Waalaikumsalam…” Jawab salam itu wajib. Bagi salam itu sunat. Najihah mengangguk kepala sambil capai beg duit.

 “Jiha…kau nak belanja aku kat mana ni?” Alia angkat kening. Lepas tu, kepala dia meninjau-ninjau restoran yang berada di sepanjang jalan dari dalam kereta.
“Kita ke Medan Selera je lah. Okey?” Putus Najihah tanpa berfikir panjang.
“Medan selera je? Not my taste! Ingatkan nak belanja aku kat Flemington Hotel!” Alia buat-buat sinis. Lepas tu dia gelak berdekah-dekah sambil cari parkir kat medan selera.
Alia memang tak pernah cerewet memilih tempat makan sebenarnya. Medan selera itulah taste dia dari zaman mereka sekolah dulu sampai sekarang ni.  Lepas je letak kereta, mereka berdua masuk ke kedai yang selalu mereka kunjungi.
“Lia… kau makan je apa yang kau nak asal tak lebih daripada tiga ringgit.” Najihah gelak besar sambil mata dia meninjau lauk-pauk. Lepas tu dia terus pekup mulut bila dia tengok muka tak puas hati Alia.
“Tergamak kau buat aku macam ni, Jiha! Apa kedekut sangat kau ni. Gaji kau tu…lagi banyak dari aku tau tak.” Alia cekak pinggang.
Gaji Najihah lebih sikit je dari Alia sebab Alia diploma holder. Bukan apa, Alia yang tak nak sambung belajar lagi. Dia nak kerja terus, lepas tu nak tunggu orang pinang dia je dia cakap.
“Ok lah tu dari aku bajet dua ringgit je.” Najihah urut-urut belakang Alia. “Sabar eik…”
“Apa sabar-sabar?”
“Kak As, bagi nasi kat budak ni.” Najihah cakap pada Kak Asma yang cedok nasi sambil jari dia tunjuk Alia. “Dua orang makan untuk dia. Dua hari tak makan tu.” Najihah gelak. Alia dah jegil mata tengok Najihah.
“Kat dia pun bagi double jugak, Kak As!” Alia balas cakap.
“Korang ni kan…dari dulu sampai sekarang tak berubah. Ambik sendirilah…macam tak biasa!!” Selamba je Kak As tu bising-bising. Dia dah tak hairan dengan pelanggan tetap dia tu.  
“Kalau berubah, kita orang tak datang sini dah.” Najihah ketawa tengok Kak As yang dah ternganga. Alia ketawa jugak sambil angkat thumbs up pada Najihah.
 Mereka pilih tempat duduk di tempat terbuka. Lebih selesa dapat fresh air. Tempat favourite mereka sebenarnya tu. Dan kalau hujan, cepat-cepat lari bawa pinggan dan gelas masuk ke kawasan berbumbung. Haha... kenangan zaman muda remaja dulu-dulu.
“Jiha, apa cerita kau sebenarnya dengan Amin ni? Macam-macam aku dengar.” Alia tanya jugak soalan bosan ni.
Bercakap pasal Amin, dah seminggu Najihah tak bertegur sapa dengan dia. Kalau ada pun cuma hal berkaitan kerja. Perkara lain memang tak wujud sama sekali. Saja dia nak jarakkan diri dengan Amin. Amin ada jugak nak cuba berbaik-baik, tapi dia masih lagi tak dapat terima. Ingat tak ada sesiapa yang perasan hal dia. Tup-tup, si Lia pun dah tahu. Jadi kenalah cerita segala dari A-Z dari terima cabaran memandu kereta sampailah pergi jumpa Mak Amin tempoh hari.
“Kau pergi jumpa mak dia??” Terbuntang biji mata Alia.
“Ye la....do I have to repeat?”
“Aku rasa dia suka engkau, Jie.”
“Ciss! Kau nak ke kalau aku betul-betul suka dengan dia?” Masa untuk mengusik Alia.
“Habis tu betullah memang dia suka engkau?” Suara Alia naik tinggi. Terkejut minah tu.
“E’eh kau ni…manalah aku tahu kat dia. Soalan tu, kau kena tanya Amin. Kalau kau tanya aku gini…heh Jiha, betul ke kau suka dia? Hah soalan tu, bolehlah aku jawab.” Najihah jeling Alia lepas habis cakap. Rasa nak marah je dengan budak Alia ni.
“Ok sekarang aku tanya kau… heh Jiha, betul ke kau suka dia?” Dengan lurusnya Alia ulang balik sebijik-sebijik soalan Najihah. Apesallah aku boleh dapat kawan macam dia ni?
“Bendul betul kau ni. Macam tak kenal aku. Aku berkawan dengan dia sebab dia perlu pendengar yang dia rasa sesuai. Kenapa susah kalau ‘perempuan’ dan ‘lelaki’ nak wujud istilah kawan. Tak boleh ke orang kat dunia ni tak terima persahabatan yang berlainan gender?” Najihah luah berjela-jela. Sebenarnya, memang tak salah pun tanggapan Alia dan orang-orang kat sini. Amin memang dah serupa dengan apa yang Alia cakapkan. Tapi tak payah lah dia nak sentuh isu tu dengan Lia.  Cuma perlu jelaskan bagi pihak dia sudah. Kadang-kadang tak semua benda perlu dijelaskan. Cukup setakat ini.

“Hah lega…aku ingat kau pun dah angau kat dia. Aku tak nak kau terlibat apa-apa dengan dia. You deserve better than him, Jie. Kau jangan layan dia…dia tu sanggup buat apa je kalau dia nak sesuatu.” Pesan Alia berkali-kali pada Najihah. Ayat Lia yang last nilah yang selalu aku dengar dari mula-mula masuk kerja dulu hinggalah sekarang ni kalau kita orang tersebut nama Amin. Haih!

Monday, 22 June 2015

Si Pemandu Hati (Bab 5) ~ Nazira Ilias

“Sorang je hari ni?” Amin berdiri di hadapan meja Najihah. Najihah yang sememangnya tunduk pandang pinggan meneruskan suapan saja nasi ke mulut. “Amboi! Makan sampai tak perasan aku.” Amin ketuk meja di hadapan pinggan Najihah. Najihah terdongak sambil kunyah nasi. Kacau orang makan aje lah dia ni.
“Alia cuti. Termasuk kau… ada 15 orang lagi kat sini. Nampak tak?” Sinis Najihah jawab lepas dia dah berjaya telan nasi dalam mulut.
“Pandai buat lawak.” Amin tersengih.
“Tersengih-sengih tu kenapa? Takkan kau nak tengok je aku makan. Pergilah ambik nasi…takkan nak share dengan aku?” Najihah membebel. Dia berselera makan tanpa pedulikan Amin.
Amin terus duduk di hadapan Najihah. Lain yang disuruh, lain yang dia buat. Memang dia ni tak pernah ikut arahan. Register nama dia dalam pasukan commando baru tau. Command and do!!! Kalau tak ikut command, tahulah apa nasib kau Amin kat sana. Baru reti nak ikut arahan gamaknya lepas tu.
“Weh Mie!” Tetiba Amin jerit sambil lambai tangan pada Najmi. “Mai sini sat.”
Najmi? Adoi…tercekik ikan masin bila dengar nama mamat tu. Bila masa pulak aku makan ikan masin ni?
Najmi datang menghampiri meja Najihah dan Amin. Dia mengarah dagu bagi isyarat tanya pada Amin. Najihah tengok je gaya Najmi. Najmi pula tengok Najihah sekilas dengan senyum yang dia sengaja sembunyi. Cewah... macam pasti je dia nak senyum dengan aku. Makan pun dah tak selera tetiba. Hormon boleh berubah bila nampak dia.
“Trip hang malam ni pukul 10. Bagi tau partner hang sekali… aku tengah busy sekarang ni. Tak ada masa nak bagi tahu dia.” Amin keluarkan arahan mengalahkan bos. Pekat loghat utara dia.
Bengong betul Amin ni. Ada ke patut duduk depan aku ni pun dia boleh kata busy?
“O.K.” Najmi jawab mendatar. Tanpa ada sebarang emosi atau reaksi yang memaksudkan dua huruf itu.  Lepas tu, dia terus beredar. Najihah tengok je Najmi melangkah keluar dari cafĂ©.
“Yang kau bukan main tengok dia tu kenapa? Suka?” Amin terus melumpuhkan pemandangan indah Najihah. Bola mata Najihah beralih tengok Amin.
“Gila!” Najihah buat-buat jengkel dengan muka senget. Sebenarnya nak cakap begini, ‘gila tak suka dia’. Nanti sembelit bergulung pulak Amin ni kalau aku cakap gitu.
“Bas Najmi tu jalan ke mana, Amin?” Hah tengok, Najihah dah mula ambil berat pasal Najmi. Nak tahu jugaklah serba sikit pasal dia. Sekarang ni baru ada mood nak sambung makan.
“Dia tu? Semua tempat dia pergi. Setiap minggu bertukar trip. Dato’ yang arah macam tu. Apa ke pelik pun entah?” Dahi Amin berkerut-kerut macam musykil sangat dengan arahan Dato’.
“Yang hang nak heran dengan arahan dato’ kenapa? Hang tu yang patut ikut arahan…dan patut heran dengan diri hang yang tak pernah nak ikut arahan ni.” Tuuuuu dia….kan aku dah cakap berbelit-belit mengalahkan sasterawan. Kalau dah geram memang boleh keluar cakap utara .
“Sedapnya bahasa.” Lembut Amin balas.
Aik...dia tak tengking aku pun? Sejak bila dia menjadi lelaki ‘budiman’ ni?
“Kenapa kau tak pernah marah aku macam kau marah orang lain?” Pelik pulak dengan perangai Amin ni.
Aku jadi pelik kalau dia tak marah orang. Tapi setakat ni, dia memang tak pernah marah aku lagilah. Apa yang aku tak suka, dia ni suka marah driver-driver yang sebaya bapak aku. Sebaya bapak dia jugaklah kan. Langsung dia tak tahu nak hormat dan jaga air muka orang lain. Mana pergi adab dia sebagai orang Melayu yang kaya dengan budi bahasa. Pasal si Amin ni lah Najihah dah pandai berkempen.
“Sebab…aku suka kau.” Sebiji-biji Amin sebut. “Alah Ain…aku bukan senang-senang nak marah dia orang. Ada reason aku buat macam tu…dah dia orang mula, aku balaslah balik.” Amin cakap tanpa rasa bersalah.
“Aku memang tak boleh terima alasan bangang kau tu.” Najihah diam kejap, nak tunggu reaksi Amin selanjutnya. Dia kira hingga lima. Tak marah pon! Ok, aku boleh taruh lagi cukup-cukup.
“Eh kau tak patut tau buat dia orang macam tu. Memang dia orang yang mulakan dulu sebab kau yang selalu buat orang bengang. Kau tahu tak, kau dah jatuhkan maruah dia orang? Kau tak pernah terfikir ke kalau orang lain buat kat bapak kau camtu?” Najihah marah dalam tenang. Nak nasihat kena ada cara. Tipsnya, kena berlembut. Kalu nak melarang baru kena tinggikan suara. Baru boleh ingat sampai bila-bila. Betul ke teori aku ni?
“Bapak aku dah lama meninggal.” Sayu suara Amin. Najihah terpempan.
“Maaf.” Hanya perkataan ini yang keluar dari mulut Najihah. Keadaan senyap seketika.
“Tak ada apalah, Ain.” Amin tersenyum.
“Tapi kematian bapa kau, bukan alasan untuk kau buat macam ni. Kau tak boleh nak salahkan takdir. Kita diberi akal untuk berfikir, Amin. Kau bukan lagi budak-budak…kau dah dewasa.”  Takkan sesekalilah Najihah nak berkompromi hal ini dengan perangai tak bermoral Amin.
“Kau pandai bercakapkan, kau pulak macam mana. Aku tahu kau tak jujur.” Dahi Najihah berkerut. Apesal aku pulak yang terbabit ni. Nak balas dendam la tu. “Sudah-sudahlah kau tipu semua orang kat sini Ain. Kau tak kahwin pon lagi kan, kau ingat aku tak tahu. Aku dah pergi tanya ‘suami’ kau yang bawa Storm tu. Aku dah tanya bapak kau sendirilah masa dia tunggu kau hari tu.” Giliran Amin pulak sembur Najihah. Najihah tak terkata. Tak sangka Amin boleh pergi siasat hal dia. “Apesal diam…cakaplah.”
Bocor rahsia aku, cisss! “Kau dah tahu semua…apa lagi yang tinggal untuk aku cakap.” Najihah terus bangun. Amin angkat kepala, tengok Najihah. “Aku nak cuci tangan jap, sampai kering tangan aku ni. Nanti mak mertua tak sayang.” Najihah jalan ke singki.
“Jangan risau…mak aku mesti sayang kau.” Amin cakap lepas Najihah dah duduk semula.
“Siapa nak kahwin dengan kau?” Najihah tunjal kepala Amin. Amin biarkan saja walaupun kepala dia terdorong ke belakang. Ada juga orang lain tengok  kelakuan mereka berdua. Peliklah tu, selalu Najihah mencekik dengan Alia. Alih-alih mamat kurus kering yang ada iras-iras Perak Man bergerak ni yang ada kat sini. Maunya dia orang tak tengok pelik.
“Aku pun tak tahu kenapa aku tak boleh marah kau, Ain. Orang selalunya cakap bujang walaupun dah kahwin, tapi kau terbalik pulak.” Amin tergelak kecil. “Kau dah ada boyfriend?” Tiba-tiba Amin nak cungkil rahsia. “Kalau kau anggap aku kawan kau, kau bagi tahu. Kalau tak nak tak apa. Aku tahu semua orang kat sini tak pernah suka aku.” Tenang suara Amin. Peka pun dia dengan orang lain kat sini. Kalau Lia dengar ni, mesti tak boleh terima kenyataan.
Najihah balas dengan gelengan. Sebab dia dah mula menganggap Amin sebagai kawanlah dia perlu jujur. Mungkin dia lemah sikit bila tengok Amin jadi luar biasa macam hari ni. Amin memang bijak memanipulasi keadaan.
“Dah kau tahu orang tak suka…apesal kau buat jugak perangai zaman batu kau tu. Orang bukan tak suka kau…tapi orang tak suka perangai tak bertamadun kau tu. Faham?”  Najihah berdecit. Amin tersenyum.
“Sebab tu aku makin suka kau. Dengan kau je aku boleh cakap macam ni, orang lain tak pedulikan aku pun.” 
Najihah rasa nak muntah. “Kau nak tahu sebab apa…sebab kau bukan reti BERCAKAP dengan orang.” Sengaja Najihah tekan ayat tu. Amin mengerutkan dahi. “Yang kau tahu…marah orang, cari masalah dengan orang, kau je yang betul…cakap orang tak pernah nak dengar.”
“Aku macam tu ke?” Amin buat-buat terkejut.
“Nak aku buat senarai ke? Lepas tu boleh aku pos laju-laju kat rumah kau.” Najihah tergelak. Amin pun gelak sama.
Hailah Amin. Aku harap kau boleh ubah perangai kau tu jadi manusia yang tahu hormatkan orang lain. Kalau dia boleh terima aku jadi kawan dia, takkan aku nak menolak. Kawan jelah, bukan salah pun. Bukan kena bayar pun kan.

Ibu bapa Alia ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga selama dua hari ni. Jadi, Najihahlah orang yang bertanggungjawab untuk menemani Alia tidur di rumah dia. Ewah! Tanggungjawab apa sangatlah kan. Cuma tolong menghuru-harakan rumah Alia bolehlah. Teman je lah si Lia tu, lagipun dua hari ni cuti hujung minggu. Bukan ada aktiviti pun nak buat kat rumah.  
Najihah dan Alia makan di luar malam itu. Nak makan kat rumah, tak ada siapa yang rajin nak masak. Kalau setakat asam laksa dan tom yam dari mee segera Najihah pakarlah. Sudahnya, restoran makanan barat yang dipilh Najihah. Tekak dia rasa nak mencekik makanan orang putih pulak malam ni. Alia setuju sangat-sangat dengan pilihan Najihah sebab dia bayar guna duit dari beg dompet Najihah. Rugilah kalau tak setuju kan.
“Yang kau tak nak ikut ke KL tu dah kenapa?” Najihah tanya sambil tengok Alia makan dengan penuh nikmat. Tunduk je minah tu, langsung tak angkat muka tengok keadaan sekitar dia.
“Mak bapak aku balik Isnin ni. Macam mana nak pergi? Kerja kan.” Alia jawab acuh tak acuh. Macam ada perkara yang tengah kacau kepala otak dia sekarang ni.
“Aiii…selalu pun kerja jugak, sanggup je kau ambik leave. Tak rindu ke dengan Syam tercinta tu? Kahwin je lah korang…menyampah dah aku tengok.” Najihah gelak kecil. Alia langsung tak tunjuk minat. Lama dia berdiam diri.
Jogging esok nak?” Tiba-tiba je Alia ceria.
Hoho… Alia dah ubah topik secara drastik. Tahulah aku benda apa yang racun-racun kepala dia. Tak habis lagilah tu bergaduh dengan Syam. Sebelum kepala aku kena terajang dengan si Lia ni baik aku surrender cakap pasal Syam. Perempuan ni bukan spesis yang boleh dipujuk-pujuk. Buat meluat je. Baik biarkan je dia, nanti dia akan okey semula.
You know me well Lia…aku ni tak cukup stamina.” Alasan biasa yang Najihah bagi kalau dia di ajak jogging. Bagilah banyak mana pun alasan, aku tetap kena paksa dengan dia ni. Menyampah betul.
“Argh…stamina ke ribena ke? Peduli apa aku? Aku tak kira…aku heret jugak kau esok pagi.” Berdecit-decit suara Alia. Dia dah bertukar kepada perangai sebenar.
“Aku tak bawa track lah. Sport shoes pun tak ada. Kesianlah pada musafir jalanan yang tiada tempat untuk bermastautin ini.” Najihah buat suara sedih. Dalam usaha menolak cadangan Alia walaupun tahu ianya sia-sia belaka.
“Aikkk…apa yang kau merepek ni mangkuk? Susah apa…pakai je track dengan kasut aku.”
“Oii Gayah…kau  tu saiz S. Aku ni M…entah-entah dah nak kena pakai L dah kut. Mana nak celah badan aku ni.” Najihah marah-marah.
Alia tersengih. “Ahhh engkau…banyaklah songeh. Tak apa…aku memang selalu beli baju seluar semua saiz M. Kalau tak muat juga kau pinjam je seluar bapak aku yang saiz XXL tu.” Alia gelak berdekah-dekah.
Aku sumbat jugak kang mulut dia ni dengan kotak tisu yang ada depan aku ni kut.
“Tak payah…esok pagi hantar aku balik rumah mak bapak aku.” Gaya dah kena cerai je bunyi Najihah bercakap. “Biar aku pakai seluar aku sendiri. Apelah nasib. Tapi lepas tu kau kena belanja aku makan nasi lemak dekat Jalan Tupai. Aku nak lauk ayam rendang dengan sambal sotong. Aku tak kira, aku heret juga kau esok.”
“Wah,wah, waaahhhhh…selera mengalahkan orang mengidam. Makan je kau tau…benda yang kau makan tadi pun belum sempat nak hadam lagi.” Bentak Alia. “Hah…apa lagi tunggu, cepatlah bayar. Tinggal kau kat sini kang baru tau.” Alia dah bagi arahan macam mak tiri.
Najihah terus angkat punggung dan jalan menonong ke kaunter. Argh stress! Stress kena joging.

 “Wei mangkuk, cepatlah! Lembap macam siput.” Alia terjerit-jerit panggil Najihah. Sambil tu dia berlari setempat sementara menunggu Najihah yang berada 50 meter di belakang.
Mata orang ramai yang tengah joging kat situ tertumpu pada Najihah. Malu giler aku, Lia kata aku macam siput. Tunggu Alia, aku nak kenakan dia. Najihah berhenti joging dan terus toleh tengok belakang. Buat-buat cari orang yang Alia panggil dengan muka curious. Biar dia rasa.
“Wei… engkaulah baju biru tudung biru!” Alia jerit lagi dengan kuat. Lepas tu dia gelak.
Cilanat punya Alia. Semua orang dah tersengih-sengih pandang aku. Sudahnya, Najihah meneruskan larian dia yang konsisten sejak dari tadi lagi sambil buat-buat tak kenal Alia. Time ni memang malu nak mengaku yang dia ada kawan macam Alia.
Pedulilah dengan Alia. Dia ni bukan berjoging, tapi berlari mengalahkan ironman triathlon. Dia tak tahu ke apa definisi joging? Joging itu bermaksud berlari secara perlahan untuk meningkatkan kecergasan badan sambil mengurangkan tekanan. Kalau joging dengan Lia ni, menambahkan tekanan lagi ada lah. Sebab dia suka push orang berlari dengan laju. Terus putus mood  Najihah nak beriadah.
Alia berhenti di hujung jalan. Berhentilah sebab dah habis satu tasik ni dia pusing. Lepas Najihah sampai je, mereka menapak ke parkir kereta. Menapak sambil berbual-bual kosong. Sedang baik menapak ada seorang lelaki yang berdiri di tepi kereta menghalang perjalanan mereka dengan gaya menahan bas. Apa lelaki tu ingat kita orang ni ada ciri-ciri bas awam ke?
“Sofea, kan?” Lelaki yang nampak macam baru lepas joging ni tanya Najihah.
Sofea? Sofea mana ni, Sofea Jane ke? Najihah menggali-gali ingatan. Dia cekak pinggang sambil renung jalan tar. Nak fikir sampai dapat.
Mak oii, ingat dah. Farid! Betul la kan, siapa lagi yang panggil aku dengan bukan nama sebenar kalau bukan dia. Habislah aku kali ni!
“Farid. Mamat dekat McD dulu tu lah, mangkuk.” Alia bisik dekat tepi telinga Najihah.
Dia ingat aku lupalah tu. Saja aku nak buat-buat tak kenal tadi sambil cuba angkat kaki perlahan-lahan. Tapi, tak jadilah nak buat rancangan jahat sebab ada si Lia ni yang bagus betul dia punya memori. 
“Kenapa…dah tak ingat I?” Farid cuba menguji. Alia dah tersengih-sengih. Cipan betul. “Ini kawan you yang sama jugakan?” Farid tanya lagi. Kuat jugak memori dia sama macam Lia.
“Ye, saya. Ni Alia, memang kawan yang sama.” Najihah jawab lambat seolah-olah gugup.
“Kita memang berjodohan. Betul kata you…kalau dah jodoh, tak ke mana.” Farid ulang kata-kata Najihah dulu. Dia tersenyum penuh makna.
Uhuh, mintak simpang! Najihah telan air liur sambil pandang Farid tak berkedip.
“Sekarang I nak tuntut janji you dulu. Jomlah kita ke tempat yang lebih selesa. We can focus something on there.” Farid bagi cadangan dengan penuh etika. Macam nak bincang projek berjuta je gaya dia.
Mampuslah kau Najihah, dia tak main-main tu. Kau pandai sangat tabur janji, sekarang tanggunglah sendiri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dah tak mampu nak berkata-kata.
“Hah okeylah tu…kita orang memang nak pergi makan nasi lemak ni. Jomlah sekali…Jiha ni, oppps.” Alia pekup seketika mulut dengan kedua belah tangan dia. “Sofea. Hah Sofea ni teringin nak makan ayam rendang dengan sambal sotong.” Alia buat rancangan bagi pihak Najihah. Rancangan apa jadahnya, dia buat keputusan!
Aku rasa macam nak pijak-pijak kaki si Lia ni, pandai betul dia buat plan. Najihah tak pernah setuju pun, suka-suka hati atok dia je.
“Okey sangat tu. Dekat mana tempatnya? Just name it!” Farid sudah bersemangat.
Najihah jalan laju ke kereta, tinggal Alia yang tengah beramah mesra dengan Farid. Marah betul Najihah pada Alia. Tak tahu macam mana nak hadap muka lelaki ni nanti. Tak sampai seminit Alia terus berlari mendapatkan Najihah. Najihah cubit paha Alia sekuat hati sebaik saja Alia melabuhkan punggung di dalam kereta.
“Tak payah kau nak ajak dia kalau nak makan free. Aku boleh bayarlah kalau kau nak makan 10 jenis lauk pun.” Najihah marah Alia sungguh-sungguh.
 “Sorry Jie…mana aku tahu kau tak suka.” Alia balas tanpa rasa bersalah.
“Tak tahu kau cakap? What the...???” Najihah berdecit.
Mereka bertikam lidah sepanjang perjalanan. Rasa nak lompat sambil tikam Alia punya kusyen kereta. Tikam jelah apa yang ada, takkan nak tikam si Lia ni pulak.
Farid dengan budimannya pergi ambil semua lauk pilihan Alia. Alialah order sebab Najihah dah kunci mulut sejak turun dari kereta tadi. Gatal sangat mulut dia nak mengajak Farid. Hah, layanlah kawan dia tu baik-baik.
Sesi soal jawab bermula semasa menjamu selera. Najihah lebih banyak fokus kepada makanan berbanding menjawab soalan Farid. Alia dan Farid bertukar-tukar biodata secara lisan. Tapi biodata Najihah yang banyak mereka sebut. Tension!!!
You kerja dekat mana?” Farid soal Alia lepas dia teguk teh o suam.
“Dekat sini jugak… I dengan Sofea kerja satu tempat.” Alia cakap dengan bersahaja.
Eiii nak muntah hijau bila Alia asyik sebut Sofea di hadapan Farid. Akhirnya, Najihah bersuara juga.
“Erm Farid… nama I bukan Sofea. I tipu you je. Panggil I Ain.” Najihah terang acuh tak acuh. Kena jugak terang walaupun malas nak menyampuk cakap mereka berdua ni.
“Patut banyak kali I dengar Alia tersasul…tapi dia sebut Jiha bukan Ain.” Musykil bunyi suara Farid tu.
“Dia sorang je panggil I macam tu…you boleh panggil I Ain.” Lepas cakap, Najihah terus suap nasi ke dalam mulut. Sedap jugak sambal sotong kurita ni. Kurita?
“Kenapa I kena panggil Ain…tapi Alia boleh panggil you Jiha?” Farid belum puas hati. Najihah diam dan terus fokus mencekik nasi lemak.
“Nur Ain Najihah nama dia.” Alia tolong jawab lepas dia dah jeling Najihah untuk kali ke 27.
“Boleh pulak tipu nama.” Farid ketawa kecil. “I panggil you sama macam Alia, okey?” Farid tengok Najihah.
“Ikut youlah.” Najihah jawab dengan separuh hati. Bosan nak berbahas dalam topik yang tak ada faedah tu. Kemudian dia mengeluh.
“Jiha…your parents kerja apa?”
Woi, sampai macam tu sekali soalan Farid. Meremang pulak bulu tengkuk Najihah bila Farid panggil dia dengan ‘Jiha’. Alergic bila orang luar panggil gitu.
“Bapak I buat business kecik-kecik je. Mak I government retire.” Najihah jawab lurus dan terus menjamu selera.
Business apa?” Farid soal lagi. Ish, semua dia nak tahu. Rimas betul.
“Jual jamu ke Indonesia.” Muka Najihah bersungguh-sungguh tiba-tiba. Farid mengangguk-angguk kepala.
Alia pulak terbeliak biji mata sampai terjatuh sudu di atas meja. “Haaaaa…” Terus terkeluar perkataan yang tak ada maksud ni dari mulut dia.
“Eh…bukan orang sana ke yang jual jamu kat sini?” Tiba-tiba Farid dapat berfikir dengan bijak. Padan muka kau Najihah, nak tipu tapi tak pandai. Lain kali jadi bijak sikit kalau nak menipu.
“Bapa dia kontraktor.” Alia yang macam tersampuk tadi, baru cuba mencelah.
Najihah dah jeling tengok Alia. Kerja si Lia ni, memang tolong buat pembetulan ayat Najihah je dari tadi lagi.
Oh I see. Which company ?” Farid tunjuk minat.
“Syarikat kecik je I cakap, kalau I sebut pun, sure you tak tahu punya. Lagipun you bukan orang sini.” Najihah berdalih. Sebenarnya, dia tak nak buka pekung di dada. Betul ke perumpaan tu? Salahlah!  Haha.
“E’eh…asyik you je tanya pasal kita orang. Pasal you tak nak cerita ke?” Alia tiba-tiba bagi cadangan hebat. Eloklah tu, sebelum Farid tambah soalan yang entah apa-apa lagi. Masa untuk Najihah berdiam diri sekarang ni.
Farid tersengih. “Betul jugak kan. Nama penuh Farid Helmi Bin Hassan. Umur 27. Masih bujang.”
Masih bujang?? Perlu ke dia cakap macam tu.
Farid sambung cakap lagi lepas dia tarik nafas. “ I anak ke tiga dari empat orang adik-beradik. Asal dari Seremban dibesarkan di KL, kerja pun di KL...”
“Habis tu, buat apa kat sini?” Alia potong tanpa bagi isyarat. Kasilah peluang dia habiskan dulu, ini cerita dialah. Aku debik jugak kot si Gayah ni. Saja je nak lambatkan cerita.
“Di sini kerja jugak… sementara projek dekat kawasan sini.” Dia meneruskan cerita dengan ceria.
You kerja apa?” Kecoh pula Alia ni menyoal.
“Ermm…engineer, yang tengah buat double track project tu.”
Double? Kenapa tak buat triple? Baru gempak. Weh Najihah, itu projek negaralah. Hebat tu.
“Oh patutlah pakai kereta mahal.” Alia tiba-tiba jakun. Tolonglah Lia! Mahal ke? Bukannya dia pakai Skyline turbo pun.
Hehe, pada Najihah memang tak mampulah, Toyota Wish warna merah menyala-nyala. Naik sorang pun nak pakai MPV, entah apa-apa mamat ni. Najihah, tolong jangan merepek bukan-bukan boleh tak?
Aduhai, tak boleh jadi ni. Mereka berdua ni dah banyak sangat membebel. Najihah dah berapa ratus kali menguap. Makan pun dah kenyang, tak sangka pulak sampai licin pinggan dia bedal nasi lemak hari ni. Best sangatlah Alia tu, beria-ia benar pulak dia. Bercerita sampai tak ingat nak balik rumah dah. Karang Najihah balik jalan kaki, baru dia tahu. Jadi, Najihah kena buat ‘happy ending’ pada cerita mereka ni.
“Dah lewat sangat dah ni, kita orang kena balik dulu.” Najihah meminta diri daripada Farid selepas itu mendongak memandang matahari yang dah lama tegak atas kepala.
“Jiha…rileks la dulu. Lepak-lepak kejap.” Brutalnya rasa apabila Farid cakap begitu. Kelakar pulak bahasa dia ni.
Najihah tengok jam di tangan, 12.47 tengah hari. “Tak boleh-tak boleh..kena balik jugak. Tuan tanah ni pun dah nak tutup kedai ” Dia menggeleng kepala laju.
“Susah sangat nak ambil masa you I dah cari you lama tahu. Hari ni baru I terjumpa balik. Absolutely, you are not appreciated me! You jugak yang janji nak jawab semua pertanyaan I kan? You owe me one, Jiha.” Farid membentak.
Apehal pulak si Farid ni nak emo semacam. Dahlah suka guna bahasa-bahasa dalam buku. Letihlah! Sampai bila Najihah perlu duduk sini? Takkan nak tunggu sini sampai lepas Maghrib kut. Alia pun satu, tak reti-reti nak balik ke?
“Dia memang macam tu, suka jual mahal. Susah-susah sangat… you pinang terus jelah si Jiha ni. Dia memang jenis yang suka dipaksa.”  Alia ketawa dengan ayat yang dia rasa kelakar.
Gila betullah kau ni Lia, ada ke patut cakap macam tu? Boleh kena tekanan darah tinggi aku macam ni.
“Serious?” Farid termakan kata-kata Alia. Agaknya, Farid ni jenis yang tak faham bahasa kiasan. Apa bendul sangat dia ni?
“Hahah.. jangan buat pasal!” Najihah ketawa jengkel dengan rasa nak ketuk kepala Farid.
“Ok. Phone number, pleaseyou dah janjikan dulu.” Farid mengambil telefon bimbit yang memang tersedia di atas meja.
Bila masa aku janji nak bagi nombor telefon?? Najihah tak puas hati. Sudahnya dia bagi jugak, tapi nombor telefon bimbit Alia.
“Woi… phone number aku tu.” Alia marah Najihah. Najihah gelak dengan rasa gembira.
Oh really.. don’t mind. You ni memang suka challenge my mind. Tapi tak apa, I suka.” Farid cakap dengan sedikit sinis.
Marahlah tu! Apa sangatlah yang Najihah cabar dia. Bukannya Najihah ajak dia pergi track pun, kecoh je lebih!
Thanks a lot for your treat. I terhutang budi dengan you hari ni. Semoga Allah je yang mampu membalas.” Ikhlas nada yang terkeluar dari bibir Najihah. “Sorry kalau ada tekasar bahasa dan mencabar di mana-mana.” Minta maaf macam di hari raya pula. Sejak bila Najihah bersopan-santun ni? Sampai dia pun terikut dengan gaya bahasa buku Farid.
“Fine, Jiha. When there is a will, there is a way.” Amboi mamat ni siap keluar pepatah lagi! Kalau dah romeo, romeo juga. Kata-kata itu, Farid suarakan sebelum dia tolong tutupkan pintu kereta di sebelah Najihah. Hailah Farid, tak perlulah buat begitu.Tak selesalah.
Sepanjang perjalanan pulang, Alia membebel macam mak nenek. Tak henti-henti Alia salahkan Najihah yang langsung tidak mahu melayan Farid sebagai kawan. Najihah cuma pekakkan telinga. Tak mahu melawan, nanti lagi buruk padahnya. Bila penat si Alia tu, senyaplah dia nanti. Tapi, ada betulnya juga kata-kata Alia itu.

Kadang-kadang, dia pun tak tahu kenapa dia jadi begini. Dia bukan tak nak mencipta perhubungan dengan lelaki, tapi dia tak nak terlibat dengan lelaki yang dia rasa tak selesa. Macam mana nak berkawan kalau tak selesa? Susahlah nak cerita. Terus tak ada mood.